webnovel

Betul Ke Tak Ada Rasa Langsung?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak lama kemudian, tiba giliran Ning Xi sekali lagi.

"Truth or Dare?"

Ning Xi teragak-agak. "Truth!"

Orang itu dapat jangkakan yang Ning Xi akan meminta 'Truth', jadi selepas dia memandang ke arah Lu Tingxiao, orang itu berkata, "Jadi… masa Encik Lu cium kamu tadi, apa yang kamu rasa?"

Ning Xi terdiam. Dia tidak tahu memilih 'Truth' lebih bahaya daripada memilih 'Dare'!

Selepas soalan itu ditanya, semua gadis di dalam bilik itu menjadi teruja. Mereka semua berminat untuk mendengar jawapan Ning Xi.

Ketika Lu Tingxiao mencium Ning Xi, mereka semua berasa cemburu! Terutamanya gadis yang membuat cabaran 'Dare' itu. Dia betul-betul menyesal kerana dia telah mencipta peluang yang baik untuk wanita lain.

Semua mata tertumpu ke arah Ning Xi. Lu Tingxiao yang memegang segelas wain juga turut memandang Ning Xi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter