webnovel

Aktiviti Bersama Ibu Bapa

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi memakai jaket pengadang angin milik Lu Tingxiao. Sebaik sahaja Ning Xi nak tanya Lu Tingxiao sama ada nak balik ke pejabat atau tak, dia rasakan ada getaran pada jaket itu. 

"Lu Tingxiao, telefon kamu berbunyi."

Lu Tingxiao mengeluarkan telefon daripada poket jaket itu dan berkerut.

"Kenapa? Siapa yang telefon?" soal Ning Xi.

Siapa yang sebabkan Lu Tingxiao buat muka "saya-tak-boleh-uruskan" begitu? Peliknya.

"Cikgu Si Cilik," jawab Lu Tingxiao.

"Sekarang bukan waktu sekolah ke? Kenapa cikgu tu telefon sekarang?" tanya Ning Xi.

Lu Tingxiao berfikir sejenak. Kemudian dia hulurkan telefon itu kepada Ning Xi, "Kamu je jawab."

Nampak jelas Lu Tingxiao tak tahu macam mana nak berurusan dengan orang asing macam cikgu anak lelakinya itu.

"Saya?" Ning Xi menggaru kepala. "Okey… saya pun rasa lebih baik saya yang jawab."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter