webnovel

Siapa Lebih Menakutkan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ersu nak ketam!" Kedengaran suara comel Li Jianyue yang sedang menunjuk ke arah ketam besar di atas meja sambil menjilat bibirnya dan memandang Su Qianci. "Mama, nak makan tu."

Su Qianci tersenyum dan mengambil seekor ketam. "Biar Papa kupaskan untuk kamu?"

Li Jianyue memandang ketam itu dengan teruja dan segera mengangguk.

Su Qianci mengambil makanan lain untuknya dan berkata, "Makan benda lain dulu, tunggu Papa kupas untuk kamu."

Li Sicheng tersenyum lalu mengupas ketam itu. Dia membuang bahagian yang tidak boleh dimakan lalu bertanya, "Ersu nak pencicah?"

"Nak!" Ersu menjilat bibirnya dan merenung ketam itu dengan terliur.

Li Sicheng mencicah isi ketam itu ke dalam pencicah, kemudian mengusik Li Jianyue, "Panggil apa?"

"Papa!" Li Jianyue tidak mempunya apa-apa prinsip atau pendirian. Dia merenung ketam di tangan Li Sicheng dan menjerit teruja, "Papa, saya nak makan tu!"

Li Sicheng berasa amat gembira lalu menyuapkan ketam itu kepada anaknya. Li Jianyue membuka mulutnya dengan luas dan tersenyum gembira. Su Qianci menyuapkan nasi pula kepadanya dan Li Jianyue terus sibuk mengunyah.

Li Jianqian sedang menyuap nasi ke mulutnya sambil melihat situasi itu dengan cemburu. Dia menoleh ke arah Luo Zhan dan berkata, "Pak Cik Luo, saya nak ketam juga!"

Luo Zhan yang sedang sibuk makan langsung tidak menoleh. "Suruh Papa kamu, dia sangat pandai kupas ketam."

Li Jianqian berasa kecewa kerana Luo Zhan tidak mahu membantunya. Dia mendengus dan mengambil seekor ketam. Tetapi… Dia merenung ketam itu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Li Mosen memandangnya dengan kagum dan bertanya, "Kamu kupas sendiri Dasu?"

Li Jianqian berasa dirinya seakan diperli lalu berkata dengan wajah tegas, "Dah tentu, apa yang susah sangat! Pak Cik Lu pernah ajar saya. Mudah saja!"

Selepas mengatakannya, dia memegang ketam itu sebelum segera melepaskannya kembali kerana sakit.

Li Sicheng mengupas ketam dan memberikan isinya kepada Su Qianci sambil berkata, "Makanlah banyak-banyak. Musim ini ketam sangat sedap."

Su Qianci tahu Li Sicheng sengaja mengatakannya. Dia memandang Li Jianqian dan mendapati wajah kecil itu berkerut seribu dengan mata kemerahan yang sedang merenung tajam Li Sicheng. Kemudian Li Jianqian meletakkan kembali ketam itu dan tidak mahu memakannya.

Boleh sahaja untuk tidak makan ketam. Apa masalahnya! Hmpph! Li Jianqian mengambil bebola daging yang tidak jauh daripadanya. Dia tidak mahu melakukan perkara yang memaksanya memanggil Li Sicheng 'Papa'.

Semua orang dewasa di situ memandang satu sama lain sebelum menoleh ke arah Li Sicheng. Lelaki itu terus makan dengan elegan tanpa tanda-tanda untuk membantu anak lelakinya mengupas ketam.

Su Qianci menyiku suaminya dan berkata, "Dasu pun suka makan ketam."

"Oh, betulkah?" Li Sicheng memandang Li Jianqian dan bertanya, "Kamu nak? Nak Papa kupas untuk kamu?"

Li Jianqian memandang ke arah lain dengan mata kemerahan dan berkata dengan nada dingin, "Tak nak!"

"Oh, baiklah kalau begitu." Li Sicheng tidak menghiraukan Li Jianqian. Dia terus mengupas kaki ketam dan mencelupnya ke dalam pencicah sebelum menghulurkannya kepada Ersu.

Ersu makan dengan gembira dan menjerit, "Sedap! Terima kasih Papa!"

Senyuman Li Sicheng bertambah lebar sebelum menoleh ke arah Li Jianqian. Su Qianci menendang kaki suaminya dan memberitahu supaya melayan anak lelaki mereka dengan baik.