773 Seseorang yang Dikenalinya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Yu Lili menghantar resumenya ke hampir semua syarikat di ibu kota itu. Walau bagaimanapun, sama ada pekerjaan itu tidak sesuai dengannya atau gaji yang ditawarkan terlalu rendah. Malah gaji terbanyak yang ditawarkan juga tidak mencecah 5000 yuan sebulan. Di bandar seperti ibu kota ini, tidak banyak yang akan tinggal daripada gaji sebanyak itu selepas ditolak sewa rumah dan makan. Akhirnya selepas seharian mencari kerja di sana sini, Yu Lili masih tidak mendapat apa-apa. Dia merasakan dirinya seakan sedang jatuh ke lubang yang dalam. Kesedihan dan tekanan yang dialaminya sekarang lebih dahsyat berbanding ketika kali pertama dia datang ke ibu kota dan ditipu lebih satu juta oleh rakan serumahnya.

Dahulu, sewaktu dia mula-mula keluar dari rumah anak-anak yatim yang didudukinya dari kecil, pengarah rumah itu mengatakan dia tidak kelihatan seperti seseorang yang mempunyai nasib yang baik. Ketika itu Yu Lili hanya tersenyum. Siapa tahu, dia akan berkeadaan begini sekarang.

Pada jam lima petang, Yu Lili membeli secawan mi segera di kedai runcit bersebelahan pusat pekerjaan dan duduk di bawah patio di luar kedai itu. Ini ialah mi segeranya yang ketiga hari ini. Yu Lili tunduk ke arah telefonnya sambil membelek nombor-nombor telefon yang didapatinya di pusat pekerjaan tadi. 

Kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi yang semakin dekat ke arahnya. Yu Lili mendongak dan melihat seorang wanita yang berwajah cantik. Wanita itu memakai solekan pada wajahnya dan sedang tunduk memandang Yu Lili sambil berpeluk tubuh.Dia memakai skirt cantik berwarna merah tua bersama jaket putih dan memegang beg tangan Chanel. Jam dan aksesori yang dipakai wanita itu menunjukkan gayanya yang mewah. Sebaik melihat wajah wanita itu, Yu Lili berasa seperti pernah melihatnya lalu mengerutkan dahi. "Kamu…"

"Hao Yu."

Sebaik mendengar nama itu, Yu Lili terus teringat. Dia agak terkejut. "Kamu rupanya, Kak Hao!"

Hao Yu, orang yang mula-mula membawanya ke pusat hiburan dan memulakan 'kerja'nya. Ketika itu Yu Lili masih muda dan tidak tahu apa-apa. Disebabkan dia memerlukan wang, dia mengikut sahaja Hao Yu. Selepas tiba di sana, barulah dia tahu tempat apakah itu dan kerja yang dilakukannya ialah… GRO. 

Selepas mengetahui perkara sebenar, Yu Lili mahu melarikan diri. Disebabkan itu Hao Yu membantunya dan akhirnya dihukum. Yu Lili ternampak Hao Yu dipukul kerananya. Dia menyalahkan dirinya sendiri dan terus bekerja di situ.

Pada waktu itu jugalah dia bertemu Ou Ming. Pada usia 17 tahun, dia 'disimpan' oleh Ou Ming seperti haiwan peliharaan. Sejak itu, Yu Lili tidak pernah bertemu Hao Yu lagi. Siapa tahu mereka akhirnya akan bertemu di ibu kota.

Yu Lili merasakan satu perasaan rapat kerana bertemu seorang rakan daripada kampung halamannya. Selama lebih empat tahun, dia tidak pernah bertemu mana-mana rakan lamanya. Kecuali Ou Ming.

"Mi segera?" Hao Yu duduk di sebelah Yu Lili dan memandang sekilas cawan mi segera itu. Dia melihat mi itu sudah habis semuanya, malah supnya juga hanya tinggal sedikit. Hao Yu meletakkan beg tangannya ke atas meja lalu mengeluarkan sebekas yogurt dan bertanya, "Cukupkah? Apa kata saya belanja kamu makan makanan sedap?"

"Hah?" Wajah Yu Lili kemerahan menahan malu. "Saya…"

"Saya belum makan lagi. Jom kita pergi bersama-sama. Ada restoran Kantonis berdekatan sini, makanannya boleh tahan sedap."

"Okey. Terima kasih, Kak Hao."

Selepas seharian berlari ke sana-sini, mi segera tidak mampu menghilangkan rasa laparnya. Selepas menyantap makanan sebenar, Yu Lili menyedari dia sedang kelaparan. Dia terus makan dengan penuh berselera, tetapi Hao Yu hanya menjamah sedikit. Selesai makan, Yu Lili bersandar pada kerusinya sambil memegang perutnya yang kekenyangan. Dia memandang Hao Yu dan berkata, "Terima kasih Kak Hao."

avataravatar
Next chapter