webnovel

Seseorang yang Amat Dikenalinya

Editor: EndlessFantasy Translation

Selagi Su Qianci tidak bercerai dengan Li Sicheng, Tang Mengying akan kekal menjadi perempuan simpanan. Su Qianci mahu anak Tang Mengying lahir sebagai anak tidak sah taraf.

Mereka mahu dia berundur dan memberi laluan buat si perampas?

Boleh mimpi sahaja!

Dia memandang wajah Qin Shuhua yang kebingungan dan mengambil beg tangannya sebelum berjalan pergi. Selepas membayar di kaunter, Su Qianci terus mengambil teksi dan balik ke rumah. Dia menyangka dirinya akan menangis, tetapi sebaik sahaja masuk ke dalam teksi, dia merasakan hatinya kosong. Air matanya telah kering. Dia bersandar pada tempat duduknya dengan perasaan yang teramat kecewa, seolah-olah dirinya telah jatuh ke lubang yang sangat dalam.

Su Qianci menarik nafasnya lalu membuka tingkap dan merenung pemandangan sepanjang jalan ke rumahnya. Angin sejuk bulan Oktober masuk ke dalam teksi itu dan membuatkan dia sedikit menggigil. Dia tiba-tiba terfikirkan suatu tempat lalu berkata, "Pak Cik, tolong bawa saya ke Menara Kingstown."

Menara Kingstown terletak di tengah-tengah bandar Kingstown dan dikelilingi banyak bangunan pejabat dan tanda-tanda tempat yang terkenal. Selepas membeli tiket, Su Qianci terus naik ke tingkat teratas menara itu. Dia memandang tingkap kaca yang lutsinar itu dan merasakan hatinya berdegup kencang. Kemudian, wajahnya bertukar ceria dan dia terus melihat pemandangan di hadapannya. Seluruh bandar Kingstown itu terang dilimpahi cahaya. Jalan-jalan raya disinari oleh lampu jalan dan kenderaan terus meluncur laju di atasnya. Su Qianci juga dapat melihat sungai terbesar di Kingstown. Kelihatan beberapa kapal mewah sedang menelurusi sungai itu dengan perlahan.

Mengagumkan.

Setelah bertahun-tahun tinggal di bandar itu, ini adalah kali pertama Su Qianci dapat melihatnya dari atas. Fikirannya melayang jauh ketika dia dikejutkan oleh telefon yang bergetar di dalam beg tangannya. Dia tunduk dan tiba-tiba terkejut melihat pemandangan di bawahnya. Su Qianci segera berundur sebelum teringat dia sedang berdiri di tingkat tertinggi Menara Kingstown. Menyedari beberapa orang melihat ke arahnya, pipi Su Qianci terus bertukar merah kerana malu dan dia berjalan ke satu sudut yang sunyi. Dia mengeluarkan telefonnya dan melihat panggilan itu datang daripada Lu Yihan.

"Hai, Qianqian!"

"Hai…"

"Pusing ke belakang."

Su Qianci berpaling ke belakang dalam kebingungan.

Lu Yihan sedang memegang telefon sambil memandangnya dan tersenyum. Mata Lu Yihan kelihatan lembut dan menarik di sebalik kaca mata tidak berbingkainya.

"Kenapa kamu ada di sini?" tanya Su Qianci. "Kamu ikut saya?"

Mendengar tuduhan itu, Lu Yihan berundur dan menafikan, "Mana ada. Itu tuduhan melulu. Saya di sini untuk jumpa klien."

Su Qianci memandang ke arah belakang Lu Yihan. "Mana klien itu?"

"Dah pergi. Saya beritahu saya nampak kawan baik saya di sini, jadi mereka kata mereka akan balik dulu. Kamu seorang?"

"Ya."

"Bagus, jom makan malam dengan saya. Saya belum makan lagi."

"Tadi kamu tak makan malam dengan klien?"

"Mereka berdua pasangan kekasih, jadi mereka akan pergi makan malam bersama. Saya tak dijemput. Orang bujang tak dapat hak asasi manusia," kata Lu Yihan sambil membuat wajah kecewa.

Su Qianci ketawa dan berpura-pura berat hati. "Kalau macam itu baiklah. Saya pun belum makan lagi."

Lu Yihan memandangnya dengan senyuman yang bertambah lebar. "Jom."

Jam menunjukkan pukul sembilan malam apabila mereka selesai makan.

Lu Yihan berjaya membuatkan Su Qianci kembali ceria dalam masa kurang dari tiga jam dengan perbualan mereka yang menyeronokkan. Kepala Su Qianci menjadi ringan kembali.

Lu Yihan drove to the tower, so he proposed to drive her home. Su Qianci did not reject and told him to go to Song Yifan's place. As they chatted and had fun, they arrived at the destination Lu Yihan parked his car in front of the neighborhood and walked her up.

Lu Yihan memandu keretanya ke menara itu, jadi dia menawarkan untuk menghantar Su Qianci pulang. Su Qianci tidak menolak dan meminta Lu Yihan menghantarnya ke rumah Song Yifan. Mereka berbual dengan gembira di dalam kereta dan akhirnya tiba. Lu Yihan meletakkan keretanya di hadapan kondominium itu dan menemani Su Qianci naik ke atas.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka tiba di bangunan itu, Su Qianci melihat satu susuk tubuh yang biasa dilihatnya. Tinggi, kacak dan sangat dikenali…