webnovel

Plan B Berkesan untuk 48 jam

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah!"

Su Qianci sedang berbogel. Dia terus menutup kedua-dua belah payudaranya dengan sebelah tangan dan cuba menutup bahagian kemaluannya dengan sebelah tangan lagi. Dia berasa sungguh malu dan marah pada waktu yang sama.Menyedari lelaki itu merenungnya, Su Qianci menjerit dan memalingkan tubuhnya ke belakang.

"Apa yang kau cuba tutup?" Suara Li Sicheng kedengaran garau, "Aku telah pun melihat semuanya."

Kata-katanya membuatkan Su Qianci semakin merah padam.

"Kau yang memulakannya semalam, dan sekarang kau cuba jual mahal, huh?"

Kuku Su Qianci terbenam ke dalam kulit ketika dia menggenggam tangannya. "Aku tidak buat begitu!"

"Kau tidak buat begitu?" Li Sicheng jelas tidak percaya.

Nada suara dan pandangannya masih lagi menunjukkan keangkuhan. Dia menganggap dirinya seperti Tuhan dan mengawal semuanya dengan acuh tidak acuh. Namun, hanya terhadap Su Qianci dia bersikap kejam dan kurang ajar!

Setelah merasa sedikit tenang, Su Qianci menoleh ke belakang dan matanya menjadi merah. "Kamu yang mengintai saya semasa saya di bilik mandi. Encik Li, bukankah kamu yang sepatutnya malu sekarang ini?

"Intai?" Li Sicheng berjalan masuk ke dalam sambil menarik lengan Su Qianci. Matanya penuh dengan perasaan menyampah. "Bukankah kau yang menggoda aku masuk ke dalam bilik dan kemudian ke atas katil? Apa yang sedang kau cuba untuk bohongkan?"

"Saya tidak lakukannya…"

Dia tidak pernah punya niat untuk berbuat demikian, tetapi Li Sicheng tidak mungkin akan mempercayainya. Li Sicheng tiba-tiba mengangkat tubuh Su Qianci, membuatkan perempuan itu menjerit. Sebelum dia sempat bertindak balas, Su Qianci telah dicampakkan ke atas satu-satunya katil di dalam bilik tersebut.

Li Sicheng mendekatinya dengan senyuman yang dingin. "Kau masih ingat apa yang aku katakan pagi tadi?"

Pagi tadi…

"Kau tahu apa maksud isteri yang sah? Mainan nafsu yang sah."

Mainan nafsu yang sah!

Hati Su Qianci menggeletar. Kesedihan semakin menyelubungi dirinya. Dia bergelut untuk melepaskan diri menggunakan tangan dan kakinya. Matanya merah dan dia menjerit, "Jangan sentuh aku, Li Sicheng!"

"Hentikan lakonan. Ini hanya membuatkan aku rasa jijik."

Kata-katanya yang begitu sinis ibarat pisau belati yang menusuk ke dalam hati Su Qianci. Dia tidak mampu menahan air matanya dan bergelut dengan lebih kuat. Dia mendongak lalu berkata sinis dalam suara yang amat perlahan, "Jadi, kamu tidak berasa jijik untuk meniduri perempuan seperti saya?"

Li Sicheng terdiam dan melihat ke bawah.

"Perempuan seperti saya tidak layak untuk mengandung anak kamu. Bukankah begitu?"

Itu ayat yang pernah dilontarkan oleh Li Sicheng sendiri. Akan tetapi, Li Sicheng hanya ketawa kecil lalu menahan kaki Su Qianci ke bawah, dan meletakkan lututnya di antara lutut Su Qianci.

"Pil yang kau ambil berkesan untuk empat puluh lapan jam. Dalam tempoh empat puluh lapan jam tersebut, besar kemungkinan aku tidak akan membuatkan kau mengandung. Mahu cuba?"

Mata Su Quanci terbeliak. Bagaimana lelaki itu tahu dia telah mengambil pil tersebut?

Li Sicheng merapatkan wajahnya. Jarak antara hidung mereka hanya setengah inci. Mata Su Qianci terkebil-kebil dan wajahnya kelihatan amat terkejut. Li Sicheng merendahkan suaranya dan berkata, "Kau harus bertanggungjawab untuk sesuatu yang kau mulakan."

Su Qianci mahu mengatakan sesuatu tapi telah dihentikan sebelum dia mampu berkata apa-apa. Dia amat ganas dan kasar, mengambil apa sahaja yang dia mahukan tanpa belas kasihan. Dia sedang menciumnya. Tetapi, ia bukan kerana sayang, atau cinta, ia hanya nafsu dan itulah semata-mata…

Next chapter