webnovel

Masa untuk Membalas Kembali!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pembantu khas Xu langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan atau membela dirinya! Wajah ketua penyunting Zhou berubah pucat. Dia berasa tidak percaya.

Pada kedudukan jawatannya, sepatutnya kuasanya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Tetapi lebih penting lagi, ketua penyunting Zhou dapat mengekalkan kuasanya kerana dia memerhatikan dan mengikut langkah orang-orang atasannya dengan penuh teliti.

Walaupun dengan mengikut mood orang atasannya yang berubah-ubah, kadang kala dia akan menjadi agak kejam kepada orang bawahannya, namun cara itu sangat berkesan.

Tetapi sekarang dia masih terperangkap dalam situasi yang tiada jalan keluar!

Adakah Pembantu Khas Xu lebih berkuasa daripada bakal isteri Presiden? Walaupun Pembantu Khas Xu melindungi Yu Lili, Shen Manting masih merupakan bakal isteri Presiden. Bagaimana Pembantu Khas Xu boleh mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan bakal isteri Presiden? 

Semakin dia memikirkannya, dia berasa semakin jengkel.

Si Pembantu Khas Xu itu mahu memecat saya sesuka hati? Mengarut! Mana boleh dia memecat seseorang yang bertaraf tinggi seperti saya dengan begitu mudah?

Ketua penyunting Zhou menghubungi Shen Manting. Dia berasa terkilan dan matanya kemerahan.

Sebaik sahaja panggilan itu dijawab, ketua penyunting Zhou terus mula mengadu. Dia menjelaskan tentang perkara yang berlaku dan menambah sedikit cerita sebelum akhirnya bertanya, "Apa yang patut kita lakukan, Cik Shen? Si Pembantu Khas itu mahu hukum saya dengan teruk!"

Shen Manting ketawa kecil dan berkata, "Tak ada apa yang saya boleh lakukan. Lagipun saya juga kerap perlu berurusan dengan dia. Atau mungkin kamu boleh minta simpati dengan Yu Lili dan lihat jika dia boleh bantu kamu. Mungkin dia akan bersimpati dan halang kamu daripada dipecat?"

"Cik Shen, saya dah lakukan semua yang Cik Shen suruh. Kalau saya tak bantu Cik Shen, kenapa saya hantar Yu Lili ke kaunter hadapan dan layan dia dengan teruk? Saya tahu Cik Shen letak alat pengintip suara dalam hadiah yang Cik Shen beri kepada dia. Agaknya bagaimana dia akan membenci Cik Shen jika saya beritahu dia tentang itu?"

Suara ketua penyunting Zhou penuh dengan ugutan dan kedengaran dingin ketika dia menyambung, "Banyak yang dia tidak tahu untuk membela dirinya. Kalau saya beritahu dia, Cik Shen rasa apa yang dia akan lakukan?"

Yu Lili sedang berdiri di luar pintu dan mendengar setiap perkataan tersebut dengan jelas. Dia berasa tidak percaya dan melihat bola berbulu kecil yang tergantung pada begnya.

Bola itu sangat cantik dan Yu Lili amat menyukainya.

Benda sekecil ini rupa-rupanya mengandungi alat pengintip suara? 

Satu lagi, bukankah ketua penyunting Zhou menyebut Cik Shen? Bukankah itu tunang Ou Ming, Shen Manting?

Yu Lili berasa amat geram sehingga mengetap giginya. Jadi Shen Manting telah mengenakan saya selama ini!

Dan dia tidak pernah mengesyakinya!

Jika dia tidak pergi ke bilik ketua penyunting Zhou untuk mengucapkan terima kasih, mungkin perkara buruk ini akan berterusan dan dia tidak akan tahu sebabnya!

Dia mengambil bola itu dengan marah dan mahu membuangnya.

Tetapi tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Yu Lili meletakkan bola itu ke dalam poketnya.

Disebabkan ia mempunyai alat pengintip suara, bermakna semua bunyi dapat didengar melaluinya, bukan? Kalau begitu, semua bunyi dapat didengar dengan jelas asalkan bola itu berada di situ?

Sebaik memikirkan perkara itu, Yu Lili tersenyum dan matanya yang cantik bersinar dengan kenakalan.

Disebabkan dia sendiri memberi benda ini kepada saya, kenapa saya perlu lepaskannya semudah itu?

Masa untuk membalas kembali!

Kepada para pembaca,

Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!

dracarys3064creators' thoughts