823 Lelaki Ini Membenci Saya…

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dia telah berjaya membalas dendam kepada lelaki itu dan menghancurkan hatinya! Yu Lili mahu ketawa, tetapi dia tidak mampu mengukir senyuman lagi. Dia berasa amat sakit. Seakan ada sesuatu yang tergantung dan bergerak pantas dalam tubuhnya. Akhirnya dia pengsan kerana kesakitan yang tidak tertahan.

Apabila tersedar, dia sudah berada di dalam wad bedah. Doktor memberitahunya terdapat dua janin di dalam rahimnya.

Sejak dahulu lagi Ou Ming sentiasa mahukan anak kembar.

Selepas mendengar kata-kata doktor itu, Yu Lili berasa sedih dan tidak mampu menahan dirinya daripada menangis teresak-esak di atas katil pembedahan itu.

Kembar, mereka kembar… Dua bayi! Betapa beruntungnya untuk mendapat anak kembar, tetapi… saya tidak dapat melahirkan mereka…

"Maaf, maaf…"

*****

Yu Lili tertidur setelah dicucuk sedatif. Apabila dia terjaga, Ou Ming tidak kelihatan di mana-mana. Keesokan harinya lelaki itu muncul di hospital. Dia memandang Yu Lili dengan pandangan penuh kebencian. Yu Lili dapat melihat dengan jelas perkara itu dan duduk di katilnya tanpa berkata apa-apa.

"Yu, kau tahu apa kau dah lakukan?" Ou Ming memandangnya dengan mata merah yang kelihatan dipenuhi amarah dan kebencian. "Kau tahu tak apa kau dah lakukan?!"

Yu Lili berasa gementar. Nafasnya mula kencang dan dia berpaling dari Ou Ming.

"Aku tak layan kau dengan baikkah, Yu Lili? Tak bolehkah perasaan kita selama bertahun-tahun kita bersama menandingi cinta pertama yang kau tak pernah miliki? Kenapa kau bunuh anak aku? Sanggup kau?" Ou Ming memandang Yu Lili dengan penuh kebencian dan mata yang bergenang. "Kenapa kau tak beritahu aku? Bayi itu tak bersalah! Kalau kau beritahu aku, ini tak akan terjadi!"

Yu Lili berpaling ke arah Ou Ming dengan mata yang berkaca, tetapi dia mengukir senyuman cantik yang penuh sinis seperti melihat seseorang yang bodoh. "Hei Ou Ming, kau benar-benar fikir kau banyak daya tarikan?"

Kata-kata itu seakan bara yang menambah kemarahan Ou Ming

"Kau tak perlu hina aku. Tujuan aku jelas sejak mula yang aku mahukan wang kau! Sekarang aku dah ada cukup wang, jadi normallah untuk aku mahu kita berpisah! Kenapa pula aku perlu lahirkan anak kau? Aku bukan gundik! Aku memang sengaja lakukannya. Sengaja!" kata Yu Lili lalu ketawa, tetapi air matanya terus bergenang ketika ketawanya semakin kuat. "Aku tak mahu anak kau, jadi aku mahu gugurkannya. Siapa suruh kau sentuh aku? Jadi ia bukan salah aku sekarang. Kau sendiri yang bunuh anak kau! Sekarang kau puas hati? Kau gembira? Haha…"

Ou Ming merenung Yu Lili dengan tajam, kemudian melangkah pantas ke arahnya lalu terus mencekik leher wanita itu. Mata Yu Lili terbeliak dengan tidak percaya. Pada saat itu, mata Ou Ming dipenuhi kebencian.

Kebencian, ia kebencian yang benar. Lelaki ini memang bencikan saya…

Yu Lili bergelut dengan kedua-dua tangannya. Lehernya terasa sakit dan dia berasa sukar untuk bernafas. Kukunya mencengkam tangan Ou Ming sehingga ke dalam, tetapi Ou Ming hanya mencekiknya dengan lebih kuat.

Lelaki ini mahu bunuh saya! Dia benar-benar serius!

Yu Lili menutup mata dan air mata terus mengalir menuruni pipinya.

Tiba-tiba seseorang menjerit dari arah pintu. Kemudian kedengaran suasana yang hiruk-pikuk beserta jeritan lain.

avataravatar
Next chapter