912 Kamu Yu Lili, Bukan?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Abang ipar?

Yu Lili memandang Shen Zhilie dengan wajah tidak percaya.

Abang ipar? Nama lelaki ini Shen Zhilie, dan nama tunang Ou Ming ialah Shen Manting… Tak mungkin ia kebetulan.

Dia ialah adik Shen Manting?

Shen Zhilie mendekati mereka lalu mengangkat muka Ou Ming dan berkata, "Hah, betullah. Bakal abang ipar saya."

Tetapi kemudiannya dia menoleh ke arah Yu Lili dengan wajah terkejut dan berkata, "Kamu ialah perempuan simpanan yang kakak saya cakap? Oh Tuhan, kecilnya dunia!"

Yu Lili berasa jengkel dan menjeling Shen Zhilie dengan tajam sebelum menepis tangan lelaki itu. "Pergilah!"

Shen Zhilie baru tersedar kata-katanya mungkin agak tidak sopan. Dia tersenyum lalu cuba mengambil alih Ou Ming daripada Yu Lili.

Yu Lili menjerit, "Pergilah, jangan sentuh teman lelaki saya! Dia bukan abang ipar kamu!"

Shen Zhilie terkejut dengan jeritan yang kuat itu. Dia mengangkat kedua-dua tangannya dan berkata, "Okey okey, tapi kamu tak mungkin boleh angkat dia seorang diri. Boleh saya bantu kamu bawa dia naik?"

Mata Yu Lili yang kemerahan merenung tajam Shen Zhilie.

Dia mengemaskan pautannya pada Ou Ming yang hampir terjatuh lalu berjalan ke arah lif dengan separuh menarik dan separuh mengheret Ou Ming.

Shen Zhilie tahu dia telah berbuat silap, tetapi dia tidak sampai hati apabila melihat Yu Lili bersusah payah membawa Ou Ming.

Dia menghampiri mereka lalu meletakkan lengan Ou Ming di atas bahunya dan berkata, "Mari saya bantu. Jom!"

Shen Zhilie mengambil alih Ou Ming dan jelas dapat dilihat dia lebih kuat daripada Yu Lili. Dia terus memapah Ou Ming tanpa bersusah payah.

Yu Lili melihatnya dengan hati yang terasa kosong.

Jadi lelaki ini ialah bakal adik ipar Ou Ming…

Shen Zhilie membawa Ou Ming ke lif. Apabila berpaling, dia melihat Yu Lili masih tercegat berdiri di tempat yang sama. Dia menjerit, "Hei, marilah. Tingkat berapa?"

Yu Lili segera berjalan ke arahnya apabila lif tiba. Sebaik sahaja pintu lif itu terbuka, dia masuk ke dalam dan menekan tingkat 28.

Sebaik melihat perkara itu, Shen Zhilie seakan memahami sesuatu dan berkata, "Kamu memang bijak. Dah beberapa kali saya pergi ke tingkat 26 untuk cari kamu, tapi penduduk di tingkat itu kata mereka tak kenal kamu. Kalau kamu benar-benar tinggal di tingkat 28… Oh Tuhan, hanya abang ipar saya tinggal di tingkat itu, jadi kamu memang tinggal bersama abang ipar saya!"

Saya juga pernah mendengar bahawa tingkat itu ialah rumah persendirian Ou Ming. Ibu bapa Ou Ming sendiri tidak pernah ke situ, tetapi perempuan ini tinggal di situ secara terang-terangan.

Shen Zhilie merenung Yu Lili dan menggelengkan kepalanya.

Yu Lili tidak tahu sama ada ia hanya khayalannya atau tidak, tetapi wajah kelihatan penuh dengan simpati dan penyesalan.

Yu Lili menjelingnya sekilas, namun belum sempat dia berkata apa-apa, Ou Ming tiba-tiba bersuara, "Yu…"

Suaranya masih kedengaran mabuk. Sebaik sahaja Ou Ming membuka matanya, ia kelihatan merah. Dia mengangkat tangannya ke arah Yu Lili.

Yu Lili segera memeluknya dan berasa agak sedih lalu berbisik, "Ya, saya di sini, kita dah sampai ke rumah."

Ketika bergerak untuk memeluk Ou Ming, Yu Lili turut berdiri hampir dengan Shen Zhilie. Shen Zhilie dapat menghidu bau alkohol pada badan Ou Ming, tetapi bau minyak wangi Yu Lili kini menyapa hidungnya.

Baunya sangat harum. Ia seperti Yu Lili, membuatkan seseorang berasa selesa.

Shen Zhilie menghidunya dan berasa seakan hatinya telah tertawan. "Nama kamu Yu Lili, bukan? Saya ada dengar cerita tentang kamu."

Bagaimana dia mendengar ceritanya? Sudah tentulah daripada Shen Manting.

avataravatar
Next chapter