webnovel

Anjing Baik Tidak akan Mengganggu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci telah belajar seni bela diri di pusat latihan terbaik di Kingstown selama lebih dari setengah bulan. Dia tidak memiliki pengalaman sebelum ini tetapi kini sudah berupaya melawan seseorang yang telah belajar lebih awal daripadanya. Pelatihnya sering memberi pujian atas bakatnya itu.

Hari ini hari penilaian yang diadakan dua minggu sekali, dan Su Qianci telah mendapat A. Ketika dia berjalan ke lokernya untuk menukar pakaian, seorang lelaki menghalang laluannya. "Su Qianci, masih awal lagi. Jom makan malam dengan saya. Kamu suka makanan Barat?"

Dia Jurulatih Jin yang mengajar tinju secara percuma di pusat latihan itu. Dia memakai T-shirt hitam yang ketat dan raut wajahnya kelihatan menakutkan. Terlalu berotot juga tidak bagus. Su Qianci tidak suka orang yang obses dengan bina badan seperti lelaki itu.

Su Qianci mengerutkan dahi dan mahu terus berjalan. "Terima kasih, saya sudah ada makan malam menunggu saya di rumah."

"Kamu tinggal di mana? Nak saya tumpangkan?"

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri."

"Teksi tidak selesa, bukan? Saya ada kereta dan kamu pasti lebih selesa jika ikut saya."

"Maaf, saya benar-benar tidak perlu bantuan kamu. Terima kasih, jurulatih Jin."

Jurulatih Jin menghalang jalannya lagi dan kelihatan tersinggung. "Kamu pandang rendah pada saya? Saya sudah ajak kamu keluar berkali-kali dan selalu tunggu kamu setiap kali kelas selesai. Kamu fikir saya tidak ada perkara yang lebih baik untuk dilakukan?"

"Saya sudah berkahwin."

"Saya tidak percaya. Kamu selalu beritahu sudah berkahwin, tapi saya belum pernah lihat suami kamu datang menjemput. Kamu ingat saya bodoh?"

Wajah Su Qianci menjadi suram. Dia kemudian berkata, "Jurulatih Jin, ada satu pepatah dan saya ingin tahu adakah kamu pernah mendengarnya?"

Jurulatih Jin gembira Su Qianci mahu bercakap dengannya dan cepat-cepat bertanya, "Pepatah apa?"

"Anjing yang baik tidak akan mengganggu," kata Su Qianci tanpa memperlahankan suaranya.

Semua yang berada di situ ketawa kecil mendengar kata-katanya. Jurulatih Jin menjadi sangat marah dan menarik lengannya sewaktu dia berjalan melintasi lelaki itu. "Jalang, siapa yang kau panggil anjing!"

Su Qianci berasa sakit dan berkata, "Siapa kata itu awak."

"Tak guna, perempuan jalang!" Jurulatih Jin membentak dan mengangkat tangan untuk memukulnya.

Melihat telapak tangan yang lebih besar daripada wajahnya mendekat, Su Qianci menjadi pucat. Dia mengetapkan giginya dan terus menendang lelaki itu di celah kelangkang. Jurulatih Jin menjerit kuat dan membongkok kesakitan. Semua yang melihat turut terkejut kerana tidak menyangka Su Qianci akan memberi reaksi yang sebegitu ganas.

Su Qianci tersenyum dingin dan berkata, "Kamu layak mendapatnya."

Baru sahaja dia mahu melangkah, jurulatih Jin menjerit, "Kejar dia! Jalang, matilah kau!"

Empat orang lelaki berbadan sasa datang dan mengepung Su Qianci. Dia tidak mungkin dapat lari daripada mereka walaupun jika dia memiliki sayap.

"Apa kamu semua mahu?" Su Qianci berasa gementar tetapi cuba berpura-pura tidak takut. "Kamera ada di mana-mana."

Jurulatih Jin berdiri perlahan-lahan dengan peluh dingin di dahinya. Sambil mengetap giginya, dia ketawa dan berkata perlahan, "Tunggu dan lihat. Bawa dia pergi!"

Su Qianci berasa takut dan cuba mencapai sesuatu di sakunya tanpa disedari. Dia menggunakan cap jarinya untuk membuka telefon bimbitnya, meneka tempat dia meletakkan senarai nombor telefon, dan menekan dengan rambang nombor telefon entah siapa...

Next chapter