webnovel

Diari itu.

Sebaik teringat diari itu, mata Ou Ming terus berubah dingin. Dia merenung Yu Lili dengan pandangan tajam yang seakan dapat menghiris-hiris wanita itu. Di dalam diari itu tercatat sisi paling gelap Yu Lili. Dia tidak pernah menyangka wanita yang telah dijaganya selama tiga tahun akan mempunyai fikiran dan niat sejahat itu. Demi memutuskan hubungan dengannya, Yu Lili membunuh anak kembar mereka dengan tangannya sendiri.

Sampai begitu sekalikah kamu membenci saya?

Kemarahan Ou Ming jelas kelihatan. Dia terus menghempas gelas kaca yang dipegangnya ke arah Yu Lili. Gelas itu terkena Yu Lili sebelum jatuh ke lantai dan menumpahkan wain di dalamnya. Bunyi kaca pecah dan bunyi wain yang tumpah kedengaran pada masa yang sama.

Tiada sesiapa menyangka Ou Ming yang sentiasa tenang akan bertindak sebegitu. Semua orang terkejut dan mula tertanya-tanya tentang hubungannya bersama Yu Lili.

Nampaknya mereka memang mengenali antara satu sama lain. Adakah mereka mempunyai hubungan sebelum ini?

Yu Lili tidak berganjak dari tempatnya. Dia terus memandang Ou Ming sambil mengetap giginya. "Kamu masih belum bacanya sampai habis. Betul kan cakap saya, Ou Ming?"

Ya, dia belum membacanya sehingga habis. Dia sudah membaca separuh diari itu dengan sabar, tetapi mendapati setiap perkataan, setiap muka surat dipenuhi dengan kebencian Yu Lili kepadanya. Ia diari kebencian yang seakan pisau tajam yang menghiris-hiris hatinya berkali-kali. Sebaik sahaja dia membaca anak mereka sebenarnya dibunuh oleh Yu Lili, hanya satu perkara yang ada dalam fikiran Ou Ming: Bunuh Yu Lili sekarang juga! Perempuan sekejam ini tidak layak hidup! 

Ou Ming berkata sambil tersenyum sinis, "Kau nak ubah topik? Cik Yu, mungkin helah ini berguna untuk lelaki-lelaki lain, tapi ia tak beri kesan kepada aku. Cepat, jangan bazirkan masa semua orang. Ini semua untuk hiburan kami. Kalau tak kau ingat kau layak untuk jilat kasut aku?"

Yu Lili merenung Ou Ming dengan mata kemerahan.

Dia serius. Dia benar-benar membenci saya.

Hati Yu Lili berasa pedih dan dia melangkah ke hadapan. Sebaik melihat perkara itu, rakan-rakan Tuan Muda Kedua Qu bersiul manakala wanita-wanita di tepi mereka memegang lengan mereka dan memandang Yu Lili dengan penuh berminat.

Yu Lili menghampiri Ou Ming dan merenungnya. "Diari itu dah hilang. Kemungkinan besar ia ada di tangan Li De."

"Jadi kenapa?" Ou Ming melunjurkan kakinya. "Ia hanya diari seorang pelacur. Selain untuk mencatatkan posisi yang kau buat semasa 'bekerja', apa lagi kegunaannya?"

Kata-kata itu membuatkan semua orang di sekeliling mereka ketawa terbahak-bahak.

Yu Lili menggenggam penumbuk dan mengetap giginya tanpa berkata apa-apa.

Penghinaan ini…

Ou Ming amat mengenali dirinya. Lelaki itu tahu jenis ayat yang akan memberikannya luka yang paling dalam.

Disebabkan Yu Lili tahu perkara itu, dia berpura-pura tidak kisah dan ketawa dingin. "Semua posisi yang pelacur ini gunakan diajar oleh kau. Waktu kau latih aku, bukankah kau puas juga?"

Senyuman Ou Ming terus lenyap. Wajahnya kelihatan semakin bengis sambil merenung Yu Lili.

Yu Lili berkata dengan sinis, "Kau dah terlalu lama jadi kaki perempuan hinggakan ginjal dan pinggang kau sudah tak berkeadaan baik. Malah kau menderita ED. Waktu kita buat seks dulu, aku perlu bergerak sendiri. Lebih menjengkelkan lagi kau masih buat ejakulasi tak matang. Aku belum puas, tapi kau dah tak boleh lakukannya lagi. Aku dah tak tahan dengan kau!"

Next chapter