webnovel

Penyembuhan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Artifak sihir?"

Budak kecil itu menggeleng kepalanya, "Itu barang yang sangat berharga! Tahun lepas lelongan hanya menjual satu artifak sihir kelas rendah. Terdapat juga para hadirin dari golongan Magi rasmi yang menyertai pembidaan..."

"Begini. Bawa saya ke kedai senjata!"

Leylin mengikut budak lelaki ke tempat tukang besi yang handal itu.

"Hey! Lelaki tua berjanggut, saya ada perniagaan untuk awak!" Apabila budak kecil itu masuk, dia mula teriak dengan kuat.

"Saya akan tunggu di sana!" Pemilik kedai sememangnya mempunyai janggut tebal dan lebat. Dia tidak tinggi, tetapi otot-otot di lengannya sangat keras dan memberi gambaran yang berkuasa.

"Salam penghormatan tetamu! Saya pemilik kedai senjata ini, sila panggil saya Tukul Hitam!" Pemilik kedai memperkenal dirinya.

"Saya perlukan pedang salib!" Leylin menyatakan niatnya. Sebelum ini, dia telah menghancurkan pedang salibnya ketika melawan Bidadari Pokok Hijau Mutasi. Dia kini mahukan kualiti yang lebih baik, sesuatu yang khas.

"Pedang salib huh, ikut saya." Tukul Hitam membuka botol wain yang tergantung di pinggang dan menghirup isi wain. Bau alkohol semerbak.

"Oh! Kan saya dah katakan tolong kurangkan minuman alkohol?" Budak kecil itu mengerut dahinya sambil menutup hidung.

"Hic… Edgar, awak masih kanak-kanak dan tidak dapat menghargai rasa wain yang halus ini!" Tukul Hitam menggeleng dan membawa Leylin ke rak kayu.

"Pedang salib yang dah siap semua ada di sini. Sila buat pilihan kamu. Sudah tentu, jika awak tidak suka, awak boleh menempah baru, di mana harganya..."

Apabila dia bercakap tentang harga, perkataan Tukul Hitam sangat jelas. Dia tidak kelihatan mabuk.

Leylin dengan mudah meneliti pedang salib di atas rak kayu. Pedang-pedang ini jelas pernah digunakan dalam peperangan. Permukaan perak memancar aura yang dahagakan darah.

Leylin dengan mudah memilih satu. Perasaan yang rumit dan kukuh merebak ke telapak tangannya. Dia dapat rasakan pedang itu agak berat.

"Bentukan pedang keluli halus. Ia juga mempunyai bintang logam di atasnya. Hulu itu berbalut dengan sutera hitam, untuk mengelaknya tergelincir daripada tangan..." Tukul Hitam memberi gambaran item itu.

Leylin mengangguk kepalanya dan meletak pedang salib itu kembali ke atas rak kayu kuning, dan kemudian mengambil satu lagi.

Bahagian luaran pedang salib ini sedikit gelap. Ia keluarkan aura yang kukuh.

"Pedang yang diperbuat daripada aloi. Ia telah mengalami pengubahsuaian sebelum ini. Boleh menahan kakisan dan api!"

"Oh?" Leylin agak tertarik, "Bolehkah ia musnahkan mantera Magus?"

"Sudah tentu tidak!" Tukul Hitam menggeleng kepalanya dengan segera. "Untuk menentang sihir, harus ada rune yang tertulis pada pedangnya. Selain itu, ia perlu diperbuat dengan bahan-bahan yang berharga daripada Alkimia. Pedang seperti itu sudah menjadi artifak sihir, dan tidak akan terpapar di tempat terbuka seperti ini untuk penjualan..."

"Minta maaf, saya terlalu tamak!" Leylin menggeleng kepalanya.

Sambil mengambil pedang hitam, "Saya mahu ini, dan tolong sediakan 20 bolt pelangi untuk saya..."

"Baiklah, harganya..." Mata Tukul Hitam bersinar. Dia tidak lagi perlu minum wainnya.

Apabila Leylin dan budak kecil itu keluar dari kedai senjata, Leylin menggantung pedang salib itu di pinggangnya, dan pada masa yang sama dia mengambil kristal ajaib dan melemparnya kepada budak lelaki itu.

"Ini hadiah awak hari ini! Saya ingin berjalan sendirian sekarang!"

"Baik! Semoga hari awak baik!" Budak lelaki itu sangat gembira dan menyimpan kristal ajaib sebelum menghembus nafas.

Leylin berdiri statik di tempat itu sehingga budak lelaki tadi tidak kelihatan lagi. Kemudian barulah dia kembali ke gerai-gerai yang dia masuk awal tadi, di mana barang-barang itu di atas tanah.

Setelah meneliti, Leylin melawat setiap kedai kayu yang terdapat di kawasan tengah. Hanya kemudian Leylin berjalan ke kedai yang bertanda tabung uji.

"Tuan, bagaimana boleh saya bantu awak?" Bercakap seorang kakitangan lelaki muda yang memakai pakaian ala barat.

Leylin memandang ramuan di atas rak. Posyen yang berkilauan ini memancarkan pelbagai warna. Kaunter kaca telus juga memapar pelbagai bahan berharga.

"Nampaknya barang-barang di kedai ini lebih baik berbanding si gemuk Woox!" Leylin mengangguk kepalanya.

"Saya perlukan bulu flamingo, bola mata burung hantu berbilang ekor, bulu dari Burung Kepala Manusia, Minyak Dakwat Merah Jambu, Batu Kelapa Hijau..."

Leylin tergesa-gesa menyenaraikan barang-barang itu. Semua bahan ini perlu untuk merawat kecederaan, membuat posyen letupan dan merumus posyen asas yang lain.

Kakitangan lelaki itu mendengar dengan khusyuk sehingga Leylin selesai bercakap dan kemudian membongkok dan berkata, "Minta maaf, tapi bolehkah saya bertanya jika awak seorang guru Posyen?"

"Saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang itu!" Ciri-ciri wajah Leylin tersembunyi di sebalik tudung jubahnya. Oleh itu, kakitangan itu tidak dapat melihat ekspresinya.

"Keluarga Walker kami dengan sepenuh hati menjemput awak untuk menyertai keluarga kami. Syarat-syarat yang kami tawarkan ialah paling mutlak di kalangan keluarga Magi yang mempunyai kedudukan yang sama..." Kakitangan lelaki itu menunduk lebih rendah.

Leylin memang tahu tentang ini serba sedikit. Guru Posyen tergolong sebagai golongan baka yang sukar untuk dicipta oleh sesiapa. Selain itu, Magi tidak boleh lakukan apa-apa tanpa posyen sehinggakan keluarga Magi selalunya berusaha merekrut guru Posyen dengan penawaran upah yang sukar untuk ditolak.

Dia pasti tidak dapat sembunyikan identitinya sebagai guru Posyen jika dia membeli bahan mentah. Walau bagaimanapun, selagi tidak ada orang yang tahu akan bakatnya, dia tidak takut jika mereka tahu. Lagipun, selagi identitinya belum tersebar yang lain tidak akan tahu sama ada orang yang berdiri di hadapan mereka itu adalah seorang guru Posyen atau pembantu paderi.

"Saya akan pertimbangkan. Adakah awak mempunyai bahan-bahan yang saya senaraikan sebelum ini?" Tanya Leylin dengan suara serak.

"Kami mempunyai 2 bulu flamingo. Bagi bola mata burung hantu berbilang ekor, kami masih mempunyai sepasang. Walau bagaimanapun, ia wujud sejak 3 tahun yang lalu, jadi sebahagian daripada ciri-ciri perubatannya telah rosak sedikit. Bagi bulu Burung Kepala Manusia, Minyak Dakwat Merah Jambu, Batu Kelapa Hijau, kami pun ada..."

Kakitangan lelaki itu nampaknya ingat setiap item di kedai dan memberitahu semuanya.

Leylin mengangguk kepalanya. Pertapaan utama Magus memberi fokus kepada daya rohani mereka. Selepas maju, otak mereka juga akan berkembang. Oleh itu, semua Magi akan menjadi orang yang pintar. Menurut tekaan Leylin, apabila Magi telah maju ke alam yang lebih tinggi, otak mereka mampu bersaing dengan kemampuan pemprosesan Cip A.I..

"Saya mahu kesemuanya, berapa harganya?" Leylin mengangguk kepalanya.

"Jumlahnya 157 kristal ajaib!" Kakitangan lelaki itu tersenyum.

Leylin mengangguk dan mengeluarkan kotak kecil dari jubahya, yang telah disediakan terlebih dahulu. Selepas membukanya, ia kelihatan seperti kotak kecil itu padat dengan posyen berwarna biru kehijauan.

"Lihat, ini semua posyen kekuatan!" Leylin keluarkan posyen kekuatannya dan meletaknya di hadapan lelaki itu.

Posyen kekuatan tergolong sebagai salah satu posyen asas. Sebenarnya, sebahagian besar daripada pembantu paderi Posyen akan memilih untuk membancuhnya terlebih dahulu. Selepas melihat, kakitangan lelaki itu ternyata kecewa.

Tetapi dia kembali tenang dan mula membuat pemeriksaan.

"30 Posyen kekuatan, saya boleh memberi 130 kristal ajaib untuk mereka," kata kakitangan lelaki itu.

Leylin mengangguk tanda setuju dengan senyap. Sekiranya dia menjual posyen-posyen itu kepada Woox, dia akan mendapat 120 kristal ajaib sahaja. Harga di luar memang lebih tinggi, tetapi ia juga lebih berbahaya.

"Baik!" Leylin kira 27 kristal ajaib lagi dan serahkannya kepada kakitangan lelaki itu.

"Bawa bahan yang saya tempah tadi!"

"Baik, sebentar ye!" Kakitangan lelaki itu meletak posyen dan kristal ajaib itu di tepi sebelum berlari ke belakang.

Leylin menunggu lama sebelum kakitangan lelaki itu pulang dengan peti kayu yang kecil, dan kemudian dia letakkan peti kayu itu di hadapan Leylin.

"Ini barang-barang yang awak minta, sila periksa!"

Leylin membuka peti kayu yang kecil itu. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian melalui dulang kayu, di mana pelbagai bahan terletak di dalamnya. Terdapat bulu yang berwarna-warni, batu berwarna hijau, dan pelbagai serbuk berwarna.

Jari Leylin mengesan pelbagai bahan, "Cip A.I.! Periksa..."

Selepas Cip A.I. mengesah bahan-bahan itu bagus dari segi kualitinya, baru Leylin menyimpan peti kayu itu. Dia kemudian bangkit dan beredar pergi dari Kedai Posyen itu.

"Apa yang saya jual hanya Posyen kekuatan yang paling asas, dan pengumpulan bahan untuk membancuhnya pun cukup rumit. Malah saya tidak dapat meneka penggunaan bahan-bahan ini sepenuhnya. Mereka pasti tidak dapat meneka jua."

Leylin sembunyikan peti kayu yang kecil itu di dalam jubah dan pusing beberapa kali sebelum dia jalan keluar dari pasaran dengan perlahan.

"Yang paling penting, perdagangan saya hanya memakan kos sekitar 100 kristal ajaib. Sekiranya keluarga Walker terkacau dengan jumlah harga yang sangat kecil, maka reputasi mereka sudah lama menjadi buruk!"

Dalam perjalanannya, dia tingkatkan kawasan pengesanan Cip A.I. ke maksimum. Hanya selepas pengesahan yang Leylin tidak diikut oleh sesiapa, baru dia berjalan keluar dari Hutan Hilang.

Selepas insiden di tapak perkehmahannya, Leylin berpindah tempat. Sekarang dia terlindung di dalam sebuah gua. Pemilik sebelumnya, Beruang Hitam, telah lama menjadi makan malam Leylin.

* Bang! *

Leylin menyusun beberapa kotak besar untuk membentuk meja eksperimen yang mudah. Kemudian, dia letakkan radas di atasnya.

"Saya akhirnya akan hilangkan patogen yang terkutuk ini!" Leylin berkata, "Setiap hari saya perlu mencuci luka ini. Dengan batasan tenaga dan kekuatan, saya sudah cukup menderita!"

Leylin mengambil batu berwarna hijau yang mempunyai bentuk daun di permukaannya.

Ini Batu Kelapa Hijau, komoditi separa tumbuhan separa mineral yang jarang ditemui oleh sesiapa.

Sambil menghancurkan Batu Kelapa Hijau, Leylin mengambil Minyak Dakwat Merah Jambu dan memanaskannya. Apabila ia mula menggelegak, dia menambah serbuk Batu Kepala Hijau.

* Sssii! * Ketika serbuk Batu Kelapa Hijau yang dituangkan ke Minyak Dakwat Merah Jambu, bunyi desis kedengaran.

Minyak Dakwat Merah Jambu itu berubah menjadi hijau dalam seketika. Ia mengeluarkan bau wangi yang aneh.

[Pembancuhan posyen berjaya!] Setelah mendengar pengesahan daripada Cip A.I., Leylin mengangguk kepalanya sedikit.

Dia melucut pakaiannya. Semua jenis luka terbakar dan parut kenampakan di seluruh badannya. Bahu dan perutnya masing-masing mempunyai parut yang sangat ngeri berserta bulu-bulu yang tumbuh di sekitarnya.

"Qiesiter - Kesi!" Leylin membisik satu mantera.

Posyen yang berwarna hijau dalam tabung uji itu direbus olehnya dengan segera, dan kemudian ia terus menjalani proses penyejatan, yang memberi bau yang kuat pada permukaan udara.

* Sssii! * Seolah-olah ia mendapat kehidupan sendiri, bulu-bulu di sekitar luka Leylin mula memanjat keluar dan masuk ke dalam tabung uji.

"Wu!" Leylin mengetap giginya dan membiar bulu-bulu ini keluar dengan mudah.

Selang beberapa minit kemudian, luka Leylin tidak lagi mempunyai sebarang bulu hitam di sekitarnya. Bagi tabung uji, ia berubah menjadi bebola bulu.

Ekspresi Leylin kekal seolah-olah tidak mengendahkannya sambil dia mengelap peluh sejuknya. Dia nyalakan sehelai bulu burung dan melemparnya ke bebola bulu itu tadi.

"Boohoo..."

Api hijau menaik dan meniru suara tangisan seorang wanita, yang agak mirip dengan suara Doris.

Banyak helaian bulu yang cuba melarikan diri, tetapi diperangkap oleh Leylin dalam bebola berunsur susu putih. Mereka tidak mempunyai pilihan, hanya terbakar.