webnovel

Mengambil Tindakan

Editor: EndlessFantasy Translation

[Pengiraan kelajuan udara dan suhu dalam proses! Pengiraan trajektori selesai!]

Mengikut trajektori yang telah dikira oleh Cip A.I., Leylin menarik picu busur silang itu.

"Whoosh!" Bolt daripada busur silang itu terbang dengan laju dan kuat, dan hentakan yang kuat itu menyebabkan lengan Leylin sedikit kebas.

"Pu!" Anak panah daripada busur silang itu tepat mengenai mata kiri canis dirus itu dan keluar melalui mata kanannya. Canis dirus itu meraung dua kali, dan jatuh rebah ke tanah.

'Kelebihan ketepatan yang tinggi yang aku dapat daripada Cip A.I. ini sangat bagus! Busur silang bukan seperti busur biasa; kau hanya perlu menyasarkan dan menarik picu. Ia sangat senang!'

Leylin membanding dirinya ketika menghayun Pedang Salibnya sebelum ini dan ketika mengunakan busur silang. 'Nampaknya aku lebih sesuai mengunakan serangan jarak jauh. Ini lebih selamat. Cuma aku masih belum faham bagaimana nak aktifkan Daya Hidup Satria. Adakah pengalaman pertempuran yang sangat susah diperlukan?'

Leylin tidak mengunakan busur silang sejak dari awal. Sebab pertama ialah dia ingin melepaskan kemarahannya. Dan sebab kedua, dia cuba untuk mengaktifkan Daya Hidup Satria. Sayangnya, dia mempunyai Cip A.I. sebagai salah satu bantuannya, dan tidak pernah meletakkan dirinya di dalam situasi genting hidup atau mati. Oleh itu, dia tidak dapat mengalami perasaan Daya Hidup itu diaktifkan dalam situasi yang genting.

"Leylin! Terbaik!" George baru memberi reaksi dan menepuk bahu Leylin.

"Mulai sekarang, busur silang itu milik awak!"

"Terima kasih!" Leylin tersenyum. Walaupun George tidak berkata apa-apa, dia tetap akan cuba untuk mendapatkan busur silang itu.

"Oh! Leylin! Leylin telah membunuh canis dirus itu, tuan Leylin! Tuan Leylin! Cepat selamatkan kami!"

Ketika ini, makin banyak canis dirus menuju ke tapak perkhemahan, dan para pelajar mula menjerit memanggil Leylin.

Oleh sebab persediaan awal yang dibuat oleh George, mereka mengalami kerugian yang paling sedikit. Tambahan pula dengan adanya George dan Leylin, dua pakar Satria persediaan, ia boleh dikatakan tempat paling selamat sekali selain kawasan berdekatan dengan individu berjubah putih.

"Hu!" Ourin menarik nafas yang kuat sambil mengunakan pedangnya untuk menangkis serangan canis dirus yang melompat ke arahnya. Serangan itu sangat kuat sehingga menyebabkan Pedang Salib di tangan Ourin melayang.

'Aku pewaris keluarga aku! Aku masih belum menikmati banyak benda! Tidak mungkin aku akan mati di sini?'

Ourin berteriak. Dua pengikutnya telah mati. Manakala yang masih hidup, pasti mereka telah melarikan diri.

Ketika itu, kedengaran jeritan nama "Tuan Leylin!" menyebabkan matanya bersinar-sinar.

"Betul itu! Persekutuan Furze masih lagi kuat, dan Leylin tadi sangat hebat. Dia pasti akan menyelamatkan saya!"

Tanpa ragu-ragu, Ourin mula berlari ke arah Leylin.

"Leylin! Tuan Leylin! Selamatkan saya!"

"Baik!" Leylin bersiap sedia dengan busur silang itu semula dan melihat ke arah punca suara itu, "Ooo, Ourin rupanya!"

Keadaan Ourin sekarang sangat memalukan. Bukan sahaja Pedang Salibnya telah hilang daripada genggamannya, seluruh badannya penuh dengan luka ketika dikejar oleh canis dirus.

'Sayangnya! Kau telah mencari orang yang salah! Kau ingat aku ni baik hati sangat ke?' Leylin tersengih.

'Oleh sebab Magi berjubah putih tu ada di sini, aku tidak berani untuk mengambil peluang dan membunuh seseorang secara senyap! Tetapi kalau aku tidak berjaya menyelamatkan mereka, tiada siapa akan peduli!'

Leylin melihat Ourin sambil melemparkan satu senyuman besar.

'Dia akan selamatkan aku! Aku yakin!' Ourin nampak Leylin tersenyum, dan dia berasa lega. Dia terus menerus menyedapkan hatinya, dan meningkatkan kelajuan lariannya.

"Ohhhh! Tidaaak!" Pada masa yang sama, Ourin melihat Leylin menembak busur silang itu ke arah canis dirus yang datang dari arah berlainan.

'Sampai hati kau, sampai hati kau buat macam ni??' Minda Ourin kosong seketika dan dia tersandung terkena batu, dan jatuh ke tanah.

Canis dirus yang berada di belakangnya meloncat ke hadapan. Giginya mengigit dengan kuat dan darah mula terpancut-pancut dengan tidak berhenti.

"Terima kasih!" Manakala di arah yang berlainan itu, perempuan yang diselamatkan itu lari ke arah Leylin dan berterima kasih kepadanya, "Terima kasih!"

"Tak perlu berterima kasih!" Leylin tersenyum. Manakala di arah yang lagi satu, Lilith melihat Leylin dengan muka kemerah-merahan dan menundukkan kepalanya.

George bersiul dan melihat Lilith, memberi isyarat jelingan 'kau faham tak' terhadap Leylin.

"Dalam situasi begini pun personaliti awak tidak berubah, George!"

"Walaupun saya jatuh ke dalam jurang kematian sekalipun, saya tidak akan berhenti menginginkan percintaan yang indah!" George mengunakan nada seperti seseorang yang telah syahid, berkata seolah-olah tidak takut dengan kematian.

"Awak tak akan mati, individu berjubah putih akan mulakan tindakan mereka tidak lama lagi!" Leylin berasa jengkel.

Walaupun medan perang itu berada dalam keadaan huru-hara, canis dirus gergasi itu nampaknya mempunyai deria keenam yang bagus. Mereka tidak menganggu tiga Magi berjubah hitam itu, malah terus membuat bulatan yang pelik di sekeliling mereka.

Walaupun suasana sekeliling sangat bising, Leylin masih boleh mengunakan deria kelimanya yang telah dikuatkan oleh Cip A.I. untuk mencuri dengar perbualan di antara Magi berjubah putih itu. Mungkin mereka tidak menyembunyikan lagi.

"Crow! Kita masih tidak akan mengambil tindakan? Sudah banyak pembantu paderi yang telah terkorban, ini akan menurunkan penarafan kita!" Suara seorang wanita kedengaran.

"Bertenang! Bertenang! Saya sudah kira dari tadi. Setakat ini, hanya sepuluh orang telah mati. Belum sampai hadnya lagi!"

Kedengaran suara yang sedikit sinis, iasuara seorang lelaki.

"Tetapi dah nak hampir kepada had yang ditentukan, kena bertindak cepat. Saya masih kena tentukan kestabilan model untuk teknik ini! Celaka! Tenaga negatif di sini sangat tinggi. Nampaknya mustahil untuk siapkan teknik 'Tokerwuree!'"

"Kalau begitu, biar saya sahaja yang buat!" Lelaki berjubah putih yang pendiam itu bangun.

'Magi yang misteri ini! Individu-individu yang dikatakan boleh memanipulasi kuasa alam semulajadi!' Leylin merenung lelaki berjubah putih itu.

"Binatang yang bodoh dan daif, kamu semua berani menganggu Tuan Magi yang mulia ini! Hanya kematian tempat kamu sekarang!

"Mazzerda —Karachi!"

Ketika lelaki berjubah putih itu melaungkan manteranya, Cip A.I. bersuara dengan kuat. [AMARAN! AMARAN! Sumber radiasi ditemui! Medan tenaga negatif ditemui! Disarankan Tuan Badan segera melarikan diri sejauh yang boleh!]

Perkataan berwarna merah terang itu sangat jelas, tetapi Leylin tidak takut untuk berundur. Dia mengulang mantera lelaki berjubah putih itu.

"Nampaknya bahasa yang digunakan bukan dari benua ini, tetapi bahasa kuno agaknya. Nampaknya agak berbelit bahasanya, adakah Magus mengunakan bahasa seperti ini untuk mantera mereka?

Sebaik sahaja lelaki berjubah putih itu bangun, canis dirus yang mengelilinginya berundur, seakan-akan mereka telah bertembung dengan musuh semulajadi mereka.

"Tenaga Bola Api Sekunder!"

Selepas mantera itu selesai, bebola api terapung muncul di atas tangan lelaki itu dengan tiba-tiba. Berdasarkan pengiraan Cip A.I. Leylin, kepanasan bebola api ini sekurang-kurangnya satu ribu darjah dan menyebabkan ruangan sekeliling terganggu sedikit.

Bebola api itu meninggalkan jejak membara dan mendarat tepat di jantung canis dirus itu.

Boom!

"Tak bagus! Cepat tunduk!" Leylin menjerit dengan kuat. Malangnya, ia sudah terlalu lambat. Tidak kira sama ada pembantu paderi atau kawanan canis dirus di sekeliling, semua telah tumbang.

Letupan yang kuat bergema, bersama dengan gelombang yang panas.

"Puff! Pui Pui!" Leylin bangun, dan cepat-cepat meludah keluar pasir dan rumput di dalam mulutnya.

Ketika ini, badannya penuh dengan kotoran, dan kelihatan seperti baru merangkak keluar daripada lubang yang berlumpur.

"Berdasarkan pengiraan Cip A.I., kawasan itu sepatutnya di mana ketua canis dirus itu terletak, sssss..." Leylin memanjat gerabak kuda itu. Dia melihat ke arah kawasan yang diserang oleh Magus itu sebentar tadi dan serta-merta menarik nafas tajam.

Dia hanya mampu melihat di mana bebola api itu mendarat, di mana sekarang terdapat lubang api tambahan yang sebesar tiga meter panjang dan lebar, dan dua meter dalam. Manakala untuk kawanan canis dirus di kawasan itu, mereka telah terbakar seperti arang.

Kawanan canis dirus yang lain merengek, sebelum cepat-cepat melarikan diri.

"Dia mempunyai badan seperti manusia biasa, tetapi mampu membuat serangan sampai tahap begitu sekali! Ini, ini kekuatan seorang Magus?" Leylin melihat ke arah Magus berjubah putih itu dengan penuh keazaman dan semangat, "Kekuatan seorang Magus! Aku kena dapatkan!"

"Cepat! Bersihkan medan peperangan ini!" Lelaki berjubah putih itu bersuara, mengabaikan renungan marah daripada pembantu paderi di sekeliling. Dia pulang kembali ke kedudukan asal, di mana dua lagi Magi berada.

Semasa dia melalui mayat Ourin, dia berhenti. Dia mengambil satu karung emas kecil daripada dada Ourin dan memasukkan ke dalam dadanya.

'Itu… Itu kelihatan seperti karung yang Ourin guna untuk simpan kristal-kristal ajaibnya!' Mata Leylin mengecil.

'Penilaian! Batasan! Kristal-kristal ajaib!' Minda Leylin merah dengan maklumat yang terpancar. "]'Nampaknya Magi menerima sebuah tugasan, di mana mereka akan mengiring kami, pembantu-pembantu paderi. Tambahan pula, nampaknya ada had kuota bilangan kematian yang mereka kena jaga supaya penilaian mereka tidak terlalu rendah dan juga ganjaran yang mereka akan terima tidak terlalu rendah jika mereka melepasi had kuota itu!'

'Dan nampaknya aku juga telah memandang rendah nilai kristal-kristal ajaib ini. Magi berjubah putih ini membiarkan pembantu paderi mati, ini kerana mereka telah merancang untuk mengambil semua kristal ajaib pembantu paderi yang telah mati!'

'Nasib baik, bilangan kematian pembantu paderi telah sampai had, kita semua akan selamat sekarang!'

Selepas berfikir dengan tenang dan jelas, muka Leylin berubah pucat, "Begini ke dunia Magi? Sangat tak logik. Semua berhati dingin! Dingin sehingga tidak mempedulikan orang lain!'

"Semua orang, cepat kemas supaya kita boleh sambung perjalanan kita. Bau darah ini akan menarik perhatian pemangsa lain!"

Satria Angelo berjubah hitam telah menanggalkan baju luaran yang telah koyak kerana mengaktifkan skil rahsia itu. Peluh di mukanya mengalir tidak berhenti-henti, dan dia termengah-mengah, dan kelihatan sedikit lemah.

Mata Leylin berkilauan, "Nampaknya ada harga yang perlu dibayar untuk mengaktifkan kemahiran rahsia Satria itu!"

"Hey! Leylin, lihat!" Sebaik sahaja Leylin mahu memasuki gerabak itu, George menyelinap masuk dan diam-diam menuding ke satu arah.

Di sebuah gerabak kuda berwarna hitam yang lain, Bessita kelihatan sedang memeluk kakinya sambil duduk di dalam gerabak itu. Bahunya terdapat kesan bekas berdarah, dan dia seperti baru menangis.

"Ourin dikenali sebagai Bessita 'flower guardian' yang pertama selama ini. Sekarang, kerana kumpulan itu telah mati, situasi Bessita kelihatan tidak berapa bagus!"

George membisik kepada Leylin, dengan riak muka yang menunjukkan peluang Leylin telah tiba.

"Saya dah tak berminat dengan dia! Lagipun sekarang, kita dalam bahaya, tak boleh ke awak kawal sikit bahagian bawah awak tu?"

Leylin kehilangan kata-kata. Dia menuding kepada kolar George, dan terdapat kesan gincu perempuan di bajunya. Dia tidak tahu bila binatang ini sempat berfoya-foya.

"Hehe… sahabatku, inilah saat bahaya di mana kita sebagai Satria Persediaan boleh menunjukkan kuasa kita! Dan perempuan akan terhutang budi dekat lelaki yang selamatkan mereka. Ini teknik yang paling asas sekali!"

George mengeluarkan sesuatu seperti sapu tangan daripada bahagian dadanya, bongkak menunjukkan hasilnya. "Awak tengok ini? Hari ni saja, saya telah dapat hadiah daripada tiga perempuan ketika peperangan tadi…"

"Ya…" Leylin tidak mampu berkata-kata lagi.

Bila melihat kembali masa lalu buaya darat ini, "Nampaknya Leylin yang asal selalu mengunakan kekerasan apabila menjumpai perempuan yang dia sukai..."

"Baiklah, sudah sampai masa untuk bertolak!" Leylin melihat Satria berjubah hitam mengumpulkan mayat-mayat pembantu paderi di satu tempat. Mereka mengambil keluar beberapa kristal ajaib dan memberi kepada Magi berjubah putih itu, sebelum menukar topik perbualan.