webnovel

Sebaik sahaja lelaki tua itu selesai bercakap, semua pembantu paderi menggelabah.

"Apa ni? Bagaimana kita nak pilih?" Beirut bertanya dengan risau.

"Membayar adalah lebih baik daripada tidak membayar. Gunakan akal kamu!"

"Kau masih mempunyai kristal ajaib yang berlebihan, betul?" Leylin bertanya kebingungan.

"Tetapi... Aku ada 1 sahaja kristal ajaib yang tinggal, keluarga aku telah mengorbankan satu ribu tentera semata-mata untuk mendapat 2 kristal ajaib!"

Beirut kelihatan sedikit keberatan. Leylin juga terkejut, dan tidak dapat menahan dirinya dan meraba poketnya.

"Nilai kristal-kristal ajaib itu nampaknya lebih tinggi daripada yang disangkakan. Aku sangat bernasib baik dapat memeras ugut Ourin beberapa kristal ajaib!"

"Itu tidak betul, Pulau Chernobyl juga dikenali sebagai Pulau Barren kepada golongan Magi. Kristal-kristal ajaib adalah terhad, jadi nilai kristal-kristal ajaib itu lebih tinggi di sini disebabkan bilangannya!"

"Hal ini hanya boleh ditentukan oleh diri kau sendiri!" Leylin memberitahu Beirut.

"Baik! Yang pertama, Raynor!" Lelaki tua itu bersuara.

"Yang mana satu kamu akan pilih?"

"Saya... Saya tidak mempunyai kristal ajaib lagi, boleh saya membuat pinjaman dahulu? Saya ialah kelas keempat pembantu paderi!" Muka Raynor merah padam malu.

"Boleh tahan bakat kamu! Tapi sayangnya, peraturan ialah peraturan!" Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya.

Sebaik sahaja dia menuding jarinya ke bola kristal di atas meja itu, nama Raynor muncul di dalamnya bersama dengan beberapa nama yang tidak dikenali, berkelipan sebaik sahaja nama-nama itu muncul.

Sebaik sahaja ular sawa Spotty meludah keluar satu perkataan dan mengetuk bola kristal itu, perkataan-perkataan itu berhenti berkelip-kelip, "Raynor! Mentor kamu ialah Gafrin!"

"Ambil ini! Satu set jubah pembantu paderi dan lencana identiti! Satu bola kristal yang mempunyai teknik meditasi asas! Nombor bilik kamu dan kunci juga ada di dalamnya!"

Lelaki tua itu mencampak karung hitam yang mempunyai barang-barang itu kepada Raynor dan memetik jarinya. *Bang!* Satu bola hitam tiba-tiba muncul di dalam bilik itu dan terapung di udara.

"Sila ikut hamba bayangan ini, ia akan membawa kamu ke tempat mentor kamu berada!"

Lelaki tua itu memberi isyarat untuk menghantar dia pergi, dan Raynor kelihatan tidak bermaya mengikut bola hitam itu keluar.

"Seterusnya! Rousey!"

Rousey, yang ketawakan Dorotte awal tadi, telah dipanggil. Walaupun wajahnya telah pulih sedikit, masih terdapat peluh sejuk di mukanya.

"Oh! Apa yang saya nampak ini? Satu sumpahan mimpi buruk! Sangat menyedihkan! Kamu akan menderita sepanjang bulan depan!"

"Boleh... Boleh kamu buang sumpahan ini?" Suara Rousey menggeletar.

"Sudah pasti! Satu ratus kristal ajaib! Tiada pinjaman dibenarkan!"

Rousey menggelengkan kepalanya dan mengeluarkan satu kristal ajaib daripada jubahnya, "Saya ingin memilih mentor saya sendiri!"

"En!" Lelaki tua itu menerima kristal ajaib itu, dan memberi satu kompendium, yang kelihatan seperti sebuah kamus kepada Rousey, "Kesemua mentor yang rela untuk menerima perantis-perantis ada di situ, sila ambil masa kamu dan pilih!"

"Bang!" Satu jam pasir muncul di atas meja, dan pasir mula jatuh perlahan-lahan.

"Saya lupa nak beritahu tadi, satu kristal ajaib hanya cukup untuk satu pusingan jam pasir. Kalau kamu melebihi masa jam pasir itu, kamu kena bayar lagi satu kristal ajaib!" Lelaki tua itu tersengih.

Rousey menelan air liurnya, dan melihat pasir jatuh tidak berhenti-henti, dia menyelak beberapa halaman dengan cepat.

"Jam pasir ini nampaknya hanya bertahan selama 5 minit! Ia tidak cukup untuk mengimbas kompendium itu!" Mata Leylin mengecil.

"Masa tamat!" Selaras dengan suara itu, kompendium itu tutup secara automatik dan mengeluarkan bunyi menyentap yang kuat.

"Bagaimana? Kamu sudah membuat pilihan? Atau kamu mahu melihat sekali lagi?" Lelaki tua itu bertanya.

"Saya telah membuat keputusan! Saya memilih Mentor Vivian!" Rousey menarik nafas dalam.

"Sila ambil barang kepunyaan kamu dan ikut hamba ini!" Lelaki tua itu mencampak satu karung hitam yang kelihatan sama seperti sebelum ini kepada Rousey, dan memanggil satu lagi hamba bayangan.

Rousey menunduk dengan hormat dan mengikut hamba terapung itu melalui pintu besar itu.

"Seterusnya, Kaliweir!"

Lelaki tua itu terus-menerus memanggil, dan Leylin meneliti semua pembantu paderi yang telah dipanggil. Kaliweir nampaknya seorang yang berada, kerana dia membayar 3 kristal ajaib dan melihat kompendium itu dengan teliti sebelum membuat pilihan.

"Manakala untuk Beirut, dia tidak membayar 1 kristal ajaib pun akhirnya. Mentornya dipilih secara rambang, dan dia tidak tahu keputusan itu bagus atau tidak."

"Seterusnya! Leylin!" Lelaki tua itu memanggil nama Leylin.

Leylin menarik nafas dalam-dalam dan berjalan ke hadapan.

"Saya akan memilih sendiri!" Leylin menyerahkan satu kristal ajaib kepada lelaki tua itu.

"Kamu tahu peraturannya!" Lelaki tua itu petik, dan jam pasir itu terbalik, dan masa mula berlalu.

Kompedium itu agak berat, dan bahannya kelihatan berkualiti tinggi.

Leylin tergesa-gesa menyelak beberapa halaman itu, dan berterusan mengimbas lalu maklumat di atas kertas kulit itu.

"Ia adalah bahasa Pulau Chernobyl. Nampaknya ia telah disediakan khas untuk semua pembantu paderi di daerah ini."

"Cip A.I.! Catat dan mengekstrak semua maklumat ini!"

"Mentor Lester, Jabatan Roh, pakar dalam transformasi, neurologi, dan komposisi radiasi."

"Mampu membekalkan maklumat untuk 3 topik secara percuma."

"Syarat-syarat: Pembantu paderi itu harus membantu dalam satu eksperimen setiap bulan, dan tidak boleh menolak walau apa alasan sekalipun!"

"Mentor Dorotte, Jabatan Bayangan, pakar dalam anatomi, pengubahan tenaga, dan ilmu hitam."

"Syarat-syarat: Semua pembantu paderi harus membayar 1 kristal ajaib setiap bulan, dan pada masa yang sama kena bekerjasama dengan eksperimen-eksperimen!"

"Mentor Kroft, Jabatan Posyen, pakar dalam perubatan, herbalisme, dan peneutralan tenaga."

"Mampu membekalkan maklumat untuk 1 topik secara percuma."

"Syarat-syarat: Semua pembantu paderi kena sentiasa membantu membersihkan makmal eksperimen, penyediaan dan pengendalian pelbagai jenis herba, dan pada masa yang sama, membantu Magus membawa keluar ramuan-ramuan herba (asalkan tidak memberi kecederaan kepada pembantu-pembantu paderi!)"

"Mentor Estelle, Jabatan Sumpahan, pakar dalam sumpahan, membedah anatomi manusia, dan kajian roh."

Mampu membekalkan maklumat untuk 5 topik secara percuma. Kategori dipilih oleh pembantu-pembantu paderi, dan akan membimbing pembantu-pembantu paderi dalam pelajaran mereka pada bila-bila masa!"

"Syarat-syarat: Bekerjasama dalam satu eksperimen! Hanya satu!"

Beberapa halaman diselak, dan mengeluarkan bunyi bisikan. Ketika bijiran pasir yang terakhir jatuh, Leylin telah berjaya menyelak hingga ke halaman terakhir.

"Memori kamu agak bagus, sangat berguna untuk pelajaran kamu pada masa hadapan! Bagaimana? Siapa kamu akan pilih?" Lelaki tua itu senyum dan bertanya.

Leylin menutup matanya, "Cip A.I.! Bagaimana dengan pengumpulan data?"

Wajah Leylin berubah pedih, "Maklumat di dalam kurungan untuk Mentor Kroft sebentar tadi membuatkan aku sedar. Nampaknya eksperimen-eksperimen Magi adalah berbahaya, dan boleh mengancam keselamatan semua pembantu paderi!"

"Kroft hanya membuat eksperimen ramuan-ramuan herba, tetapi bagaimana dengan yang lain, seperti eksperimen-eksperimen bayangan dan ilmu hitam?"

"Patutlah syarat-syarat yang diberi adalah mudah, tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk maklumat. Tetapi ia digunakan untuk menarik para pelajar untuk bekerjasama dalam percubaan eksperimental! Walaupun mereka tidak mempunyai efek-efek buruk, ia dikira tamat jika tiba-tiba ada efek-efek tersebut!"

"Cip A.I.! Sila jalan proses tapisan, dengan kondisi-kondisi berikut: Yang bersesuaian dengan keadaan aku sekarang."

"Mentor Dorotte, Jabatan Bayangan, pakar dalam anatomi, pengubahan tenaga, dan ilmu hitam."

"Syarat-syarat: Semua pembantu paderi harus membayar 1 kristal ajaib setiap bulan, dan pada masa yang sama kena bekerjasama dengan eksperimen-eksperimen!"

"Nampaknya Dorotte agak penyabar di antara mentor-mentor. Kalau tidak, dia tidak akan pergi membawa kumpulan baru pembantu-pembantu paderi."

Leylin berfikir dengan mendalam, "Sayangnya bilangan kristal ajaib aku tidak cukup, dan dia sudah ada Jayden. Aku takut perhatian yang akan diberikan padaku tidak mencukupi!"

"Lagipun semua mentor Jabatan Bayangan memerlukan pembantu-pembantu paderi untuk bekerjasama dengan eksperimen dan tidak menjamin keselamatan mereka. Ini adalah satu penipuan!

Leylin akhirnya mengecualikan mentor Jabatan Bayangan.

"Apa yang tinggal ialah mentor Alkimia! Dengan kelebihan yang unik dan ekstrem yang aku ada bersama-sama dengan Cip A.I. aku, aku pasti boleh menggunakan alkimia untuk memperolehi duit dan membeli ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan elemen Kegelapan!"

Kepada yang lain, Leylin cuma menutup matanya dan membuat pilihannya sebaik sahaja membuka mata.

"Saya pilih Mentor Kroft!"

"Alkimia?" Lelaki tua itu sedikit terkejut, "Kamu mahu menjadi seorang alkimia? Usaha dan sumber-sumber yang dilaburkan adalah menggerunkan! Kamu tidak mahu tukar? Saya pasti Dorotte lebih sesuai untuk kamu!"

"Terima kasih, tuan!" Leylin bersungguh-sungguh tunduk, "Saya berminat dengan alkimia, dan telah memperolehi beberapa ilmu pengetahuan dalam bidang ini sebelum ini."

"Persepsi dunia fana terhadap alkimia sangat berbeza daripada dunia Magi ini!" Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya. Tetapi, setelah melihat pandangan Leylin yang sudah tekad, dia tidak mampu bertahan dan meneriak.

"Kerana kamu telah membuat pilihan, baiklah!" Setelah bercakap, lelaki tua itu mengambil satu pen bulu pelepah dan menulis sesuatu di atas kertas kulit itu.

"Ini adalah barang-barang kepunyaan kamu, sila ikut hamba bayangan ke tempat Kroft berada!"

Lelaki tua itu menyerahkan satu karung kepada Leylin.

Leylin tunduk ke bawah dan juga mengangguk kepada pembantu-pembantu paderi yang masih ada, sebelum keluar melalui pintu besar itu.

Bola hitam itu terapung di depan dan sekali-sekala berpusing dalam bulatan. Kelajuannya tidak terlalu pantas, dan dengan badan Leylin yang telah mencapai puncak Satria Persediaan, sangat mudah bagi dia mengikutinya.

Dari semasa ke semasa, terdapat beberapa pembantu paderi lalu, tetapi mereka tidak berasa kagum melihat Leylin.

Leylin mengikuti hamba bayangan itu dan melalui beberapa koridor, dua dewan besar, dan satu taman. Ia kemudian berhenti di hadapan satu kawasan yang dibina untuk makmal-makmal eksperimen.

Hamba bayangan itu berubah lut cahaya, dan serta-merta melalui pintu itu, meninggalkan Leylin di luar.

Leylin terkedu, tetapi dia tidak berani untuk mengetuk pintu itu, Oleh itu, dia hanya tunggu di luar dengan sabar.

Selepas seketika, kedengaran suara seorang lelaki berumur pertengahan.

"Leylin, huh? Masuk!"

"Ye!" Leylin menolak buka pintu makmal eksperimen itu.

Aroma manis dan pedas memenuhi bilik makmal itu, bercampur aduk dengan bauan asap beracun dan cecair, yang membuatkan Leylin mengerut keningnya.

Sebuah meja besar yang mengambil hampir setengah ruang makmal itu, dan di atasnya terdapat pelbagai jenis tabung uji, botol dan bikar, dan terdapat juga beberapa perkakas yang Leylin tidak dapat mengenalpasti. Ini membuatkan Leylin teringat kembali hidupnya yang sebelum ini.

Di hadapan meja makmal itu, berdirinya satu lelaki berumur pertengahan berambut putih yang memakai jubah putih. Kolarnya disulam dengan corak keemasan, dan matanya memancarkan cahaya keemasan, seperti dua permata emas.

"Saya Kroft, dan saya telah dengari perincian daripada hamba bayangan tadi. Jadi, Leylin, kamu rela menjadi perantis saya?" Lelaki berumur pertengahan itu meletakkan tabung uji di tangannya dan bertanya dengan serius.