webnovel

Ketika Shi Feng hampir-hampir menerima serangan…

Shi Feng mengaktifkan Pedang Pertahanan dengan segera, berjaya menghalang serangan itu. Jika serangan seorang penyerang hendap menghentam seseorang pemain, mereka akan pengsan selama 3 saat. 3 saat yang singkat ini sudah cukup untuk seorang pakar penyerang hendap untuk menghabiskan separuh HP seorang MT. Lebih-lebih lagi, penyerang-penyerang hendap bukan sahaja boleh pengsankan seseorang. Selagi seorang penyerang hendap meletakkan seorang pemain dalam keadaan pengsan, mereka akan kekal dalam keadaan itu sehingga mereka mati.

"Pergi!"

Shi Feng menjerit. Dia menghentam dengan pedangnya sambil berundur ke belakang, pedangnya mampu untuk menghapuskan ribuan askar.

Apabila Bilah Neraka menuju sasarannya, Bilah Neraka akan mengeluarkan bunyi letupan.

"Menarik."

Kelibat hitam itu bertindak balas dengan segera, berpusing di udara. Sejuruh sahaja Bilah Neraka melewati tubuhnya, kelibat hitam ini menghunus kedua-dua senjatanya sekali lagi, salah satu dari pisaunya menghala ke arah Shi Feng. Sepanjang pertempuran, aksi kelibat hitam ini sangat lembut dan semulajadi seperti air sungai yang mengalir.

"Kamu menempah maut!"

Walau bagaimana pun, Shi Feng tidak mengendahkan pisau belati yang datang ke arahnya sebaliknya menghunus Bilah Merah. Bilah Merah bertukar menjadi 4 imej pedang, semuanya disasarkan kepada organ penting kelibat hitam itu. Shi Feng yakin sama sekali dengan Kuasa Serangannya.

Kelibat hitam tiba-tiba terkejut. Dia tidak terfikir Shi Feng akan menghantar pedangnya untuk bertembung dengan pisau belati dia, yang akan membuatkan kemusnahan bersama. Dalam pergerakan yang tergesa-gesa, kelibat hitam telah menggunakan pisaunya yang lain untuk menghalang serangan Shi Feng.

"Dang... Dang... Dang..."

Percikan api terbang di dalam udara.

Kekuatan Shi Feng yang dahsyat telah membuatkan kelibat hitam tercampak ke belakang sejauh 2 meter. Kelibat hitam menstabilkan dirinya selepas berundur 3 langkah. Kelibat hitam memandang tajam ke arah Shi Feng dengan perasaan terkejut.

"Sesungguhnya, kamu tidak mengecewakan saya," kata kelibat hitam sambil tersenyum sinis.

Kelibat hitam tidak faham bagaimana Shi Feng mempunyai kekuatan yang mengagumkan seperti itu. Shi Feng juga menyedari kedatangannya sebelum dia melaksanakan serangan hendapnya, mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera. Tambahan pula, ketika sebelum Shi Feng diserang lagi, dia tidak teragak-agak untuk menyerang balas, membuatkan kelibat hitam terpaksa menyerang kembali. Ini kali pertama dia gagal untuk menyerang di dalam sebuah permainan realiti maya.

Pada ketika ini, Shi Feng juga sama terkejut. Kelibat hitam sememangnya seorang pembunuh yang hebat. Gerakannya juga senyap dan membawa maut. Teknik menyerang hendapnya juga sangat baik. Tambahan lagi, kelajuan serangannya sangat laju. Kelibat hitam juga mampu untuk mengikuti Shi Feng tanpa disedari. Jika dia tidak menyerlahkan cubaan membunuh dengan segera sebelum dia menyerang, Shi Feng mungkin sudah menjadi mangsanya.

Kelibat hitam memakai penutup kepala berwarna hitam, menyembunyikan wajahnya daripada orang. Lebih-lebih lagi, penutup kepala yang digunakan sangat istimewa. Ia berupaya membuatkan Kemahiran Pengenalan menjadi tidak berguna yang membuatkan namanya tidak dapat diketahui.

Shi Feng kemudian membaca Sistem Pemberitahuan.

Sistem: Pemain Merah Syurga Mutlak telah melancarkan serangan terhadap kamu.

Walaupun penutup itu berjaya berjaya menipu Kemahiran Pengenalan, menyembunyikan Nama Merah kelibat hitam, ia tidak mampu memperbodohkan sistem.

Shi Feng tidak pernah mendengar nama "Syurga Mutlak." Walau bagaimanapun, melihat daripada kemahirannya, Syurga Mutlak sudah pasti bukan suatu kelibat yang tidak bernama lagi.

"Kegagalan kali ini disebabkan persediaan saya yang tidak mencukupi. Apabila saya datang lain kali, saya pasti akan mengambil nyawa kamu," Syurga Mutlak berkata selepas dia berpaling untuk berundur.

"Kamu fikir kamu boleh terlepas?!" Shi Feng menggunakan Bilah Angin, Bilah Neraka bergerak ke arah Syurga Mutlak.

Selagi penyerang hendap terdedah, kekuatan pertarungan mereka berkurangan sebanyak separuh. Disebabkan Syurga Mutlak mahu membunuhnya, Shi Feng tidak akan melepaskannya. Dia perlu membunuh penyerang hendap ini dahulu. Dia tidak mahu ada seseorang yang sentiasa mengekorinya untuk membunuhnya.

Bilah Neraka bergerak di udara dan mencincang bahagian belakang Syurga Mutlak dengan sangat pantas.

Syurga Mutlak memusingkan tubuhnya kerana telah lama bersedia dan mengangkat pisau belati perak keputih-putihan. Syurga Mutlak berjaya untuk menghalang pedang Shi Feng dengan hanya menggunakan sedikit kekuatan. Dengan serentak, pedang berwarna perak yang lain menikam abdomen Shi Feng.

Serangan Buah Pinggang!

Daripada siri serangan sebelum ini, Syurga Mutlak sudah mengumpulkan tenaga yang cukup untuk membuatkan Shi Feng pengsan selama 4 saat.

Shi Feng tidak membayangkan yang Syurga Mutlak akan membuat serangan balas. Dia cepat-cepat membuat terbang di udara dan mengelak Serangan Buah Pinggang. Namun, pisau belati Syurga Mutlak sedang mengikuti rapat dari belakang dan menghala ke belakang badan Shi Feng.

Tikam belakang!

Shi Feng segera melompat ke udara, mengelak dari tikaman belakang. Kemudian, ketika Shi Feng menurun, dia segera menghunus Bilah Neraka. Guruh dan api menyelubungi di sekitar Bilah Neraka dan seperti guruh naga yang mengaum, senjata itu dihentakkan ke tanah.

Letupan Api Guruh!

Syurga Mutlak segera perasan akan keganasan serangan Shi Feng. Dia mengangkat kedua-dua pisau di hadapannya, menggunakan Penghalang untuk bertahan dari serangan yang ganas ini.

Walau bagaimanapun, betulkah kekuatan luar biasa Shi Feng mampu untuk dihalang dengan mudah? Syurga Mutlak dipaksa untuk melutut apabila senjata mereka bersentuhan.. Kedua-dua kakinya tenggelam ke dalam tanah, manakala badannya hampir hancur daripada tekanan itu.

Kejayaan menghalang Letupan Api Guruh memeranjatkan Shi Feng. Walau bagaimanapun, dia bertindak balas dengan menghayunkan Bilah Neraka, mengenakan pengikat neraka pada Syurga Mutlak. Dengan segera, 9 ikatan mengikat Syurga Mutlak, menghalangnya dari menggerakkan otot. Shi Feng kemudian melakukan serangan susulan dengan kedua-dua pedangnya, menyerang dengan penuh kekuatan.

10 imej pedang terbang ke arah Syurga Mutlak, sasaran itu tidak mampu untuk mengelak dari sebarang imej.

"Ayuh bertemu lagi di lain waktu," tawa Syurga Mutlak. Dia mendapati Shi Feng mempunyai corak serangan yang pelbagai, membenarkannya melakukan serangan tanpa henti. Tubuh Syurga Mutlak kemudian mula hilang, 9 ikatan yang mengikatnya jatuh ke tanah.

Sama juga, 10 imej pedang juga hanya mampu membelah udara.

Ini kemahiran lanjutan penyerang hendap, Hilang. Bukan sahaja ia mampu penggunanya hilang, malah ia juga mampu membuatkan pengguna menyelamatkan diri selama satu saat.

"Jangan terfikir untuk melarikan diri!" Shi Feng tidak mahu melepaskan Syurga Mutlak. Melihat kepada reaksi di rumput yang ditinggalkan oleh kaki Syurga Mutlak, Shi Feng menggunakan Panahan Kilat.

3 percikan eletrik dikeluarkan. Syurga Mutlak mengaktifkan Langkah Angin, memasuki keadaan tidak membahayakan sekali lagi selama 1 saat dan berjaya menghalang serangan Panahan Kilat. Dia kemudian berlari pergi dengan laju.

Sama juga, Shi Feng mengaktifkan jalan angin untuk mengejarnya.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selepas Shi Feng mula mengejar Syurga Mutlak, dia perasan Syurga Mutlak mengeluarkan segenggam serbuk putih. Shi Feng segera memusingkan kepalanya, menutup matanya.

Ketika Syurga Mutlak melemparkan serbuk putih itu, satu cahaya putih yang mampu membutakan mata terbentuk.

Serbuk Kilat, ia satu barang yang mampu membutakan raksasa seketika dan pemain-pemain di bawah Tahap 20 selama 4 saat. Ia merupakan peralatan yang sangat jarang dijumpai dan ia hanya dijual di Kedai Magik yang terletak di Kawasan Setinggan Bandar Daun Merah. Lebih-lebih lagi, setiap pemain hanya boleh membeli 10 beg setiap hari.

Selepas cahaya ini hilang, Shi Feng membuka matanya, mencari Syurga Mutlak. Walau bagaimanapun, dia tidak menemui jejak Syurga Mutlak.

Setelah mencari dengan begitu lama, Shi Feng tidak dapat mencari jejaknya. Tiada pilihan lain, Shi Feng hanya boleh menyerah kalah.

"Dari mana datangnya Syurga Mutlak ini?" kata Shi Feng di dalam hati. Bukan sahaja penyerang hendap ini mempunyai teknik yang sangat baik, tetapi dia juga mempunyai banyak kemahiran. Lebih-lebih lagi, Syurga Mutlak dilengkapi dengan Set Kelengkapan Gangsa Tahap 5 yang lengkap dan kedua-dua pisaunya bertahap Perak-Rahsia. Dia ini semestinya bukan orang yang biasa-biasa.

Shi Feng baru-baru ini telah pergi ke Bandar Sayap Hitam. Walaupun jika dia mencabar Kesatuan Dewa Perang Kehausan Darah, orang-orang itu tidak akan tahu identiti sebenarnya. Jika Shi Feng memikirkan siapa lagi yang tidak puas hati dengannya, mereka adalah Harimau Api dari Bayangan dan Singa Pedang Besi dari Kesatuan Pertahanan.

Shi Feng sangat kenal dengan ahli-ahli dalaman kumpulan Bayang dan dia tahu Harimau Api tidak mampu untuk mencari pakar yang tidak dikenali sebegitu. Kebarangkalian yang tinggal adalah Singa Pedang Besi. Shi Feng sebelum ini telah membunuh Singa Pedang Besi. Berdasarkan personaliti Singa Pedang Besi, dia pasti tidak akan membiarkan perkara ini berlalu.

Terdapat lebih 80% kemungkinan Singa Pedang Besi telah mengupah pakar yang tersembunyi ini.

Shi Feng tidak dapat menahan daripada mengakui situasi ini memeningkan kepalanya. Dengan kekuatannya ketika ini, dia tidak takut untuk berdepan dengan Singa Pedang Besi. Walau bagaimanapun, dia akan sangat terganggu apabila sentiasa diekori pakar penyerang hendap seperti Syurga Mutlak. Jika Syurga Mutlak muncul dan menyerangnya ketika dia bertarung dengan raksasa atau ketika situasi genting, terdapat 90% kemungkinan untuknya mati.

"Nampak seperti saya hanya boleh menggunakan satu lagi penyamaran di masa hadapan." Buat masa ini, pilihan Shi Feng hanya satu iaitu mengubah penampilannya. Dengan cara ini, walaupun penyerang hendap yang dipangggil Syurga Mutlak itu sangat berkuasa, dia pasti tidak akan mampu untuk mencarinya. Jika Syurga Mutlak tidak mampu mencari Shi Feng, dia akan selamat.

Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak boleh mengubah penampilannya sekarang. Dia perlu mencari tempat yang tidak ada sesiapa sebelum melakukannya.

Shi Feng bimbang dengan orang yang digelar Syurga Mutlak ini belum meninggalkan kawasan ini lagi dan masih mengekorinya. Shi Feng segera mengaktifkan Cincin Kekosongan apabila memikirkan perkara ini dan tubuhnya menghilang di dalam udara. Pertama sekali, dia perlu mencari sebuah tempat tanpa pemain-pemain lain sebelum menukarkan penampilannya. Kemudian, dia perlu terus mencari Api Iblis Ais Biru.

Selepas beberapa ketika Shi Feng menghilang, satu bayang menyerlahkan dirinya dari salah sebuah pokok-pokok layu yang besar. Sememangnya, bayang ini adalah Syurga Mutlak.

"Tak guna, adakah dia seorang penyerang hendap atau seorang pemain pedang?" Syurga Mutlak tidak dapat menahan dari mencaci Shi Feng. Dia kebiasaannya bukanlah seorang yang mudah menyerah kalah. Sebelum ini, dia berterusan berkata dia meninggalkan semua untuk menewaskan Shi Feng, melihat kepada peluang yang baik untuk menyerang sasarannya sekali lagi. Dia tidak terfikir Shi Feng mempunyai gerakan sebegitu, jadi dia dengan segera menghilangkan diri. Sekarang bagaimana dia ingin mengalahkan Shi Feng?

Next chapter