17 Senjata Sakti Dihunus, Lahirnya Seorang Pemain Pedang Tersohor

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Abang Feng, mampukah kita kalahkan Penguasa Kobold ni?" Si Hitam tidak memiliki walau setitik keyakinan apabila melihat Penguasa Kobold. Jangankan jumlah HP-nya yang menakutkan, kapak gergasi dibelakangnya sudah cukup bagi menggeruni mana-mana musuh. Jika Si Hitam terkena sebarang pukulan daripada gergasi tersebut, sudah tentu dia jadi pes daging segera.

"Tak tahu." Shi Feng menggelengkan kepala. Rancangan takkan dapat mengikuti perubahan. Tiada sebarang permukaan tanah di dalam lombong tersebut yang boleh diguna pakai. Mereka hanya boleh melawan Penguasa Kobold depan-depan jika mereka berniat membunuhnya.

Penguasa Kobold merupakan makhluk terkuat Shi Feng telah jumpa setakat ini.

Jika masa mengizinkan, Shi Feng boleh datang semula ke sini setelah mencapai Tahap 5, dengan badannya penuh dilengkapi Peralatan Gangsa. Dia mempunyai peluang 80% jika berbuat demikian. Akan tetapi, masa yang diberi Pakar Besi Jack kepadanya kian menyingkat. Jika dia mahu menyelesaikan perlawanan dalam masa dua puluh minit yang tinggal, dia harus menghantar sekumpulan kecil Elit Tahap 5 untuk melaksanakannya.

Tetapi kini hanya mereka berdua. Peralatan mereka pun tidak sehebat mana. Membunuh Penguasa Kobold dalam masa dua puluh minit adalah mustahil.

Walau bagaimanapun, parah akibat yang menunggu jika Misi gagal diselesaikan. Mereka hanya ada satu peluang untuk melaksanakan Misi Tersembunyi ini. Jika gagal, Shi Feng takkan dapat menerimanya lagi.

Justeru, Shi Feng sangat enggan melepaskan tugas ini.

"Aku hanya boleh cuba." Dengan berat hati, Shi Feng menghunuskan Senjata Sakti, Bilah Neraka.

Dalam hayat lampaunya, bilangan Senjata Sakti yang pernah Shi Feng lihat boleh dikira pada jari tangannya. Sesiapa yang pernah menyaksikan kekuasaan sebilah Senjata Sakti past menyerah kalah terus. Manakala, orang yang boleh mengendali sebilah Senjata Sakti dengan betul jarang dijumpai, umpama bulu pelepah phoenix.

Tuhan Perang Merah merupakan salah seorang. Dia telah menjadi terkenal dalam sebuah Perang Kesatuan yang telah melibatkan lebih 100,000 orang. Semasa perang tersebut, Tuhan Perang Merah membawa sebilah Senjata Sakti berdarah, Kapak Ghaib Merah. Dia meluru masuk ke tengah-tengah kumplan beribu pahlawan dan membunuh ramai orang. Tiada sesiapapun yang mampu menahan Kapak Gergasinya. Akhirnya, Kesatuan musuh terpaksa mengundur dengan aib. Tuhan Perang Merah telah mencipta jalan cerita di mana seorang lelaki melawan 10,000. Selepas perang tersebut, dia menubuhkan Empayar Tuhan Perang yang masyhur.

Terdapat juga seorang yang bergelar 'Orang Gila', iaitu Pengejar Angin. Beliau memiliki Senjata Sakti, Ngauman Roh Jahat. Dengan dilengkapi hanya sebuah busur dalam tangan, Pengejar Angin telah berjaya mempertahankan sebuah bandar seorang-seorang. Daripada beribu pemain musuh, satu pun tidak berjaya lepas 100-ela ke dalam bandar tersebut. Dengan hanya satu panah, Pengejar Angin juga telah berjaya membunuh Cemerlang Luar Biasa, Ketua Kesatuan [Pakar Megah]. Cemerlang Luar Biasa sedang berdiri lebih 100-ela dari bandar ketika itu.

Asalkan mereka merupakan pemilik Senjata Sakti, mereka pasti menjadi pakar tahap tinggi terkenal di Kawasan Tuhan yang disanjungi semua.

Sistem: Adakah anda ingin mengikat Bilah Neraka?

Shi Feng menarik nafas yang dalam, dan memilih untuk mengikatnya. Dia tidak lagi mempedulikan Pukulan Balik Senjata Sakti tersebut. Tahap-tahapnya juga menjunam dan terus menjunam, hingga jatuh ke Tahap 0 dalam sekelip mata. Walaupun begitu, dalam detik yang seterusnya, daya kekuatan mula mengalir menerusi badannya. Kandungan badannya kini lebih kuat daripada apabila dia Tahap 3 sebelum ini.

Apabila dia meneliti sifat-sifat Bilah Neraka, Shi Feng menjadi lebih terkejut.

[Bilah Neraka] (Senjata Sakti, Pedang Sebelah Tangan)

Kuasa Serangan 24

Semua Sifat +10

Kepantasan Serangan +3

Mengabaikan makhluk bertahap 5. Serangan mempunyai peluang 15% untuk mengenakan 2x kemusnahan, peluang 10% untuk mengenakan Laknat Azab, yang menurunkan segala atribut sebanyak 30%, selama 20 saat.

Jika pengguna merupakan mana-mana jenis Pekerjaan Pemain Pedang, segala Tahap Kemahiran +2. Tingkatkan Mata Atribut Percuma sebanyak 2 setiap kali naik Tahap.

Tahap Peralatan 0. Boleh dinaik tahap. (Tahap sepuluh Peralatan Gangsa Tahap 5 dan sebuah Peralatan Besi-Misteri Tahap 5 untuk menaik tahap ke Tahap 5. Boleh berevolusi (Tidak Diketahui).

Kemahiran Tambahan 1: Pembunuhan Berhantu. Serta-merta menjelmakan sebuah doppelganger. Anda boleh mengawal doppelganger. Doppelganger akan memiliki 50% atribut badan asal dan semua kemahiran. Pada masa yang sama, Doppelganger dan badan asal boleh ditukar antara satu sama lain. Tahan selama 30 saat.

Cooldown: 5 minit

Kemahiran Tambahan 3: Belahan Sembilan Naga. Serta-merta menjelmakan sembilan jelmaan Bilah Neraka untuk diguna pakai pengguna, setiap pedang jelmaan mampu mengenakan sehingga 30% kemusnahan Tahan selama 20 saat.

Cooldown: 5 minit.

Bilah Neraka dicipta peribadi oleh Pakar Besi Olysses, dengan menggunakan taring Raja Naga Hitam sebagai bahan. Ia merupakan satu daripada tiga puluh enam pedang termasyhur, dan berkedudukan ke-31. Akan tetapi, pedang ini telah dilaknat oleh Raja Naga Hitam. Selain dapat memberi kekuatan yang lumayan pada pemegangnya, terdapat juga Pukulan Balik setelah masa berlalu. Jika pemegang gagal menyekat Pukulan Balik, pemegang bakal menerima laknat Raja Naga Hitam, yang menjatuhkan segala Atribut sebanyak 50% secara kekal.

Tidak boleh dibuang.

Tidak boleh ditukar.

Melihat Atribut-Atribut dan Kemahiran-Kemahiran Tambahan yang banyak sebegini, Bilah Neraka tidak jauh bezanya daripada Senjata Tuhan. Tetapi, masih ada tiga puluh lima Pedang Termasyhur, dan Bilah Neraka hanyalah salah satu daripada yang berpangkat rendah. Susah dibayangkan kekuatan pedang berkedudukan pertama pula.

"Abang Feng, tolong jangan takutkan saya. Macam mana awak boleh sampai Tahap 0?" Menjeling Shi Feng dari sisi, Si Hitam menjadi terkejut. Cukup leceh melawan Penguasa Kobold tadi. Kini Shi Feng jatuh semula ke Tahap 0 bagaimana mereka boleh melawannya?

"Bertenang. Pakai Bom Asap untuk selesaikan kumpulan-kumpulan kecil dahulu. Penguasa Kobold biar aku yang buat." Shi Feng menaikkan Panel Atribut, lalu memuatkan kesemua 6 Mata Atribut Percuma ke dalam Ketangkasan. Ketangkasannya telah sampai 20 mata tepat, mengaktifkan [Cepat dan Lincah]. Shi Feng sangat bersemangat untuk mencuba pedangnya pada Penguasa Kobold.

Watak: Ye Feng (Manusia)

Berpihak Pada Kerajaan: Bintang-Bulan

Gelaran: Kekuatan Seribu Orang

Pekerjaan: Pemain Pedang

Tahap: 0

HP: 460/460

Kuasa Serangan: 72

Perlindungan: 4

Kepantasan Serangan: 10

Kepantasan Bergerak: 8

Atribut: Kekuatan 24, Ketangkasan 20, Ketahanan 22, Kepintaran 13, Tenaga 13

Sistem: Kekuatan telah mencapai 20 mata. Mengaktifkan Kemahiran Asas Tersembunyi, [Buku Lima Pemusnah]. Mampu meleraikan Senjata Sampah dengan tangan kosong.

Sistem: Ketahanan telah mencapai 20 mata. Mengaktifkan Kemahiran Asas Tersembunyi, [Fizikal Teguh]

Di samping pengaktifan Kemahiran-Kemahiran Asas Tersembunyi bagi Kekuatan dan Ketahanan, Shi Feng kini boleh merealisasikan potensi penuh badannya. Dia bukan lagi seorang wira tiga-saat.

Walaupun dia Bertahap 0, Kuasa Serangan dan Atributnya yang terkini jauh lebih tinggi daripada apabila dia Bertahap 3 dahulu. HP-nya pula jauh lebih dahsyat. Tidak jauh daripada HP seorang Pahlawan Pelindung Tahap 5. Bukan itu sahaja, Shi Feng masih mempunyai beberapa Kemahiran bertahap tinggi. Dia pasti mampu menandingi Penguasa Kobold.

Sementara Shi Feng menyesuaikan diri dengan badannya, Si Hitam telah membersihkan semua Kobold dari kawasan sekeliling, hanya meninggalkan Penguasa Kobold.

"Tunggu saya agresif, baru awak serang gila-gila." ujar Shi Feng. Mengambil satu langkah ke hadapan, Shi Feng meluru terhadap Penguasa Kobold.

Bilah Angin!

Dalam sekelip mata, Shi Feng telah tiba di depan Penguasa Kobold. Belum Penguasa Kobold sempat bertindak, dua pancaran cahaya hitam sudah menetak lehernya. Tiba-tiba, darah memercik daripada lehernya, menyebabkan Penguasa Kobold menjerit kesakitan. Dua kemusnahan menggerunkan muncul atas kepalanya.

-63, -128

Penguasa Kobold akhirnya bertindak. Akan tetapi, sebaik sahaja ia mengangkat kapak gergasinya, lagi satu tetakan menembusi bahagian terdedah pada badannya.

Tetakan!!

Lagi satu kemusnahan -105 muncul atas kepalanya. Kuasa Tetakan amat mengejutkan.

Apabila Kapak Gergasi jatuh ke lantai, ia membentuk sebuah kawah yang dalam. Tetapi, Shi Feng telah lama berundur dan meneruskan serangan dengan sedas Panahan Kilat Tahap 4.

Tiga garisan kilat yang ganas menembusi badan gergasi Penguasa Kobold, memberikan kemusnahan -84, -101, -123.

Shi Feng telah meragut lebih 600 HP daripada Penguasa Kobold selepas hanya satu pertembungan. Kekuatan Pedang Termasyhur, Bilah Neraka mengejutkan Shi Feng juga.

Si Hitam, yang berdiri sejarak darinya, lebih terkejut lagi.

avataravatar
Next chapter