webnovel

Senang Atau Susah, Kita Harungi Bersama

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat Kredit atas meja, air muka Wu Yi berdolak-dalik antara hijau dengan merah. Mukanya mendung seolah-olah seperti air boleh diperah daripada mukanya.

Mana mungkin?!

Mengabaikan kredibiliti gaji bulanan 20,000 Kredit, hanya mencampakkan 20,000 Kredit dengan begitu selamba bukan sesuatu yang biasa.

Wu Yi pernah menyaksikan ramai hartawan sebelum ini, matanya tidak pernah silap. Pakaian yang dipakai Shi Feng tidak sampai 300 Kredit, jadi bagaimana Shi Feng mampu memiliki wang yang begitu banyak? Lebih-lebih lagi, apabila dia mengeluarkannya, ia kelihatan begitu mudah. Campak sahaja atas meja. Tindakan-tindakan tersebut bukanlah tindakan orang yang biasa-biasa, dan ia tidak mungkin palsu. Golongan hartawan yang terlampau kaya sahaja yang akan memandang enteng kepada Kredit yang mampu melakukan perkara tersebut dengan selamba.

Yang Wu Yi tidak tahu Shi Feng pernah menjadi Ketua Kesatuan Bayang-Bayang. Mencampak wang seperti ia sampah cuma satu hal remeh baginya. Dia telah juga membelanjakan berpuluh-puluh juta Kredit untuk menarik beberapa pemain Gaya Hidup bertahap Pakar. Pada waktu itu, dia telah mencampak timbunan demi timbunan Kredit ke atas meja, lantas menyebabkan pemain-pemain Gaya Hidup tersebut menyembahnya serta-merta.

Setakat mencampak 20,000 Kredit sahaja, badan pun belum panas lagi.

"Humph! Jumlah seperti ini tidaklah banyak mana. Selagi kau ada kekuatan untuk menyertai golongan atasan Bayang-Bayang, gaji bulanan 50,000 hingga 60,000 Kredit hanyalah perkara remeh. Lagipun, kami ada sokongan Tuan Muda Lan, jadi dana kami sangat lumayan. Lebih-lebih lagi, selebriti-selebriti sekolah kita pun sudah sertai Bayang-Bayang. Kedudukan yang pertama, ketiga, kesembilan dalam pertandingan tempur universiti baru-baru ini semua sudah masuk Bayang-Bayang. Mereka inilah pakar sebenar, mereka boleh dengan mudah menjadi terkenal dalam Kawasan Tuhan. Sambil itu, pakar apa yang Persatuan kau ada?" Wu Yi berpura-pura bertenang sambil dia mendengus dingin. Namun, dia masih tidak dapat menahan dirinya untuk menjeling 20,000 Kredit yang berada atas meja tersebut.

Gaji pendahuluan seorang ahli rasmi Bayang-Bayang hanyalah 3,000 hingga 5,000 Kredit. Walaupun ia sedikit lebih baik daripada gaji kebanyakan graduan baru universiti, masih ada hadnya. Bilangan sebegini tidak mampu membuatkan seseorang untuk lupa diri.

"Wu Yi, kami akan uruskan hal-hal Sayap Sifar sendiri. Bukan tempat kau untuk beri komen ke atas masalah kami. Kalau bos kau berniat untuk menguasai Kesatuan kami, sediakan gaji bulanan 100,000 ke atas terlebih dahulu, bagi aku jadi Timbalan Ketua Bayang-Bayang, Abang Feng pula jadi Ketua Bayang-Bayang. Kalau tak, sila pulang." Si Hitam berasa sangat jengkel selepas mendengar kata-kata Wu Yi . Dia terus berdiri dan menunjukkan pintu asrama mereka sambil tersenyum hina. Pertunjukan Si Hitam sangat angkuh dan terlampau garang. Dia langsung tidak menghormati Bayang-Bayang.

Hebat sangatkah ada begitu banyak ahli? Jadi pakar dalam pertandingan tempur maksudnya boleh jadi pemain hebat dalam Kawasan Tuhan? Jika kamu betul-betu berkebolehan, dipersilakan menjalin hubungan bersama kesatuan-kesatuan kelas pertama itu. Tengoklah kalau mereka pandang atau tidak!

"Si Hitam, kau jangan menyesal nanti. Bayang-Bayang ditakdirkan menjadi gergasi di Bandar Jin Hai. Bila masa itu sudah tiba, jangan harap boleh masuk Bayang-Bayang," Wu Yi beredar selepas berkata. Dia nekad untuk memberitahu Abang Zhang dan Tuan Muda Lan tentang segala yang telah terjadi di sini, supaya mereka boleh menangani si jahil Shi Feng dan Si Hitam.

"Terima kasih sebab risau, tapi aku tak akan makan ubat penyesalan selepas aku buat sesuatu. Walaupun Bayang-Bayang dahsyat, malangnya, ia tak cukup dahsyat untuk menarik perhatian aku." ucap Si Hitam dengan lantang, hampir kesemua orang dalam bangunan tersebut dapat mendengarnya.

Rakan asrama Si Hitam semua tergamam. Sejak bila Si Hitam begitu hebat? Berani dia lepaskan kata-kata melampau seperti itu, menolak secara terbuka tawaran Persatuan Bayang-Bayang yang terkenal di seluruh universiti. Berapa ramai yang mengimpikan pekerjaan yang telah dia tolak ini?

Setelah Wu Yi beredar, Si Hitam terus hilang sifat wiranya. Punggungnya terus mendarat pada sebuah kerusi, hatinya senyap-senyap berasa sedih kerana semuanya sudah berakhir. Akibat emosi garangnya sebentar tadi, dia menjadi panas baran dan memusuhi Bayang-Bayang. Bukankah ini hanya mewujudkan masalah untuk Sayap Sifar?

Sebaliknya, Shi Feng amat tersentuh. Seperti yang dijangka, Si Hitam masih sama dalam kedua-dua hayat lampau dan kininya. Dalam hayat lampau Shi Feng, Si Hitam telah meletakkan jawatannya serta-merta tanpa teragak-agak dan mengikuti Shi Feng. Ini barulah ibarat adik dengan abang. Dalam hayat lampau Shi Feng, orang ramai di kelilingnya hanya mampu berkongsi hasil dan bukannya kesakitan. Shi Feng juga mengetahui apa yang menyebabkan kerisauan Si Hitam, jadi dia menepuk tangannya dan berkata dengan setuju, "Bagus! Dalam perjuangan dunia permainan maya, menang atau kalah boleh diubah dalam sekelip mata. Menang tidak semestinya menang selama-lamanya. Selagi kita berusaha dengan cukup gigih, lama-kelamaan kita pasti mengatasi Bayang-Bayang."

Selagi Persatuan Sayap Sifar maju, mereka tidak dapat mengelakkan konflik dengan Bayang-Bayang. Jika Bayang-Bayang tidak berhajat untuk membelanjakan apa-apa bagi menangani mereka, mereka boleh gunakan reputasi Bayang-Bayang untuk memperluaskan populariti Sayap Sifar ke seluruh kampus. Dengan begitu, Shi Feng tidak perlu membazirkan usaha untuk membesarkan kesatuannya.

"Mari. Kita keluar jalan-jalan dan beli sebuah topi keledar maju dalam perjalanan. Asyik duduk asrama sahaja, mana sihat." Shi Feng meninggalkan bilik tersebut, membenarkan Si Hitam mengemas dirinya. Si Hitam kerap berseorangan dalam bilik asramanya baru-baru ini. Waktu siangnya akan dihabiskan dengan bermain Kawasan Tuhan tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain. Walaupun tabiat ini tidak mendatangkan kesan dalam jangka masa pendek, kerosakan pada badannya boleh menjadi sangat parah pada masa akan datang.

"Abang Feng, tunggu sekejap. Saya datang secepat mungkin."

Si Hitam terus mengumpul kesemua Kredit atas meja, kemudian bersiap sebelum meninggalkan biliknya dengan Shi Feng. Hanya rakan-rakannya yang sedang melopong tertinggal dalam bilik tersebut. Mereka semua memandang antara satu sama lain, muka-muka mereka mendedahkan senyuman pahit. Biasanya mereka kerap mengejek Si Hitam. Mereka tidak pernah menyangka Si Hitam menyembunyikan rupa sebenarnya. Hartawan pun berkawan dengannya.

"Ini mana boleh. Aku pun nak minta topi keledar maya percubaanlah."

"Muktamad. Aku akan menjadi pemain professional dalam Kawasan Tuhan."

Apabila Shi Feng berjalan keluar dari asramanya, Si Hitam memasukkan 20,000 Kredit secara senyap ke dalam kocek Shi Feng.

"Abang Feng, awak betul-betul buat saya terkejut hari ini. Tapi cara awak campak keluar wang tadi terlalu hebat! Saya rasa hebat dengan hanya melihatkan air muka Wu Yi. Tapi, simpan wang ini elok-elok. Jangan suka-suka campak merata-rata lain kali," kata Si Hitam dengan teruja.

"Awak cuba buat apa?" Shi Feng mengerut dahinya sedikit. Dia kemudian memulangkan wang tersebut kembali ke Si Hitam. Dia tidak pernah berlakon. Dari awal, dia berhajat untuk memberi wang tersebut kepada Si Hitam. Dia mengetahui yang keadaan keluarga Si Hitam tidak berapa baik juga. "Saya sudah kata gaji asas awak setiap bulan 20,000 Kredit. Ingat saya berpura-pura di depan Wu Yi ke? Ambil sahaja wang ini sebagai gaji awak terlebih dahulu."

Melihat 20,000 Kredit dalam tangannya, mulut Si Hitam melopong, merenung kosong wang tersebut.

Asalnya, biarpun Shi Feng berjenaka sekalipun, kata-katanya cukup untuk menggembirakannya. Namun, melihat air muka Shi Feng, dia dapat tahu Shi Feng tidak melawak. Shi Feng benar-benar berhajat untuk memberikannya gaji bulanan 20,000 Kredit. Lebih-lebih lagi, Shi Feng berniat memberikannya wang yang sedang dia pegang.

Namun, dari mana datangnya semua wang ini?

Si Hitam cukup jelas tentang keadaan Shi Feng. Untuk meminjam 20,000 Kredit pun sudah cukup sukar. Sekarang, Shi Feng memberikan segalanya kepada Si Hitam. Cukup gila.

"Abang Feng, kalau awak lepaskan wang ini, Persatuan itu macam mana? Lagipun, tarikh akhir untuk topi keledar semakin hampir. Awak kan kata ingin membeli topi keledar permainan rasmi? Bukankah wang ini untuk kamu membelinya? Apa-apa pun saya tak perlukan wang sekarang." Si Hitam menolak kembali Kredit tersebut ke Shi Feng. Memang tipu jika dia kata 20,000 Kredit tidak menggodanya. Namun, dia tidak boleh mengabaikan keadaan abangnya hanya kerana wang semata-mata.

Shi Feng sememangnya dapat membaca isi hati Si Hitam. Dia menepuk bahu Si Hitam dan tidak dapat menahan senyumannya. Akaun banknya kini menyimpan lebih 100,000 Kredit dan barangkali sepanjang waktu ini ia telah naik ke 200,000 Kredit. Dalam masa lebih kurang sepuluh hari, dia akan memperoleh lebih banyak wang. "Awak jangan risau. Pasal topi keledar permainan pun jangan risau. Saya sudah kata, kan? Hal kewangan biar saya sahaja yang buat."

Shi Feng memiliki memori-memori hayat lampaunya. Dia juga merupakan Ketua Kesatuan Bayang-Bayang. Segala cerita bermula dengan kesusahan. Walaupun memperoleh dana awal cukup susah, selagi dia memperolehnya, isu-isu yang berikut akan menjadi lebih mudah untuk ditangani. Jika dia tidak memiliki cara untuk menjana wang dengan menggunakan wang yang ada, jadi bagaimana dia telah mampu menjadikan Bayang-Bayang sebuah Kesatuan kelas kedua?

"Abang Feng, awak tak mungkin…" Melihat Shi Feng begitu yakin, perasaan pertama yang dialami Si Hitam bukanlah keterujaan atau kegembiraan. Sebaliknya, dia menggeletar. Dia risau Shi Feng telah melakukan sesuatu yang jahat, seperti meniduri wanita untuk memperoleh wang tersebut. Berbanding meminjam, senario ini jauh lebih menakutkan.

"Fikir apa tu? Jangan lupa kerjasama kita dengan Salji Lembut. Ini cuma pampasan daripadanya. Sekarang kita tidak lagi perlu kekal miskin dan kosong. Kita sudah ada dana, jadi bertenang." Shi Feng menunjukkan muka menyampah pada Si Hitam. Fikiran budak ini terlalu merepek.

Shi Feng tidak mendedahkan hakikat yang sepenuhnya. Jika tidak, tentu amat sukar untuk menjelaskannya. Jadi, dia cuma menolak segalanya ke Salji Lembut. Walau bagaimanapun, Salji Lembut adalah Dewi Hebat yang dikenali ramai.

Apabila Si Hitam mendengar Shi Feng, kesedaran menyentapnya secara tiba-tiba. Dia merenung Shi Feng dengan penuh kemuliaan. Mendapat sokongan Dewi Salji merupakan impian setiap lelaki!

Sudah tentu Abang Feng boleh! Cara-caranya terlalu hebat!

Next chapter