webnovel

Dengan nilai bidaan Shi Feng sebanyak 30 Syiling Emas, harga untuk buku kemahiran telah ditingkatkan dengan banyak.

Beberapa orang NPC Peringkat 2 menganggukkan kepala mereka sewaktu melihat kejadian ini, mengalah dengan nilai bida tersebut, satu demi satu. Walaupun buku kemahiran ini ternyata bagus, namun harganya terlalu tinggi.

Baru sahaja Shi Feng ingin berasa tenang...

"35 Emas!"

Satu suara bergema ke seluruh tempat lelongan.

Shi Feng berpaling untuk melihat penyuara tersebut, hampir sahaja mencarut dengan kuat sebaik sahaja dia terlihat orang yang bersuara itu.

Orang yang melaungkan bida tadi bukannya seorang NPC yang Bekerja sebagai pemain melee, tetapi Seorang Ahli Sihir wanita Peringkat 4.

Tukang Sihir1 selalunya seorang individu yang terkaya di Kawasan Tuhan. Bagi seorang Ahli Sihir Peringkat 4, mereka hanya perlu membuat satu kajian magis untuk memperoleh 30 hingga 50 Syiling Emas.

"Sungguh bertuah."

Shi Feng menggelengkan kepalanya, tidak lagi mampu bertanding untuk buku kemahiran itu. Dia hanya memiliki lebih kurang 30 Syiling Emas sahaja. Dia tidak mampu bertanding walaupun hatinya berkeras. Jika dia tahu buku kemahiran ini akan dijual, dia tidak akan membuat keputusan untuk menjual semua Syiling Emas untuk Kredit.

Walaupun Shi Feng sudah meninggalkan pertarungan bida itu, NPC melee Peringkat 4 masih lagi beria-ia untuk bertarung lagi. harga untuk Letupan Api Berguruh sudah dinaikkan kepada 45 Emas ketika ini. Daripada peralatan yang tinggi daripada Tahap 100, tiada lagi barang yang dilelong dapat menandingi harga ini.

"45 Emas satu!"

"45 Emas dua!"

Pada waktu ini, suara pemberitahuan daripada Sistem telah tiba.

Sistem: Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip yang kamu letakkan dalam lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 2 Emas 31 Perak telah ditambah ke dalam ruangan beg kamu.

Sistem: Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip yang kamu letakkan dalam lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 2 Emas 44 Perak telah ditambah ke dalam ruangan beg kamu.

Sistem: Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip yang kamu letakkan dalam lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 2 Emas 27 Perak telah ditambah ke dalam ruangan beg kamu.

.....

Satu siri pemberitahuan masuk, berjumlah sekurang-kurangnya dua puluh semua sekali. Shi Feng terus berasa terkejut sewaktu mendengar kemasukan pemberitahuan ini.

Dia tidak faham apa yang telah berlaku. Sepanjang dia berada di Bandar Sayap Hitam, sangat ramai pemain membeli Reka Bentuk menempa Plat Dada Berkerdip sebenarnya, sebab itu dalam sekelip mata, dompetnya bertambah dengan lebih besar.

Disebabkan dompet Shi Feng sudah membesar sekarang, dia terus berteriak tanpa ragu-ragu, "46 Emas!"

"45 Emas tiga!"

"Jejaka ini bida 45 Emas! Adakah bida lain yang lagi tinggi?"

"49 Emas," Ahli Sihir Peringkat 4 mengangkat keningnya sedikit.

Shi Feng ketika ini sangat yakin. Jika Ahli Sihir wanita ini ingin membeli buku kemahiran tersebut, dia tentunya akan kalah dalam lelongan kali ini. Namun, nilai untuk buku kemahiran ini tentunya tidak begitu tinggi bagi wanita tersebut. Shi Feng tidak percaya yang dia sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membelinya.

"55 Emas," Shi Feng menetapkan keputusan untuk menang terus dalam lelongan ini daripada melihat harganya dinaikkan sedikit demi sedikit.

Untuk sebuah buku kemahiran, 55 Emas sememangnya satu harga yang sangat tinggi. Ahli Sihir wanita itu bukanlah seorang yang bodoh, oleh itu dia segera mengalah untuk memenangi nilai bida tersebut.

Melihat Shi Feng bida dengan harga yang sangat tinggi, NPC yang lain memandang Shi Feng seolah-olah mereka melihat orang terencat akal. Walaupun mereka mengupah Pekerjaan Peringkat 3 atau Peringkat 4 untuk mengajarkan mereka satu kemahiran, bayarannya tidak akan melebihi satu atau dua dozen Syiling Emas. Tambahan pula, kemahiran yang mereka pelajari lebih hebat berbanding Letupan Api Berguruh. Ketika ini, Shi Feng ingin membelanjakan 55 Syiling Emas semata-mata untuk mempelajari kemahiran tersebut. Hanya orang yang terencat akal sahaja akan berbuat demikian.

Namun, NPC tidak akan faham dunia para pemain. Pada peringkat awal permainan, penguasaan sesuatu kemahiran mampu mengubah keseluruhan kekuatan pemain. Lebih-lebih lagi untuk kemahiran yang sangat jarang seperti Letupan Api Berguruh, yang mana merupakan kemahiran AOE yang boleh menyebabkan kesan Pengsan. Ia akan mendatangkan faedah buat Shi Feng di masa hadapan. Walaupun dia terpaksa membayar 100 Syiling Emas sekali pun untuk kemahiran ini, ia masih berbaloi.

Dengan tiada bida lain daripada NPC yang lain, lelaki tua berjanggut putih itu akhirnya mengetuk penukulnya.

"Tahniah kepada Encik Api Misteri kerana memenangi Letupan Api Berguruh!"

Shi Feng dengan senang hati menyerahkan 55 Syiling Emas, lalu menerima buku kemahiran Letupan Api Berguruh. Dia kemudiannya mempelajari kemahiran tersebut.

Letupan Api Berguruh merupakan kemahiran tahap dewa untuk memburu raksasa dan PK pemain lain pada peringkat awal permainan. Dengan kemahiran ini dalam genggamannya, Shi Feng telah memikirkan beberapa cara untuk memburu raksasa.

Berikutan itu, lelongan yang berlangsung selama beberapa jam itu akhirnya mencapai penghujung acara. Walau bagaimanapun, tiada satu barangan yang muncul selepas itu diperlukan Shi Feng. Lebih-lebih lagi, setiap satu daripada barangan tersebut dilelongkan dengan harga yang melebihi ratusan emas. Barang yang terakhir merupakan barang Bertaraf Epik. Ramai NPC Peringkat 4 berlawan-lawan membida barang tersebut, dengan harga bida tertinggi sebanyak 5,000 Emas. Shi Feng hanya mampu melihat proses bida ketika itu, tidak mampu mengikut serta dalam keseronokan tersebut.

Selepas lelongan itu tamat, Shi Feng berjalan keluar daripada pintu masuk Dewan Lelong dengan hati yang senang. Dia mahu pulang ke Bandar Daun Merah dengan segera untuk melihat keadaan di sana. Mengapa bilangan pemain yang membeli Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip naik dengan tiba-tiba?

Sekiranya terdapat lagi sedikit duit yang boleh didapati daripada Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip, dia akan segera membuat beberapa penempaan lagi. Dia akan mendapatkan duit sebanyak yang mungkin untuk mengisi kekosongan dalam dompetnya.

Shi Feng sebenarnya boleh dikatakan seorang yang kaya dalam kawasan pengaruh Bandar Sungai Putih. Namun, selepas melawat Bandar Sayap Hitam, dia menyedari yang dia sebenarnya seorang papa kedana.

Baru sahaja Shi Feng ingin meninggalkan Bandar Sayap Hitam, satu jeritan yang tergesa-gesa datang dari arah belakang.

"Abang Api Hitam, tunggu sebentar!"

Shi Feng berpaling ke belakang, menemui Angsa Sunyi dan pemain lain yang sebelum ini. Dalam kalangan mereka, turut hadir Bilah Ego, orang yang ingin menghalau dia pergi.

"Apa?" tanya Shi Feng.

Walaupun Shi Feng faham mengapa Angsa Sunyi mengetepikannya tadi, namun faham hanya sekadar faham.

Lagipun, siapa tidak berasa sakit hati dihalau pergi setelah baru sahaja dijemput?

Mendengar nada Shi Feng yang tidak acuh itu, Angsa Sunyi memaksa dirinya untuk senyum dan berkata, "Abang Api Hitam, saya memohon maaf atas insiden tadi. Semuanya salah faham. Boleh tak kita bersembang sekejap?"

"Abang Angsa Sunyi, saya sudah berkata sebelum ini, orang yang berjalan di laluan yang berbeza tidak boleh membuat rancangan bersama."

Bagaimana mungkin Shi Feng tidak mengetahui apa yang difikirkan Angsa Sunyi dan yang lain tadi? Sebelum ini, mereka menyingkirkannya disebabkan keuntungan. Kini mereka sudah tahu yang dia boleh masuk ke dalam Rumah Lelong, mereka datang kembali kepada Shi Feng.

Dia berasa jijik melihatkan sikap Angsa Sunyi dan yang lain itu. Lupakan kerjasama, siapa tahu nanti dia mungkin akan menggunakan Shi Feng untuk mendapatkan keuntungan sekali lagi?

Melihat Shi Feng sudah pusing ke belakang untuk beredar, Bilah Ego dengan geram berkata, "Jangan lepaskan peluang yang kami berikan. Pengaruh Kesatuan kelas-pertama yang kami ada jauh melebihi apa yang kamu dapat bayangkan. Dengan memberi pertolongan kepada kami, kamu akan dapat ganjaran sekurang-kurangnya 5 Syiling Emas. Itu sudah cukup untuk kamu menjadi individu yang terkaya dalam Bandar. Orang lain tidak akan mendapat peluang seperti kamu, jadi fikirlah masak-masak. Nanti, gelaran yang kamu sandang akan berkurang nilainya. Ini merupakan peluang untuk kamu mendapatkan banyak duit."

Bagi mana-mana pemain bebas, dapat menjadi seorang yang kaya-raya di Bandar merupakan idaman mereka. Memperoleh kekayaan sedemikian bermakna pemain itu perlu mempunyai tiga hingga empat Syiling Emas dalam poket mereka. Bagi Bandar yang masih menggunakan Syiling Tembaga sebagai medium utama perdagangan, jumlah itu tentunya satu jumlah yang sangat besar.

"Paling Kaya dalam Bandar?" Shi Feng tidak dapat tahan untuk terus ketawa, lalu berkata, "Ganjaran ini sangat menarik. Malang sekali, aku tidak berminat."

Sangat lawak. Sebelum dia datang ke Bandar Sayap Hitam, dia sudah menjadi pemain yang terkaya dalam Bandar. Dalam genggamannya langsung tidak kurang daripada jumlah tersebut.

"Adakah kamu Encik Api Hitam?"

Pada waktu ini, seorang pemain wanita yang cantik jalan menghampiri mereka, bertanyakan soalan itu. Gadis itu kelihatan berumur antara 21 ke 22 tahun, penampilannya sangat anggun dan berpakaian jubah berwarna ungu yang menawan. Gadis itu tersenyum memandang Shi Feng. Di kedua-dua belah pipinya yang cantik, satu coretan kemerah-merahan dapat dilihat sewaktu dia tersenyum memandang Shi Feng. Ini menyerlahkan lagi kecantikkannya.

"Betul dan siapakah kamu?" Shi Feng tidak kenal gadis di hadapannya itu. Namun, melihat yang dia seorang Cursemancer Tahap 7 dan dia memakai set lengkap Peralatan Besi-Misteri, kelihatan seperti kekuatannya sangat menakjubkan.

"Hai, kamu boleh panggil saya Ros Air. Kita berjumpa dalam Rumah Lelong, tetapi kamu seperti tidak mengendahkan saya," gadis anggun bernama Ros Air berkata sambil tersenyum.

Shi Feng berasa sangat terkejut selepas mendengar gadis itu memperkenalkan dirinya.

Salah seorang yang berada di kedudukan sepuluh teratas Cursemancer dalam Kawasan Tuhan, Tuhan Sumpahan Peringkat 6, Ros Air. Shi Feng dapat bertemu dengannya di kawasan seperti ini.

Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, kemasyhuran Ros Air lebih tinggi daripada Tuhan Cleric, Langit Ungu.

"En, kamu berada dalam tempat lelong tadi? Shi Feng terperanjat. Dia sepatutnya tahu, untuk masuk ke dalam tempat lelong seksyen VIP, seseorang itu memerlukan nilai status yang agak tinggi. Shi Feng sangat bertuah memiliki gelaran Pemburu Iblis selepas mengharungi fasa pertama Misi Epik.

"Saya sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan Encik Api Hitam. saya berada di sana sekadar melihat sahaja, berbeza dengan kamu, Encik Api Hitam, membelanjakan 55 Emas untuk membeli sebuah buku kemahiran," Ros Air mengeluh dan berkata, "Oleh itu, saya sebagai wakil Gema Senja ingin bekerjasama dengan kamu. Saya tertanya-tanya sekiranya Encik Api Hitam berminat untuk menjalinkan kerjasama ini?"

Gema Senja merupakan Kesatuan ternama dalam dunia permainan maya, sebuah nama yang besar. Sementara itu, Ros Air salah seorang yang berpengaruh dalam Gema Senja dan kedudukannya sangat tinggi dalam Kesatuan tersebut. kemasyhurannya lebih kurang dengan Salji Lembut dan kewujudannya diketahui ramai.

Bilah Ego dan yang lain berasa sedikit gementar apabila terdengar perbualan antara Ros Air dan Shi Feng, lidah mereka terkunci sewaktu mereka memandang mereka seperti dengan muka yang bingung.

Secara dasarnya, mereka menyangka Shi Feng seorang pemain bebas yang biasa sahaja. Oleh itu, berapa banyak duit yang pemain ini miliki? Sekiranya mereka memberikannya 5 Syiling Emas, dia mungkin berasa sangat bersyukur kepada mereka. Namun, daripada kata-kata Ros Air tadi, Shi Feng telah membelanjakan 55 Emas semata-mata untuk membeli sebuah buku kemahiran.

Jika mereka menambah semua duit yang mereka ada, jumlah seperti itu masih dua kali ganda jumlah duit yang mereka ada...

Siapa sebenarnya Shi Feng ini?

Next chapter