webnovel

Peti Harta Karun Besi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng menyimpan Helmet Bulan Perak dan terus berjalan lebih dalam ke kawasan hutan batu, mencari Pejuang Gunung Buas lagi.

Sebelum ini, perhatian Shi Feng hanya tertumpu pada Batu Bulan dan Hutan Cahaya Bulan yang menggerunkan sahaja. Dia terlupa Hutan Cahaya Bulan ini merupakan satu kawasan yang belum diterokai. Harta karun di sini sangat lumayan dan tiada tandingannya. Cuma, dalam kehidupan lepas Shi Feng, sewaktu dia tiba di Hutan Cahaya Bulan, tempat ini sudah lama diselongkar oleh pakar-pakar Persatuan kelas-pertama dan kelas-kedua, meninggalkan hanya sampah-sarap. Walaupun begitu, Shi Feng masih perlu bersaing dengan Persatuan lain untuk barang yang tidak berguna itu.

Bagi pemain biasa pula, mereka langsung tidak berpeluang untuk mendapatkan barang terpakai.

Semasa pemain biasa itu tiba, tiada siapa tahu berapa kali Hutan Cahaya Bulan sudah diselongkar. Namun, pemain itu masih menganggap tempat ini sebagai tempat harta karun. Semua orang sudah boleh bayangkan betapa tinggi tarikan Hutan Cahaya Bulan ini.

Sekarang dia sudah berada di sini, selangkah di hadapan, Persatuan kelas-pertama dan kelas-kedua tidak mempunyai peluang lagi. Dia secara peribadi akan meneroka setiap penjuru Hutan Cahaya Bulan ini dan memunggah segalanya, dan membiarkan Persatuan tersebut berpeluang merasai barangan terpakai.

Dua jam kemudian, Shi Feng tiba di tengah-tengah hutan batu. Dalam perjalanannya tadi, Shi Feng membunuh banyak Pejuang Gunung Buas, lalu mendapatkan lagi 3 ketul Batu Bulan dan peroleh banyak duit dan bahan-bahan.

Secara kebetulan, Shi Feng telah menemui satu kem yang dibina oleh Pejuang Gunung Buas. Kem itu dikawal ketat oleh Pejuang Gunung Buas di setiap penjuru, dan Shi Feng mengandaikan terdapat lebih empat puluh raksasa di dalamnya. Tambahan pula, ada beberapa skuad Pejuang Gunung Buas yang meronda di sekitar kawasan kem. Keseluruhannya, bilangan mereka boleh dikatakan lebih seratus ekor.

Kem Pejuang Gunung Buas merupakan tempat mereka menyimpan harta karun. Banyak persatuan sering menghantar kumpulan yang terdiri daripada dua puluh pemain Elit untuk melakukan gerak serangan pada kem-kem raksasa di Hutan Cahaya Bulan. Setiap kali serangan, hasil tuaian mereka sangat baik.

Sementara itu, kem Pejuang Gunung Buas yang berada di hadapan Shi Feng ini belum pernah diserang oleh sesiapa lagi. Sudah tentu terdapat peti harta karun di dalamnya. Shi Feng juga mampu mengumpulkan Batu Bulan yang diperlukannya di sini dan mendapatkan Permata dan peralatan Kelas 1.

Namun, setiap kem raksasa bukan suatu tempat yang mudah untuk diserang. Jika tiada banyak batu bata di kawasan ini, Shi Feng mungkin tidak mempedulikan kem tersebut dan terus berlalu pergi meninggalkannya. Tetapi, batu bata di sini sangat padat. Laluan yang mengelilingi kem itu, paling banyak pun, boleh dilalui oleh dua ekor Penengkar Buas sahaja, manakala di kawasan yang lebih sempit hanya memuatkan seekor Penengkar Buas sahaja. Sangat merugikan jika Shi Feng tidak mencuba menyerang kem tersebut.

Oleh itu, Shi Feng mengutip beberapa ketul batu di atas tanah dan dengan senyap menghampiri kem raksasa itu.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, Shi Feng merancang untuk mengumpan semua Pejuang Gunung Buas ke satu tempat. Jika tidak, dia bakal bertemu dengan sekumpulan Pejuang Gunung Buas lagi semasa dia mengacah dari jauh, dia mungkin akan terkorban.

Perkara paling penting sekali sewaktu mengumpan Pejuang Gunung Buas ini ialah mencari jalan bagaimana untuk mengelak Rempuhan mereka. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan betul, Shi Feng berkemungkinan mati dirempuh oleh semua raksasa itu. Dia pernah melalui situasi seperti itu. Kekuatannya ketika itu jelas sekali telah melebihi raksasa-raksasa itu dengan jurang yang sangat besar, namun, mereka terus merempuh Shi Feng seekor demi seekor, membuatkan dia berada dalam keadaan Pengsan sampai mati.

Walaupun setiap daripada mereka hanya boleh menggunakan Rempuh sekali sahaja, ratusan raksasa masih boleh merempuh Shi Feng ratusan kali. Mengumpan untuk membiarkan mereka merempuh sekaligus sangat susah.

Dengan jumlah nyawanya sekarang, Shi Feng tidak mampu bertahan walaupun dua serangan Pejuang Gunung Buas. Oleh itu, dia langsung tidak boleh membuat kesalahan. Dia perlu memaksa Pejuang Gunung Buas untuk menggunakan Rempuh serentak, bagi mengelakkan kemusnahan berkali-kali. Hanya cara itu sahaja dia berpeluang menghapuskan kesemua raksasa tersebut.

Di perlu mengambil kira masa yang diambil untuk semua raksasa itu datang ke arahnya. Jika tidak, daripada dapat membunuh mereka, dia pula yang mati dibelasah sampai lunyai. Namun, Shi Feng masih yakin dengan dirinya. Lagipun, dia pernah menyandang gelaran Kesatria Pedang dan juga pakar kelas-pertama.

Pejuang Gunung Buas yang sedang mengawal menggenggam niuweidao kesayangan mereka dengan tangan yang berbulu. Ia berdiri megah di atas dinding; matanya semerah darah mengawasi kawasan sekitarnya. Apabila ia menjumpai mana-mana penceroboh, ia akan segera merempuhnya dan bilahnya akan menjamu hidangan yang terbentang di hadapannya.

Tiba-tiba, sebutir batu melayang ke arah raksasa tersebut, terkena pada kepalanya. Apabila Pejuang Gunung Buas itu berpaling ke arah lontaran batu tersebut, dia ternampak seorang manusia yang jauh di hadapan. Terdapat juga beberapa butir batu di tangan manusia itu. Kemudian, Pejuang Gunung Buas itu mengusap kepalanya yang terkena batu itu, dan terus mengamuk. Seekor semut berani membaling batu kepadanya?!

Hou! Hou! Hou!

Ngauman Pejuang Gunung Buas memberi amaran kepada seluruh raksasa dalam kem itu. Mereka terus keluar daripada dalam kem, satu demi satu, semuanya meluru ke arah Shi Feng untuk membunuhnya.

Sementara itu, Shi Feng meneruskan lagi melontar batu-batu kepada sekumpulan Pejuang Gunung Buas. Dalam masa yang singkat, dia telah membuat semua raksasa itu mengamuk, dan mereka terus memecut laju ke arahnya.

Melihat seratus Pejuang Gunung Buas yang sedang memecut itu, Shi Feng masih lagi tidak gelabah. Dia menggunakan Serangan Bayangan, membiarkan penduanya berlari masuk ke dalam hutan sementara dia berhadapan dengan raksasa-raksasa tersebut.

Bukan sahaja Shi Feng berseorangan, walau sekumpulan dua puluh Elit pun tidak mampu menangani seratus Pejuang Gunung Buas pada masa yang sama.

Semasa jarak Shi Feng dan raksasa itu semakin dekat, jantung Shi Feng mula berdegup kencang. Perbuatannya kali ini sangat gila. Jika dia tersilap langkah, maut akan menjemputnya. Sudah lama dia tidak melakukan sesuatu yang menarik seperti ini. Darahnya mengalir dengan laju, dan lima deria rangsangannya menjadi semakin sensitif.

Apabila Pejuang Gunung Buas itu berada tidak jauh daripada tiga puluh ela daripada Shi Feng, majoriti haiwan buas itu sudah berada dalam jarak serangan Rempuh mereka.

Selepas satu ngauman yang marah, sebahagian besar daripada mereka itu terus menyerang menggunakan Rempuh, manakala sebahagian kecil lagi menggunakan kemahiran itu lambat sedikit.

Shi Feng segera mengaktifkan Bilah Pertahanan. Kemahiran ini akan menangkis tiga serangan jarak dekat. Pada masa yang sama, Shi Feng menggenggam Bilah Nerakanya dengan erat dan bersedia untuk menggunakan Tangkis.

Apabila serbuan pertama raksasa itu sudah tiba, walaupun ditangkis oleh Shi Feng, badannya tetap melayang ke belakang. Selepas itu, serbuan kedua pula menghampiri Shi Feng, menyebabkan Shi Feng jatuh pengsan, menghalangnya untuk bergerak.

Melihat banyak Pejuang Gunung Buas mengangkat niuweidao, dan sedia untuk menyerang, Shi Feng hanya pasrah dan tidak menggunakan apa-apa kemahiran.

Walaupun bilah mereka menetak Shi Feng, Shi Feng masih tidak menggunakan fungsi pertukaran tempat Serangan Bayangan. Kekebalan kemusnahan Bilah Pertahanan yang dihadkan pada tiga serangan jarak dekat sudah hilang.

Selepas itu, Shi Feng ditetak pula dengan satu bilah gergasi; HP-nya terus hilang separuh. satu serangan sahaja lagi sebelum Shi Feng berjaya dihapuskan.

Pada waktu ini, serbuan ketiga telah tiba. Shi Feng sekali lagi berada dalam keadaan Pengsan, lalu bilah niuweidao yang lain dihalakan terus ke hadapan mukanya.

"Pertukaran!" Shi Feng berteriak dalam mindanya.

Dengan sekelip mata, Shi Feng dan penduanya yang berada dalam hutan ditukar tempat. Selepas niuweidao itu membelah pendua Shi Feng, Rempuhan keempat dan kelima daripada serbuan raksasa telah tiba. Penduanya itu dengan mudah dibelasah sampai mati.

Sementara itu, Shi Feng, yang sedang menyorok dalam hutan batu, segera mengeluarkan sebotol Posyen Penyembuhan Asas. Dia meneguknya sekaligus, campuran rasa manis dan masam dapat dirasai mengalir masuk ke dalam tekak. HP Shi Feng terus disembuhkan sebanyak 180 mata, memberikan dia peluang untuk menerima lagi satu serangan.

Selepas pendua itu mati, Kebencian Pejuang Gunung Buas dihalakan kepada Shi Feng, yang sedang berada dalam hutan batu. Tiba-tiba, mereka terus menyerbu masuk hutan itu.

Di dalam hutan sudah tentu menjadi taman permainan buat Shi Feng. Dia mengaktifkan Skrol Kelajuan, lalu berhadapan dengan kesesakan Pejuang Gunung Buas yang menggila itu sewaktu cuba untuk melalui laluan sempit. Shi Feng menggunakan Panahan Kilat. Tiga pancaran kilat menembusi mereka, dengan sekelip mata meragut lebih 100 HP setiap seekor.

Selepas sepuluh minit, semua Pejuang Gunung Buas yang diumpan itu telah mati.

Pada masa yang sama, pengalaman yang Shi Feng perlukan sedikit sahaja lagi untuk mencapai Tahap 4, sudah pun mencukupi. Dia akhirnya mencapai Tahap 4, mengejar pemain-pemain kelas kedua.

Shi Feng meletakkan kesemua 6 Mata Atribut kepada kekuatan. Kini, kemusnahan menjadi keutamaannya. Selepas mengutip semua harta rampasan, Shi Feng berjaya mendapatkan satu lagi Set Peralatan Bulan Perak, Pelindung Kaki Bulan Perak. Dia juga memperoleh 7 butir Batu Bulan, dua Permata Kelas 1, dan berbagai-bagai lagi bahan dan peralatan biasa. Penuaian kali ini ternyata lebih baik.

Namun, harta karun yang paling ditunggu-tunggu bukanlah di sini. Fokus utama tetap berada dalam rumah stor kem raksasa ini. Lagipun, Raksasa ini bukan suka menyimpan harta karun yang mereka kumpulkan ke dalam rumah stor.

Selepas menyapu bersih segala barang jatuhan di sini, Shi Feng dengan pantas berlari ke kem. Dia ingin melihat apakah harta karun yang ditunggu-tunggunya dalam rumah stor tersebut.

"Seperti sangkaan pertama aku. Banyak harta karun di sini." Dari jauh, Shi Feng sudah dapat melihat beberapa buah Peti Harta Karun yang diletakkan dalam rumah stor. Antara harta-harta itu, terdapat sebuah Peti Harta Karun Besi-Misteri.

Dipenuhi dengan rasa teruja, Shi Feng baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah stor tersebut untuk melihat barangan yang terkandung dalam peti harta karun itu lalu dia terdengar ngauman yang kuat.

"Ao! Ao! Ao!"

Seekor Pejuang Gunung Buas, yang saiznya tiga kali ganda lebih besar berbanding yang lain, sedang meluru dari dalam rumah stor. Raksasa itu memakai perisai perak, dan kedua-dua belah tangannya memegang kapak gergasi. Sepasang mata yang merah darah merenung Shi Feng dengan kental.

Next chapter