webnovel

Perbaikan Elemen

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Persatuan Penempa, di dalam Bilik Menempa.

Shi Feng mengeluarkan satu timbun Batu, meletakkannya ke atas meja.

Timbunan batu berjumlah seratus ketul. Ia terus memenuhi ruangan di atas meja bulat itu dan ada juga yang terjatuh ke atas lantai.

"Sudah tiba masanya untuk melihat sebaik manakah kamu," Shi Feng tersenyum sewaktu mengeluarkan Batu Falsafah yang merah pekat itu.

Jika Batu Falsafah ini dilihat orang lain, Shi Feng akan menanggung akibat yang terlalu besar. Oleh itu, Shi Feng telah menyewa seluruh Bilik Menempa ini. Tanpa kebenaran darinya, tiada siapa dibenarkan masuk.

Shi Feng mengambil seketul Batu dari atas meja dan gunakan Batu Falsafah dengannya.

Sistem: Adakah kamu ingin menggunakan Batu Falsafah untuk Perbaikan Elemen?

Shi Feng tanpa ragu-ragu memilih 'Ya'. Selepas itu, Batu Falsafah mula mengeluarkan sinaran lembut merah. Satu kuasa misteri mengalir masuk ke dalam Batu.

Peng!

Batu yang bersaiz satu penumbuk itu tiba-tiba bertukar menjadi pasir kuning, berkecai ke atas lantai. Keputusan gagal.

Namun, Shi Feng masih kelihatan senyum dengan tenang apabila melihat keputusan itu. Keputusan itu langsung tidak merisaukannya sedikit pun. Kemudian, dia mengambil satu lagi Batu dan mencuba lagi.

Bijih teramatlah berharga. Satu Bijih Tembaga yang biasa boleh dijual dengan harga 2 Tembaga; ia hanya bernilai 1 Syiling Tembaga jika dijual kepada NPC. Setimbun 100 Bijih Tembaga boleh dijual dengan harga 200 Syiling Tembaga kepada mana-mana Persatuan, dan mereka akan merebutnya. Dibandingkan dengan setimbun Batu, yang hanya bernilai 10 Syiling Tembaga, Bijih Tembaga lagi mahal harganya.

Perbaikan Elemen menyedut keluar Elemen Besi daripada Batu. Namun, sesetengah Batu tidak mempunyai sebarang Elemen Besi. Oleh itu, ia akan bertukar menjadi pasir. Kegagalan seperti itu merupakan perkara yang biasa sahaja.

Peng... Peng... Peng...

Sudah tiada bijih lagi selepas sepuluh kali percubaan. Shi Feng mula tertekan. Kadar kejayaan sangat rendah.

Shi Feng juga mula mengesyaki Batu-Batu ini dikutip dari padang pasir kerana semuanya bertukar kepada pasir kekuningan.

"Bertenang, bertenang. Masih banyak lagi Batu." Shi Feng menarik nafas dalam-dalam, menenangkan dirinya.

Dia mengutip satu lagi Batu, cuba Perbaikan Elemen sekali lagi.

Peng!

Kali ini, Batu itu berkecai menjadi ketulan pasir. Namun, di tengah ketulan kuning itu, terdapat sedikit besi yang kelihatan kilauan merah-ungu. Itu adalah Bijih Tembaga.

Dengan seketul Bijih Tembaga dalam genggamannya, Shi Feng menghelakan nafas yang lega. Tangannya mula menjadi tangkas.

Kesemua Batu di atas meja mula bertukar kuning pasir sekelip mata. Setimbun Batu berjaya menghasilkan sejumlah 23 Bijih Tembaga dan 2 biji Bijih Gangsa. Jika dibandingkan dengan Bijih Tembaga, harga Bijih Gangsa ialah sebanyak tiga kali ganda Bijih Tembaga; ia boleh dijual kepada NPC dengan harga 3 Syiling Tembaga. Disebabkan Bijih Gangsa jarang dijumpai, para pemain akan membelinya dengan harga 7 Syiling Tembaga untuk satu ketul.

Melihat bijih-bijih di atas meja itu, Shi Feng merasakan Batu Falsafah ialah satu lombong emas. Walaupun Batu Falsafah itu sudah musnah, ia masih luar biasa. Tidak hairanlah banyak kerajaan sanggup mengerahkan bala tentera mereka untuk mendapatkan Batu Falsafah. Memiliki Batu Falsafah sama dengan memiliki harta kekayaan. Pada masa itu, sebuah kerajaan akan mudah menjadi kaya raya.

Shi Feng menyimpan bijih-bijih yang berada di atas meja itu dan membawa keluar setimbun lagi Batu Bata.

Timbunan selepas timbunan Batu lesap. Manakala bilangan pasir kuning mula menggunung. Nasib baik, Bilik Menempa mampu dibersihkan dengan hanya menekan butang. Selepas menekan butang Bersihkan, bukit kecil pasir kuning terus hilang daripada pandangan.

Selepas menghabiskan masa satu jam, Shi Feng telah memperhalus 40 timbun Batu. Dia telah memperoleh lebih 7 timbun Bijih Tembaga dan lebih 1 timbun Bijih Gangsa. Kesemua ini akan bernilai lebih 20 Syiling Perak jika dijual. Sementara itu, harga memperoleh bijih-bijih ini cuma empat Syiling Perak. Perbezaannya adalah lima kali ganda harga yang dikeluarkan. Sungguh lumayan.

Paling penting sekali, bijih yang dijatuhkan dalam bilangan yang kecil, oleh itu mustahil untuk membelinya dengan banyak.

Shi Feng menerima Pemberitahuan daripada Sistem sewaktu dia meninggalkan Bilik Menempa.

Sistem: Perisai Beruang Ganas yang kamu letak di Rumah Lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran tatacara, 31 Perak 53 Tembaga telah dimasukkan ke dalam beg.

Sistem: But Bintang Gelap yang kamu letak di Rumah Lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran tatacara, 3 Perak 21 Tembaga telah dimasukkan ke dalam beg.

...

Satu siri pemberitahuan yang datang daripada Rumah Lelongan membuatkan Shi Feng tersenyum lebar.

"Seperti dijangkakan, semakin tinggi persaingan, semakin tinggi harga" Shi Feng sangat berpuas hati dengan bilangan barang yang telah terjual. Dia tidak terbayang yang satu Perisai Plat Besi-Misteri untuk Pahlawan Perisai boleh dijual dengan harga 30 Syiling Perak. Nampaknya ramai pemain yang kaya dalam kawasan terkenal Bandaraya Sungai Putih.

Selepas menjual peralatan itu, Shi Feng tiba-tiba berubah menjadi hartawan kaya raya. Dengan lebih 50 Syiling Perak dalam poketnya, keyakinannya mula berubah sekarang.

Kini, pemain masih lagi gembira memperoleh dua puluh ke tiga puluh Syiling Tembaga. Shi Feng sudah punyai lebih 50 Syiling Perak. Termasuk Syiling Perak yang Salji Lembut berhutang dengannya, jika Shi Feng menjual semua Bijih Tembaganya sekarang, dia akan terus kaya dengan emas.

Namun, dia tidak akan menjual bijih tersebut. Bijih-bijih itu akan menjadi asas buat Shi Feng mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Selepas itu, Shi Feng menyewa Bilik Menempa untuk satu jam lagi. dia menukarkan Batu yang masih berbaki lagi kepada bijih. Nasibnya semakin baik kali ini. Daripada 45 timbunan Batu, dia memperoleh 10 timbunan Bijih Tembaga dan 2 timbunan Bijih Gangsa.

Dengan ini, Shi Feng mempunyai sejumlah besar sebanyak 17 timbun Bijih Tembaga dan 3 timbunan Bijih Gangsa. Pasti mengambil banyak masa untuk menggunakan kesemuanya.

Dengan duit yang dimiliki, Shi Feng sekali lagi tiba di kawasan tengah Persatuan Penempa, di bahagian pengurusan. Kini, terdapat beberapa Penempa, yang dihantar oleh Persatuan-persatuan luar, ingin menyewa Bilik Menempa.

"Ini sangat kejam. Mereka mengenakan 5 Tembaga untuk satu jam. Persatuan aku cuma memberikan 30 Tembaga. Langsung tidak cukup."

"Sudah cukup baik, sekurang-kurangnya peralatan semua sudah tersedia. Lihat sahaja pada kelengkapan Menempa. Sedangkan yang paling biasa sudah memerlukan beberapa Perak. Seluruh set pasti berjumlah 30 Syiling Perak! Ini sudah cekik darah secara terang terangan.

"Kau masih belum lihat Bilik Menempa Pertengahan. Ia berharga satu Perak sejam, tetapi biliknya hanya mampu meningkatkan kadar kejayaan sebanyak 3%. Walau Persatuan pangkat-pertama sekalipun tidak mampu menanggung harga itu."

Beberapa orang Penempa mula merungut. Mereka membenci harga yang diletakkan Persatuan Penempa itu. Namun, juga terdapat sekilas kebanggaan terselit disebalik kata-kata mereka. Walau apa pun, mereka mendapat sokongan Persatuan, manakala sesetengah pemain tidak mampu langsung menyewa Bilik Menempa, belum lagi meningkatkan Tahap Penempaan.

Shi Feng berjalan meninggalkan pemain tersebut, lalu menuju ke pengurus Persatuan, berkata, "Saya ingin menyewa sebuah Bilik Menempa Pertengahan."

"Boleh saya tahu berapa lama kamu ingin menyewa?" seorang pemuda pucat lesi yang merupakan Pengurus Persatuan bertanya dengan teruja.

Sekarang, majoriti pengembara adalah miskin. Setiap daripada mereka hanya menyewa Bilik Menempa Asas, dan juga, mereka menyewa kerana terpaksa. Jadi, perubahan yang ketara berlaku kepada layanan pengurus tersebut sewaktu dia melihat pengembara yang kaya seperti Shi Feng.

Melihat pada masa, sekarang sedang waktu pagi di dunia nyata. Apabila menggunakan Helmet Permainan Maya, seseorang tidak boleh tinggal dengan lama dalam Kawasan Tuhan.

"Dua jam sahaja." Shi Feng berkata selepas berfikir sejenak.

"Baiklah, ini kuncinya. Semua sekali berjumlah 2 Syiling Perak." Pengurus itu menyerahkan kunci kepada Shi Feng, tersenyum.

Shi Feng mengeluarkan dua Syiling Perak yang bersinar, meletakkannya di atas meja dan berpaling untuk beredar.

Pemain yang sebelum ini membincangkan betapa kejamnya Persatuan Penempa telah terpaku di situ. Mereka ingat mereka sedang berkhayal. Namun, mereka betul-betul melihat Syiling Perak di atas meja, dan bukannya Syiling Tembaga yang berwarna kuning pekat.

"Celaka, hartawan!" Lelaki elementalis berkata dengan cemburu.

"Abang hartawan, Adik Kecil tahu bagaimana nak panaskan katil." Seorang lagi pemain perempuan yang cantik dan menggoda mengenyit mata pada Shi Feng, memuji-mujinya.

"Adakah itu duit haram? Aku pasti akan jadi Perantis Menempa Pertengahan mendahului dia," Pendeta lelaki berkata dengan nada yang masam, walaupun dia tahu mustahil buatnya. Kemudahan Bilik Menempa Pertengahan lebih baik berbanding yang Asas. Secara dasarnya, bilik itu sendiri boleh meningkatkan kadar kejayaan sebanyak 3%. Namun, dengan kemudahan yang datang dengan bilik itu, kadar kejayaan meningkat sekurang-kurangnya 5%.

Bagi seorang penempa, perbezaan 5% kadar kejayaan ibarat langit dan bumi.

Next chapter