webnovel

Penambahbaikan Peralatan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng terkejut selepas melihat Pemberitahuan daripada Sistem.

Pandangan Baik Blackbeard terhadapnya meningkat kepada 1000 mata, mencecah tahap Kehormat.

Sistem: Tahniah! Kamu merupakan pemain pertama yang berjaya mencapai Kesukaan tahap Kehormat dengan seorang NPC. Diberikan ganjaran 1 Peti Harta Karun Besi-Misteri.

"Tuah sememangnya tidak dapat dihentikan apabila sudah tiba. Aku tertanya-tanya barang apakah yang terkandung di dalamnya?" Shi Feng dengan tidak sabar membuka Peti Harta Karun Besi-Misteri.

Di dalam Peti Harta Karun, terdapat sebuah peralatan dan satu barang Perhiasan.

[Mantel Penjejak Kegelapan](Pangkat Perak-Rahsia)

Syarat Kelengkapan: Ketangkasan 70

Pertahanan +20

Kekuatan +4, Ketangkasan +8, Ketahanan +4

Kelajuan Pergerakan +2

Pengelakan +6

Syarat Tambahan: Langkah Senyap: Membenarkan pengguna untuk tiba di belakang sasaran tanpa dikesan. Jarak maksimum ialah 40 ela.

Masa bertenang: 3 minit.

[Loket Penterjemahan](Pangkat Besi-Misteri)

Tahap 7

Syarat Kelengkapan: Kebijaksanaan 30

Kebijaksanaan +6, Ketahanan +2

Kemusnahan Magis bertambah sebanyak 5%.

Pada masa ini, kedua-dua peralatan boleh dianggap sangat jarang. Lebih-lebih lagi Mantel Penjejak Kegelapan. Mantel ini dikhaskan untuk Pakar Senjata dan ia akan meningkatkan kekuatan mereka apabila dipakai. Sementara itu, Langkah Senyap merupakan kebolehan yang mirip dengan Pergerakan Serta Merta daripada Ahli Sihir dan Langkah Bayangan daripada Penyerang Hendap. Kelengkapan ini bertujuan untuk melakukan gerakan PK1.

Loket Penterjemahan merupakan barang Perhiasan peringkat-atas. Berdasarkan 5% peningkatan Kemusnahan Magis sahaja, Ahli Sihir mampu memakai loket ini sehingga Tahap 20 tanpa sebarang gangguan langsung.

"Mari berikan Loket ini kepada Si Hitam." selepas memikirkannya, Shi Feng merasakan Si Hitam adalah seorang yang boleh diharap ketika ini dan dia juga seorang Ahli Sihir. Bagi Mantel itu pula, dia masih tidak mampu memakainya. Syarat kelengkapan yang ditetapkan sebanyak 70 Ketangkasan sangat tinggi. Sekurang-kurangnya, Shi Feng perlu mencapai Tahap 10 barulah dia mampu memakainya.

Melihat pada peralatan tersebut, Shi Feng tiba-tiba teringat yang dia sudah pun mencapai Tahap 5. Hanya bersandarkan pada mata Atribut Bilah Neraka, dengan tambahan 6 Mata Atribut Percuma yang dimasukkan kepada Kekuatan, dia kini sudah boleh menggunakan Set Peralatan Bulan Perak.

Pada Tahap 5, Shi Feng sudah mampu memakai Set Peralatan yang terbaik bagi Pemain Pedang bawah Tahap 10. Keseluruhan Atributnya tidak mampu ditandingi dan Misi yang bakal dijalankan sebentar lagi akan menjadi lebih mudah.

Oleh itu, Shi Feng menambahkan kesemua Mata Atribut Percumanya kepada Kekuatan lalu memakai lima Set Peralatan Bulan Perak. Juga, Shi Feng kini berada di Tahap 5, Kebolehan Pemain Pedang Dwi-tangan sudah boleh diaktifkan. Shi Feng sekarang ini boleh menghunus dua Pedang Satu Tangan. Shi Feng kemudiannya mengeluarkan Bilah Merah berpangkat Perak-Rahsia lalu diletakkan pada tangan sokongannya.

Selepas selesai melengkapkan dirinya, Shi Feng terkejut apabila melihat Atributnya sendiri. Sangat jarang pemain mempunyai Atribut seperti dia dalam Kawasan Tuhan.

Belum lagi Kesan daripada Set Peralatan Bulan Perak...

Kesan 1: Kuasa Serangan +15, Pertahanan +30

Kesan 2: HP meningkat sebanyak 10%, Perisai Nyawa (peringkat 2): Selepas diaktifkan, satu Perisai Nyawa akan terbentuk lalu menyerap 60% kemusnahan yang diterima, dengan kadar maksimum kemusnahan yang diserap sebanyak 500 mata.

Kesan 3: Kemusnahan yang diterima berkurang sebanyak 10%, Kelajuan Serangan meningkat sebanyak 10%.

HP Shi Feng kini sudah menghampiri 1,000 mata. Dengan tiga kesan tadi, dia lebih kebal berbanding MT. Keluaran kemusnahannya turut mendapat penambahan yang sangat besar.

Memakai baju perisai perak keputihan, Bilah Neraka yang hitam pekat disandang pada pinggang sebelah kanan manakala Bilah Merah disandang pada pinggang kiri, Shi Feng kelihatan seperti adiwira yang sedang mengembara ke seluruh dunia.

Masih ada masa lagi sebelum pertemuan dengan Salji Lembut, jadi Shi Feng menerima dua Misi Termaju daripada Bandar Tukul Batu. Semua Misi itu memerlukan Shi Feng untuk membunuh Ular Berkepala Kembar Tahap 10. Misi itu memerlukan 20 Pundi Ular dan 30 Taring Bisa. Selepas melengkapkan Misi, Shi Feng boleh mendapatkan bijih yang jarang dan juga Bahan untuk Menempa. Bahan-bahan ini sangat diperlukan untuk membuat Peralatan Besi-Misteri dan Senjata, sudah tentu semua ini sangat sukar untuk didapatkan.

Selepas berlari anak selama dua puluh minit, Shi Feng akhirnya tiba di kawasan Oasis di Padang Pasir Putih. Terdapat sekumpulan Ular Berkepala Kembar berkeliaran di kawasan itu.

[Ular Berkepala Kembar](Pangkat Biasa)

Tahap 10

HP 950/950

Walaupun Ular Berkepala Kembar itu mempunyai HP yang rendah, kebanyakan pemain Tahap 10 tidak akan berani menyerangnya berseorangan. Kebiasaannya, mereka memerlukan bantuan rakan-rakan untuk berhadapan dengan raksasa tersebut.

Raksasa di Kawasan Tuhan mempunyai perubahan kualitatif selepas mencapai Tahap 10. Corak serangan mereka menjadi lebih fleksibel dan mereka tahu bagaimana untuk mempertahankan diri mereka terhadap serangan yang ditujukan kepada mereka. Semua ini merupakan tingkah laku yang kamu tidak akan jumpa pada mana-mana raksasa Biasa yang bawah Tahap 10. Tanpa pengalaman pertempuran yang mencukupi, pemain biasa akan berasa sukar untuk mengelak dan menepis serangan mereka. Selain itu, serangan mereka turut terselit tambahan Kemahiran Istimewa dan sedikit kesalahan akan membawa maut.

Bagi corak serangan Ular Berkepala Kembar, mereka selalunya menyerang dengan salah satu kepalanya sambil bertahan menggunakan kepala lagi satu. Disebabkan itu, pemain solo akan berasa susah untuk memberikan sebarang kemusnahan. Dengan tambahan Taring Maut yang dimilikinya, selagi mana ia berjaya menggigit pemain, pemain itu akan diracun dan kehilangan 50 HP setiap saat berterusan selama 15 saat. Jika mereka tidak membuang racun tersebut, kebanyakan pemain akan mati disebabkan serangan itu.

Shi Feng dengan perlahan mendekati sekumpulan Ular Berkepala Kembar itu.

Sebelum dia tiba pada jarak 20 ela, Ular Berkepala Kembar yang setinggi orang dewasa mula menjelirkan lidahnya, meluru ke arah Shi Feng.

Disebabkan dia telah ditemui, Shi Feng terus mengambil inisiatif untuk meluru ke arahnya.

Bilah Angin!

Bilah Neraka bertukar menjadi coretan cahaya berwarna hitam lalu terpancar menembusi titik penting Ular Berkepala Kembar itu. Ular itu dengan cepat mengelak, salah satu kepalanya terus menggigit coretan cahaya Bilah Neraka itu tadi, menghalang Bilah Neraka untuk bergerak walau satu inci. Sementara itu, kepalanya yang lain sudah mula membuka luas mulutnya, taringnya yang tajam dan berbisa mengeluarkan racun hijau kebiruan sewaktu dihalakan ke arah Shi Feng.

Tangan kiri Shi Feng menghayunkan Bilah Merah, senjata itu kemudiannya bertukar menjadi coretan kuasa merah sewaktu dihayunkan kepada Ular Berkepala Kembar.

Peng!

Dia tersentak manakala Ular Berkepala Kembar itu terkebelakang dan satu kemusnahan sebanyak 60 mata muncul di atas kepalanya. Pada masa yang sama, Shi Feng hanya kehilangan lebih kurang 10 HP sahaja dan dia tidak berganjak ke belakang walau satu langkah sekali pun. Berikutan itu, Bilah Neraka dihayunkan ke arah perut Ular Berkepala Kembar yang sedang terdedah itu, dengan segera menyebabkan -96 mata kemusnahan. Dengan serentak kebolehan Bilah Neraka, Sumpahan Azab tercetus, mengurangkan Atribut Ular Berkepala Kembar dengan banyak sekali.

Walau bagaimanapun, Shi Feng masih belum habis gerakannya. Dia terus membelah menggunakan Bilah Merah menembusi titik penting Ular Berkepala Kembar itu dan mengakibatkan -112 kemusnahan.

Semasa Ular Berkepala Kembar itu mula bertindak balas, HPnya sudah pun dikurangkan kepada separuh.

Apabila salah satu kepalanya mahu menggigit Shi Feng, Shi Feng mengelak ke sisi dan kakinya dihentakkan ke tanah, melonjakkan dia ke hadapan. Tindakannya itu membuatkan kepala ular lagi satu terperanjat, membuatkannya kaku tidak mampu menyerang atau bertahan.

Tetakan Berganda!

Bilah Neraka dan Bilah Merah menembusi jauh ke dalam perut Ular Berkepala Kembar. Shi Feng kemudiannya menarik keluar bilahnya dengan rakus, lalu membelah badan Ular Berkepala Kembar itu dan meninggalkan dua kesan tetakan yang panjang.

Dua kemusnahan muncul atas kepala Ular Berkepala Kembar, iaitu -156 dan -132. Dengan tambahan, ular ini juga mendapat kesan Pendarahan.

Ular Berkepala Kembar ini masih mahu melawan. Namun, sebelum ia mampu menyentuh Shi Feng, ia sudah mati kerana pendarahan tersebut.

Sistem: Ular Berkepala Kembar Tahap 10 berjaya dibunuh. Perbezaan tahap sebanyak 5. EXP yang diterima bertambah sebanyak 500%. Mendapat 1,000 EXP.

Ular Berkepala Kembar itu memberikan Hempedu Ular kepada Shi Feng.

Shi Feng tidak menggunakan banyak kemahiran sepanjang proses pembunuhan tadi, kebanyakannya hanya serangan biasa. Dia berjaya menyelesaikan raksasa Tahap 10 dengan mudah. Namun, Shi Feng masih tidak puas. Lebih-lebih lagi pada serangan pertamanya tadi. Ular Berkepala Kembar itu berjaya menangkis serangannya. Jika tidak, dia sudah mampu membunuh Ular Berkepala Kembar itu dengan satu siri serangan bertubi-tubi.

Shi Feng mula mencari sasaran seterusnya.

Selepas setengah jam, Shi Feng telah membunuh lebih empat puluh Ular Berkepala Kembar. Pengalamannya meningkat kepada 81% dalam Tahap 5. Kelajuannya menaikkan tahap sangat laju seperti roket dan dapatan pengalaman yang diterima lebih laju berbanding menempa peralatan.

Perasaan Shi Feng ketika ini bercampur baur. Dengan seluruh Set Peralatan Bulan Perak dengan tambahan dua Senjata tahap tinggi, membunuh raksasa yang bertahap lebih tinggi menjadi lebih mudah. Jika situasi sebegini berterusan, Shi Feng mampu mencapai Tahap 6 kurang daripada satu jam.

"Aku masih kekurangan 3 Hempedu Ular dan 5 Taring Berbisa. Namun, semua Ular Berkepala Kembar di kawasan ini sudah pun mati. Ia akan mengambil sedikit masa sebelum raksasa baru mula dihidupkan semula." Shi Feng memerhati sekeliling. Tidak ada seekor Ular Berkepala Kembar pun yang ada di situ.

Shi Feng tiada pilihan selain pergi ke kawasan lain untuk mencari Ular Berkepala Kembar.

Namun, baru sahaja dia bergerak beberapa langkah, tiga Ular Berkepala Kembar mengengsot keluar daripada oasis. Antara tiga ular itu, satu daripada mereka mempunyai kepala yang lebih besar dan terdapat tanduk pada setiap kepalanya. Itu merupakan Raja Ular yang menjaga kawasan mereka.

"En, Elit Jarang, kan?" Shi Feng menjilat bibirnya sewaktu melihat Raja Ular Berkepala Kembar, bibirnya terukir satu senyuman. Seekor Elit Jarang bukanlah sesuatu yang senang dijumpai. Ia akan muncul kadang-kadang dan kekuatannya juga sedikit tinggi berbanding raksasa Elit yang biasa. Kadar jatuhan barangannya juga turut bagus. Dapat berjumpa seekor merupakan nasib yang baik untuk seseorang.

Next chapter