24 Ngauman Neraka

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun kumpulan Shi Feng telah berjaya dikumpulkan, pemain Tahap 2 yang sedang memerhatikan mereka mula mentertawakan mereka.

Mereka bukan ketawa disebabkan semua pemain yang dikumpul Shi Feng ialah Tahap 1. Tetapi, semua kerjaya dalam kumpulan tersebut sangatlah eksotik. Mereka tidak dapat menahan lagi dan terus ketawa besar. 

"Pemain mentah ini memang menakjubkan, aku sudah mula kagum dengan dia. Mereka memang kumpulan bunuh diri."

"Aku betul-betul kasihankan pakar itu kerana membawa pemain eksotik. Pakar itu juga melantik dia menjadi ketua kumpulan."

Pemain-pemain Tahap 2 yang sedang beratur mula berdebat, dan terdapat beberapa pemain memegang perut sambil ketawa terbahak-bahak.

"Dia cuma menunjuk-nunjuk." Zhao Yueru mengerutkan keningnya sedikit. Dia berpaling dan melihat ke arah Shi Feng, kepalanya terasa kurang selesa. Sebelum ini, dia akan menjadi tumpuan ramai walau ke mana sahaja dia pergi. Namun, hari ini, semua tumpuan tertumpu kepada seorang pemain mentah yang tidak tertarik langsung seperti Shi Feng. Walaupun semua orang mengejeknya, dia tetap menjadi tarikan mereka.

"Baiklah Yueru, kita harus lekas dan kumpul pemain secukupnya. Kalau kita buang masa, kita akan ketinggalan dengan pemain barisan hadapan." Walaupun Salji Lembut merasakan Shi Feng seorang yang pakar, melihat pada tahapnya, cara merekrut orang dan sebagainya, dia jauh daripada gelaran pakar. Tanggapan mereka untuk mengajak Shi Feng menyertai Persatuan, telah dibuang jauh-jauh. Persatuan Ouroboros hanya menerima pakar.

"Aku faham." Zhao Yueru berpaling ke arah Pemain Pedang di hadapannya. Dengan sedikit dendam, dia terus berkata, "Data dia boleh tahan juga, tapi sayangnya kita tidak memerlukan seorang Pemain Pedang."

Pemain Pedang itu menjadi lemah semangat. Adakah dia tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Zhao Yueru? Selepas itu, dia menoleh ke arah Shi Feng dan menjeling dari jauh, matanya dipenuhi kebencian.

Pada masa yang sama, Shi Feng, yang tidak tahu apa yang sedang berlaku, sedang mengaktifkan Hutan Maut.

Sistem: Sila pilih tahap kepayahan.

Sistem: Biasa, Susah, Neraka.

Shi Feng memilih neraka tanpa ragu-ragu. Tiba-tiba, Laluan Pemindahan di hadapan Hutan Maut berubah. Laluan itu berubah daripada warna kelabu-perak kepada hitam pekat. Pada masa yang sama, sebuah tengkorak yang berkelip-kelip dan mulutnya ternganga luas dapat dilihat dengan jelas.

Sementara itu, semua ahli kumpulan Shi Feng menerima satu pemberitahuan.

Sistem: Kamu telah memilih Mod Neraka dalam Hutan Maut. Hukuman kematian meningkat sebanyak 100%.

Tiba-tiba, wajah ahli kumpulannya bertukar pucat lesi. Hukuman kematian meningkat sebanyak 100%, bukankah bermaksud jika mereka mati dalam Dungeon, mereka akan hilang 20% daripada EXP mereka? Usaha selama satu atau dua jam diperlukan untuk mengumpul EXP sebanyak itu.

"Abang Feng, kau pilih mod yang salah. Bukankah kita akan masuk ke dalam Dungeon Biasa?" Si Hitam dengan cepat mendekati Shi Feng dan berbisik kepadanya sebagai ingatan.

"Tiada yang salah. Kita akan masuk Mod Neraka. Apa yang aku buat di sini kalau bukan untuk meredah Mod Neraka?" Shi Feng berkata.

Kadar jatuhan untuk Reka Bentuk Menempa sangat rendah. Jika di Mod Biasa, kadar jatuhan Serigala Jadian Felt cuma 1%; Mod Sukar 5% dan Mod Neraka 30%. Walaupun Mod Biasa boleh dibersihkan tanpa had setiap hari, siapa yang ada masa untuk buat begitu? Sementara itu, Mod Sukar hanya boleh dilepasi sebanyak 5 kali sehari, dan kebarangkalian untuk reka bentuk menempa jatuh tidak besar. Untuk Mod Neraka pula, hanya boleh dimasuki sekali sehari, tetapi ia satu-satunya tempat yang boleh diharap untuk jatuhan reka bentuk itu.

"Feng..... Abang Feng, apa yang kau cakapkan ini? Mod Neraka dalam Hutan Maut? Lihatlah kumpulan kita. Kita susah untuk melepasi Mod Biasa, inikan pula Mod Neraka," Si Hitam panik. Sebelum ini, dia telah melihat beberapa kumpulan Elit yang pulang selepas tumpas. Mengikut kata mereka, raksasa di Hutan Maut sangat kuat. Kepintaran mereka juga tinggi. Mustahil untuk membunuh mereka sebelum mencapai Tahap 4 atau 5, oleh itu mereka semua beredar selepas menyerah kalah.

Jika mereka redah masuk ke dalam Dungeon Mod Neraka sekarang, dengan pemain mentah seperti mereka, memang ke neraka jawabnya.

"Tenang. Kalau aku tidak yakin, aku tidak akan buat begini." Shi Feng menepuk bahu Si Hitam, berkata dengan yakin ditambah sebuah senyuman.

"Baiklah, mari pergi masuk ke dalam."

Shi Feng mendahului kumpulannya, diikuti dengan Si Hitam. Salji Sepi juga mula masuk dengan kepala yang pening; dia sudah bersedia untuk ikut laluan ini sampai ke penghujungnya.

Bagi tiga pemain lagi, mereka mula ragu-ragu seketika.

"Kita patut masuk ke dalam. Pakar itu sudah pun masuk, jadi kenapa perlu kita, pemain mentah Tahap 1, masih lagi ragu-ragu? Tambahan pula, kita masuk ke dalam Mod Neraka dalam Hutam Maut. Hanya menyebutnya sahaja dapat rasa kemegahannya," Cola meyakinkan.

Dua orang lagi mula merasa masuk akal dan ikut masuk ke dalam Dungeon.

Sementara itu, kawasan di hadapan kumpulan Salji Lembut mula sunyi sepi. Semua pemain Tahap 2 terpegun. Mereka bukan sahaja terkejut, tapi hampir menjadi batu. Satu kumpulan Elit Tahap 2 tidak mampu melepasi Mod Biasa, inikan pula kumpulan yang ramai pemain Tahap 1 telah memilih Mod Neraka dalam Hutan Maut.

"Salji, apakah aku tersilap lihat? Itu Mod Neraka, bukan?" Zhao Yueru bertanya.

Salji Lembut menganggukkan kepalanya; matanya yang cantik terus melihat kepada tengkorak yang berkelip-kelip itu. Ekspresi mukanya menjadi sangat serius.

"Dia itu mesti sudah dalam kekecewaan, memasuki Mod Neraka selepas mendapat tahu dia tidak mampu melepasi Mod Biasa. Kita lihat sahaja mereka keluar sebagai mayat sekejap lagi." Zhao Yueru ketawa.

"Kita tiada banyak masa. Mari gerak, kita sudah kumpulkan pemain secukupnya."

Salji Lembut memimpin jalan ke dalam Dungeon Hutan Maut. Dia memilih kesukaran Mod Biasa. Jika tiada sebarang masalah dengan Mod Biasa, mereka akan memilih Mod Sukar pula selepas itu.

Dalam Dungeon Hutan Maut, terdapat satu hutan yang gelap dan suram. Dari masa ke masa, terasa angin sejuk ditiup, membuatkan tubuh sesiapa sahaja menggeletar.

Selain daripada Shi Feng, setiap ahli kumpulannya berkumpul rapat mengelilingi pintu masuk Dungeon. Mereka tidak bergerak walau satu inci sekali pun kerana takut menarik perhatian raksasa-raksasa dan menyebabkan kumpulan mereka dihapuskan.

"Abang Feng, kenapa aku asyik berasa tiupan angin sejuk di belakang badan?" Si Hitam bertanya kerisauan.

"Si Hitam, kau perlu berlagak seperti seorang pakar, dengan itu baru kau boleh menjadi pakar. Ini cuma Mod Neraka. Selain raksasa-raksasa di sini mempunyai kepintaran yang agak tinggi, cara berlawan yang sedikit rumit, serangannya, pertahannya, dan HP juga lebih tinggi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Oh ya, dan juga bilangan mereka di sini lebih banyak." Selepas berfikir, Shi Feng merasakan tiada apa lagi yang perlu ditambahnya.

Tiba-tiba, setiap ahli kumpulan itu memberi pandangan kemusykilan kepada Shi Feng.

Ketika meredah Dungeon, walau sedikit perbezaan dalam Serangan dan HP boleh menghapuskan keseluruhan kumpulan. Untuk Shi Feng pula, dia telah menjelaskan sebentar tadi. Tambahan pula, apa yang dimaksudkan dengan 'kepintaran yang agak tinggi'? Mereka telah merasai sebelum ini ketika bertarung dengan raksasa di Kawasan Tuhan. Berkenaan raksasa tersebut dengan kepintaran yang tinggi sedikit, walaupun sama kekuatan Serangan dan HP, kekuatan mereka masih bertambah satu atau dua kali ganda.

"Baiklah, baiklah, berhenti fikirkan perkara kecil ini. Aku akan menerangkan strategi untuk kita redah Dungeon ini sebentar lagi, jadi kamu semua patut dengar baik-baik. Kalau tidak, nyawa kamu akan menjadi pertaruhan." Shi Feng melambaikan tangannya, bersedia untuk menjelaskan strategi untuk menakluk Dungeon ini.

Tiba-tiba, satu angin yang kencang bertiup dari arah hutan yang gelap dan suram itu, menyebabkan pokok-pokok bergoyang dengan kuat sekali.

"Ao! Ao! Ao!"

Selepas angin itu bertiup datang satu ngauman yang garang bergema ke seluruh Hutan Maut. Banyak burung-burung terbang, ketakutan ke udara.

Si Hitam dan yang lain tersentak dengan aura yang tiada tandingan itu.

Mereka cuma anak muda dalam lingkungan umur 20 tahun. Mereka tidak pernah merasai apa-apa kesusahan, apatah lagi diuji dalam situasi hidup atau mati. Kali pertama mereka berhadapan dengan ngauman yang panjang sepanjang-panjangnya. Jika dibandingkan dengan ngauman biasa seekor harimau di hutan, ngauman ini jauh lebih mengejutkan kepada manusia.

"Inilah apa yang perlu kita ambil perhatian." Shi Feng berkata dengan tenang masa ini.

Perbezaan yang paling besar antara Mod Neraka dan Mod Sukar adalah ngauman ini.

Walaupun dia tidak mempunyai nama yang khas, pemain-pemain dalam kehidupan Shi Feng sebelum ini menggelarkannya 'Ngauman Neraka'.

avataravatar
Next chapter