webnovel

Naga yang Bersembunyi Dalam Neraka

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Bos Pedang Besi!"

"Bos..."

Sewaktu pemain-pemain daripada Kesatuan Pertahanan melihat Singa Pedang Besi dibantai dengan mudah, mereka semua terkejut tidak terhingga. Mereka semua menyaksikan kehebatan kekuatan Singa Pedang Besi sebelum ini, mampu membunuh ramai pemain seperti memotong sayur-sayuran sahaja. Namun, kini Singa Pedang Besi dibunuh oleh Shi Feng yang hanya menggunakan beberapa gerakan sahaja, perkara itu langsung tidak dapat dibayangkan.

Pihak atasan dari pelbagai Kesatuan yang melihat dari jauh situasi itu juga terkilan melihatnya. Hanya Menusuk Jantung sahaja yang sudah tahu kekuatan sebenar Shi Feng. Di saat Singa Pedang Besi mengejeknya di Bandar Daun Merah, Menusuk Jantung sudah tahu yang Kesatuan Pertahanan telah musnah.

Namun, penonton lain yang hadir tidak tahu perkara ini.

Tidak kira apa yang dikatakan, Singa Pedang Besi telah mempunyai nama dalam Bandar Daun Merah. Sebelum ini, mereka hanya mendengar Singa Pedang Besi diserang hendap oleh Shi Feng, mati secara tidak sengaja. Namun, sekiranya pertarungan itu satu lawan satu, Singa Pedang Besi pasti menjadi juara. Walau bagaimanapun, tiada siapa terbayang, pertarungan depan-depan, Singa Pedang Besi dapat dikalahkan dengan mudah dengan beberapa gerakan sahaja.

Seperti yang dijangkakan, khabar angin tidak boleh dipercayai. Melihat pada kelajuan dan ketepatan Shi Feng menghunus pedangnya, menghasilkan empat imej pedang dengan hanya dua bilah pedang, sedangkan pakar-pakar daripada pelbagai Kesatuan tidak dapat menahan semua serangan tersebut. Ditambah pula dengan Kuasa Serangan Shi Feng yang melampau, Singa Pedang Besi bukanlah lawannya.

Shi Feng bukannya Pemain Pedang yang biasa. Padanlah Dewi Salji menyokong dan mempertahankannya.

"Pada mulanya aku ingatkan Singa Pedang Besi bakal menjadi persaingan kita yang besar. Sekarang aku melihatnya, dia hanya budak mentah yang datang daripada permainan realiti maya yang lain. Aku tak terfikir yang dia seorang yang terencat akal, menyerang sahaja sesiapa yang dijumpainya."

"Hihi, Kesatuan Pertahanan akan hancur kali ini. Mula-mula, dia datang dan mengejek pakar tahap tertinggi. Kini, dia telah mengisytiharkan perang dengan Dewi Salji secara membuta tuli. Adakah dia fikir mudah untuk berkeliaran dalam Kawasan Tuhan?"

"Sudah cukup menjadi bebal dalam dunia realiti. Kini, dia menonjolkan kebodohannya dalam Kawasan Tuhan. Seperti yang dijangkakan untuk seseorang yang datang daripada permainan kecil-kecilan. Dia sememangnya tidak tahu tinggi langit dan bumi. Kesatuan Pertahanan terpaksa membuang nama mereka dari Bandar Daun Merah sekarang."

Terdapat beberapa Kesatuan dan Persatuan yang masuk ke dalam Kawasan Tuhan setiap hari. Sama juga, terdapat beberapa Kesatuan dan Persatuan yang lenyap dari Kawasan Tuhan setiap hari. Perkara ini perkara biasa yang berlaku dalam Kawasan Tuhan.

Selepas kematian Singa Pedang Besi, tiada orang lagi yang memimpin pemain-pemain Kesatuan Pertahanan. Dengan pantas, huru-hara berlaku dalam kalangan pemain daripada Kesatuan Pertahanan dan semuanya mula bertempiaran dengan gila untuk selamatkan nyawa mereka.

Shi Feng sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk memberikan Kesatuan Pertahanan satu serangan yang padu. Sejurus selepas mengutip harta rampasan Singa Pedang Besi, Shi Feng mengaktifkan Langkah Angin dan memburu baki pemain yang tinggal itu.

Tidak menghiraukan noob Tahap 3, Shi Feng secara khusus mengejar pemain-pemain elit Kesatuan Pertahanan. Setiap pembunuhan pemain-pemain tersebut, Shi Feng berjaya mendapatkan satu Peralatan Gangsa, dan mengakibatkan kerugian besar untuk Kesatuan Pertahanan.

"Hanyutan Darah, kita bertemu kembali." Shi Feng menghalang laluan beberapa elit Kesatuan Pertahanan yang sedang melarikan diri, menjumpai seseorang yang amat dikenalinya. Dia Hanyutan Darah, orang yang menganggu Langit Ungu dan telah datang untuk mencari pasal dengan Shi Feng.

Hanyutan Darah terkejut sehingga melompat. Dia terketar-ketar sambil menuding jari kepada Shi Feng, dengan pengecutnya berkata, "Ye Feng, kau sial yang tidak tahu malu! Apa jenis pakar kau ini, membuli empat orang berseorangan?!"

Tanpa berkata apa-apa, Shi Feng melangkah ke hadapan, membelah menggunakan kedua-dua bilah pedangnya. Lapan imej pedang muncul, dengan segera menyasarkan nyawa empat pemain tersebut.

Seorang Pahlawan Perisai dalam kalangan empat orang itu segera menggunakan Dinding Perisai, bersedia untuk menerima serangan Shi Feng itu. Sementara itu, Hanyutan Darah menggunakan Tetakan kepada Shi Feng, manakala seorang lagi Berserker menggunakan Rempuh dan Cursemancer menggunakan Panah Gelap.

Shi Feng perasan kerjasama yang baik antara empat pemain itu. Tidak ada faedah untuknya menerima serangan mereka secara paksa. Selepas membuat keputusan, Shi Feng menggunakan Serangan Bayangan, diri penduanya menangkis serangan dari depan. Shi Feng dengan pantas memusingkan badannya, kakinya membuat satu tapak ilusi sambil meninggalkan imej tinggal.

Sementara itu, pendua Shi Feng berterusan menahan serangan keempat-empat pemain tersebut, menerima sedikit kemusnahan sewaktu berbuat demikian.

Namun, selepas Shi Feng bergerak ke sisi, dia dengan laju mengayunkan Bilah Nerakanya. Tiga coretan kilat daripada Panahan Kilat menembusi tiga pemain jarak dekat yang bertarung dengan penduanya, membunuh sekelip mata Hanyutan Darah dan seorang lagi Berserker. Sewaktu Pahlawan Perisai menggunakan Dinding Perisai, dia telah terselamat daripada serangan itu. Walau bagaimanapun, pendua Shi Feng telah pun mengambil peluang untuk melepaskan satu Tetakan pada Pahlawan Perisai itu. Kini, hanya Cursemancer, yang sedang menjampi sahaja yang tinggal.

Shi Feng menggunakan Bilah Angin, meluru ke arah Cursemancer seperti satu angin kencang. Melihat situasi ini, Cursemancer itu ketakutan lalu melarikan diri. Namun, Shi Feng telah menggunakan Tetakan, pedangnya membelah belakang Cursemancer, menyebabkan pukulan kritikal sebanyak -1156 kemusnahan dan terus membunuh Cursemancer itu.

Dengan perbezaan dari segi peralatan dan teknik pertempuran, Shi Feng dapat menamatkan pertarungan mereka dengan cepat. Selepas mengambil peralatan yang dijatuhkan oleh mereka berempat, Shi Feng meneruskan pemburuan pemain elit Kesatuan Pertahanan yang lain.

Sepuluh minit kemudian, semua pemain elit Kesatuan Pertahanan telah pun mati. Kerugian yang menimpa Kesatuan Pertahanan kali ini sangat dahsyat. Secara praktikalnya mustahil untuk mereka menandingi Persatuan lain untuk menakluk Bandar Daun Merah.

"Cik Salji, terima kasih kerana menolong saya hari ini. Jika tidak, kerugian yang kami lalui pasti sangat besar," Shi Feng mengucapkan terima kasih kepada Salji Lembut.

Walaupun dia mampu membunuh ramai pemain dalam pertempuran menentang Kesatuan Pertahanan dan berjaya melarikan diri akhirnya, ahli-ahli kumpulannya mungkin akan mati.

"Tidak ada masalah. Cuma bantuan kecil sahaja. Walaupun kekalahan Kesatuan Pertahanan sangat dahsyat dalam Bandar Daun Merah, masih terdapat beberapa ahli Kesatuan Pertahanan di bandar yang lain. Apabila mereka semua berkumpul di Bandaraya Sungai Putih pada Tahap 10, Kesatuan Pertahanan versi itu tidak akan semudah kumpulan kecil ini," Salji Lembut berkata dengan lembut, "Saya tahu kamu seorang pemain bebas tanpa ada sebarang sokongan daripada mana-mana Kesatuan. Kalau kamu tidak punya sokongan daripada mana-mana Kesatuan besar, kamu akan menjadi sasaran mudah bagi Kesatuan Pertahanan. Apa kata kamu sertai Ouroboros?"

"Betul, Abang Ye Feng! Dengan kekuatan Ouroboros, apabila kita sampai di Bandaraya Sungai Putih, pemain daripada Kesatuan kelas-pertama tidak akan berani mencari pasal dengan kita. Tambahan pula, Kesatuan kami memberikan faedah yang besar," Xiao Yue'er menyatakan.

"Berbanyak-banyak terima kasih untuk kerisauan Cik Salji. Namun, saya sudah biasa hidup bebas, jadi saya tidak ada sebarang niat untuk menyertai mana-mana Kesatuan," Shi Feng berterus-terang menolak pelawaan itu.

Walaupun Ouroboros satu Kesatuan yang baik, mereka turut mempunyai banyak masalah. Sebagai contoh Salji Lembut. Dia adalah Timbalan Ketua Persatuan yang Pertama, namun, dia masih meninggalkan Ouroboros akhirnya, sama seperti Shi Feng sendiri yang dihalau keluar daripada Bayang-Bayang. Akhirnya, tetap bagus membuat keputusan sendiri.

"Memandangkan itulah cara pemikiran kamu, saya tidak akan mendesak kamu untuk sertai kami. Walau bagaimanapun, kalau kamu ingin ubah keputusan kamu di masa hadapan, Ouroboros akan menerima kehadiran kamu pada bila-bila masa," Salji Lembut mampu membaca fikiran Shi Feng. Namun, semua orang mempunyai cita-cita masing-masing dan tidak elok baginya untuk memaksanya dalam situasi seperti ini. Sekarang ini, sudah cukup untuk mereka mengekalkan kesepaduan yang utuh.

Berikutan itu, Shi Feng memimpin Si Hitam dan yang lain keluar daripada kawasan Kubur Bulan Gelap, kembali ke Bandar untuk mengemaskan barangan mereka. Dia kemudiannya merancang untuk menaikkan tahap mereka. Sebelum ini, dia agak sibuk sedikit. Sekarang ini dia telah selesai menguruskan halnya, sudah tiba masanya untuk mereka semua naik ke Tahap 10 dengan cepat.

Sementara itu, Zhao Yueru melihat pemergian Shi Feng, merasai satu perasaan yang sama pernah dirasainya sebelum ini. Dia tidak tahu mengapa dia merasakan satu kehilangan yang tidak terucap dalam hatinya.

"Salji, mengapa kau tidak berusaha lebih tadi? Kalau kau beritahu dia tentang Tentera Pembunuh Tuhan, dia mungkin bersetuju untuk menyertai kita," Zhao Yueru bertanya.

Salji Lembut tersenyum, berkata, "Bukankah kamu benci dia menyertai kita? Tetapi sekarang kamu mahu dia sertai kita pula?

Kemerahan muncul pada muka cantik Zhao Yueru sewaktu dia berkata dengan nada yang tinggi, "Bukankah saya buat ini untuk kamu? Tidak kira siapa yang berkata, dia seorang pakar tahap tinggi. Kalau kamu mampu menarik dia masuk ke dalam Ouroboros, dia akan menjadi sekutu kita. Pada masa depan, kalau dia berjaya masuk ke dalam Tentera Pembunuh Tuhan, dia mampu memberikan pengaruh dan kekuasaan yang lebih besar."

"Kalau dia tidak menunjukkan prestasi yang sangat hebat tadi, aku tidak mencuba yang terbaik untuk menarik dia masuk. Namun, dia terlalu luar biasa, sama seperti naga sebenar. Ketika ini, dia seolah-olah naga yang bersembunyi dalam jurang yang dalam. Lambat laun, dia mampu untuk terbang melayang di angkasa dan kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Siapa tahu, nanti, dia akan menjadi masalah besar buat Ouroboros," Salji Lembut ketawa dengan lembut.

"Seorang musuh, ke?" Zhao Yueru mengelamun.

Next chapter