webnovel

Mereka yang Kuat akan Bertahan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Api Iblis Ais-Biru.

Ia salah satu daripada pelbagai Api Misteri Tingkat 2 yang hanya boleh didapati di Bandar Sungai Putih. Api ini amat menarik minat para Penempa. Lebih-lebih lagi, Hutan Seratus Hantu yang menyimpan Api Iblis Ais-Biru hanya dekat sahaja dari Bandar Daun Merah. Justeru, tentu sayang jika Shi Feng tidak memperolehnya untuk diri sendiri.

Sama ada mendapatkan wang ataupun peralatan menempa, Api Misteri akan sangat membantu Shi Feng.

Kini, Shi Feng masih berada beberapa Mata Kecekapan daripada pangkat Perantis Penempaan Menengah. Namun, meskipun dia mencapainya, masih agak sukar untuknya menempa Subuh Perak yang bertahap Perak-Rahsia.

Apabila menempa Peralatan Perak Rahsia, seorang Perantis Penempaan Menengah hanya mempunyai peluang 2% untuk berjaya, manakala seorang Perantis Penempaan Asas mempunyai hanya 1%.

Jika Shi Feng memasukkan 20% daripada Buku Penempaan, 5% daripada Lambang Besi Hitam dan 5% daripada Tukul Runik, dia akan mendapat kadar kejayaan setinggi 32% setelah menjadi Perantis Penempaan Menengah. Selain itu, penempaan Subuh Perak memerlukan tiga bahan yang teramat jarang. Ini mengekang Shi Feng untuk menempa secara banyak. Jika Shi Feng menempa Subuh Perak dengan kadar kejayaan yang begitu rendah, sudah tentu dia akan rugi teruk. Shi Feng tidak risau rugi berpuluh-puluh Syiling Perak setiap kali gagal, dia risaukan bahan-bahan yang diperlukan untuk penempaan sangat jarang didapati. Shi Feng tidak boleh mendapatkan bahan-bahan ini dengan begitu senang. Ia memerlukan masa yang lama untuk memperoleh barang-barang ini.

Lagipun, Bilah Neraka barangkali memerlukan sepuluh Subuh Perak untuk menaik tahap.

Justeru, Api Iblis Ais-Biru merupakan sesuatu yang amat Shi Feng perlukan.

Api Iblis Ais-Biru Peringkat 2 itu akan meningkatkan kadar kejayaan penempaan dengan banyak, tambahan dengan pelbagai faedah yang akan Shi Feng terima kelak. Jadi, perjalananan ke Hutan Seratus Hantu adalah wajib bagi Shi Feng.

Shi Feng beredar dari Bandar Daun Merah, destinasinya ialah utara.

Shi Feng tidak tergopoh-gapah disebabkan faktor stamina. Lagi cepat dia berlari, lagi cepat dia akan kepenatan. Sebaliknya, jika dia mengekalkan kelajuan lariannya pada tahap yang tertentu, kadar pemulihan staminanya bersamaan dengan penggunaannya. Namun, garisan ini berbeza untuk setiap pemain kerana ia bergantung kepada Atribut-Atribut pemain, maksudnya ia sesuatu yang amat sukar untuk diperoleh para pemain.

Apabila Shi Feng melepasi kawasan makhluk Tahap 5, Prairi Serigala Kelabu…

Di tengah-tengah rumput yang tumbuh hingga paras pinggang seorang dewasa, mayat-mayat pemain berselerak di merata-rata tempat. Sekali pandang, majoriti pemain yang mati merupakan pemain solo, manakala minoritinya pula terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang telah disapu habis.

Beberapa ratus ela ke dalam prairi tersebut, rumput-rumput tebal tiba-tiba layu seakan baru dipijak. Pada saat tersebut, Shi Feng serta-merta menghunus kedua-dua senjatanya.

Tidak lama kemudian, dua orang pemain Tahap 5 bergegas keluar dari semak, penampilan mereka teramat kusut. Tompok-tompok darah mengotori pakaian mereka dan senjata mereka telah tercicir. Apabila kedua-dua mereka terlihat Shi Feng, tanpa teragak-agak, mereka berdua terus meluru ke arahnya.

Setelah mereka berdua berlari keluar dari rumput tersebut, sekumpulan Serigala Kelabu Bermata Putih Tahap 5 juga muncul dan mengejar kedua-dua pemain tersebut. Serigala-Serigala Kelabu Bermata Putih tersebut meraung sambil mengejar mangsa mereka seolah-olah menandakan kedudukan mangsa mereka kepada seriga-serigala yang lain.

[Serigala Kelabu Bermata Putih] (Makhluk Biasa)

Tahap 5

HP 540/540

Shi Feng serta-merta memahami niat kedua-dua pemain tersebut. Mereka ingin memindahkan nasib malang mereka kepadanya.

"Budak, anggap sahaja pertemuan ini sebagai nasib malang. Lama-kelamanan, kamu akan mati juga, baik kamu bantu kami mengumpan kumpulan serigala ini!" kata seorang Pembunuh Hendap sambil memandang ke arah Shi Feng dengan ketawa sinis.

Setelah berkata begitu, mereka meningkatkan kelajuan larian mereka ke arah Shi Feng.

Namun, mereka benar-benar telah memandang rendah terhadap Shi Feng.

Apabila mereka hampir berlari melepasi Shi Feng, tangan-tangan Shi Feng terus menggenggam tangan kedua-dua orang tersebut. Dengan kekuatannya yang hebat, dia terus mencampakkan kedua-dua pemain tersebut kembali ke kumpulan serigala yang sedang menghampiri.

Sebelum mereka mampu bertindak balas, mereka mendarat di tengah-tengah kumpulan serigala tersebut. Badan mereka berdua terkena beberapa Serigala Kelabu Bermata Putih ketika mendarat, menyebabkan beberapa serigala tersebut meraung kesakitan.

"Kau…" belum sempat si Pembunuh Hendap tadi mencarut, sekumpulan Serigala Kelabu Bermata Putih menerkam leher dan anggota-anggota badannya yang lain. Dagingnya dikoyak sehingga berkecai, HP Pembunuh Hendap tersebut menjunam sambil dia meraung kesakitan.

Renjer di sebelahnya juga tidak lepas daripada takdirnya dan serigala-serigala membunuhnya sekali.

Shi Feng tidak menyimpan walau sedikitpun rasa kasihan terhadap mereka.

Jikalau mereka berdua telah berlari ke arah yang lain, mereka mungkin mempunyai sedikit peluang untuk terus hidup. Namun, sebaliknya mereka telah membuat keputusan yang paling buruk dengan mencuba untuk menarik Shi Feng ke dalam masalah mereka. Mereka sama sekali tidak menyangka, jika dibandingkan dengan kumpulan serigala yang mengejar mereka, Shi Feng jauh lebih menggerunkan.

Sementara kumpulan serigala tersebut menyerang kedua-dua pemain tersebut, Shi Feng mengambil peluang untuk menggunakan Panahan Kilat di saat mereka menghampiri maut.

Seperti seekor harimau buas yang dilepaskan dari sangkarnya, panahan kilat berwarna hijau melepaskan laungan yang menggegar bumi sambil ia menembusi badan Serigala-Serigala Kelabu Bermata Putih, menyebabkan rentetan kemusnahan melebihi -300 mata. Serigala-Serigala Kelabu Bermata Putih tersebut mati dengan serta-merta, hanya timbunan abu tertinggal.

Walaupun Shi Feng telah membunuh lebih sepuluh Serigala Kelabu Bermata Putih dengan hanya satu serangan, dia sudah pun mencapai Tahap 7. Jumlah EXP sebanyak beberapa ratus mata hampir tidak membawa makna kepadanya sekarang.

Setelah mengumpul segala habuan, Shi Feng mengeluarkan Gulungan Pengasingan daripada begnya.

Dengan evolusi Kawasan Tuhan, makhluk-makhluk liar telah juga menerima perubahan yang besar. Bukan sahaja sensitiviti mereka telah menaik dengan banyak, tetapi mereka juga mempunyai cara pemikiran yang lebih fleksibel serta peningkatan besar dalam aktiviti-aktiviti mereka. Cara-cara pertempuran mereka mula berubah, lebih cenderung kepada pertempuran jarak dekat. Sementara itu, perubahan terbesar yang dilalui makhluk-makhluk ini setelah evolusi Kawasan Tuhan ialah makhluk-makhluk ini tidak lagi akan melarikan diri walaupun berlawan dengan pemain-pemain bertahap tinggi. Selain itu, jarak perhatian mereka tidak akan berkurang lagi. Justeru, para pemain perlu lebih berhati-hati apabila menangani makhluk-makhluk. Jika tidak, mereka bakal menarik sejumlah besar makhluk untuk menghampiri mereka.

Semasa dalam perjalanan ke tempat ini, Shi Feng telah menemui ramai pemain yang telah mati begini. Sebagai contoh, sebuah kumpulan yang telah membunuh beberapa Serigala Kelabu Bermata Putih gagal beredar dari lokasi itu dengan cepat. Hasilnya, bau darah tersebar ke kawasan sekeliling dan menarik perhatian lebih ramai Serigala Kelabu Bermata Putih, lantas menyebabkan seluruh kumpulan disapu.

Setelah menggunakan Gulungan Pengasingan, Shi Feng cepat-cepat meninggalkan Prairi Serigala Kelabu. Dia kemudian melalui Lembah Besar Kirk, Tasik Cybus dan banyak kawasan lain yang mempunyai bilangan makhluk yang tinggi. Shi Feng akhirnya tiba di kawasan makhluk Tahap 15, Hutan Seratus Hantu setelah berjalan selama 6 jam.

Hutan Seratus Hantu merupakan tempat yang telah disumpah. Dalam hutan gelap dan layu ini, di mana cahaya matahari tidak pernah sampai, hanya Jelmaan yang Disumpah berkeliaran di sini. Jelmaan-jelmaan ini mempunyai ketahanan 60% kepada serangan fizikal dan mempunyai pengelakan 20%. Makhluk-makhluk di sini juga mempunyai Kuasa Serangan yang sangat tinggi dan dalam keadaan semasa Shi Feng, mereka hanya memerlukan dua atau tiga serangan untuk membunuhnya. Namun, makhluk-makhluk ini hanya mempunyai 600 HP dan kemusnahan serangan ajaib meningkat sebanyak 100%. Justeru, Hutan Seratus Hantu merupakan syurga menaik tahap untuk kelas ahli sihir.

Oleh sebab evolusi Kawasan Tuhan, Jelmaan-Jelmaan yang Disumpah telah menjadi jauh lebih sensitif kepada persekitaran mereka. Mereka amat berbeza dengan makhluk-makhluk jenis-buas yang lain. Mereka tidak menghidu bau, sebaliknya makhluk-makhluk ini dapat menghidu aura makhluk hidup dalam radius seratus ela. Walaupun seseorang itu menggunakan Selinap, Jelmaan-Jelmaan yang Disumpah tersebut masih dapat mengesan mereka.

Namun, Shi Feng telah bersiap sedia. Dia mengeluarkan sebotol Ubat Penyuraian, mengosongkan isinya dengan serta-merta. Ubat tersebut menyembunyikan aura sesuatu makhluk hidup selama 10 minit.

Dengan bantuan Ubat Penyuraian, Shi Feng hanya perlu sedikit berhati-hati untuk mengelak daripada dikesan Jelmaan-Jelmaan yang Disumpah tersebut.

Berdasarkan pengetahuan Shi Feng, lokasi Api Iblis Ais-Biru berada di tengah-tengah Hutan Seratus Hantu, pada air pancut yang terletak di tengah-tengah Bandar Seratus Hantu. Kesatuan Cahaya Gemilang telah melalui pahit getir untuk mendapatkan Api Iblis Ais-Biru . Hanya setelah menghantar ribuan ahli mereka dan menyebabkan kematian ratusan daripada mereka, mereka berjaya mengosongkan kesemua makhluk yang ditemui di Bandar Seratus Hantu dan akhirnya mendapatkan Api Iblis Ais-Biru.

Shi Feng sedar dia tidak mempunyai kebolehan untuk membunuh kesemua makhluk dalam Bandar Seratus Hantu. Namun, dia mempunyai cara lain untuk memperoleh Api Mister tersebut. Cuma, kesemua cara tersebut berbahaya.

Setelah tiba di Bandar Seratus Hantu dengan cukup bersusah-payah, Shi Feng berhenti serta-merta untuk memerhati Bandar tersebut. Apabila angin yang menyejukkan meniup pada Shi Feng dari hutan yang layu itu, dia tiba-tiba merasai kesejukan yang amat.

Niat Membunuh!

Jika Shi Feng tidak mempunyai pengalaman bertahun-tahun bertempur dan menumpahkan darah, tanpa naluri semula jadi untuk mengesan bahaya, dia tentu akan terlepas mengesan niat membunuh yang sangat halus tersebut. Oleh sebab ini bukan kali pertama dia menyedari niat membunuh yang begitu dingin, Shi Feng menghunus kedua-dua pedangnya dengan serta-merta.

Pada saat itu, satu lembaga muncul di belakang Shi Feng. Berikutan itu, sinaran perak menikam terus pada leher Shi Feng dan lagi satu pada bahagian bawah belakangnya. Kedua-dua serangan tersebut pantas dan kejam umpama seekor ular yang berbisa.

Daripada dua tindakan ini sahaja, Shi Feng menyedari serta-merta penyerangnya merupakan pakar tahap tertinggi.

Walaupun Shi Feng berada dalam keadaan siap sedia, serangan tersebut terlalu pantas untuk dielak.

Next chapter