8 Membunuh Perengus

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun kemusnahan yang dikeluarkan Shi Feng seperti tiada kesan, Perengus tetap terbangun dari tidurnya yang lama.

Sesiapa sahaja pasti berasa marah sekiranya tidurnya dikacau.

"Aku akan lenyek kau, manusia kecil!" Perengus menempik. Seluruh gua itu bergegar apabila Perengus mula berdiri. Dengan langkah yang besarnya, Perengus berjalan ke arah Shi Feng.

Tidak memberi peluang kepada Perengus, Shi Feng keluarkan Beri Letupan dan melemparkannya di hadapan laluan Perengus.

Kelajuan tetap menjadi kelemahan Gergasi Baru. Tiada pengecualian walaupun seekor Elit Istimewa. Perengus hanya berbadan besar, serangan yang kuat, dan cara serangan yang lebih banyak. Walaupun Kelajuan Pergerakan dan Kelajuan Serangan sedikit laju, di bawah kesan Beri Letupan, dia masih perlahan seperti kura-kura.

Dalam pada itu, Kelajuan Pergerakan dan Kelajuan Serangan Shi Feng lebih pantas kerana 16 Ketangkasannya. Shi Feng dengan cepat pergi ke bahagian belakang Perengus dan mula menyerang dengan ganas.

Siri kemusnahan muncul atas kepala Perengus.

-2, -2, -2, -2.....

Diikuti dengan Tetakan yang menghasilkan sebanyak 6 kemusnahan.

Perlu dikatakan, Perengus mempunyai pertahanan yang menakutkan. Walaupun dengan gandaan kemusnahan daripada Panahan Kilat, Tahap 2 Tetakan tetap hanya menghasilkan sebanyak 6 kemusnahan sahaja. Tetakan Tahap 1 mungkin hanya menghasilkan 4 kemusnahan.

Perengus hanya berpaling selepas menerima siri serangan. Dia mengangkat kakinya yang menggunung lalu memijak, ke arah Shi Feng.

Sebagai seorang yang dijelmakan semula, Shi Feng telah mengharungi pertarungan yang banyak dalam permainan Kawasan Tuhan. Tiada sekelumit perasaan panik dalam dirinya ketika berhadapan dengan Perengus. Dengan satu langkah, Shi Feng dengan tangkas melangkah ke belakang badan Perengus, serangan lembab Perengus. Shi Feng kemudiannya menyambung siri serangan yang menggila.

Selepas lima saat berlalu, Perengus menyembuh 18 HP, meninggalkan dia dengan HP sebanyak 886 lagi. Separuh usaha Shi Feng membazir sekelip mata sahaja.

Jika dibandingkan dengan spesies yang Biasa, raksasa Elit dan ke atas mempunyai mampu menyembuh 2% daripada HPnya setiap 5 saat semasa pertempuran. Perengus mempunyai 900 HP, oleh itu 18 HP setiap 5 saat. Penyembuhan ini menjangkaui kemusnahan yang dihasilkan Shi Feng apabila menggunakan serangan biasa.

Walaupun begitu, Shi Feng tetap tenang menghayunkan pedangnya, berterusan meragut HP Perengus.

Pemain kebanyakan pasti berputus asa melihat HP yang begitu besar dan penyembuhan yang banyak itu. Shi Feng tidak seperti itu, nampaknya. Enam belas Mata Ketangkasan membuatkan Shi Feng dapat mengelak dan menyerang dengan mudah. Kelajuan Serangan yang tinggi juga membolehkan kemusnahan yang dihasilkan dapat mengurangkan penyembuhan Perengus dengan menyeluruh. Namun, membunuh Perengus mengambil banyak masa.

Sungguh membosankan, cuma mengelak dan menyerang dengan gila. Menghasilkan serangan yang kuat sungguh memenatkan, secara fizikal dan mental.

Dengan setiap saat HP Perengus terus berkurangan.

Lima belas saat kemudian....

Semasa kesan gandaan Panahan Kilat hilang, kemusnahan yang dihasilkan Shi Feng turun dengan mendadak. Setiap serangan dari pedangnya cuma menghasilkan 1 kemusnahan, dan Tetakan cuma meragut 4 HP daripada Perengus. Shi Feng dengan segera jatuh dalam kepahitan pertempuran.

5 saat lagi sudah berlalu, Perengus menyembuhkan dirinya sebanyak 18 HP sekali lagi.

Walau bagaimanapun, Shi Feng hanya menghasilkan 17 kemusnahan dalam jangka masa 5 saat itu. Langsung tidak cukup untuk membalas penyembuhan Perengus.

Shi Feng mengerutkan keningnya. Seperti sangkaannya, sangat susah membunuh seekor Perengus. Usaha yang sia-sia sahaja tanpa kemusnahan yang mencukupi.

Patutkah aku menyerah kalah?

Baru sahaja berfikiran seperti itu... 

"Aku mahu melenyek kau!" Perengus mengaum sambil menghentakkan kakinya.

Tiba-tiba, seluruh gua bergegar. Stalaktit yang tajam jatuh dari bumbung gua satu demi satu, meliputi seluruh bahagian gua.

"Dia mempunyai kemahiran penghapusan-kumpulan?"

Melihat keadaan yang buruk itu, Shi Feng bergerak dari sisi Perengus dengan pantas, mengelak jatuhan stalaktit itu.

Stalaktit berterusan jatuh dengan bilangan yang banyak. Kelajuannya juga sangat laju. Jika satu kumpulan masuk dalam gua yang sempit ini, pasti tiada tempat untuk mengelak. Kumpulan mereka sememangnya terhapus. Jika bukan disebabkan ketangkasannya dan ruangan yang lebih luas, Shi Feng tentu tertekan untuk mengelak runtuhan batu bata.

Perengus memperlihat ekspresi yang keletihan selepas menggunakan kemahirannya. Mata Shi Feng mula bersinar; dia segera bergegas ke hadapan.

Panahan Kilat!

Tetakan!

-4, -5, -6, -10.

Tiba-tiba, siri kemusnahan yang besar dihasilkan.

Keadaan [Penat], ini satu tempoh kelemahan yang muncul selepas Bos menggunakan kemahiran yang terkuat. Dalam keadaan ini, Bos akan berkurangan Serangan dan Pertahanannya dengan banyak.

Dengan keadaan Penat, Shi Feng dapat melihat peluang untuk membunuh Perengus.

Shi Feng mengambil peluang untuk menyerang lebih lagi.

-4, -4, -4...

Setiap serangan pedang meragut 4 HP sementara Perengus sedang dalam keadaan Penat dan gandaan Kemusnahan.

Dalam tempoh yang melemahkan ini juga, kadar penyembuhan juga jatuh kepada 1%.

Semasa Perengus kembali keadaan sedia kala, Shi Feng telah mengurangkan 5% HP Perengus.

Pertempuran seterusnya dipenuhi dengan kegigihan. Shi Feng pasti mengulangi serangan untuk mengatasi penyembuhan Perengus. Setiap 30 saat, dia akan melakukan kemusnahan besar dengan Panahan Kilat. Tambahan, dia menunggu Perengus untuk menggunakan kemahiran besar itu lagi. Kemahiran pemusnah-kumpulan mimpi ngeri untuk pemain berkumpulan. Untuk Shi Feng ia merupakan satu peluang.

Seperti yang dijangka, Perengus menggunakan sekali lagi kemahiran ulung selepas beberapa tempoh masa. Shi Feng mengambil peluang ini untuk meragut 16% lagi HP Perengus.

Masa berlaku sedikit demi sedikit.

Selepas menggunakan 5 Beri Letupan, Perengus mempunyai 32% lagi HP.

Sewaktu Perengus mengaktifkan kemahiran besarnya sekali lagi, Shi Feng meragut 16% lagi HP. Perengus sudah tinggal lagi 16% HP.

Semasa HP Perengus jatuh kepada 15%, tiba-tiba perubahan berlaku.

Badan Perengus terus menjadi kecil, Serangan dan Pertahanan juga berkurangan. Walau bagaimanapun, Kelajuan Pergerakan dan Kelajuan Serangan menjadi makin laju. Perubahan ini menjadi bebanan untuk Shi Feng.

Walaupun Beri Letupan masih dalam kesan. Serangan Perengus tetap menjadi laju. Dia hampir memukul Shi Feng.

Shi Feng baru sahaja Tahap 2. Walaupun kekuatan Serangan telah berkurang, satu pukulan sudah cukup untuk menamatkan Shi Feng. Jika Shi Feng mati, dia kehilangan tahap dan banyak Kecekapan Kemahiran; perkara yang tidak diingininya untuk terjadi.

"Lawan!" satu kilauan kekejaman bersinar menerusi mata Shi Feng sewaktu dia menggunakan Pembebasan Graviti. Tiba-tiba, mengelak menjadi senang.

Satu perkara yang mustahil untuk mengalah kepada Elit Istimewa yang tinggal lagi 15% HP.

Shi Feng terus berpusing dan melibas pedangnya kepada Perengus.

Setiap kemusnahan yang dikeluarkan sebanyak 3, dengan perlahan merendahkan HP Perengus.

14%...10%...9%...8%...5%...

Tempoh Pembebasan Graviti menjadi semakin habis. Semasa tinggal lagi 7 saat yang tinggal, Perengus masih mempunyai 5% HP. Shi Feng pasti terkena satu pukulan sejurus sahaja Pembebasan Graviti tamat.

Cepat! Cepat! Cepat!

Mata Shi Feng bertukar merah darah sewaktu pedangnya menyerang dengan laju dan semakin laju.

Ketika Perengus hanya memiliki 10 HP lagi yang tinggal, Pembebasan Graviti terhenti.....

Kelajuan Shi Feng turun dengan mendadak. Satu senyuman yang kejam dan menyerupai manusia muncul di wajah Perengus semasa dia menghentak penumbuk yang sama seperti sebuah batu tongkol ke arah Shi Feng.

"Mati!" masa bertenang Panahan Kilat akhirnya tamat.

Panahan Kilat!

-4, -5, -6.

HP terakhir Perengus diragut.

Boom! Perengus berubah menjadi timbunan batu bata.

Sistem: [Elit Istimewa] Perengus dibunuh. Beza Tahap sebanyak 4. EXP diperoleh bertambah sebanyak 400%. Mendapat 940 EXP.

Bar pengalaman Shi Feng meningkat secara mendadak sebanyak 27%, membawanya dia semakin dekat dengan Tahap 3.

Selepas membunuh Perengus, Shi Feng menggeledah sekitar timbunan batu bata itu.

Jatuhan daripada Elit Istimewa jauh lagi bagus berbanding Elit yang biasa. Shi Feng mendapat satu peralatan, satu buku kemahiran, dan 16 Tembaga.

"Ganjaran untuk cabaran yang bertahap tinggi sememangnya bagus. Sedangkan Perisai Gangsa juga dijatuhkan. Aku boleh jual untuk harga yang tinggi. Pasti bagus jika aku boleh memburunya untuk beberapa kali lagi." Shi Feng memandang kepada perisai berwarna biru berbentuk salib di tangannya. Dia mampu membayangkan bagaimana Persatuan akan membayar harga yang tinggi untuk perisai.

[Perisai Batu-Besi] (Tahap Gangsa)

Keperluan Peralatan: Kekuatan 8

Tahap Peralatan: 5

Pertahanan +21

Kadar Pertahanan 23%

Kekuatan +2, Ketahanan +4

HP + 30

Perisai boleh dianggap barang yang berkualiti tinggi dengan atribut tersebut. Apabila dipakai, perisai boleh meningkatkan Pertahanan dengan banyak. HP juga bertambah sebanyak 110 Mata; bersamaan satu pertiga HP daripada Tahap 5 kelas Pahlawan. Menggunakannya untuk terjah masuk Dungeon Tahap 5 lebih daripada cukup. Boleh juga digunakan untuk terjah masuk Dungeon Tahap 8.

Buku Kemahiran itu juga satu buku yang bagus. Ia merupakan satu kemahiran yang boleh digunakan oleh semua Kerjaya melee [Tepis]. Kemahiran ini memerlukan senjata melee. Ia mampu menepis satu serangan yang datang dari arah hadapan, dan masa bertenangnya hanya tiga puluh saat.

Tepis sangat terkenal dalam kalangan Kerjaya melee. Merupakan satu kemahiran yang wajib dipelajari untuk kelas Pahlawan. Kemahiran itu mempunyai kadar jatuhan yang rendah, dan hampir tidak kelihatan dalam pasaran, sama seperti kemahiran penyelamat nyawa. Kamu boleh mengaktifkan pada saat yang genting, dan mampu menolong kamu ketika berhadapan dengan sebuah krisis. Perkara ini benar lebih-lebih lagi ketika bertarung dengan Bos. Sekiranya penyembuh tidak sempat menolong, kamu boleh menggunakan Tepis untuk menghalang satu serangan, memberi penyembuh lebih masa untuk menyembuhkan kamu.

Melihat pada kemahiran itu, Shi Feng memutuskan untuk mempelajarinya. Walaupun dia mungkin mendapat harga yang tinggi sekiranya menjual buku kemahiran bersama perisai, perbuatan itu sama seperti membunuh ayam untuk dapatkan telur. Sesuatu yang Shi Feng tidak akan lakukan.

Shi Feng teruskan pendakian ke atas selepas membunuh Perengus.

Perisai Gangsa hanya laku dengan harga yang sedikit. Kekayaan yang sebenar adalah Peti Harta Karun Perak-Rahsia.

Shi Feng hanya mempunyai 4 Beri Letupan sahaja lagi. Walau bagaimanapun, dia sudah tidak jauh lagi dari puncak. Dia juga mudah untuk berjumpa raksasa di kawasan rehat. Hal ini menyebabkan Shi Feng memilih laluannya dengan berhati-hati.

Setengah jam kemudian...

Selepas mara dengan berhati-hati menuju ke atas, Shi Feng akhirnya sampai di puncak gunung. Penglihatannya di puncak sangat teruk dengan awan putih dan kabus. Shi Feng hanya mampu melihat dua puluh ela di hadapan sahaja.

Dalam perjalanannya mendaki, Shi Feng telah menggunakan kesemua Beri Letupan pada Gergasi Batu. Jika seekor lagi raksasa muncul, Shi Feng hanya mampu berserah dan mula balik semula.

Sewaktu Shi Feng berjalan ke hadapan beberapa langkah...

Beberapa bayang-bayang yang kabur dapat dilihat di hadapan.

Pada waktu ini, pemberitahuan kecemasan muncul dari sistem.

Sistem: Pemain telah menjumpai Tanah Yang Hilang. Misi Tersembunyi "Keagungan Lampau" diaktifkan. Dengan sementara melumpuhkan komunikasi pemain dengan dunia luar. Tidak boleh meninggalkan peta sehingga Misi lengkap.

"Jahanam, Penyerang Hendap itu menipu." Shi Feng menyumpah dalam diam. Penyerang Hendap telah menyorokkan beberapa maklumat.

Situasi di puncak gunung sangat berbeza dari apa yang dilaporkan Penyerang Hendap itu.

avataravatar
Next chapter