webnovel

Walaupun Shi Feng sedang menjual peralatan dengan tenang, namun tidak bagi Perdagangan Tukul.

Untuk bersaing dengan Shi Feng, Perdagangan Tukul sedang menempa Plat Dada Ganas yang baharu. Syiling Perak yang berada ditangannya tidak berbeza dengan Tembaga kerana ia hilang dengan cepat. Perdagangan Tukul juga perlu menggunakan Kredit untuk membeli lebih banyak Syiling Perak, menyebabkan dia tertekan. Walau bagaimana pun, apabila dia memikirkan Shi Feng berbelanja lebih daripadanya, hatinya mulai tenang. Dia mahukan Shi Feng muflis.

Sementara itu, Shi Feng meninggalkan Rumah Lelong yang meriah itu.

Dia tiba di bank, menyimpan semua Set Kad dan Batu Keras yang dikutipnya ke dalam gudang. Shi Feng berasa sangat teruja apabila dia melihat ke arah beribu slotnya telah terisi.

Ini adalah kelebihan penjelmaan semula. Ketika hidupnya yang terdahulu, dia berada dalam keadaan yang menyedihkan, terima kasih kepada barangan ini. Sekarang, bagaimanapun, barangan ini menjadi salah satu sumber pendapatan terbesarnya.

Di mata orang lain, barangan ini nampak tidak berharga. Walau bagaimanapun, barangan ini akan menjadi tidak ternilai pada masa hadapan. Nilainya akan meningkat pada kadar berlipat kali ganda, terutamanya pada Set Kad. Satu set lengkap akan berharga berpuluh kali ganda lebih daripada satu keping. Walaupun begitu, Persatuan yang besar akan sukar untuk mendapatkannya.

Selepas dia selesai menyimpan barang, Shi Feng pergi ke Kedai Runcit. Dia membeli lima set bungkusan kertas putih dan satu ikat pen dan dakwat. Dua barang ini boleh dibeli pada harga yang sangat murah di kedai runcit. 200 set kertas putih hanya dijual pada harga 10 syiling tembaga, manakala satu set 20 botol dakwat hitam dijual pada harga 15 syiling tembaga. Pen bulu terbaik juga dijual hanya pada kadar 20 syiling tembaga.

Sungguhpun begitu, pembelian biasa Shi Feng jauh melebihi pendapatan harian pemain pertengahan.

Seorang pemain pertengahan sudah pasti tidak mampu untuk berbelanja sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, pada mata Shi Feng, syiling-syiling tembaga ini akan tidak lagi diiktiraf sebagai duit. Tambahan lagi, barangan ini merupakan keperluan untuk membuat Reka Bentuk Bayangan. Shi Feng sudah pasti akan membelinya lagi, walaupun ia berharga 10 syiling perak.

Selepas membeli barang-barang tersebut, Shi Feng berangkat untuk ke Persatuan Menempa.

"Tuan, adakah tuan mahu air yang menyegarkan? Saya ada jus buah-buahan terbaik di Bandar Daun Merah. Rasanya sungguh sedap, dan satu cawan hanya berharga 1 syiling tembaga." Seorang gadis yang kelihatan lemah bertanya kepada seorang Sateria Penjaga lelaki dengan perasaan gementar. Gadis itu yang sedang memegang bakul kecil, dengan matanya yang cantik seperti anak patung itu memandang lelaki tersebut dengan penuh harapan.

"Pergi! Jangan sakitkan hatiku! Ia hanyalah barangan maya, lagipun hanya secawan air, kamu menjual dengan harga 1 syiling tembaga? Saya tidak akan mahu walaupun kamu beri kepada saya percuma!" Pengawal Pahlawan itu menjerit, menolak gadis yang berusia dalam lingkungan 16 atau 17 tahun itu. Dia menambah lagi, "Nasib saya tidak baik. Kamu tunggu dan lihat sahaja, saya akan kerjakan kamu jika saya dapat membeli sebuah Plat Dada Berkerdip disebabkan kamu melambatkan urusan saya".

Gadis itu ditolak jatuh tetapi tidak menangis. Akan tetapi, dia berdiri semula. Dia membersihkan debu tanah pada bajunya, memandang pemain yang lain dengan senyuman di wajahnya.

Apabila Shi Feng melihat gadis itu, dia teringat akan masa silamnya.

Shi Feng menggunakan Mata Pemerhati ke arah gadis itu.

Langit Ungu, Cleric Pangkat 1.

Hati Shi Feng sedikit tertarik apabila melihat nama ini. Gadis ini sebenarnya Langit Ungu, salah satu daripada sepuluh Cleric di dalam Kawasan Tuhan. Jika dia mampu untuk membuatkan gadis itu masuk kumpulannya, pasukannya akan mempunyai masa depan yang cerah.

"Hahaha! Ini permainan maya, tetapi kamu sebenarnya cuba untuk mendapatkan duit dengan cara menjual air minuman sejuk? Kamu fikir kamu Kakak Teh Susu1? Hanya orang yang bodoh akan membelinya. Melihatkan kamu mempunyai rupa paras yang cantik, mengapa kamu tidak ke tempat saya malam ini? Saya boleh memberi kamu 1 syiling perak." Lelaki berumur tiga puluhan itu berjalan ke arah Langit Ungu, menelan air liur sambil mengganggu gadis itu.

"Tuan, saya hanya menjual air minuman. Tolong hormati diri sendiri." Langit Ungu bergerak selangkah ke belakang.

"Saya telah memuji kamu, tetapi kamu masih berdegil. Kamu tidak lain daripada seorang pemain bawahan. Jika kamu tidak setuju denganku hari ini, kamu boleh lupakan untuk berniaga di sini pada masa hadapan." Lelaki bernafsu itu mengugutnya dalam kemarahan. Dia menghalang jalan Langit Ungu, merenung leher putih salju Langit Ungu itu dan menjilat bibirnya.

"Berani kamu berkelakuan sebegini? Kamu memang tidak tahu malu!" Mata Langit Ungu dipenuhi rasa marah. Namun begitu, dia tidak akan boleh menang melawan lelaki itu. Jika dia terus membuang masa di sini, harapan terakhirnya juga akan musnah.

"Hehe, saya tidak tahu malu. Apa yang kamu akan buat? Gigit saya?" Lelaki itu berpura-pura baik apabila melihat wajah panik Langit Ungu.

Melihat Langit Ungu cuba menahan diri daripada menangis, dia kelihatan lebih cantik.

"Pakcik, sila bagi laluan. Saya mahu buat seribu cawan jus buah." Shi Feng menggunakan Mata Pemerhati ke atas lelaki bernafsu itu. Namanya Hanyutan Darah, dan dia berada di Tahap 3. Di tahap permainan ini, tahapnya boleh dikira bagus.

Hanyutan Darah menoleh ke arah Shi Feng, memandang tajam ke arahnya dan berkata, "Budak ini aku yang punya. Jika kau tidak mahu perkara buruk berlaku dengan kau, pergi dari sini. Kau mahu ribuan cawan? Aku mahu puluhan ribu cawan. Kamu fikir kamu seorang hartawan senang-senang sahaja keluarkan 10 syiling perak? Jika kau cuba nak berlawan denganku, aku akan buat kau kembali ke Tahap 0."

Jika pergaduhan tidak diharamkan di dalam bandar, sudah lama dia menyingkirkan Shi Feng.

"Hahaha! Pertunjukan yang menakjubkan awal pagi ini. Teruskan! Jangan berlengah lagi! Jangan berhelah lagi jika kamu boleh berlawan!".

"Apa punya orang kaya, berbelanja 10 syiling perak begitu sahaja. Malang betul dia, dia marahkan Beruang Gemuk daripada [Kesatuan Pertahanan]. Sudah pasti akan menjadi pertunjukan yang menakjubkan."

"Orang kaya anjing; saya jamin dia hanya menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan gadis itu. Jika dia boleh mengeluarkan 10 syiling perak, saya akan bersiaran langsung makan tahi di depan orang ramai."

Agak ramai penyibuk yang berhenti untuk melihat suasana itu. Mereka mula mengata-ngata mengenai tindakan Shi Feng.

Shi Feng tidak mengendahkan langsung tindakan Hanyutan Darah. Dia merangkul bahu Hanyutan Darah dengan agak kuat.

Sebelum Hanyutan Darah bertindak, dia sudah melutut ke tanah. Tidak kira betapa kuat pun kekuatan yang dia gunakan, walaupun sehingga merah padam mukanya, dia tetap tidak boleh berdiri.

Penonton di sekeliling terkejut.

Tindakan Shi Feng terlalu berani, dia bertindak di dalam premis Bandar Daun Merah. Adakah dia tidak takut akan ditangkap dan dipenjarakan oleh Pengawal?

Dan juga, bagaimana Shi Feng mendapatkan kekuatan yang menakjubkan itu? Dia baru sahaja mengalahkan Pengawal Pahlawan Tahap 3 dengan hanya sebelah tangan.

"Hey budak, kau akan kena. Tunggu dan lihat apabila Pengawal tiba," Hanyutan Darah melihat ke arah Shi Feng dengan senyuman yang jahat.

Walau bagaimanpun, setelah menunggu beberapa ketika, Pengawal masih tidak muncul….

Shi Feng tidak mengendahkan Hanyutan Darah lalu terus menekannya ke tanah, menghalang dia daripada bergerak. Shi Feng memandang ke arah Langit Ungu, sebelah tangannya memegang 10 syiling perak, berkata, "Seribu jus buah-buah, terima kasih."

Pemain-pemain di jalanan, yang sebelum ini berbincang sesama mereka, tiba-tiba terdiam, terbeliak biji mata meraka.

Ini adalah 10 syiling perak, bukan 10 syiling tembaga. Mereka sudah berasa sangat kaya walaupun dengan ada satu syiling perak. Dalam pada itu, Shi Feng baru sahaja mengeluarkan 10 syiling perak. Berapa kayakah Shi Feng? Adakah dia benar-benar seorang Abang Hartawan?

Langit Ungu mengesat matanya. Dia melihat ke arah 10 syiling di tangan Shi Feng, riak wajahnya terkejut. Asalnya, dia berfikir Shi Feng hanya cuba menolongnya dengan berkata demikian. Tidak pernah dia terfikir yang Shi Feng akan benar-benar mengeluarkan 10 syiling Perak untuk membeli seribu cawan air minuman yang tidak ada sesiapa mahukan.

Hanyutan Darah terkejut. Walau bagaimanapun, rasa terkejut itu segera bertukar tamak. Dia terfikir untuk merampas 10 syiling perak itu dan menggunakannya untuk membeli Plat Dada Berkerdip. Sudah pasti akan ada lagi baki daripada pembelian itu.

"Hey budak, saya seorang ahli Kesatuan Pertahanan. Jika kamu tidak mahu kembali ke Tahap 0, lebih baik kamu segera berikan saya 20 syiling perak. Jika kamu berbuat demikian, saya akan pertimbangkan untuk melepaskan kamu kali ini. Jika tidak, kamu akan diambil tindakan untuk perkara ini," mata Hanyutan Darah memandang 10 syiling perak itu sambil dia mengugut dengan nada yang tenang.

Tidak mengendahkan Hanyutan Darah, Shi Feng memandang Langit Ungu. Melihat gadis itu tidak bertindak, dia bertanya,"Adakah kamu mempunyai cukup jus buah-buahan?"

"Saya hanya ada 156 cawan jus buah-buahan. Bagaimana jika kamu memberikan saya satu syiling perak, dan saya akan jual semua jus buah-buahan yang saya ada kepada kamu? Boleh?" Langit Ungu bimbang jika Shi Feng akan marah. Apakah yang dia akan buat jika Shi Feng membuat keputusan untuk tidak membelinya? Pada masa yang sama, dia juga mahu untuk berterima kasih kepada Shi Feng kerana membantunya, oleh itu dia menurunkan harga jualannya itu.

"Baiklah, tapi saya hairan berapa lama masa untuk menyiapkan 900 cawan jus buah? Saya mahukan semua." Shi Feng mengangguk selepas beberapa ketika berfikir, dan bertanya.

Pemain-pemain di sekeliling terkejut. Apa yang sedang dirancangkan? Adakah budak ini tidak tahu nilai 10 syiling perak? Atau budak ini terpikat akan gadis ini?

"Saya sangat perlahan dalam membuat jus buah-buahan ini. Jika tuan sanggup, saya boleh buat dalam masa tiga jam." Langit Ungu menjadi gembira dengan kata-kata Shi Feng. Bagaimanapun, apabila dia terfikir betapa perlahannya dia membuat kerja, dia bimbang Shi Feng tidak berhasrat membelinya. Jadi, dia merenggangkan sedikit jari-jemarinya, dan segera berkata, "Bagaimana kalau begini? Saya akan jual kepada kamu 900 cawan dengan harga 5 syiling perak."

Next chapter