webnovel

Kawasan Tuhan Dinaik Taraf

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Cik Air, saya tertanya-tanya berapakah kadar yang kamu mahu dagangkan?" Shi Feng terbatuk, berkata dengan lembut.

Jika dia Shi Feng yang sebelumnya, dia tidak akan kisah untuk menjual keseluruhan Rekaan Penempa untuk kredit. Walau bagaimanapun, ini cerita berbeza sekarang.

Walaupun kredit sangat penting kepada Shi Feng, harga syiling emas sekarang ialah sama besar. Hal ini sangat benar selepas Shi Feng datang ke Bandar Sayap Hitam. Semua barangan yang bagus dijual di sini dijual dengan harga yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, NPC di sini hanya menerima syiling emas, menjalankan polisi, "tiada wang, jangan tanya".

"Kalau boleh, 2% syiling emas dan 98% kredit. Apa kata kamu, Pakar Api Hitam?" bulu mata Ros Air melengkung berkilau ketika dia bercakap dengan nada yang malu.

Lagi pun, Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip sangat mahal. Lebih-lebih lagi, dia berhasrat untuk membeli sejumlah besar rekaan itu. Walaupun dia hanya membayar 10% dari harga sebenar dalam syiling emas, Gema Senja mungkin tidak dapat mengendalikannya.

Shi Feng hampir tersembur air teh yang diminumnya selepas mendengar tawaran Air Mawar.

Membayar 2% dalam syiling emas bermakna, untuk satu transaksi bernilai 100 emas, Shi Feng hanya menerima 2 emas, manakala menerima baki 98% di dalam kredit. Walaupun Shi Feng tidak cuba untuk menjadi cerewet, tidakkah nilai ini terlalu sedikit?

"Cik Air, selepas sampai ke Bandar Sayap Hitam, kamu patut tahu barangan yang dijual di sini akan sangat membantu kita. Walau bagaimanapun, barangan di sini juga sangat mahal. Tambahan lagi, Rumah Lelongan akan selalu menjual barangan tahap tertinggi. Nilai syiling emas semakin meningkat. Kadar untuk syiling emas yang kamu tawarkan sememangnya tidak mencukupi. Paling tidak pun, ia sepatutnya pada kadar 10%," Shi Feng berkata dengan tidak terburu-buru.

"Saya tahu saya menyusahkan Pakar Api Hitam. Walau bagaimanapun, Gema Senja benar-benar tidak dapat membawa keluar syiling emas yang banyak. Jika Pakar Api hitam sanggup untuk mengurangkan kadar ke 5%, saya sanggup membayar tambahan 20% di dalam kredit. Saya tertanya-tanya jika ia tidak mustahil untuk dilakukan?" Ros Air sepertinya tidak mampu berbuat apa-apa. Bagaimana pun, syiling di Kawasan Tuhan sangatlah berharga. Walaupun syiling yang diperolehi dari pasukan penanaman wang Gema Samaran Cahaya, yang terdiri daripada 3,000 pemain, ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan Kesatuan. Walaupun Gema Samaran Cahaya memperluaskan saiznya untuk pasukan penanaman wang secara berterusan, dari mula hingga ke akhir, jumlah yang diperolehi tidak pernah cukup. Jika tidak, Ros Air tidak akan tawar-menawar tanpa henti dengan Shi Feng.

Shi Feng berfikir dengan mendalam.

5% sangat dekat dengan kadar minimumnya. Lebih-lebih lagi, Ros Air sanggup membayar tambahan 20% di dalam kredit. Bagi Shi Feng, ini cadangan yang sangat menarik. Pada ketika ini, 1 syiling perak berharga pada kadar 100 kredit. Ia boleh dikatakan nilai syiling berada pada kadar tertinggi pada ketika ini. Paling rendah, kadar dagangannya akan bernilai paling kurang 50 syiling emas. Tambahan 20% akan bersamaan dengan lebih 90,000 kredit, selepas cukai. Ia sudah jadi nilai yang besar.

"Baiklah, saya bersetuju dengan 5%. Berapa banyak kepingan Rekaan Penempa yang Cik Air mahu beli?" Shi Feng menganggukkan kepalanya, bertanya.

Ros Air menunjukkan kelima-lima jarinya yang halus.

"5 keping kan?" Shi Feng tidak dapat menahan dari terkejut.

Selepas separuh hari berbincang, dia hanya mahu membeli 5 keping? Adakah dia mempermainkan dirinya?

Cik Air menggeleng kepalanya terhadap kata-kata Shi Feng.

"Ia tidak mungkin 50 keping, bukan?" Shi Feng terkejut. Jika kesemua 50 kepingan dijual pada tambahan 20% berdasarkan harga pasaran, maka setiap kepingan akan berharga 3 syiling emas. 50 keping akan berharga 150 syiling emas!

Dengan hanya berfikir tentangnya sudah cukup membuatkan Shi Feng berasa teruja. Dia tidak terfikir Ros Air akan mempunyai selera yang besar, menghasilkan sejumlah 150 transaksi emas. Ini sudah jauh melebihi anggaran asalnya.

Hanya setelah beberapa ketika, Shi Feng telah berjaya menjana beberapa juta kredit. Dengan jumlah wang ini, dia akan lebih berkeyakinan untuk menghadiri Parti Persatuan. Lagi pun, jika seseorang mahu mengembangkan pengaruh mereka, wang sudah semestinya sangat diperlukan.

"Tidak. Saya mahukan 500 keping. Saya tertanya-tanya jika Pakar Api Hitam ada kepingan sebanyak itu?" Ros Air tersenyum lebar. Kelakuannya tidak seperti membeli Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip tetapi lebih kepada seperti membeli setimbun kertas kosong.

"Cik Air, adakah kamu benar-benar mahu membeli 500 keping? Kamu perlu tahu harga untuk jumlah tersebut bukanlah gurauan," Shi Feng memastikan sekali lagi. Dia tidak mampu berbuat apa-apa tetapi mengakui Ros Air telah menakutkannya.

Dengan Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip sebanyak ini, ia mencukupi untuk memenuhi keperluan lebih dari sedozen persatuan. Gema Samaran Cahaya akan pastinya tidak dapat digunakan kesemuanya.

"Pakar Api Hitam, saya sangat pasti. Walau bagaimanapun, dengan transaksi yang sebegini besar, saya juga ada syarat tambahan," Ros Air berkata dengan senyuman misteri.

"Katakanlah," Shi Feng berkata.

"Di dalam Bandar Sayap Hitam, Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip kamu hanya dibenarkan untuk dijual kepada kami sahaja, Gema Samaran Cahaya. Lebih-lebih lagi, dengan transaksi sebesar ini, walaupun hanya dengan 5% darinya akan didagangkan di dalam syiling emas, ia masih 75 syiling emas. Saya hanya boleh membayar semua syiling emas secara ansuran. Sudah pasti, bayaran pertama ialah 10 syiling emas. Selepas itu, saya akan pastikan untuk membayar hutang dalam masa sebulan. Adakah kamu berpuas hati dengannya?" Ros Air berkata.

Selepas mendengar kata-kata Air Mawar, Shi Feng segera memahami niatnya. Gadis itu berhasrat untuk membeli Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdipnya untuk menjual semula kepada persatuan-persatuan lain. Dengan cara itu, dia juga akan dapat memperolehi wang yang banyak.

Shi Feng juga memahami sebab di sebalik keikhlasan Air Mawar. Tambahan lagi, dia bukanlah seorang yang tamak. Dia segera berkata dengan nada yang pemurah, "Baiklah, disebabkan kamu membeli banyak kepingan, kamu hanya perlu membayar 10 syiling emas. Bakinya kamu boleh bayar kesemuanya di dalam Kredit."

Ia tidak menjadi masalah selagi dia mampu menjual Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip. Kepada siapa dia menjualnya, ia tidak menjadi masalah. Dia juga tidak iri hati dengan Air Mawar.

Kenalan Ros Air juga lebih besar dari dirinya.

Mampu untuk menjual sebanyak itu, dan pada harga yang lebih tinggi, semuanya bergantung kepada kemampuan Ros Air sendiri. Selain itu juga, Shi Feng tidak mempunyai kemampuan sebegitu, jadi mengapa dia perlu susahkan dirinya dengan semua ini? Dia akan berpuas hati selagi dia mampu mendapatkan sebanyak wang yang mungkin dengan menjual Rekaan-rekaan Penempa.

Berikutan itu, Shi Feng pergi mencari satu ruang, menghabiskan lebih dari 2 jam di dalamnya untuk membuat lebih 600 keping Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip. Walaupun setelah membuat banyak rekaan itu, kosnya tidak melebihi 2 syiling perak. Cara mendapatkan wang ini lebih cepat dari merompak sebuah bank NPC.

Shi Feng menyerahkan 500 keping Rekaan Penempa kepada Air Mawar, menerima 10 syiling emas sebagai balasan. Pada masa yang sama, Ros Air segera mendepositkan 17.88 juta kredit ke dalam akaun Shi Feng. Tambahan kepada kredit yang Shi Feng perolehi sebelum ini, dia kini mempunya lebih 18 juta kredit di dalam akaun banknya. Shi Feng telah menjadi seorang jutawan dalam masa yang singkat.

Shi Feng hampir pengsan dengan keterujaan yang dirasainya.

Asalnya, Shi Feng telah terfikir dia pasti beruntung jika berjaya mendapatkan beberapa juta dalam masa beberapa hari. Sekarang, walau bagaimanapun, dia telah berjaya mendapatkan hampir 18 juta kredit dengan segera. Dalam beberapa hari lagi, jumlah itu mungkin akan meningkat kepada 20 juta. Walaupun ia tidak cukup untuk meletakkan dirinya sama tahap dengan tuan-tuan muda syarikat-syarikat besar, ia masih cukup untuk menandingi Bayang di Parti Persatuan. Lebih-lebih lagi, dia akan dapat membina sebuah Persatuan yang berkualiti tinggi dalam masa terdekat.

Ros Air menjadi sangat gembira apabila dia menerima 500 kepingan Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip. Dengan pengaruh Gema Samaran Cahaya, dia pasti akan dapat menjual kesemua Rekaan Penempa, menjana sejumlah besar syiling emas. Kelajuan dia mendapatkan syiing emas beberapa kali lebih laju dari pasukan penanaman wang. Dengan syiling emas sebanyak ini, pembangunan persatuan akan lebih pesat lagi. Siapa yang akan mampu menandingi Gema Samaran Cahaya mulai dari sekarang?

"Pakar Api Hitam, mari tetapkan transaksi kita seterusnya pada 3 hari akan datang. Pada ketika itu, saya akan bawakan kepada kamu pelbagai bijih yang kamu perlukan. Dan juga, jangan lupa untuk membawa lebih senjata dan kelengkapan. Saya mahukan seberapa banyak yang kamu ada."

"Baiklah, saya tidak akan kecewakan kamu."

Setelah kedua-dua mereka selesai berdagang, kedua-dua mereka berlepas dari Bandar Sayap Hitam, pulang ke negara masing-masing untuk membuat persiapan.

Pada ketika itu, langit di Bandar Daun Merah semakin gelap. Pemain-pemain yang bermain luar dari bandar mulai pulang. Sewaktu malam, kekuatan raksasa-raksasa di dalam akan meningkat sebanyak 20%. Lebih-lebih lagi, jumlah mereka akan meningkat dengan banyak sekali. Jika seseorang pemain tidak bernasib baik, dia mungkin akan dimakan raksasa-raksasa, mati dan kembali semula ke bandar, maka ia sesuatu yang malang untuk mereka.

Setelah pulang ke Bandar Daun Merah, asalnya, Shi Feng telah berhasrat untuk menyiasat situasi di Rumah Lelongan. Dia mahu mengetahui sebab disebalik penerimaan Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip yang sangat baik daripada orang ramai.

Walau bagaimanapun, warna langit tiba-tiba berubah. Langit yang cerah bertukar menjadi warna pelangi. Ia pemandangan yang sangat mempesonakan, seperti memukau minda seseorang. Segera selepas itu, seluruh langit telah mengeluarkan suara yang memenuhi seluruh ruang Kawasan Tuhan.

Pengumuman Sistem : Notis kecemasan! Notis kecemasan!

Pengumuman Sistem : Kawasan Tuhan akan mengalami penambah baikan sistem. Penambah baikan sistem akan memerlukan 12 jam waktu sebenar. Berharap semua pemain-pemain agar keluar daripada sistem permainan dalam masa 10 minit.

Pengumuman Sistem : Kawasan Tuhan akan mengalami penambah baikan sistem. Penambah baikan sistem akan memerlukan 12 jam waktu sebenar. Berharap semua pemain-pemain agar keluar daripada sistem permainan dalam masa 10 minit.

Pengumuman Sistem : Kawasan Tuhan akan mengalami penambah baikan sistem. Penambah baikan sistem akan memerlukan 12 jam waktu sebenar. Berharap semua pemain-pemain agar keluar daripada sistem permainan dalam masa 10 minit.

Empat Pengumuman Sistem masuk secara berturut-turut menyelubungi seluruh Kawasan Tuhan. Semua pemain yang terkejut dengan suasana dan suara yang datang daripada langit, mula bincang mengenainya. Mereka tidak faham apa yang telah berlaku di kawasan Tuhan. Mengapa perlu menambah baik sistem dengan tiba-tiba?

"Apa yang baharu sahaja berlaku di sini? Mengapa Kawasan Tuhan berubah dengan cepat?" kening Shi Feng terangkat selepas mendengar Pengumuman Sistem. Mengikut memorinya, penambaik sistem kali pertama Kawasan Tuhan akan berlaku sekurang-kurangnya sebulan lagi. Sekarang ini, perubahan Kawasan Tuhan merupakan berita buruk buat Shi Feng.

Next chapter