webnovel

Setelah meninggalkan Hutan Maut, kumpulan Shi Feng bergegas ke Lembah Bulan Gelap tanpa rehat.

Pada peringkat terkini permainan, ramai pemain telah meningkat ke Tahap 2. Selain menyerbu Dungeon di Hutan Maut, mereka akan tinggal di Bukit Brook untuk membunuh Anak Harimau Bintang Tahap 2. Hanya segelintir pakar akan pergi ke kawasan Tahap 4, Lembah Bulan Gelap, untuk menaik tahap. Walau bagaimanapun, bersama kenaikan tahap-tahap pemain, tidak lama sahaja lagi sebelum Lembah Bulan Gelap menjadi penuh.

Setelah mengambil masa lebih setengah jam untuk kembali ke Lembah Bulan Gelap, suasana yang mereka jumpa sama seperti Shi Feng jangkakan.

Beberapa kumpulan Elit yang tidak berminat dengan Dungeon kini sedang membunuh Kobold-Kobold Tahap 4 yang merantau sekitar kawasan luar lembah tersebut. Kumpulan-kumpulan ini amat mahir. Mereka mengumpan dua atau tiga makhluk setiap kali, dengan meletakkan Pahlawan Perisai kebal di hadapan supaya dapat menghalang Kobold-Kobold daripada menghampiri ahli sihir dan penyembuh mereka. penyembuh mereka mengeluarkan kuasa merawat secara berterusan dari belakang, bersusah-payah mengekalkan HP Pahlawan Perisai tersebut.

Walaupun berlatih begitu susah, hasil daripada perlawanannya setimpal. Tiga Kobold tadi telah mencicirkan 2 Tembaga dan bahan-bahan batu-bata.

Di Kawasan Tuhan hanya makhluk-makhluk Tahap 3 ke atas akan mencicirkan buku-buku kemahiran dan Peralatan Gangsa. Walaupun kebarangkaliannya hanya sepuluh ribu ke satu, ia masih mencukupi untuk mendorong pemain-pemain untuk berebut-rebut mengejarnya. Kini, Peralatan Gangsa sangat bernilai; lebih-lebih lagi buku-buku kemahiran. Dengan tarikan-tarikan sebegitu, ramai pakar yang akan menyahut cabaran, walaupun berbahaya.

Setelah beberapa pandangan sepintas lalu, Shi Feng berpaling dan beredar ke arah bahagian dalaman Lembah Bulan Gelap.

Ahli-ahli kumpulannya yang baru mula mengenali Lembah Bulan Gelap sangat cemas. Lebih-lebih lagi apabila mereka melihat makhluk-makhluk Tahap 4 merata-rata di seluruh kawasan tersebut. Nafas mereka berdegup laju. Namun, Si Hitam amat tenang apabila melihat Kobold-Kobold tersebut. Manakan tidak, dia pernah membunuh beratus Kobold sebelum ini. Dia tidak panik, bukan seperti rakan-rakannya yang lain. Dia hanya mengikuti Shi Feng, dan memasuki kawasan-kawasan dalaman lembah itu.

Bagi kumpulan-kumpulan Elit pula, mereka tidak dapat menyekat perasaan terkejut apabila melihat kumpulan Shi Feng memasuki kawasan dalaman lembah tersebut. Mereka tidak pernah dapat bayangkan kumpulan orang baru yang begitu berani.

Kini tidak ramai pemain yang sedang berada di Lembah Bulan Gelap. Pembangunan tempat ini belum diselesaikan dengan penuh, jadi banyak Kobold di tengah-tengah lembah tersebut. Semakin dalam ke bahagian tengahnya, semakin banyak bilangan Kobold. Ada juga kumpulan yang terdiri daripada sepuluh Kobold atau lebih. Melawan makhluk di sana terlampau bahaya. Bilangan terendah Kobold yang mereka lawan sekurang-kurangnya empat atau lima. Tak berbaloi jika mengambil risiko yang boleh menyebabkan kematian yang sia-sia.

Malangya, mereka ini tidak sedar betapa gila sebenarnya Shi Feng.

Shi Feng tidak hanya memasuki kawasan dalaman lembah itu. Sebaliknya, dia menghampiri teras Lembah Bulan Gelap. Biar lokasi makhluk, bilangan makhluk, ataupun masa respawn mereka, Shi Feng telah menghabiskan bilangan jam yang tidak terhitung semasa pengajian dalam hayat lampaunya. Misinya pada ketika itu untuk meningkatkan kepantasan latihan kumpulannya, semuanya demi memperbaik tarafnya dalam Bayang-Bayang.

Kehidupan memang cukup menarik. Pengorbanan Shi Feng terhadap Bayang-Bayang dalam hayat lampaunya kini diterbalikkan untuk membantu dirinya sendiri pula. Tindakan ini dapat meningkatkan tahap kumpulannya dengan lebih cepat, lantas menjamin bekalan bijih yang berterusan.

Pada laluan batu-batu hancur, kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima Kobold Tahap 4 akan muncul sekali-sekala. Namun, ini menjadi isu yang sangat kecil kerana kekuatan peralatan kumpulan Shi Feng.

Cola, Sateria Pelindung kumpulan mereka, dari segi HP atau Perlindungan, dia senang-senang boleh mampu berlawan dengan empat Kobold serentak. Sloth Mengantuk, penyembuh mereka, boleh mengekalkan HP Cola pada lebih 80% tanpa membazirkan banyak tenaga. Jika Cola telah terlepas seekor makhluk, Salji Sepi akan turun untuk menekannya kembali. Bagi yang lain, mereka akan mengeluarkan kemusnahan dengan bersungguh-sungguh. Tetakan pedang yang mudah daripada Shi Feng sudah pun mampu mengeluarkan lebih seratus kemusnahan, manakala Panahan Gelap Si Hitam mampu mengeluarkan 88 kemusnahan sebatang. Perlawanan ini telah menjadi terlalu mudah.

Sedetik kemudian, kesemua lima Kobold tersebut telah pun gugur. Berbanding kumpulan Elit di luar, kumpulan Shi Feng berganda lebih kuat.

Shi Feng hanya mengumpul bahan-bahan batu-bata dan bijih yang tercicir, lalu meneruskan pengembaraannya ke dalam Lembah Bulan Gelap.

Setelah lebih sejam bergerak ke hadapan, kumpulan Shi Feng akhirnya tiba di hadapan sebuah gunung. Tinggi gunung gergasi tersebut beratus meter. Tiada lagi Kobold yang mengisi kawasan di keliling gunung; Gnome Mengembara telah mengganti mereka. Mereka ini masing-masing memegang sebuah penyodok dalam tangan mereka, yang mereka guna untuk mengorek permukaan batu gunung tersebut. Terdapat juga beberapa Gnome Pengawas yang memeriksa kawasan-kawasan sekeliling sambil memegang cemeti.

"Abang Feng, terlalu banyak makhluk di sini. Betul ke kita nak berlatih di sini?"

Jantung Si Hitam sedikit goyah apabila dia melihat sekeliling. Dia menjumpai beratus Gnome Mengembara di keliling gunung yang luas tersebut. Terdapat juga beberapa Gnome Pengawas Tahap 5. Berbanding kumpulan-kumpulan lebih sepuluh Kobold di luar, tempat ini merupakan kawasan perang yang sebenar.

Cola juga meneguk air liur, dan berkata dengan cemas, "Ketua Kumpulan, bukannya saya nak berlagak, tapi enam atau tujuh makhluk ialah maksima bagi saya. Saya betul-betul tak boleh melawan bilangan makhluk sebanyak begini."

Bukan Si Hitam atau Cola sahaja. Yang lain juga berasa was-was. Gnome Mengembara menguasai seluruh gunung, dan mereka ini sangat hampir antara satu sama lain. Jika mereka tersilap umpan, mereka akan terpaksa melawan beratus makhluk Tahap 4. Bilangan makhluk sebesar itu jauh lebih seram daripada Felt yang berpangkat Tuan.

"Aku tahu kalian tak mampu nak lawan mereka semua. Tapi siapa cakap aku nak bagi kalian lawan beratus Gnome?" Shi Feng menunjukkan wajah bosan apabila melihat kerenah ahli-ahli kumpulannya. Dia telah menjelaskan darjah kumpulannya. Jangankan beratus Gnome, lawan sepuluh Gnome serentak pun sudah hampir tumbang,

Pemain Tahap 10 pun pasti kecundang jika bertembung dengan beratus makhluk Tahap 4.

Namun, bukankah ada pepatah yang berbunyi "kalau tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka?"

Ketangkasan Shi Feng telah mencapai 30 mata. Termasuk Kasut Gangsa miliknya, Kepantasan Pergerakannya telah melebihi Gnome Mengembara sebanyak sekurang-kurangnya 4 mata. Dia boleh dengan mudah melayangkan Gnome-Gnome tersebut dan membenarkan Si Hitam menggunakan kemahiran AOE-nya, Api Neraka. Keberkesanan berlatih sebegini jauh lebih hebat daripada membunuh mereka satu per satu.

Setelah itu, Shi Feng memberitahu mereka semua tentang rancangannya. Dia memerlukan Si Hitam untuk mengeluarkan Api Neraka tepat pada masanya supaya dapat memanfaatkan kemahiran tersebut sepenuhnya. Bagi yang lain pula, mereka dipertanggungjawab untuk membunuh Gnome yang rendah HP.

Apabila Shi Feng telah memilih posisinya, dia mengumpul segenggam batu dan bergegas ke Gnome Pengawas yang berhampiran.

Sebaik sahaja Shi Feng menghampiri jarak 20-ela, Pengawas tersebut mula melaung kuat-kuat. Laungannya itu menarik perhatian Gnome lain yang berhampiran. Shi Feng menunggu sedetik, mengelak cemeti Gnome Pengawas tersebut dan membenarkan Gnome-Gnome Mengembara untuk berkumpul secara berterusan.

Sebaik sahaja 30 Gnome telah berkumpul, Shi Feng berpaling dan berlari. Kemudian, dia melontar sebutir batu kecil yang terkena pada seekor Gnome Pengawas yang lain. Pengawas yang terkena itu melaung dengan kuat, sambil membawa lebih dua puluh rakannya dan meluru ke arah Shi Feng.

Sejurus kemudian, Shi Feng telah mengumpan lebih enam puluh makhluk. Namun, Shi Feng belum berpuas hati. Dia mula mengelilingi gunung tersebut sambil mengumpan makhluk, dan sekitar lima minit kemudian, beratus Gnome Mengembara dan lebih sepuluh Gnome Pengawas mengejarnya sekuat hati.

Malangnya, peralatan Shi Feng terlalu bagus. Kepantasannya 30% lebih tinggi berbanding Gnome. Termasuk tekniknya yang luar biasa dan kawalan ke atas badannya, dia dapat bermain-main dengan Gnome mengikut kehendaknya.

"Si Hitam, sihir sedia," Shi Feng mengingatinya.

"Baik." Shi Feng sangat teruja. Ini kali pertamanya menggunakan sihir AOE, jadi dia tidak mengetahui kesan-kesan yang bakal timbul.

Kemudian, jari-jari Si Hitam mula menari. Cop-cop mohor ajaib mula muncul, membentuk sebuah bulatan ajaib yang bersinar yang mengeluarkan aura yang tidak ditandingi.

Sebaik sahaja Si Hitam mengungkapkan suku kata terakhir, tanah bergegar. Api hijau naik ke langit, dan menelan segala kumpulan Gnome yang ada. Bidang-bidang kemusnahan lebih seratus muncul merata-rata. Dalam lima saat, setiap Gnome yang mengejar Shi Feng menerima lebih dua ratus kemusnahan, dengan baki HP mereka kurang daripada setengah.

Namun, sasaran Gnome-Gnome tersebut telah bertukar. Mereka tidak lagi mengejar Shi Feng, tetapi Si Hitam pula.

Shi Feng menghentikan langkahnya dengan tiba-tiba. Dia menarik keluar Bilah Neraka dan meluru ke depan.

Panahan Kilat!

Bukan sahaja serangan Tahap 4 tersebut mempunyai masa bertenang yang rendah, jarak serangannya juga telah naik ke 15 untuk setiap 3 ela. Ia hampir menutupi segala tentera Gnome.

Panahan-panahan kilat meluru melepasi tentera Gnome, lalu menimbulkan tiga kemusnahan lebih 120 mata ke setiap Gnome. Serangan tersebut telah menelan terus baki HP Gnome-Gnome tersebut. Bagi yang ber-HP rendah yang tinggal, mereka cepat-cepat disekat oleh Cola. Salji Sunyi kemudian meluru ke depan dan menggunakan Tetakan Badai, yang menamatkan Gnome-Gnome yang tertinggal.

Ratusan Gnome tadi telah dilenyapkan, dan barang-barang tercicir merata-rata di lantai.

Sementara itu, pengalaman kesemua ahli kumpulan mendadak dengan liar. EXP lebih sepuluh mata muncul satu persatu, mempersonakan semua yang menyaksikannya.

Hua! Si Hitam telah sampai Tahap 3.

"Ini terlalu hebat!" jerit Si Hitam dengan teruja.

"Ini baru permulaannya. Mereka akan respawn tak lama lagi." Shi Feng ketawa, "Cepat, angkat barang-barang tu."

Tiba-tiba, semua orang sibuk mengumpul barang. Dengan enam orang mengutip ciciran sekalipun, kerana terdapat beratus Gnome tadi, mereka harus mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.

Namun, beberapa detik setelah mereka mula mengutip, seekor Gnome yang mengendalikan sebuah robot tiba-tiba muncul. Mukanya merah tua. Ia terus meluru ke arah kumpulan Shi Feng dengan kemarahan yang tidak terkawal.

"Teruklah! Gnome Bahaya! Semua orang berpecah!" jerit Shi Feng sebaik ternampak robot gergasi tersebut.

Next chapter