webnovel

Cincin Ular Berkembar

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Gnome Bahaya yang tidak tahu malu itu memakai But Roket mula memeranjatkan semua orang.

Mereka belum pernah melihat raksasa pandai melarikan diri sebelum ini. Ekspresi dan tindakannya yang seakan-akan manusia jauh beza dengan NPC yang lain. Gnome Bahaya seperti seorang manusia yang berpura-pura menjadi NPC.

Dua tujahan api merah menyala, perlahan-lahan mengangkat Gnome Bahaya ke udara.

Perasaan tidak puas hati menyelubungi mereka semua. Namun, mereka tidak mampu menghentikannya, melainkan melihat Gnome Bahaya itu terbang meninggalkan mereka dengan dua biji mata mereka sendiri. Ahli sihir dalam kumpulan jaraknya 40 ela daripada Gnome Bahaya. Salji Sepi juga berada 30 ela jauh daripadanya. Langsung di luar jarak Rempuhan. Dan juga, kesan Pengsan Rempuhan tidak berkesan kerana sasaran melayang-layang di udara. Hanya Kelajuan Gerakannya sahaja yang akan terkesan.

Kini, hanya Shi Feng sahaja yang paling hampir dengan Gnome Bahaya. Dia hanya 15 ela sahaja jarak daripadanya. Namun, Shi Feng tidak mempunyai sebarang serangan jarak jauh. Walaupun dia berjaya mengejarnya, Gnome Bahaya itu berada 20 ela dari tanah sewaktu dia tiba. Akhirnya, Shi Feng juga hanya mampu melihat Gnome Bahaya itu melarikan diri.

Belahan Sembilan Naga!

Shi Feng tahu dia tidak mampu mengejar lagi. dia menghayunkan Bilah Neraka, diselubungi kabus hitam, di tangannya. Dalam sekelip mata, sembilan serangan kabus hitam ditembak ke arah Gnome Bahaya. Shi Feng tidak rela Gnome Bahaya yang bijak itu melepaskan diri.

Pada mulanya, Shi Feng hanya menyangka Gnome Bahaya seekor Elit Istimewa. Dia tidak terfikir Gnome Bahaya boleh berkelakuan mirip seperti pemain.

Sepanjang sepuluh tahun pengalamannya bermain Kawasan Tuhan, Shi Feng jarang sekali melihat Gnome yang pintar. Sistem Utama Tuhan tidak akan membenarkan dengan mudah raksasa kecil mempunyai kepintaran yang tinggi. Kurniaan seperti ini selalunya mempunyai maksud yang mendalam disebalik kejadian. Sebagai contoh, Hero manusia atau individu lagenda merupakan karakter yang ulung. Kewujudan mereka menyebabkan para pemain menggeletar mendengarnya.

Walaupun kepintaran Gnome Bahaya ini tidak mencecah Hero atau individu lagenda tersebut, dia masih lebih pintar berbanding Bos raksasa yang biasa. Mungkin terdapat sesuatu barang yang tidak boleh dibayangkan nilainya selepas membunuhnya.

Buat masa ini, maklumat mengenai Gnome Bahaya berubah. Dia tiba-tiba menjadi Arkus Maddox.

[Arkus Maddox] (pangkat-Ketua)

Tahap 5

HP 600/600

Shi Feng merasakan satu perasaan yang dikenalinya selepas melihat namanya. Dia seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini, namun dia tidak dapat ingat apa-apa mengenainya.

Namun, Gnome itu hanya mempunyai 600 HP. Shi Feng yakin dia mampu membunuh Gnome itu dengan Belahan Sembilan Naga.

Baru sahaja sembilan pedang bayangan itu hendak menembusi Arkus Maddox, Gnome itu mengeluarkan beberapa biji bola keluli dari dalam begnya. Dia melemparkan bola-bola api ke arah bayangan daripada Bilah Neraka.

Percikan yang terang benderang memancar sewaktu dua serangan itu bertembung.

Hong...Hong...Hong...

Beberapa siri letupan membuatkan bayangan daripada Bilah Neraka itu terkebelakang. Apabila bayangan Shi Feng itu bersedia menyerang Arkus Maddox sekali lagi, dia dengan segera terbang 30 ela jauh daripadanya. Pada masa yang sama, sembilan bayangan daripada Bilah Neraka hanya mampu membuat serangan dalam jarak 30 ela sahaja.

Shi Feng hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa sewaktu Arkus Maddox melepaskan diri.

"Sialan. Bagaimana ada raksasa seperti itu? Kebolehannya melepaskan diri macam satu gangguan pepijat1!" Si Hitam merenung kepada Arkus Maddox yang berjaya melepaskan diri itu sambil mencarut.

Cola mengetapkan giginya tanda kebencian, lalu menumbuk pokok yang berhampiran dengannya.

Ahli kumpulan yang lain turut rasa tidak senang hati.

Mereka semua telah bertarung dengan lama dan bersusah payah dengan raksasa Elit ini. Namun, baru sahaja mereka dapat menikmati ganjaran usaha mereka itu, hadiah mereka itu menumbuhkan sayap dan terbang meninggalkan mereka. Apakah yang lebih teruk. daripada sebuah kekecewaan?

"Abang Feng, mari terus mengejar raksasa itu." Si Hitam mendapat tahu Kelajuan Gerakan Gnome itu tidaklah terlalu laju, Shi Feng tidak perlukan masa yang lama untuk mengejarnya. Akan tetapi, But Roket Gnome itu sungguh berkuasa. Ia dikenali sebagai salah satu daripada alat melepaskan diri yang terbaik di Kawasan Tuhan. Kini, but itu telah diaktifkan. Kelajuannya akan semakin bertambah, dan Gnome itu akan menghilangkan diri dengan sekelip mata sahaja. Sangat mustahil untuk mencari Gnome itu.

Seperti yang dijangka, api yang keluar daripada But Roket semakin kuat selepas beberapa ketika. Xiu! Arkus Maddox hilang dari pandangan, tidak kelihatan lagi.

"Jangan biarkan kami terjumpa kau lagi. Kau boleh lupakan hasrat untuk lepaskan diri nanti." Si Hitam berkata dalam nada yang malang semasa dia melihat ke arah Arkus Maddox yang mula menghilang.

Dalam hatinya, Shi Feng berasa rugi kerana biarkan Gnome itu pergi. Namun, sekarang sudah selamat buat mereka memburu Gnome Pengembara mulai sekarang. Selepas pengalaman itu, Gnome Bahaya mungkin tidak akan muncul lagi.

"Mari pergi, teruskan buruan Gnome Pengembara," Shi Feng berpaling dan berkata kepada ahli kumpulannya.

"Abang Feng, kau tetap yang terbaik! Mengapa aku tidak terfikirkannya? Jika kita bunuh semua kaum tak berguna itu, kita lihat samada dia akan muncul semula atau tidak." Si Hitam berkata sambil tertawa.

Shi Feng terdiam. Dia berpaling dan terus pergi, tidak mengambil perhatian kepada apa yang Si Hitam sedang berangankan.

Tiba-tiba, Shi Feng menghentikan langkahnya kerana tersentak..

"Tak guna, nasib kita sangat malang!

Aku tidak terbayangkan Arkus Maddox akan muncul di sini, dan dia juga seekor Gnome Bahaya Tahap 5!" Shi Feng menggenggam buku limanya dengan ketat, keningnya dikerutkan. Itulah kali pertama dia berasa sangat marah.

Apabila semua orang melihat pada ekspresi wajah Shi Feng yang sedang mengamuk itu, mereka boleh merasakan sekeliling mereka menjadi seram sejuk. Mereka terpaksa mengundurkan diri selangkah ke belakang; dahi mereka dibasahi peluh sejuk. Sebelum ini, mereka fikir Shi Feng seorang yang tenang dan mudah bergaul sahaja. Tidak terlintas di fikiran mereka Shi Feng akan jadi sangat menggerunkan sewaktu bengang.

Hutan di sekeliling mereka tidak lagi kelihatan meriah tetapi lebih kepada neraka sejuk, senyap, dan gelap.

"Abang Feng..... Kau tidak apa-apa?" Si Hitam bertanya dengan hati-hati. Dia terpaku. Shi Feng sudah menjadi orang lain sewaktu sedang marah atau sewaktu bertekak dengan orang lain. Inilah kali pertama Si Hitam lihat Shi Feng marah sebegitu rupa.

"Oh, tiada apa-apa." Shi Feng membalas, menjawab dengan senyuman. Dia memendam kembali niat membunuh yang membuak-buak ke dalam hatinya. Perasaan membunuh dengan perlahan diasah bertahun-tahun Shi Feng main permainan Kawasan Tuhan. Jika dibandingkan dengan Cola si Beruang Zalim pada sepuluh tahun akan datang, tiada apa yang istimewa mengenai niat membunuh Shi Feng. Namun, buat masa ini, perasaan ini tidak tertanggung oleh Si Hitam dan yang lain.

Shi Feng akhirnya teringat nama Arkus Maddox.

Arkus Maddox merupakan Jurutera Agung dalam Kawasan Tuhan. Tiga tahun selepas Arkus Maddox mengejutkan dunia dengan membina kubu di langit, 'Lingkaran Ular Berkembar,' dia menghilangkan diri untuk membangunkan Empayar Gnome. Dengan itu, kemaskini terbaru 'Kemunculan Dunia Baru' turut diaktifkan. Pada waktu itu, banyak Persatuan-Super mula meneroka kubu 'Lingkaran Ular Berkembar'. Namun, semua usaha mereka dihapuskan, dan Arkus Maddox punca kemusnahan itu.

Dalam masa yang sama, Shi Feng langsung tidak perasan karakter ulung yang muncul di hadapannya itu. Dia juga telah melepaskan peluang untuk membunuh Arkus Maddox, jadi bagaimana dia tidak mengamuk?

"Ketua kumpulan, ada satu kotak di sini. Adakah ini jatuhan daripada Arkus Maddox sewaktu letupan tadi?" Tikus Pemalas, yang berdiam diri selama ini, bertanya semasa dia mengambil satu botak besi dari kawasan rumput.

Shi Feng mengambil kotak itu dan melihatnya. Dia menemui kata-kata Arkus Maddox yang terukir pada kotak besi itu. Selepas Shi Feng membuka kotak tersebut, dia berkata dengan tiba-tiba sambil ketawa, "Bagus! Sangat bagus, Tikus! Dengan ini, kita tidak bertarung dengan sia-sia."

Apabila satu kumpulan melihat Shi Feng dalam suasana yang riang, mereka tahu barang itu mesti berharga, kerana barang biasa langsung tidak bermakna pada mata Shi Feng.

Menginginkan barang itu untuk diri mereka sendiri, tiada siapa antara mereka yang berfikiran seperti itu. Mereka telah lama menjadikan Shi Feng idola mereka, dan mampu menolong idola mereka sememangnya membuatkan mereka gembira.

"Mari lakukan cara ini. Kamu semua tunggu di sini memburu dan naikkan tahap. Aku masih ada urusan untuk diselesaikan. Beritahu aku apabila kamu semua sudah mencapai Tahap 4." Shi Feng menyimpan kotak besi itu dan tergesa-gesa mengatur rancangan. Tiada siapa yang mampu menolongnya dalam hal itu. Hanya Shi Feng sahaja yang mampu teruskan.

Mereka semua berasa berat hati sewaktu mendengar arahan daripada Shi Feng. Namun, mendengar Shi Feng mempunyai rancangan buat mereka selepas mencapai Tahap 4, jangkaan mereka bertambah sewaktu mematuhi peraturan Shi Feng.

Selepas itu, Shi Feng beredar dari kawasan paling dalam di Lembah Bulan Gelap itu.

Kumpulan itu mempunyai kemahiran AOE daripada Si Hitam. Membunuh tujuh ke lapan Gnome dalam satu masa tidak menjadi masalah bagi mereka, dan kelajuan menaikkan tahap juga dua atau tiga kali ganda lebih pantas daripada kumpulan lain.

Di samping itu, apa yang Shi Feng perlu lakukan untuk menggunakan kotak besi ini, dan untuk menggerakkan langkah pertama rancangannya dalam Kawasan Tuhan.

***

Next chapter