webnovel

Walaupun Shi Feng boleh menerima kegagalan, namun tiada siapa yang sanggup mensia-siakan duit mereka tanpa sebab. Oleh itu, Shi Feng, tidak kurangnya, berasa sedikit gugup.

Selepas Shi Feng memilih pilihan untuk memeriksa maklumat perisai, tiga perkataan muncul pada panel: Pengenal pastian sedang dijalankan.

Bar pemuat merah meningkat sedikit demi sedikit. Sistem ketika itu sedang menentukan statistik barang itu.

Selepas tiga saat berlalu, Sistem sudah selesai mengenal pasti perisai dan menunjukkan maklumat mengenainya.

[Perisai Garrison] (Perisai Plat pangkat-Gangsa)

Tahap 3

Syarat Kelengkapan: Kekuatan 10

Pertahanan +22

Kekuatan +2, Ketahanan +2

HP +150

Kekukuhan 35/35

Kebolehan tambahan-

Kuasa Pertahanan mengurangkan kemusnahan yang diterima sebanyak 3%.

Hanya boleh digunakan oleh Pahlawan Perisai dan Sateria Penjaga.

Sistem: Perisai Garrison telah berjaya ditempa. Kecekapan Menempa bertambah sebanyak 2 mata. Mendapat 800 EXP.

"Menakjubkan! Perisai ini ada Kebolehan Tambahan, Kuasa Pertahanan." Shi Feng sangat gembira apabila melihat Kebolehan Tambahan Perisai Garrison ini.

Dia tidak terbayangkan cubaan pertamanya menempa sebuah peralatan Gangsa berjaya. Dia turut mendapat EXP yang banyak. Padanlah mengapa Pakar Penempa dalam kehidupan lepasnya tidak keluar untuk berburu, tetapi tahap mereka tidak kurang tinggi. Bukan sahaja Perisai Garrison yang ditempa mencapai nilai piawaian Atribut, tetapi juga mempunyai Kebolehan Tambahan.

Pada dasarnya, Perisai Garrison tidak mempunyai sebarang Kuasa Pertahanan. Namun, apabila Penempa mempunyai kemahiran yang luar biasa, ditambah lagi dengan kehadiran Api Misteri, terdapat peluang untuk Kebolehan Tambahan muncul pada peralatan. Dalam situasi itu, harga peralatan ini boleh meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Shi Feng mengambil masa untuk membelek-belek Perisai Garrison itu, merasakan tekstur besi perak-kelabu dan memuji-muji reka bentuknya yang menakjubkan itu. Peralatan Gangsa yang biasa tidak boleh menandingi perisai ini. Shi Feng sangat berpuas hati dengan ciptaannya.

Kini, Peralatan Biasa terlalu lazim untuk pemain. Sekiranya pemain telah mencapai Tahap 6 nanti, tidak menjadi kemusykilan melihat mereka masih menggunakan Peralatan Biasa. Lagipun, terlalu sukar untuk mendapatkan Peralatan Gangsa. Untuk kumpulan pemain elit pula, memiliki satu atau dua Peralatan Gangsa sudah pun dianggap bertuah.

Perisai Garrison boleh digunakan oleh Pahlawan Perisai dan Sateria Penjaga. Jika Shi Feng ingin menjualnya, kumpulan Elit pasti mengalu-alukannya. Lagipun, kualiti peralatan MT boleh menyenangkan kesusahan menakluki Dungeon dengan banyak sekali. Walaupun Shi Feng meletakkan harga 4 Syiling Perak, kumpulan ini masih ingin membelinya, tidak kira apa kosnya.

Bagi Kuasa Pertahanan Perisai Garrison ini pula, manfaatnya terhadap MT kumpulan tidak perlu dikatakan lagi. Shi Feng tidak akan menerima bawah daripada 5 Syiling Perak untuk perisai ini.

Dengan pengalaman pertama menempa dengan jayanya, Shi Feng meneruskan lagi menempa Perisai Garrison.

Namun, Shi Feng mengeluarkan Keluli Seratus Perbaikan kali ini. Dia ingin tahu apa kesannya keluli ini berikan setelah digunakan untuk menempa.

Dalam masa sepuluh minit, Perisai Garrison mula terbentuk.

Namun, warna Perisai Garrison ini lain sedikit daripada yang sebelum ini. Sebelumnya berwarna Perak-kelabu, sekarang hitam-pekat pula.

[Perisai Berat Garrison] (Perisai Plat pangkat -Gangsa)

Tahap 3

Syarat Kelengkapan: Kekuatan 14

Pertahanan+ 25

Kekuatan +2, Ketahanan +4

HP +150

Kekukuhan 40/40

Kebolehan Tambahan-

Kuasa Pertahanan: mengurangkan kemusnahan yang diterima sebanyak 5%.

Hanya boleh digunakan oleh Pahlawan Perisai dan Sateria Penjaga.

Sistem: Perisai Berat Garrison telah berjaya ditempa. Kecekapan Menempa meningkat sebanyak 2 mata. Memperoleh 1,000 EXP.

Sistem: Disebabkan Kebijaksanaan Menempa, Kecekapan Menempa telah bertambah dengan mata tambahan sebanyak 2 mata.

Ketika ini, Shi Feng telah melupakan segala Mata Kecekapan tambahan daripada Kebolehan Menempanya. Sebaliknya, matanya terpaku pada Perisai Berat Garrison. Atribut perisai ini boleh menandingi Peralatan Besi-Misteri Tahap 3. Harganya sekurang-kurangnya 10 Syiling Perak.

Shi Feng tidak terbayang Keluli Seratus Perbaikan mampu membuat perubahan yang besar. Shi Feng tiada pilihan untuk mengaku barang yang diterima daripada Pakar Penempa bukannya biasa. Malangnya, Shi Feng hanya tinggal sembilan ketul Keluli Seratus Perbaikan sahaja lagi.

Sudah tentu, sekarang Shi Feng tahu kesan Keluli Seratus Perbaikan, dia tidak akan dengan mudah mensia-siakannya. Dia akan menyimpannya terlebih dahulu dan menggunakannya apabila dia mempunyai barang untuk ditempa.

Dua jam berlalu dengan sangat pantas. Shi Feng telah menempa Perisai Garrison tanpa henti kali ini. Dia telah mendapatkan sejumlah 23 Perisai Garrison, tetapi dengan 4 kali kegagalan.

Shi Feng sangat berpuas hati dengan hasil yang dia dapat itu. Satu, tempaan Perisai Garrison yang dapat mengubati empat kegagalan.

Pada masa yang sama, Shi Feng sendiri telah naik ke Tahap 3. Tahapnya kini tidak jauh daripada pemain pakar yang lain. Lebih-lebih lagi, Kecekapan Menempanya telah meningkat kepada 44 mata. Peningkatan seperti itu sekurang-kurangnya empat atau lima kali lebih cepat berbanding Penempa daripada mana-mana Persatuan.

Seterusnya, Shi Feng pergi meninggalkan Bilik Menempa Pertengahan dan tiba di hadapan Rumah Lelongan.

Dia dengan segera melelong 11 buah Perisai Garrison yang tidak punya apa-apa Kuasa Pertahanan, harga pasarannya ditetapkan pada 4 Syiling Perak. Bagi Perisai Garrison dan Perisai Berat Garrison yang mempunyai Kuasa Pertahanan, Shi Feng menyimpannya buat masa ini. Dia mahu Persatuan-persatuan dan Kumpulan Elit ini merasai perisai ini terlebih dahulu. Dengan cara itu, Perisai Garrison yang lain boleh dijual dengan harga yang lebih mahal.

Selepas itu, Shi Feng mendirikan sebuah gerai di Kawasan Berdagang, berteriak dengan selambanya. Selepas itu, ramai pemain meluru ke Shi Feng, menjual Batu mereka dan Intipati Magis kepadanya. Selepas membeli bahan-bahan untuk setengah jam lamanya, Shi Feng melihat pada masa. Di Kawasan Tuhan sudah hampir malam. Raksasa di malam hari menjadi lebih berkuasa dan membunuh mereka menjadi lebih sukar. Tempoh waktu ini tidak sesuai untuk menaikkan tahap, dan Shi Feng perlu berehat juga.

Buat masa sekarang, Shi Feng masih menggunakan Helmet Permainan Maya, bukannya Pod Permainan Maya, untuk bermain Kawasan Tuhan. Pod Permainan Maya boleh memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan kepada tubuh badan pemain pada bila-bila masa. Ia juga mampu merangsang otot-otot pemain, mengelakkan badan menjadi lemah kerana bermain Kawasan Tuhan terlalu lama.

Jari Shi Feng menekan-nekan dan mengklik, mengeluarkan Interface Sistem dan memilih untuk log keluar.

Kini, dalam apartmennya yang sempit, cahaya matahari sudah lama meresap masuk ke dalam tingkap dan merebak ke seluruh bilik. Suhu dalam biliknya juga sedang meningkat.

Shi Feng menanggalkan helmet permainannya. Dia bangun dan meregangkan tubuh badannya.

Selepas lebih sepuluh jam tidak bergerak-gerak dan berbaring atas katil, badan Shi Feng telah kebas sepenuhnya, dia perlu menggerakkan badannya ke sana dan ke sini terlebih dahulu barulah keadaannya kembali ke sedia kala.

Shi Feng melakukan tekan tubi, bangkit tubi dan senaman asas yang lainnya.

Pada zaman umur materialistik, membina badan menjadi suatu kepentingan dalam kehidupan seseorang.

Selepas sepuluh tahun kajian yang berterusan, ahli sains berjaya menemui satu penemuan yang besar dalam menguatkan tubuh badan dan memanjangkan usia. Manusia boleh mengekalkan zaman muda mereka untuk jangka masa yang panjang. Penemuan itu juga meningkatkan purata jangka hayat seseorang kepada seratus tahun. Pada masa yang sama, ahli sains telah memberi beberapa kepentingan membina badan.

Oleh itu, era senaman badan telah tiba.

Pada waktu ini, pertandingan sukan dan kejohanan tinju menarik perhatian ramai orang.

Hanya dalam universiti sahaja, seseorang yang tidak mempunyai sebarang kebolehan akan dipandang enteng. Dalam masa yang sama, atlet-atlet terkenal dan pahlawan tinju terkemuka sangat diagung-agungkan. Dalam universiti, tidak lekang dengan wanita cantik berada berdekatan dengan atlet terkemuka dan pelajar yang sering menggiatkan diri dalam kejohanan seni mempertahankan diri. Untuk lelaki-lelaki kacak pula, mereka telah lama menjadi popular.

Dalam kehidupannya yang lepas, Shi Feng tidak memberikan perhatian langsung kepada badannya. Disebabkan itu, dia hampir merosakkan badannya. Setibanya waktu untuk mula membina badan, dia sudah pun berusia. Walaupun berlatih sekuat mana sekalipun, kesannya tidaklah begitu ketara.

Hayatnya kini, Shi Feng sememangnya tidak akan ulang perkara yang sama. Dia tidak akan hanya pentingkan Kawasan Tuhan, lalu mengabaikan latihan tubuh badan.

Selepas bersenam untuk setengah jam, tubuh badan Shi Feng mula dibasahi peluh. Badannya kelihatan seperti baru lepas mandi. Baru sahaja dia ingin menjamu mi segeranya, telefon bimbitnya mula berdering.

Shi Feng melihat nama yang menelefonnya. Tidak disangka, dia merupakan ketua kelas perempuan yang selalu berdiam diri, Zhao Ruoxi.

"Ketua kelas, ada apa?" Shi Feng bertanya selepas mengangkat panggilan tersebut.

Menurut ingatan Shi Feng, selain menghadiri kelas, Shi Feng tidak pernah berhubung dengan ketua kelas itu. Dalam masa empat tahun, Shi Feng telah menghadiri kelas di universiti, dia tidak pernah bersembang melebihi seratus patah perkataan dengan Zhao Ruoxi.

"Shi Feng, cepat datang ke universiti. Aku lupa nak beritahu kamu kerana kamu tidak tinggal di asrama lelaki, tetapi sekarang tolong cepat. Pada pukul 11 nanti, akan ada satu perkara penting yang akan diumumkan di Blok Mengajar 3, Kelas 401."

Shi Feng melihat pada jam elektronik atas mejanya. Sekarang sudah pun jam sepuluh setengah. Dia menjawab, "Baiklah, aku datang segera."

Next chapter