9 Beribu Kekuasaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun tipu helah Penyerang Hendap menyebabkan Shi Feng marah, dia terpaksa bertenang semasa berhadapan dengan situasi yang tidak dikenal pasti.

Sedangkan ahli-ahli Kesatuan akan miliki motif yang pentingkan diri sendiri. Mereka tentu menyorokkan beberapa penemuan penting, dengan senyap menguatkan diri sendiri dan mengaut keuntungan.

Terdapat beberapa pemain seperti mereka dalam Kesatuan. Tidak kira Ahli Luar atau Ahli Teras , selepas beberapa ketika, akan terdapat seseorang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa muncul secara tiba-tiba, status sosialnya meningkat secara mendadak. Shi Feng salah seorang contoh itu. Jika tidak, dia tidak mampu menukar daripada Ahli Teras dan menjadi Kapten Kesatuan. "Mereka hanya memberitahu ternampak Peti Harta Karun Perak-Rahsia setelah sampai di Tanah Yang Hilang dan itu sahaja. Pasti terdapat sesuatu yang lebih penting daripada Peti Harta Karun Perak-Rahsia. Adakah ianya Misi Tersembunyi ini?" Shi Feng melihat semula panel sistem Misi. Misi Tersembunyi Tanah Yang Hilang- "Keagungan Lampau".

Selain daripada namanya, tiada maklumat lain berkenaan Misi tersebut. Shi Feng langsung tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

"Adakah ini Misi yang diaktifkan semasa tiba dalam satu kawasan?" Dengan pengalaman yang dimiliki selama 10 tahun dalam Kawasan Tuhan, Shi Feng dengan cepat merungkai isi-isi penting Misi Tersembunyi ini.

Terdapat beberapa Misi dengan ciri-ciri yang istimewa dalam permainan Kawasan Tuhan. Mereka hanya boleh dicetuskan apabila sampai di suatu kawasan. Bukan itu sahaja, Misi ini tidak akan memberi apa-apa maklumat. Pemain perlu mencarinya dengan sendiri. Selepas Misi telah lengkap, Misi ini tidak boleh dicetuskan kembali, walaupun pemain lain sampai ke lokasi ini. Ia boleh digelar Misi Unik yang istimewa. Pada masa yang sama, Misi ini dipenuhi dengan bahaya yang melampau.

Mencari cara untuk melengkapkan Misi di kawasan yang tidak diketahui juga bermakna berhadapan dengan raksasa yang tidak pernah dijumpai. Untuk Misi yang istimewa ini, raksasa dalam kawasan selalunya beberapa tahap lebih tinggi berbanding raksasa di kawasan sekitar. Pemain biasa pasti tiada peluang melengkapkan Misi tersebut. Terdapat 6 Penyerang Hendap Tahap lebih 20 yang sampai di kawasan ini masa lepas. Misi ini juga dicetuskan dalam kawasan yang mempunyai raksasa Tahap 5, oleh itu semua Penyerang Hendap itu dapat melengkapkan Misi. "Tiada gunanya berfikir tentang itu. Memandangkan aku tidak boleh keluar, aku akan melihat kawasan sekitar. Paling buruk pun aku akan mati dan dihantar semula ke bandar." Shi Feng mara dengan langkah yang besar selepas berfikir masak-masak. Beberapa ketika selepas berjalan menerusi kabus tersebut, Shi Feng menjumpai beberapa bentuk yang samar di hadapan.

Sebuah bandar. Bandar yang telah ditinggalkan untuk masa yang lama. Sekitarnya, terdapat rumah yang usang. Menilai pada saiz bandar dan kemegahan bangunan-bangunan, ternyata bandar ini pernah berkembang. Mungkin juga lebih makmur dan megah dari Bandar Sungai Putih. Walau bagaimanapun, bandar yang ' berkembang' ini tidak ada satu bayang manusia pun sekarang. Shi Feng melangkah masuk dengan senyap. Dia memerhati sekeliling sambil mencari petunjuk untuk Misinya. Melihat menerusi bandar yang boleh memuatkan berjuta-juta manusia tidak ubah seperti mencari jarum dalam timbunan.

Masa berlalu dengan cepat. Selepas mencari pada puluhan jalan dan ratusan rumah, Shi Feng masih tidak menjumpai sebarang petunjuk untuk Misinya. Kawasan Tuhan baru sahaja bermula. Ini masa yang sesuai untuk menaikkan jurang dengan pemain lain, namun Shi Feng telah membuang masa berjam-jam meneroka tempat ini. Terdapat banyak pemain sudah mencapai Tahap 1, tetapi Shi Feng masih tersekat pada 34% Tahap2.

Shi Feng berasa ragu. Patutkah dia teruskan pencarian untuk petunjuk Misi, atau patut dia tamatkan hayatnya dan kembali ke bandar?

"Aku akan mencari untuk sejam lagi. Kalau masih tiada apa-apa berita baik, aku akan kembali ke bandar." Shi Feng merancang tempoh masanya sendiri. Walaupun Misi seperti ini sangat berharga, dia tidak punya masa untuk dibazirkan. Dia masih mempunyai banyak Misi untuk dilakukan. Tidak perlu dibazirkan masa di tempat ini.

Masa bergerak dengan perlahan, sedikit demi sedikit.

Shi Feng tiba di menara tengah-tengah bandar. Tempat ini dahulunya tempat suci untuk ahli sihir. Ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk pelajari ilmu magis. Sekarang, walau bagaimanapun, merupakan tempat yang musnah dan tidak dapat dibaiki lagi. Ia dapat dilihat yang Permata Magis pada puncak menara telah musnah.

Shi Feng menaiki menara tersebut. Dia berdiri di tempat pemerhatian menara, mencuci mata dengan pemandangan bandar. Shi Feng tentunya menikmati pemandangan ini sekiranya tidak tergesa-gesa.

Selepas melihat kawasan sekitar, dia masih tidak dapat mendapatkan sebarang tempat istimewa.

Baru sahaja Shi Feng ingin beredar. "Pengembara muda, selamat datang ke Bandar di Langit."

Seorang tua, berjanggut putih tiba-tiba muncul. Suara orang tua itu nampak warak dan berpengalaman. Kemunculan secara tiba-tiba memeranjatkan Shi Feng membuatkan dia terlompat. Dia sehingga memikirkan orang tua itu seekor raksasa yang datang. Namun, dia melepaskan nafas selepas perasan petanda kuning atas kepala orang tua itu.

Bandar di Langit?

Shi Feng terkejut apabila dia terfikir mengenai bandar yang terkenal dalam permainan Kawasan Tuhan ini.

Bandar di Langit, nama bandar ini pernah bergema ke seluruh pelosok benua di Kawasan Tuhan. Terdapat banyak Kerjaya lagenda dalam bandar ini. Pernah ada seorang Satria Terhormat berpangkat Separa Dewa, Ultear. Ini merupakan bandar yang ditakuti oleh para Dewa sendiri. Malang sekali, bandar ini telah hancur semasa Peperangan Dewa yang Ketiga, menjadi satu kekesalan dalam Kawasan Tuhan.

"Orang tua yang dihormati, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Shi Feng tersenyum dan berkata dalam nada yang formal.

"Bantu?" Orang tua berjanggut putih itu menggelengkan kepalanya, sambil tersenyum dia berkata: "Tidak, aku tidak memerlukan bantuan. Saya ingatkan kamu ingin menjadi lebih kuat. Saya boleh bantu kamu, tetapi sanggup tidak kamu menerima satu ujian dariku?"

"Sudah tentu, saya sanggup menerima ujian kamu." Shi Feng berasa lega. Jejak Misi ini, Keagungan Lampau berada di sini. Dia tidak perlu mati untuk pulang ke bandar., kehilangan tahap dan SP. Orang tua itu mengangguk kepuasan , berkata bersungguh-sungguh, "Saya akan memberi kamu tiga pilihan. Pertama ialah tahap kesusahan yang biasa. Selepas kamu melepasinya kamu akan dapat Peti Harta Karun Besi-Misteri. Kedua, tahap kesusahan yang Sukar, di mana kamu akan dapat Peti Harta Karun Perak-Rahsia. Dengan tambahan, kamu akan dapat ganjaran tambahan bergantung pada kadar kelengkapan misi. Ketiga, kesusahan tahap Neraka, di mana kamu akan mendapat Peti Harta Karun Emas-Halus. Kamu juga akan dapat ganjaran tambahan bergantung pada kadar kelengkapan misi.

"Pengembara muda, manakah pilihan kamu?"

Tiga pilihan. Setiap satunya lebih susah dari yang lain, dan ganjaran setiap kesusahan itu semakin menarik. 6 Penyerang Hendap yang melebihi Tahap 20 memilih kesusahan Sukar. Mereka pulang membawa pulang Peti Harta Karun Perak-Rahsia akan tetapi menyorok ganjaran tambahan. Ini bermakna ganjaran tambahan lebih lumayan berbanding Peti Harta Karun Perak-Rahsia. Selepas berfikir seketika, Shi Feng bersetuju untuk mencabarnya dengan berani. Seseorang yang dijelmakan semula perlu mempunyai keberanian.

"Orang tua yang dihormati, saya memilih kesusahan tahap Neraka."Shi Feng yakin dia mampu mengendali kesusahan ini. Jika dia berjaya melepasinya, dia akan mendapat kesan yang baik terhadap pembangunan masa depannya. "Hahaha! Orang muda sungguh bertenaga! Saya sangat kagum dengan kamu, tetapi jangan menyesal dengan pilihan yang dibuat." Orang tua itu hilang selepas ketawa terbahak-bahak. Sistem: Misi 'Keagungan Lampau' diterima. Berhadapan dengan 1000 raksasa yang sama tahap. Dianggap lepas selepas berjaya membunuh 500 raksasa. Tempoh masa sebanyak 4 jam. Hukuman kegagalan Misi – semua atribut berkurang dengan kekal sebanyak 10 titik.

Atribut perkara penting untuk satu kerjaya. Jika atribut Shi Feng ditolak sebanyak 10 Mata, dia seolah-olah menjadi cacat.

"Hukuman ini sangat kejam." Kulit kepala Shi Feng mula gatal apabila memandang Pahlawan Hantu yang muncul di bawah menara.

Masa bertenang sudah mula. Ada 5 saat lagi sebelum raksasa-raksasa itu mula menyerang.

[Pahlawan Hantu] (raksasa biasa)

Tahap 2

HP 230

Berlawan hanya satu daripada mereka lebih senang. Melawan kesemuanya bagaikan lautan, walaupun Shi Feng mula panik. Meluru masuk satu tindakan bunuh diri; Shi Feng akan cepat dikepung dan dibunuh. Satu-satunya pilihan dengan berlawan satu sama satu. Shi Feng mempunyai pengalaman yang banyak dalam pertempuran. Dia dengan cepat berlari turun menara itu dan berdiri pada tangga.

Tangga hanya membolehkan dua raksasa untuk lepas pada satu massa, oleh itu ini merupakan tempat yang terbaik untuk menyerang. Shi Feng mampu menghabiskan Misi tidak begitu lama jika dia mempertahankan kedudukan di tangga.

Selepas lima saat sudah tamat, setiap satu daripada Pahlawan Hantu meluru ke dalam menara dengan liar. Walau bagaimanapun, tangga itu terlalu sempit. Akibatnya, mereka menghalang satu sama lain; Shi Feng hanya perlu berhadapan dengan 2 Pahlawan Hantu dalam satu masa. Dengan berpandukan serangan pahlawan tersebut, Shi Feng mampu mengelak dengan mudah.

Panahan Kilat! Tetak!

Tiga garisan cahaya memancar terus, dengan sekelip mata menyebabkan kemusnahan sebanyak 60 kepada semua Pahlawan Hantu dalam lingkungan dua – hingga sepuluh – ela. Tetakan yang disusuli dengan kemusnahan sebanyak 33.

Dalam sekelip mata, Pahlawan Hantu yang pertama telah hilang separuh daripada HPnya, manakala sepuluh yang lain di belakang telah hilang suku daripada HP mereka.

Sebelumnya, Shi Feng berhadapan dengan raksasa tahap tinggi dengan pertahan yang kuat, kesan Panahan Kilat dan Tetakan sangat sedikit.

Sekarang Shi Feng berhadapan dengan raksasa yang sama tahap dengannya, Panahan Kilat dapat menunjukkan kuasanya yang ketara sebagai kemahiran pemusnah jenis AOE.

Dengan kesan gandaan kemusnahan Panahan Kilat, Shi Feng hanya memerlukan 5 serangan daripada pedangnya untuk menghapuskan Pahlawan Hantu yang pertama.

Untuk meningkatkan kelajuan membunuh, Shi Feng menggunakan Pembebasan Graviti untuk meningkatkan Kelajuan Serangan.

Ditambah pula dengan gandaan kemusnahan, setiap pahlawan hanya mengambil masa sebanyak tiga saat untuk dihapuskan.

Malang sekali, Pahlawan Hantu tidak memberi sebarang pengalaman. Sebaliknya, Kecekapan Kemahiran mendapat 100% peluang untuk bertambah sebanyak 1 Mata.

Dengan setiap kematian Pahlawan Hantu, SP Shi Feng meningkat berterusan. Shi Feng menjadi semakin gembira selepas melihat perkara itu.

NPC tua itu mungkin tidak menjangkakan Pemain Pedang tahap 2 mempunyai kemahiran AOE yang berkuasa itu. Dengan kemahiran tersebut, Shi Feng kurang takut kepada taktik secara berkumpulan. Shi Feng mampu mengelak serangan apabila bertarung dalam senario satu menentang dua.

Pemain lain pasti akan gagal Misi ini, namun Shi Feng dapat menyelesaikan Misi ini dengan sempurna.

Selepas dua jam berlalu, Panahan Kilat telah mencapai Tahap 2 selepas SP meningkat kepada 300 mata. Kemusnahan kemahiran bertambah daripada 130% kepada 135%, dan masa bertenang berkurang daripada 30 saat kepada 28 saat.

SP Tetakan juga meningkat kepada 426/600. Kemahiran ini akan capai Tahap 3 dengan sedikit gerakan lagi. Kelajuan Shi Feng memburu raksasa bertambah sekali lagi apabila Panahan Kilat mencapai Tahap 2. Pahlawan Hantu jatuh dalam kumpulan. Apabila tinggal lagi 20 pahlawan, masih berbaki lagi sejam setengah untuk menyelesaikan Misi. Dengan menggunakan sekali lagi Panahan Kilat, 20 Pahlawan Hantu yang tinggal itu juga musnah.

"Tidak kurang hebat. Ini ganjaran kamu, orang muda." Orang tua itu muncul sekali lagi sambil ketawa. Melihat pada Shi Feng, orang tua itu mengeluarkan Peti Harta Karun Emas-Tulen dan Pedang Panjang hitam gelap.

Sistem: Misi "Keagungan Lampau" selesai. Ganjaran 1 Peti Harta Karun Emas-Tulen, 1 Senjata Magis ( berkaitan dengan pekerjaan). Mendapat gelaran "Beribu Kekuasaan".

[Beribu Kekuasaan](gelaran)

Apabila gelaran ini digunakan, sekutu dalam radius 30-ela akan menerima atribut tambahan sebanyak 10%. Dengan serentak, pengguna gelaran akan mendapat kesan tambahan Kekuatan +5 dan Ketahanan +5.

"Saya telah memberi ganjaran kamu. Kamu boleh beredar sekarang." Orang tua itu melambaikan tangannya selepas habis kata-katanya itu.

Penglihatan Shi Feng kabur. Apabila dia membuka mata sekali lagi, dia sudah kembali ke plaza Bandar Daun Merah.

Di! Di! Di!

Sistem komunikasi Shi Feng berdering berterusan. Si Hitam telah membuat panggilan.

"Abang Feng, kamu angkat akhirnya. Kenapa aku tidak dapat membuat panggilan tadi? Apa patut aku buat sekarang? Aku sudah ketinggalan dengan orang lain sebanyak satu tahap." Hitam sangat panik. Namun, dia tetap bertanya dengan tenang kerana dia percayakan Shi Feng.

Dia telah membazirkan masa sebanyak 7 jam untuk berlari ke Bandar Daun Merah. Semasa dia berada pada Tahap 0, para pemain yang memenuhi jalanan sudah berada pada Tahap 1.

Apa cara untuk memenuhi jurang ini? Tiada siapa yang inginkan dia dalam kumpulan mereka sekarang; kelayakan minimum ialah pada Tahap 1. Seorang tidak handal bertahap 0 seperti dia akan diketepikan.

"Salah aku, aku sedang dalam Misi. Datang ke plaza sentral, aku akan bawa kau bersama untuk menaikkan tahap." Shi Feng memohon maaf.

Sudah mencecah 8 jam semenjak Kawasan Tuhan bermula, dan Shi Feng sudah menghabiskan masa lebih 5 jam menyelesaikan Misi.

Pada peringkat permainan ini, kebanyakan pemain sudah mencapai Tahap 1, sementara beberapa pemain profesional sudah hampir kepada Tahap 2.

Sebagai seorang yang dijelmakan semula, membantu Hitam menaik tahap merupakan tugas yang mudah. Tidak ambil masa yang panjang untuk Hitam mengejar pemain profesional.

avataravatar
Next chapter