18 Belahan Sembilan Naga

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Penguasa Kobold menjadi semakin marah selepas dia dihentak dengan kemusnahan yang besar oleh serangan mengejut Shi Feng. Darah yang keluar dari lukanya menjadi penyebab kemarahannya itu.

Penguasa Kobold mengangkat kapak gergasinya, lalu menghayunkan kepada Shi Feng satu demi satu serangan.

Penguasa Kobold tidak mampu bertindak balas dengan betul terhadap serangan mengejut Shi Feng sebentar tadi. Dia hanya mampu menyerang ikut gerak hatinya, oleh itu semua serangannya begitu agresif.

Berhadapan dengan serangan liar Penguasa Kobold, sedangkan seorang Pahlawan Berperisai ataupun Sateria Penjaga Tahap 5 akan mati serta merta.

Shi Feng hanya mampu berundur apabila berhadapan dengan serangan bertubi-tubi itu. Dia tidak berpeluang untuk membalas. Dia juga perlu mengelak batu sebesar penumbuk yang jatuh. Jika batu-batu itu terkena pada dia, dia akan mengalami kemusnahan yang besar.

Seorang lelaki dan seekor raksasa saling bertukar gerakan pada kelajuan yang tinggi. Jika dia seorang lelaki yang biasa, dia mungkin tidak dapat bergerak selangkah sekali pun. Dia mungkin akan dibelah separuh badannya oleh kapak gergasi itu, menjadi mayat.

"Hitam, lekas dan serang dia. Aku tidak mampu bertahan dengan lebih lama lagi."

Shi Feng telah mengelak selama tujuh atau lapan saat sekarang. Apabila dia melihat Si Hitam, tidak mula menyerang lagi, dia menjerit sekuat hati.

Mereka sedang bertarung seekor Bos Penguasa, bukan Elit yang kecil lagi. Corak serangan Bos Penguasa bukan mudah untuk dijangka seperti serangan Elit; dia mempunyai serangan yang berbagai-bagai. Bos Penguasa ialah raksasa yang mempunyai kepintaran. Dia akan mengubah corak serangan bergantung kepada pemain tertentu. Ditambah lagi dengan kekuatan yang dua atau tiga kali ganda Elit Biasa, Bos Penguasa lebih kuat berbanding Elit sekurang-kurangnya empat kali ganda.

Walaupun Shi Feng telah berbalas serangan dengan Penguasa Kobold untuk tujuh atau lapan saat, dia merasakan seperti sudah beberapa minit berlalu. Hanya daripada menahan serangan dan kadang kala menyerang balas sudah meragut lebih 100 daripada HP Shi Feng. Jika situasi ini berlanjutan, tidak lama lagi HP-nya akan cecah 0.

Dengan Pedang Terkemuka, Bilah Jurang, atribut Shi Feng telah meningkat dengan banyak sekali. Ia membenarkan tiga Kemahiran Tersembunyi yang sangat penting untuk pemain melee untuk diaktifkan. Kepada kemahiran-kemahiran tersebut, Shi Feng mampu menghasilkan serangan yang luar biasa dan dalam masa yang sama mengelak. Jika dia tidak mempunyai Bilah Jurang, Shi Feng pati sudah lama mati.

"Ah, aku datang untuk tolong kau, Abang Feng." Si Hitam sedar kesilapannya lalu dia terus bertindak. Dia dengan pantas menghayunkan tongkatnya, mulutnya dibacakan mantera. Selepas membidik ke arah Penguasa Kobold, dia menembak Panah Gelap.

Panah Gelap itu mengenai badan Penguasa Kobold, hanya menghasilkan kemusnahan sebanyak 17 mata.

Mulut Si Hitam ternganga luas selepas melihat kemusnahan itu. Dia sangat terkejut dengan Pertahanan seekor raksasa berpangkat Penguasa. Si Hitam boleh membuat 50 kemusnahan jika dia menyerang raksasa Tahap 5, namun, angka yang dilihatnya cuma sepertiga daripada kemusnahan itu. Boleh dilihat betapa mengejutkan Pertahanan seekor raksasa berpangkat Penguasa. Dalam pada itu, Shi Feng mampu memberi kemusnahan lebih seratus dalam satu serangan. Kuasa Serangan apakah itu?

Shi Feng menetak dengan berterusan Bilah Jurang di pertengahan perlawanan.

Tetakan!

Satu cahaya hitam terkubur menerusi serangan Penguasa Kobold.

Peng! Shi Feng mengambil tiga langkah ke belakang sebelum menstabilkan badannya, lebih 30 kemusnahan muncul di atas kepalanya. Dalam masa yang sama, kapak gergasi Penguasa Kobold ditarik ke belakang, berhenti seketika di tengah-tengah udara.

"Ia berkesan. Nampaknya Kekuatanku cukup-cukup makan." Shi Feng berpuas hati dengan serangannya kali ini.

Dalam pertempuran di Kawasan Tuhan, bukan sahaja seorang pemain itu mampu menahan dan mengelak, tetapi mereka juga boleh mengganggu serangan raksasa; perkara ini membuatkan serangan raksasa itu untuk berhenti seketika, menamatkan serangan raksasa itu. Itu merupakan teknik pertempuran aras-tinggi. Teknik seperti itu mula terkenal setengah tahun selepas pelancaran Kawasan Tuhan, lebih-lebih lagi dalam pertempuran melawan Bos. Jika MT (pemain tank utama) tidak mempelajari teknik tersebut, keputusan akhir akan membawa kepada kemusnahan keseluruhan ahli kumpulan. Perkara ini terjadi kerana tiada pemain boleh menahan serangan gila dan berterusan Bos itu.

Keadaan pegun sejenak Penguasa Kobold itu tadi telah mendedahkan titik kelemahannya.

Shi Feng meluru tanpa ragu-ragu. Mengumpul semua kekuatannya pada tangan, Shi Feng memegang erat Bilah Jurang dan menghentak Penguasa Kobold itu tanpa henti.

Empat serangan pedang cahaya terkena pada bahagian tubuh Penguasa Kobold yang tidak ditutupi perisai.

Dengan kesan gandaan kemusnahan, serangan Shi Feng dengan serta merta meragut 300 HP daripada Penguasa Kobold. Ditambah lagi dengan serangan Si Hitam, Penguasa Kobold itu tinggal lagi 900HP.

"Ao! Ao! Ao!" Penguasa Kobold itu mula menggila. Dia mencampakkan kapak gergasinya ke sebelah, menarik keluar dua bilah parang dari sisi pinggangnya.

Pertukaran senjata membuatkan corak serangan Penguasa Kobold berubah.

Jika Penguasa Kobold itu seekor Berserker ketika memegang kapak gergasi, oleh itu selepas menghunus sepasang senjata, Penguasa Kobold itu menjadi Pemain Pedang dwi-tangan. Penguasa Kobold sekarang digabungkan Kekuatan bersama Ketangkasan, bukan lagi menggunakan keganasan untuk menyerang pihak lawannya.

Corak serangan daripada sepasang parang itu tidak lagi boleh diramal. Kelajuan serangan Penguasa Kobold telah meningkat dengan banyak juga. Selepas sahaja Shi Feng mengelak satu parang, parang lagi satu datang ikut dari belakang. Shi Feng segera menggunakan Bilah Jurang untuk menahan.

Percikan api terhasil apabila kedua-dua parang dan bilah bersentuhan antara sau sama lain. Seluruh badan Shi Feng terpelanting jauh.

Semasa Shi Feng di pertengahan udara, dia ternampak Penguasa Kobold menerkam sekuat hati, parangnya dinaikkan setinggi yang boleh untuk serangan depan.

"Adakah dia keluarkan segala kekuatannya?" Shi Feng terkejut, dengan cepat menggunkan...

Tepis!

Hong!

Bilah Jurangnya menangkis parang itu. Namun, Shi Feng jatuh seperti batu meteor yang terhempas ke tanah. Shi Feng menyangka serangan Penguasa Kobold telah tamat,. Akan tetapi, ketika dia sedang jatuh, parang berkembarnya dihempas ke bawah, menyasarkan ke arah dada Shi Feng.

Shi Feng tidak mampu bergerak untuk bertahan.

"Serangan Bayangan!"

Dengan tiba-tiba, seorang lagi klon Shi Feng muncul 3 ela daripadanya. Dengan sepantas kilat, Shi Feng bertukar tempat dengan klonnya itu.

Semasa Penguasa Kobold itu mendarat, kedua-dua bilah parangnya menikam dada klon Shi Feng. HP klon itu turun dengan gila, lebih 300 HP hilang sekelip mata.

Ketika Penguasa Kobold memperlihatkan satu senyuman yang teruja, Shi Feng muncul di belakangnya. Bilah Jurang di tangannya mengeluarkan sinaran hitam yang malap.

Belahan Sembilan Naga!

Sembilan bayangan Bilah Jurang mucul, dengan perlahan terapung-apung di udara mengelilingi Shi Feng.

Walaupun Shi Feng tidak mampu mengawal kesemua sembilan pedang, menggunakan pedang-pedang itu untuk satu serangan yang mudah bukan satu masalah.

Shashasha.....

Sembilan Bilah Jurang menari-nari seperti pari-pari riang, berterusan menembusi badan Penguasa Kobold, menembusi badan Penguasa Kobold berterusan.

Nilai kecil berjumlah lebih -10 terus-menerus muncul di atas kepala Penguasa Kobold. Walaupun kemusnahan itu terlalu kecil, namun bilangannya banyak. Ditambah pula dengan Tetakan dan serangan biasa daripada Shi Feng, HP Penguasa Kobold itu menurun menghampiri 500 HP.

Melihat kepada Penguasa Kobold yang ingin berpaling, Shi Feng tidak akan membiarkannya untuk membuat serang balas. Dengan segera, Shi Feng menggunakan Pengikat Neraka. Penguasa Kobold tidak boleh bergerak selama 3 saat, dan pertahanannya juga berkurang sebanyak 100%.

Di dalam pertempuran, walau hanya mengelipkan mata boleh menyebabkan seseorang itu terbunuh, tiga saat itu sudah cukup untuk merubah hasil perlawanan.

Penguasa Kobold tidak mampu bergerak selepas diikat oleh rantai hitam-pekat yang datangnya dari Bilah Jurang. Kesemua sembilan Bilah Jurang terus menyerang tanpa henti, menghasilkan kemusnahan lebih -20 dengan setiap satu serangan. HP Penguasa Kobold turun secara mendadak, meninggalkannya hanya lebih kurang 200 HP dalam sekelip mata.

"Awoo!" Penguasa Kobold meraung semasa dia mengamuk, saiz tubuh badannya menjadi dua kali ganda lebih besar.

Shi Feng menyaksikan tiga saat berlalu. Kekuatan Penguasa Kobold tidak boleh dipandang enteng selepas dia mengamuk. Kekuatannya meningkat sebanyak lebih kurang 30%.

Dalam pada itu, semua serangan Shi Feng dan juga kemahiran penyelamat nyawanya mashi dalam tempoh bertenang.

Sepertinya ternampak wajah Shi Feng dalam kedukaan, muka Penguasa Kobold menunjukkan raut wajah yang mengejek. Dua bilah parang yang besar terbang ke arah Shi Feng, kelajuannya seperti anak panah yang ditembak.

Dalam saat hidup atau mati, Shi Feng menyedari seekor Kobold sedang dibangkitkan di penjuru matanya.

Dengan segera, Shi Feng menggunakan Pembebasan Graviti, diikuti pula dengan Bilah Angin.

Sepantas kilat, Shi Feng mengelak tetakan daripada parang berkembar itu dan meluru ke arah pelombong Kobold yang berada di hadapan.

"Ao! Ao! Ao!" semasa Penguasa Kobold nampak Shi Feng yang hampir mati itu berjaya mengelak serangannya, kakinya yang kuat menghendak lantai, menolak terus ke arah Shi Feng.

Si Hitam berasa seram sejuk ketika melihat Shi Feng bertarung. Akan tetapi, mulutnya tidak berhenti membaca mantera, menembak keluar Panah Gelap satu demi satu. Namun, kelajuan Penguasa Kobold sangat laju, terlalu sukar untuk cuba menembaknya. Nasib baik , terdapat lebih daripada 20 ela jarak antara Penguasa Kobold dan Shi Feng. Penguasa Kobold masih perlukan lebih masa untuk mengejar Shi Feng. Dalam jangka masa ini, Shi Feng mungkin dapat membunuh Penguasa Kobold dengan sembilan bayangan Bilah Jurang.

Namun, kedua-dua Shi Feng dan Si Hitam memandang rendah kekuatan Penguasa Kobold yang meletus. Bukan sahaja Kekuatan dan Pertahanan ditingkatkan dengan banyak, tetapi Ketangkasannya juga menjadi lebih tinggi.

Penguasa Kobold hanya memerlukan 2 saat untuk mencecah jarak 20 ela.

Penguasa Kobold itu mengangkat parang kembarnya, dengan kuat menetak ke bawah.

Pelombong Kobold di hadapan Shi Feng itu terbelah dua, dan darah terus menghujani kawasan sekitar seluas 5 ela. Tetakan ini telah lalu menerusi pipi Shi Feng, hampir sahaja merajut nyawanya.

Melihat kepada Penguasa Kobold yang sudah bersedia untuk menetaknya menggunakan parang lagi satu, Shi Feng mengangkat dengan kuat Bilah Jurang yang berada di tangannya. Tiga serangan kilat menembusi badan Penguasa Kobold, mengambil kesemua 130 HP yang tersisa.

Melihat Penguasa Kobold yang akhirnya tersungkur, Shi Feng menghelakan nafas lega.

Raksasa Penguasa sememangnya amat kuat. Sekiranya Shi Feng datang ke sini pada tahap 5 dan dilengkapi dengan Peralatan Gangsa, dia masih tidak cukup kuat untuk melawannya. Dia berjaya membunuhnya atas nasib sahaja. Jika dibandingkan dengan Tahap 2 Panahan Kilat, masa bertenang Panahan Kilat Tahap 4 cuma selama 24 saat. Tempoh masa itu hanya cukup-cukup makan, membolehkan Shi Feng melarikan diri dari kematian.

Sistem: Penguasa Kobold Tahap 5 dibunuh. Perbezaan Tahap sebanyak 5. EXP diterima bertambah sebanyak 500%. Memperoleh 2350 EXP.

Shi Feng terus naik kepada 76% di Tahap 1.

Sistem: Tahniah menjadi pemain pertama yang berjaya membunuh raksasa berpangkat Penguasa. Jatuhan barang Penguasa Kobold meningkat sebanyak 200%. Reputasi dalam Kerajaan Bintang-Bulan meningkat sebanyak 10 mata.

Tiba-tiba, badan Penguasa Kobold mula membesar. Saiznya meningkat berterusan sehingga badannya meletup, menabur barang-barang ke semua tempat.

avataravatar
Next chapter