9 --Zed dan keturunan Zul--

Di dalam kereta api, mereka duduk di kawasan berdekatan cafe, mereka makan bersama-sama.

"Jadikan Zul..."

"Kenapa? Kenapa tak paling abang?"

"Kahwin pun belum..."

"Nak tanya apa?"

"Kenapa keluarga engkau paksa kahwin dengan Clara?"

"Ouh tentang itu. Sebenarnya selepas kita berpisah, keluarga aku tak ada kewangan sebab ayah aku bankrup dan aku tiada biasiswa. Selepas itu, aku ambillah kerja sambilan sampai satu hari, aku terjumpa Clara. Dia hampir diculik dan aku turun padang. Aku selamatkan dia dan dia membalas budi walaupun aku dah tolak. Clara dulu memang tak sama dengan sekarang. Mungkin aku buta tak nampak hati sebenar dia. Dia janjikan aku wang kalau aku kahwin dengan dia. Ibu bapa aku terpaksa paksa aku kahwin dengan Clara daripada buang masa cari engkau. Aku minta maaf, agak kasar. Selepas perjanjian itu, aku dapat sambung belajar ke peringkat inspektor juga badan aku nampak berotot sebab aku beriadah setiap hari. Sampailah ke hari aku soal siasat engkau."

"Ouh.."

"Selepas itu, barulah hati aku tergerak kepada engkau dan dengan cara keluar dengan engkau itu sangat berkesan..."

"Tak sangka ada orang lagi jahat dari aku..", Mastura tergelak.

"Hehehehe", Ninsaki dalam badan Mastura buat muka.

Selepas beberapa minit, seorang pelayan hantar dua kek ada strawberi di atas.

"Eh, apa ni?", Mastura tengok kek macam tak pernah tengok.

"Engkau tak pernah makan kek ke?"

"Pernah tapi, apa benda warna merah berbiji dekat atas kek ni?"

"Itu buah strawberi."

"Strawberi?", Mastura baru tahu.

"Selama ni engkau makan buah apa?"

"Durian, manggis, mangga, rambutan dan buah lain yang tumbuh dekat kampung... strawberi ni tak pernah nampak..."

"Biasalah, strawberi ni susah nak dapat...rasalah.."

Zulkifli terfikir dalam hati.

"Mastura garang nampak comel, dia gembira lagi comel..", Zul tersenyum.

"Zul, engkau ok tak?", Mastura melihat Zul termenung seketika.

"Eh, takde apa-apa pun.. makanlah, nah ambil aku punya..."

Zul hulurkan kek dia.

"Terima kasih..."

Selepas itu, kereta api sampai ke destinasi. Mereka berdua turun. Zul tolong angkatkan barang.

"Singgah sekejap kedai baju...", kata Zul.

"Kenapa?"

"Haih...akukan tak bawa baju..."

"Tak perlu, aku ada adik lelaki... engkau pakai je baju dia..."

"Takpe ke?"

"Tak apa...kejap nak telefon teksi.."

"Teksi? Kenapa tak cari Grab saja?"

"Sebab ada pak cik aku kerja teksi..."

Mastura menelefon pak cik teksi yang dia sangat kenali.

"Hello Pak cik.."

"Mastura? Ini Mastura ke?"

"Ya pak cik, ini Mastura. Saya ada dekat stesen kereta api ni, boleh tak pak cik datang ambil Mastura.."

"Boleh, dalam masa 15 minit pak cik sampai.."

"Terima kasih pak cik...", Mastura simpan telefon.

Mastura dan Zulkifli berbual.

"Pak cik tu ayah engkau ke?"

"Tak, ayah aku dah takde..."

"Innalillahi...maaf.."

"Takpe, takde sesiapa pun bersalah.."

"Siapa lagi dalam keluarga engkau?"

"Aku ada seorang kakak gila dan seorang adik lelaki.."

"Ouh macam tu.."

"Ahli keluarga engkau ada jugak ke macam ninja engkau?"

"Ya.. nanti sampai kampung engkau tengoklah sendiri..."

PEEEP! PEEEP!, kedengaran suara hon. Teksi itu telah tiba. Mastura dan Zul menghampiri. Seorang lelaki tua menyambut mereka. Dia terkejut melihat Zul.

"Ouh Mastura. Tak sangka kamu dah kahwin..", kata pak cik itu sambil letak barang dalam bonet.

"Belum lagi pak cik..", Mastura duduk tempat duduk belakang. Zul cuba duduk bersama Mastura namun dihalang.

"Eh, engkau duduk depan, aku nak tidur..."

"....", Zul duduk di sebelah tempat pandu. Pak cik itu datang masuk.

"Eh Mastura, kenapa tak bagi teman kamu duduk bersama?"

"ZZZ...zzz", Mastura tertidur.

"Hmmm..."

Pak cik itu mula memandu sambil dia berbual dengan Zulkifli.

"Kamu ni pasangan Mastura ke?"

"Iya pak cik. Nama saya Zulkifli, boleh panggil Zul saja..."

"Hmmm...sedap nama kamu, patutlah Mastura suka kamu..."

"Pak cik, boleh saya tanya sesuatu?"

"Tanya saja, semua perkara pak cik boleh jawab.."

"Pak cik boleh tak ceritakan asal usul Mastura?"

NYEET!!, pak cik itu brek mengejut. Dia pandang pada muka Zul.

"Kamu ni pengintip?"

"Tak-tak, saya bukan pengintip. Saya dah tahu tentang ninja tu."

Teksi itu membelok pada simpang.

"Pak cik ini ialah adik kepada Penghulu Kampung. Abang pak cik lah yang menerima keluarga Mastura masuk kampung. Pak cik tengok mereka ini datang dari hutan. Jadi, pak cik ingat ada kapal terbang terhempas atau mereka datang dari alam ghaib, sampailah satu masa kami ini penduduk kampung baru tahu mereka ini makhluk angkasa. Cerita selanjutnya, kamu tanyalah ibu Mastura sendiri..."

"Baiklah pak cik, saya faham.."

"Lagipun bukan ada ninja ini sahaja, ada juga yang lain. Nanti kamu sampai kawasan kampung, kamu akan nampak."

"Orang luar tak tahu ke?"

"Tak, ini rahsia penduduk kampung kami. Kami tak berani nak putuskan perjanjian."

Selepas satu jam, teksi itu memasuki kawasan hutan seterusnya masuk kawasan kampung. Teksi itu teruskan perjalanan ke kawasan pedalaman. Akhirnya teksi itu berhenti di satu lorong.

"Baiklah kita dah sampai.."

"Dah sampai? Wuahhh", Mastura menguap.

Zul tolong angkat segelintir barang. Teksi itu dipandu pergi.

"Ikut aku...", kata Mastura.

Zul ikut Mastura masuk lorong berbatu itu. Zul ternampak kawasan kebun sayur dan buah-buahan di hadapan sebuah rumah.

"Ini keluarga engkau ke yang tanam?"

"Ya. Indahkan? Jom masuk rumah aku.."

"A.. Apakah itu?!!"

Zul terkejut sampai jatuh. Mastura pun memandang ke tempat mata Zul tuju. Ada seekor naga kepala tiga sedang tidur di sebelah rumah.

"Naga?"

"Ya, naga. Kenapa? Jomlah. Tak perlu kisah pun.."

Mastura menarik Zul bersama. Mastura letakkan barang di depan rumah.

"Mak, Mastura dah balik.", Mastura memanggil dan membuka kasut. Zul ikut serta. Pintu dibuka. Satu serigala berdiri keluar.

"Ouh engkau rupanya..dan engkau?"

Serigala itu pandang Zul. Dia dapat rasakan sesuatu dari Zul. Dia terus lompat ke arah Zul sambil keluarkan kuku dia.

"Kau!!"

Tak sempat dia menyerang, sesuatu sangat laju menghampiri dari tepi.

DUSH!!, perut serigala itu disepak kuat oleh Mastura.

"Uhh..", serigala itu terpelanting sampai ke tempat naga itu tidur. Dia hampir mengenainya.

"Ahhh, Mastura, apa engkau dah buat??"

"Apa? Apa? Hah? Hah?! Jangan berani buat macam tu lagi.."

"Aduhh"

Serigala itu memandang ke sebelah dan melihat naga itu sedang memperhatikan dia.

"Alamak.."

Seorang wanita rendah, Nina keluar. Mastura lari ke arahnya.

"Mak, Mastura rindu sangat dekat mak...", Mastura memeluk Nina.

"Mak pun rindu kamu juga.. tunggu siapa ni?"

Nina melihat Zul. Dia dapat rasakan tenaga besar daripada Zul.

"Tunggu dulu, kamu?"

"Mak, sekejap lagi Mastura beritahu. Jom Mastura tolong siapkan makanan. Ninsaki tolong tengokkan Zul sekejap.."

Mastura masuk ke dalam bersama Nina. Ninsaki mendakap Zul.

"Baik, jom aku tunjuk kawasan persekitaran.."

Ninsaki bawa Zul melihat sekitar rumah. Naga tiga kepala dan serigala itu sedang memperhatikan mereka.

"Aku dah tahu siapa dia.."

"Tunggu dulu, takkan dialah akan jadi tempat kunci moyang engkau yang baru?"

"Ya Zaru, dan kau dah kacau kami tidur tahu tak!"

"Mana ada..", Zaru lari.

"Grrr.."

Ninsaki berbual bersama Zul.

"Jadi, apa yang nak dibualkan?", tanya Zul.

"Ouh takde apa pun, engkau tanyalah apa engkau nak, mesti kau ada banyak persoalan kan.."

"Hmmm baiklah. Korang semua ni datang dari mana? Korang cuba menakhluk bumi ke?"

"Eh, tak-tak. Kami datang sebab rumah planet kami musnah."

"Musnah? Maksudnya?"

"Musnah, hancur.. engkau ni memang tak reti fikir"

"Kalau aku beritahu tentang korang, apa akan jadi?"

"Pertama, orang akan anggap engkau tu gila. Kedua, mata-mata jahat akan buat kau jadi umpan dengan mereka percayakan kata-kata itu. Ketiga, kau hidup tanpa nyawa selama-lamanya.", kata Ninsaki sambil sapu pedang dia.

"Ouh, aku bergurau saja...korang datang sini mesti ada kapalkan? Boleh tunjuk tak?"

"Tak-"

"Ninsaki ! Bawa Zul masuk!", jerit Mastura.

"Jomlah...", sambung Ninsaki.

Ninsaki bawa Zul ke meja makan.

"Zul, jemput makan..", ucap Mastura.

"Tapi, boleh ke saya makan makanan ini?"

"Takpe, makanan ini pak cik jiran tolong buat. Dia sama macam kamu, duduklah..", kata Nina.

"Baiklah...", Zul duduk di sebelah Nina dan hadapan Mastura.

Ninsaki berdiri bersandarkan dinding. Zaru datang duduk bersama mereka.

"Budak, kenapa kamu datang dengan anak saya Mastura?"

"Ouh, saya datang dengan satu hajat. Saya nak kahwin dengan Mastura"

"Puhh!!", Zaru termuntah air. Semua orang tengok dia. Nina halau dia secara agresif.

"Betul ke kamu nak kahwin dengan anak saya?"

"Ya, saya suka dia sejak pertama kali kami bertemu..dia telah mengubah hidup saya hingga ke hari ini..dia juga banyak membantu saya."

"Baiklah, saya setuju tapi dengan syarat. Kamu perlu buat Mastura menjadi salah satu daripada manusia.", sambung Nina.

"Baiklah, saya faham.", Mastura tersenyum.

"Makan dulu... sekejap lagi aku memperkenalkan keluarga baru engkau..."

Selepas satu jam, mereka semua berkumpul di ruang tamu.Nina bawa Zul berjalan.

"Ini Mastura, anak kedua aku, anak yang kami suka.."

Nina tunjukkan dua gambar. Satu perempuan dan satu lelaki.

"Ini bakal kakak ipar kamu. Kamu boleh panggil dia Kak Long dan dia ni bakal adik ipar kamu. Nama dia Aiman. Dia sama macam kamu."

Mastura mengekori mereka berdua.

"Ini Zaru, pelindung Aiman. Dia pandai dalam berlawan dan jangan sesekali kali ajak dia lawan."

Nina bawa Zul keluar.

"Naga kepala tiga itu pelindung kakak ipar kamu, dia sangat agresif dengan siapa kecuali tuan dia. Nama dia Trigarel."

Nina bawa Zul masuk semula.

"Kita tunggu lagi seorang dalam 3..2...1.."

Masuk satu tubuh ke dalam rumah. Kepala dia hampir menyentuh siling. Satu robot berwarna hitam jingga. Robot itu melihat Zul. Tangan kanan dia jadi pedang sambil mendekati Zul. Nina berdiri di hadapan Zul.

"Dan dia ni Taurus, dia ni agak kasar sedikit. Maafkan dia ya.."

"Nina, jangan halang aku.."

"Taurus, jangan melawan. Dia ni tetamu kita"

Taurus terpaksa akur.

"Nina, Zed dah kembali dan kami dah dapat bina dia semula.."

Mastura dekati Taurus.

"Mana Zed, Taurus?"

"Ikut aku...kalau manusia itu nak ikut jugak, jauhkan dia dari aku..", Taurus keluar rumah.

"Jom Zul.", Mastura tarik Zul keluar.

Mereka berdua mengekori Taurus.

"Mastura, kenapa mereka layan aku macam musuh?", tanya Zul.

"Tak perlu pedulikan mereka, lagipun mereka ni tak berapa suka dengan orang luar..", tipu Mastura.

"Kalau begitu, baiklah.."

Mereka masuk terowong bawah tanah. Selepas beberapa minit, mereka tiba dia satu pintu.

"Rom, aku bawa dia..."

"Siapa manusia sebelah dia?"

"Makhluk asing", kata Taurus. Kemudian mereka bertiga masuk.

"Makhluk asing???"

Taurus bawa Mastura ke satu robot saiz manusia sedang duduk. Mastura lari dan memeluk robot itu sambil menangis.

" *sob* Zed *sob* ", menangis Mastura.

Seorang lelaki memakai jaket makmal melihat Zul.

"Taurus, siapa lelaki tu?"

"Engkau tanyalah makhluk asing tu sendiri...", Taurus keluar.

"Haih...encik, siapa encik ini?"

"Saya Zulkifli, tunang Mastura."

"Tunang Mastur?", Zed bersuara.

"Ya, dia tunang aku...", sambung Mastura.

"Tahniah Mastura...aku pun turut gembira...", Zed berdiri.

"Mastura, kamu boleh bawa Zed balik ya... jangan hancurkan dia lagi..."

"Ba... baiklah"

Zed ikut Mastura balik.

"Keluarga kita sihat?"

"Sihat saja ..."

"Kenapa aku tak dapat rasakan Hugo di kawasan ni?"

"Itu.."

Taurus dekati mereka.

"Hei makhluk asing...mari sini"

"Aku?", tanya Zul.

"Engkaulah makhluk asing. Mastura jangan ikut, ini arahan.."

Zul ikuti Taurus dari belakang menuju ke tempat lain.

"Jadi, engkau ni Taurus..?"

"...."

"Kau ni lembu atau kerbau atau kambing?"

"...."

"Hoi, lepaskan aku!"

Taurus pegang dan baling Zul masuk bilik. Bilik itu ada satu kerusi dan Nina berdiri di sebelah.

"Kamu, duduk sini"

Zulkifli ikut.

"Kamu boleh sahaja kahwin dengan Mastura tapi tolong ceritakan sejarah keturunan kamu.."

"Tapi, nenek saya kata ini rahsia.."

"Beritahu saja, hanya kamu dan aku dalam bilik ni.."

"Sebenarnya, waktu saya kecil dahulu, nenek saya pernah ceritakan keturunan saya.Dia cakap keturunan kami ini macam disumpah. Setiap kami lahir, kami ni tak boleh dapat dua orang anak. Mesti tunggal. Kalau anak lebih seorang, mesti anak itu dapat penyakit. Penyakit misteri itu tidak dapat diubati oleh mana-mana doktor. Nenek saya juga berpesan bahawa ada satu mitos yang seseorang dari keturunan kami boleh seseorang itu mempunyai dua orang anak atau lebih dengan bantuan seseorang. Saya pun nak tahu caranya tapi kenapa mak cik bertanya tentang keturunan saya?"

"Aku nak pastikan kamu ini boleh dipercayai..."

"Tak apa ke kalau saya cuma boleh dapatkan seorang anak sahaja?"

"Boleh... asalkan aku ada cucu.. untuk keselamatan masa depan."

___________________________________________

Pada keesokan harinya, Mastura bersiap-siap untuk keluar. Zul dan Aiman tolong menyediakan makanan. Selepas itu, mereka makan bersama-sama.

"Mastura, nanti kamu ikut adik kamu ya... Zulkifli kamu tinggal di sini..."

"Baik mak..", sambung Mastura.

Selepas cuci pinggan, Mastura mengikut Aiman menaiki van manakala Zul sedang duduk menonton drama melayu bersama Zaru.

"Kau ni memang suka tengok drama?", tanya Zul.

"Entah, cerita ni seronok sangat... tengok orang baik kena pijak dengan orang jahat lepas tu ada sifat cemburu...wuu macam tu.."

"Zaru, aku nak tanya, pelindung tu apa?"

"Kau tanya tentang kami..oh tu senang sahaja. Kami ni makhluk yang ditugaskan untuk menjaga manusia dalam ancaman juga membantu mereka.."

"Kenapa macam tu pulak? Makhluk asing tak ada ke?"

"Ada juga tapi tak banyak sebab kami ni patut lindungi manusia kerana ketika manusia mendarat di planet kami, mereka ialah makhluk paling lemah dibandingkan dengan makhluk asing yang mendiami planet itu. Jadi, atasan kami buatkan kami jadi pelindung kepada manusia. Hanya manusia terpilih sahaja dapat pelindung. Kami ni juga datang dari dimensi lain dengan banyak kisah. Portal kami bersambung dengan planet itu. Namun, selepas AFAR bangkit, portal itu lenyap tanpa mesej"

"Tunggu dulu, macam mana manusia boleh sampai sana? Siapa AFAR??"

"Kalau engkau nak tahu macam mana manusia sampai sana, itu aku tak tahu tapi emak mertua engkau mungkin tahu hal ini dan AFAR ialah makhluk yang rosakkan planet kami juga menutup semua jalan keluar. Jalan keluar yang tinggal adalah meninggalkan planet. Atasan kami pun tak boleh lawan dengan AFAR ni"

"Ouh aku turut bersimpati juga..."

*Zaru sambung tonton drama*

Selepas itu, Zul pergi bersiar-siar di sekitar kampung. Kampung itu hanyalah kampung biasa. Penduduk itu berucap dalam kepada Zulkifli. Zul berhenti pada satu buah rumah dalam pembinaan. Beberapa orang kampung, Zed dan Taurus sedang membuat kerja. Zed melambai.

"Hei, sini.."

Zul berjalan ke Zed.

"Kenapa engkau ada di sini? Engkau sesat?

"Taklah, saya cuma bersiar-siar."

"Macam mana suasana di sini? Ok?"

"Bolehlah...saya ada satu soalanlah, kenapa korang pelindung berbadan robot/besi berbanding tubuh fizikal lain?"

Taurus terpandang mereka berdua.

"Aduh Zed ni dia tak nak dengar cakap juga, haih.."

"Kami ini pelindung yang tidak mempunyai tubuh yang tetap atau tidak dimiliki sesiapa atau dipisahkan."

"Maksudnya, pelindung yang duduk dalam robot ni bebas?"

"Tidak, itu cuma minoriti. Kami majoriti masih mempunyai tuan..tubuh aku dulu bukan macam ni, akulah pelindung pertama dan separuh pemusnah pertama dilahirkan untuk menjaga manusia dengan saiz kecil namun tenaga aku sangat kuat. Badan aku sering dinaik taraf untuk kestabilan badan dari hancur."

"Ouh, Taurus tu pun sama?"

"Taurus tu lain cerita. Dia cuma ambil badan robot untuk kuatkan kekuatan dia."

"Baik, saya faham.."

Zul tolong membantu Zed dan lain-lain.

avataravatar
Next chapter