7 --Sepasang Kekasih Abadi-- #Bahagian 1

Selepas dua tahun, pelajar dari Universiti itu telah graduasi. Mastura telah dapat markah point cemerlang dan sambung bidang pekerjaan di bandar lain.

Mastura mula pekerjaan pertama di sebuah syarikat tempatan. Pada mulanya, pekerja di situ pandang remeh terhadapnya namun setelah itu, Mastura mula dihormati kerana masa itu syarikat mempunyai masalah kewangan dan Mastura telah menyelesaikan isu berkenaan. Setiap hari Mastura bekerja siang dan malam.

Pada suatu hari, Mastura sarapan pagi di restoran berlainan berbanding hari sebelumnya. Dia berbual dengan rakan atas talian dengan video (video call) . Sedang dia berbual, sekumpulan anggota polis masuk ke dalam untuk makan. Hati Mastura tersentuh dan berasa pelik. Mastura memandang sekejap ke tempat para polis duduk. Di antara mereka ada satu muka hampir dikenali tapi sudah berubah. Orang itu ialah Zulkifli. Zulkifli telah menjadi pangkat inspektor. Tiba-tiba Mastura terasa malu dan tunduk memandang telefon. Zulkifli terperasan ada orang memandang dia dan tidak diendahkan.

____________________________________________

Selepas pekerjaan, Mastura duduk termenung lama dalam kereta. Dia masih memikirkan tentang Zulkifli. Selepas itu, keluar Mindaku di sebelah.

"Ninsaki, apa perlu aku buat?"

"Mastura, kalau kau suka sangat dia, pergilah jumpa dia dan lepaskan hati kau dekat dia. Lagipun, kita juga perlukan dia..."

"Itu aku tahu tapi...."

Ninsaki letakkan kedua-dua tangan pada bahu Mastura.

"Mastura, engkau perlu lakukannya juga, ini demi masa depan kita juga planet ini. Kalau naga tu terlepas, macam mana pulak?"

Mastura menangis sikit dan mengangguk.

"Baiklah Ninsaki, saya akan cari dia...."

"Kalau engkau nak cari aku, panggil saja walau aku tak faham isi hati orang...", Ninsaki kembali.

VROOM!, Mastura menghidupkan enjin kereta dan memeriksa telefon untuk mencari lokasi balai polis. Selepas beberapa minit, Mastura tiba di perkarangan.

"Puan ada apa-apa urusan di sini?", tanya sekuriti.

"Saya nak mencari seseorang, dekat sini ada tak pegawai polis bernama Zulkifli?"

"Puan nak cari seseorang? Puan boleh masuk pejabat dan bertanya di dalam.."

"Baik terima kasih."

Mastura parking kereta dan masuk ke dalam pejabat polis itu dan ke kaunter pertanyaan.

"Ya puan, ada apa-apa urusan di sini?"

"Ada tak pegawai polis bernama Zulkifli bin Rahman bertugas di sini?"

"Tunggu sebentar ya puan..."

Selepas beberapa minit, puan polis kembali.

"Maaf puan, tuan Zulkifli telah pulang sebentar tadi, kenapa puan nak bertemu dengan tuan?"

"Maaf, takde apa-apa, saya balik dulu...maaf mengganggu..."

Mastura cepat-cepat balik ke kereta sambil malu.

"Nasib baik..alamak!"

Mastura melihat jam, sudah hampir malam. Dia cepat-cepat pulang namun puan polis itu keluar sambil mengiringi seseorang. Kereta Mastura keluar dari perkarangan.

"Mana orang yang nak jumpa saya?"

"Maaf tuan, rasanya dia telah pulang..."

"Baiklah, kamu pergi masuk dalam..."

Lelaki itu memandang ke langit.

"Haih...mungkin itu Mastura atau dia saja?"

_____________________________________________

Pada pagi seterusnya, Mastura makan di restoran sama tetapi mengambil meja di sudut. Dia menunggu dengan lama namun sosok tubuh Zul masih tidak kelihatan. Akhirnya, selepas satu jam berlalu, Mastura putus asa menunggu. Dia berjalan pergi.

Zul bersama rakannya baru sahaja tiba di restoran. Zul nampak seorang wanita berjalan keluar tapi orang itu jalan ke arah lain.

Tiba-tiba, ada dua orang yang naik motosikal dengan laju hampiri perempuan itu seperti hendak meragut beg.

"AAHH!", kedua-dua penunggang motosikal terkejut setelah kenderaan mereka melambung ke udara. Mereka jatuh ke tanah.

"Cepat, tangkap mereka!", jerit Zul.

Rakan sepasukan Zul berjaya menangkap dua orang itu.

"Ouh...cuba meragut ya .."

"Tuan Inspektor, perlu ke kita tangkap wanita tadi?"

"Tak perlu, korang rahsiakan apa yang kurang nampak tadi tahu...mari kita kembali ke balai.."

"Tapi tuan, kami lapar ni.."

"Aish, nantilah..mari kita pulang.."

"Tuan bertiga tolonglah, kami tak bersalah...", pujuk dia orang itu.

"Ahh! Diam! Pergi cerita dekat balai saja..."

Mastura sedang menyorok di belakang bangunan sambil memerhatikan gelagat mereka.

"Ish engkau ni Ninsaki, tak perlulah melambung motosikal tu tak tadi..."

"Maaf, aku terpaksa.."

"Jomlah, aku dah lambat ni.."

Di tempat kerja Mastura, dia masuk senyap-senyap guna lubang tikus. Dia berjalan perlahan-lahan ke ruang bekerja.

"Tap! Lap!", seseorang mengetuk bahu Mastura. Mastura terkejut.

"Opocot pot!"

"Apa cot-cot?? Ouh senyap-senyap dia masuk lambat.."

"Sshh, diamlah, nanti dia tahu pulak..."

"Jom, ikut sini"

Kawan Mastura bernama Alia menolong Mastura masuk ke ruangan kerja. Mereka berdua berborak.

"Mastura, makin lama kau bekerja dekat sini janganlah buat masalah lagi.."

"Alaa, nape? Aku dah biasalah.."

"Tapi kenapa engkau datang lambat? Haa..."

"Apa?Apa?"

"Kau jumpa pakwe yee..."

"Eh, mana ada...siapa yang suka sangat dekat aku? hmmmmph"

"Mengaku jelah.."

"Tak nak"

"Woi, apa sembang-sembang ni, kerja cepat..", seorang wanita menegur mereka. Alia cepat-cepat sambung kerja.

"Haih, si Clara datang berkokok di sini lagi...", kata Mastura.

"Apa?! Kau ingat kau pandai sangat dah ke budak kampung."

"Bla..Bla..Bla..tak heran pun. Kau tu bukan apalah sangat.."

"Eeeee, nanti kau. Kau nasib je mak aku asyik backup kau...", Clara jalan.

Clara merupakan anak perempuan kepada Puan Surya, ketua syarikat Mastura bekerja. Puan Surya selalu memuji Mastura atas kepandaian dan ketelitian dalam urusan syarikat dan sebab itulah membuatkan Clara sering membenci Mastura. Clara ini anak tunggal keluarga kayangan namun sikap dia tidak bagus.

"Ish engkau ni Mastura, tak takut ke nanti dia buat hidup engkau merana?, tanya Alia.

"Takpe, tak kisah pun. Jom sambung kerja..."

Clara mengintai dari jauh langsung pergi.

Pada waktu tengahari Alia mengajak Mastura makan bersama. Semasa mereka berjalan ke cafe, Mastura ternampak Clara dan bossnya sedang makan bersama seorang lelaki dikenalinya. Alia pelik melihat Mastura termenung ke meja Clara.

"Hei Mastura, buat apa tu?", bisik Alia.

"Eh takde apa pun..."

"Jangan pandang lama-lama sangat, jomlah..", Alia tarik Mastura.

Pada petang berikutnya, Puan Surya mengadakan mesyuarat terbuka

"Hello Dan selamat petang kepada ahli syarikat ku, hari ini saya ada berita gembira kepada kamu semua iaitu anak saya, Clara akan berkahwin pada minggu depan..", Puan Surya tepuk tangan diikuti lain.

"Jadi sebelum kamu pulang, ambil kad jemputan hadir ini ya, kamu tak akan dapat masuk tanpa kad ini, terima kasih..", Puan Surya menyuruh penolongnya bertugas. Sampai saja di meja Mastura, Clara menghalang.

"Jangan bagi dekat perempuan ini, dia dilarang masuk."

"Tapi...tapi ..", penolong Puan Surya tidak boleh berkata apa-apa.

"Siapa nak datang tengok dia kahwin, puih!"

"Kau?!"

Tanpa berlengah masa, penolong Puan Surya terus bagi kad itu secara paksa dan pergi.

"Tak guna, cuba lari ya.. nanti kau Mastura!", Clara mengejar.

"Mastura, betul ke kau tak nak datang?"

"Entah, aku pun tak tahu. Hari ni aku balik awal tau, ok bye~"

"Bye Mas"

Mastura berjalan kaki ke tempat kereta parking berdekatan restoran. Clara memandu secara senyap mengikuti belakang Mastura. Ninsaki beri tanda amaran.

"Mastura, orang gila tu ikut kau "

"Orang gila? Pandai pun engkau ni Ninsaki, dia tu sesuai dipanggil gila .."

Ninsaki termenung.

"Kau sihat ke? Demam tengok lelaki tu?"

"Aku sihat lah bengap!"

Mastura tolak Ninsaki. Clara dari belakang melihat Mastura menolak angin.

"Hahaha...dia ada kawan imaginasi? Memang gila..okay kamu orang boleh mulakan kerja..", Clara menelefon seseorang sambil merakam.

"Baik."

Selepas Mastura memasuki satu lorong, dua van putih berhenti menutup jalan keluar. Keluar ramai orang sambil bawa besi dan kayu pada tangan.

"Hahaha! Seorang perempuan? baguslah, kita dapat habuan malam ni! Hahahaha!"

"Yeah!!", mereka semua seronok dan mula menghampiri Mastura. Clara merakam dari belakang van.

"Tidak, jangan apa-apakan saya, saya tak bersalah..", Mastura pura-pura lembut.

"Kami cuma jalankan tugas cik, jangan risau kami takkan--"

"Ambik ni!!"

"Uhh"

DUSH!, orang itu disepak pada muka dan terpelanting ke belakang. Mukanya berdarah. Clara yang merakam ternganga. Rasa kesal dan bimbang mula melonjak dalam hatinya. Mastura mengutip kayu orang itu.

"Ninsaki, aku ambik sebelah sini engkau belah sana!"

"Baiklah"

"Pukul saja"

"Ok.."

"Jangan bunuh..."

"Aku tahulah"

Ninsaki menunjukkan diri dalam sekelip mata sahaja. Mereka semua dari gembira mula takut terus.

"La... lari!!"

"Sudah terlambat!", jerit Mastura.

Mastura dan Ninsaki memukul mereka hingga tumbang. Clara merakam cuba lari.

"Mastura! Orang gila tu buat sesuatu!"

"Dia merakam?! Cepat kej--"

WIIWOW!!, kedengaran bunyi siren polis. Clara sempat lari.

"Tak perlu.."

"Tapi, nanti?!!"

"Ninsaki.."

"Ok...haihhh..", Ninsaki kembali.

Pihak polis datang dan mengepung mereka. Seberapa polis terkejut melihat Mastura berjaya menumbangkan hampir semua mereka bersenjata kayu dan besi itu.

"Jatuhkan senjata kamu dan angkat tangan ke udara!", Mastura mengikut.

Mereka semua ditangkap termasuk Mastura.

___________________________________________

Mastura ditangkap dan diletakkan di bilik soal siasat. Seorang polis menyoal dia

"Jadi puan, puan ke yang mengalahkan mereka?", Mastura mengangguk.

"Tetapi puan, macam mana puan kalahkan mereka semua? Adakah puan ini ada-"

"Saya tak tahu..."

"Kalau macam tu puan, kami perlu tahan puan lebih lama...maaf..", polis itu keluar dan pergi berbual dengan rakannya.

"Kenapa engkau keluar?"

"Entahlah, aku rasa seram sejuk duduk dalam tu. Aku pun tak boleh nak percaya dia boleh kalahkan semua tu keseorangan.."

"Betul tu, aku rasa dia ada kuasa ghaib.."

"Ehem!"

Datang seorang polis berpangkat tinggi menyapa mereka.

"Kenapa tak siapkan tugas kamu?"

"Maaf tuan inspektor, saya takut saya akan terkena sihir saja.."

"Sihir? Ada kes baru?"

"Ya tuan, ada seorang perempuan ini mampu menjatuhkan sekumpulan penjenayah bersenjata seorang diri .."

"Hmmmm menarik kes kamu ni, biar saya saja buat tugas ni..", inspektor itu masuk dalam.

"Aku harap inspektor tak apa-apa"

Mastura sedang letakkan muka pada meja.

DUM!, bunyi pintu ditutup rapat. Mastura terkejut. Kedengaran bunyi kerusi ditolak tarik.

"Hmmmmm... lambatnya-", kata-kata Mastura terhenti melihat muka inspektor itu.

"Hahahhahahha... engkau dekat sini ya...", Mastura tergelak. Inspektor itu terkejut dengan karenah itu. Dia seperti naik angin.

"Puan, tolong bersopan santun di sini...saya nak menyoal kamu tentang-"

"Tak perlu.."

"Apa puan katakan?"

"Saya cakap tak perlu..."

"Puan, sila letak tangan puan atas meja atau saya gunakan kekerasan.."

KRAK!, tombol pintu bilik itu dironyok. Inspektor itu benar-benar terkejut. Dua orang polis yang berjaga sangat terkejut. Mereka datang ke pintu untuk selamatkan namun tidak berkesan.

"Tuan, buka pintu ni tuan!"

"Tuan, jangan risau, kami akan cari bantuan..."

CCTV yang merakam rosak dan elektrik mati. Cermin halangan juga kabur. Kini, bilik itu bebas tanpa gangguan.

"Puan, kenapa puan buat macam ni?"

"Engkau ada buat salah, Zul.."

"Tunggu, macam mana puan tahu nama saya?"

"Salah engkau tak ingat aku Zul.."

"Mastura?"

Ninsaki tolak Zul ke dinding dan dikunci.

"Zul..Zul...berani engkau tak ingat aku..."

"Mastura, janganlah macam ni... maafkan aku.."

"Engkau ni pun, kita tak buat salah tibe je minta maaf..."

"Eh?"

"Ninsaki.."

Ninsaki lepaskan Zul dan jatuh ke lantai. Mastura duduk depan Zul.

"Zul, apa khabar, engkau sihat tak? Kali terakhir kita jumpa engkau ni lemah longlai tapi sekarang badan mula maco...pfft'"

"Ish engkau ni, buat takut aku je..tak takut ke kalau orang tahu kita ni berkenalan?"

"Tak, lagipun kita ni dah berpasangan.."

"Berpasangan? Tunggu dulu, sejak bila?"

"Sejak kita kali pertama bertemu...", senyum Mastura.

"Maaf Mastura tapi sekarang ini saya dah bertunang, maaf sangat-sangat, saya dah cuba sedaya-upaya untuk cari kau tapi keluarga aku tak bagi dan terpaksa terima kenyataan...tapi kita boleh kawan kan?"

"Hmmmm ok, kawan selamanya?"

"Ya Mastura, kita kawan..."

"Baiklah ...", Mastura bangun untuk pergi. Zulkifli mahu halang tapi tidak berdaya kerana pertunangannya.

KRAK!, pintu bilik dibuka Mastura. Semua polis bersedia merempuh Mastura.

"Tak perlu, biarkan dia pergi...dia tak bersalah.."

"Tapi tuan, kalau perkara ini berulang lagi?"

"Takpe, saya boleh selesaikan.."

Mastura pulang dengan berat hati. Dia seperti nak menitiskan air mata namun Ninsaki menghalang.

"Takpe Mastura, kita boleh cuba lagi...hihi"

"Sampai bila? Umur bola itu tidak dapat bertahan lama lagi...nanti Bumi ni musnah macam mana?"

"Sampai dia putus tunang atau kita bincang sikit-sikit dengan dia nanti..."

"Bagus idea tu..pandai kau"

Mastura berjalan dengan riang.

avataravatar
Next chapter