6 --Jodoh--#Bahagian 2

Pada malam berikutnya, di bilik asrama lelaki, lelaki itu sedang memeriksa buku jika ada yang tertinggal. Tiba-tiba, keluar sehelai nota kecil di celah muka surat. Dia mengutip dan terkejut.

"Bukan ke aku dah bagi kertas ni pada Jake? Macam mana kertas ni... tunggu dulu... jangan kata hantu? Tak-tak, tak mungkin. Nantilah aku mesej dia, tak penting pun sekarang..."

Lelaki itu menyimpan kertas ke dalam meja laci. Ketika itu, Mastura sedang membuat assignment, Ninsaki keluar.

"Mastura, lelaki itu tak menelefon puan, perlukah saya paksa dia?"

"Tak perlu Ninsaki, kalau dia perlukan apa-apa nanti dia telefonlah. Jangan risau, kita rehat dulu..."

"Baik Mastura", Ninsaki kembali.

Pada keesokkan harinya, terjadi satu berita mengejutkan kepada warna mahasiswa dan mahasiswi universiti tentang kehilangan pelajar perempuan. Setelah berita ini dilangsungkan, pihak keselamatan universiti itu mengetatkan pergerakan pelajar di sekitar universiti. Dua orang kawan Mastura juga hilang. Mastura sedang berbual bersama rakannya.

"Pelik, mana diaorang berdua ni? kata nak datang...," tanya Mastura.

"Tak tahulah Mastura, saya pergi dulu. Jagalah diri awak baik-baik.."

Mastura mengangguk. Rakannya pulang ke blok asrama.

"Peliknya, kenapa aku baru perasan...haih.."

RITITITI , bunyi mesej masuk. Mastura tumpang duduk di kerusi batu lalu memeriksa mesej dari nombor tidak diketahuinya.

******

"Hello", mesej tadi.

"Apa khabar?", Mastura tulis.

"Khabar baik, semalam engkau kata kalau aku ada masalah boleh berjumpa dengan kau kan, boleh kita berjumpa?", balas mesej.

"Ya, betul tu tapi siapa nama kamu?", tanya Mastura.

"Saya Zulkifli bin Rahman.., panggil Zul."

"Mastura."

"Baik Mastura, ada sedikit perkara hendak dibincangkan, boleh kita berjumpa di perpustakaan tingkat 2?"

"Boleh, jumpa kau di sana"

******

Mastura simpan telefon dia. Dia mengemas barang dan berjalan ke perpustakaan. Mastura berjalan dan ternampak kumpulan Jake sedang berbual dengan sekumpulan perempuan comel. Mastura ternampak Jake melambai namun tidak diendahkan dia. Mastura masuk ke perpustakaan. Di tingkat dua, Zulkifli sedang menunggu di satu meja di hujung. Mastura datang duduk di depan Zulkifli.

"Awak Zulkifli?"

"Ya..aa..itu s..saya"

"Jadi apa awak nak bualkan?"

"Sebentar..."

Zulkifli menampar muka untuk tahan rasa malu dan mengambil nafas panjang.

"Saya nak beritahu sesuatu kerana awak ni macam boleh dipercayai, sebenarnya saya bukan pelajar dari sini. Saya seorang kadet dari sekolah polis, kumpulan saya perlu bantu penyiasatan tentang kehilangan pelajar perempuan baru-baru ini dan..."

"Tunggu dulu Zul, kenapa saya? Apa kau mahu?", suara Mastura berubah sedikit.

"Sebab saya suspek Jake, mesti dia dalang semua ini, semua perempuan dia berbual semua hilang kecuali awak"

"Saya?"

"Ya, awak. Hari tu ada kawan awak berbual dengan Jake kemudian hari ini mereka hilang.."

"Tunggu dulu Zul, kau mengintip kami selama ni?", Mastura rasa kurang senang.

"Tak-tak, jangan salah faham. Saya hanya menjalankan tugas, namun sebab...W..Woah!!!!!", Zulkifli terkejut dia ternampak pantulan cermin , seorang ninja sedang berdiri di belakang dia dengan pandangan bunuh. Zulkifli pandang ke belakang dan segera menjauhi kerusi dia.

"Apakah?!! Mastura, kau nampak tak?"

"Ninsaki?!!!! Jangan keluar macam tu.."

"Tapi Mastura, macam mana dia nampak saya ketika halimunan?"

Mastura memandang tajam ke Zulkifli.

"Bawa dia ke belakang...", tegas Mastura.

"Tunggu, Mastura! Jangan!!, Arhhhhh!!!"

Pengawas perpustakaan segera naik ke tingkat 2 setelah terdengar jeritan namun tiada sesiapa di sana. Di belakang universiti berdekatan bangunan lama, mereka tiba.

BUMHHH!, Zulkifli dicampak ke dinding sampai retak. Zulkifli termuntah darah.

"Ouh, korang dah sampai ke Bumi rupanya dan menyamar menjadi polis, kau ingat aku ni b*d*h ka hah?? Berani betul datang sini buat kecoh, culik pelajar perempuan dan cuba goda aku, hmphhh tak kan menjadi!"

"Menyamar? Tak aku betul-betul polis lah.."

"Tak berguna jugak alasan kau, kalau rahsia aku terbongkar lagi macam mana? Kau perlu dibunuh!"

"Mastura, sekarang masanya??", Ninsaki menarik keluar pedang.

"Mastura, dengar dulu, aku tak tahu apa kau cakap tapi aku tak kisah siapa kau datang dari mana dan asal awak tapi dengar dulu cakap aku, kau perlu tolong aku tangkap dan tumpaskan Jake juga selamatkan pelajar lain..ini demi keselamatan semua orang jugak.."

"Mastura?", Ninsaki bertanya. Mastura sedang berfikir.

"Mastura, aku betul-betul akan rahsiakan hal ini, tolonglah, aku janji akan berikan apa-apa sahaja.."

"Apa-apa sahaja?"

"Betul aku janji, uhuk!"

"Hentikan Ninsaki, maaflah Zul tentang tadi ", suara Mastura jadi lembut.

"Mastura, maaflah menyusahkan awak.."

"Takpe, apa rancangannya? Kalau saya terus masuk belasah semua macam mana?"

"Takkan menjadi, kalau ada orang lain tahu tentang ni, kecoh dunia nanti dan tolonglah aku ni, Ninja ni baling aku kuat sangat..", Zul pengsan.

"Ninsaki! Kenapa campak dia kuat sangat??"

"Maaf Mastura, saya tak sengaja..."

Mastura dan Ninsaki bawa Zulkifli ke hospital.

____________________________________________

Pada malam seterusnya, Zul dan Mastura senyap-senyap mengikuti Jake dan kumpulannya. Mereka tiba di sebuah rumah agam (rumah kaya). Zul dan Mastura menyorok dalam semak.

"Baiklah, kita ikut perancangan kita...", bisik Zul. Mastura mengangguk. Mastura keluar dari semak berjalan ke pintu pagar manakala Ninsaki duduk di atas bumbung untuk hancurkan CCTV setelah isyarat diberikan atau mereka dalam bahaya. Dua pengawal hentikan Mastura.

"Cik, cik nak ke mana? Ini kawasan larangan.."

"Ermmm, saya ni kawan Jake lah, korang tak nampak ke? Mana Jake?", Mastura buat muka comel. Dua pengawal tersentak. Perasaan Mastura berapi ketika itu seperti mahu memukul Zul habis-habisan selepas semua masalah selesai.

"Kau, bawa dia masuk, jangan sorok orang macam hari tu lagi, nanti tuan Jake marah lagi.."

"Aku tahulah, cik ikut sini.."

Mastura ikut pengawal itu ke dalam. Mereka masuk dan pengawal itu berbual dengan bodyguard Jake. Kata-kata itu dihantar sehingga ke telinga Jake.

"Betul ke? Siapa nak jumpa aku? Perempuan comel dan cantik? Bawa dia ke sini...."

Selepas itu, Mastura muncul kan diri dan buatkan Jake hilang akal. Jake cepat-cepat bawa Mastura duduk.

"Awak, kenapa awak ada dekat sini?", tanya Jake.

"Saya dah lama sukakan awak cuma malu", tipu Mastura.

"Eh, ye ke??", seorang bodyguard berbisik pada Jake.

"Yelah, tak kan tak percaya..."

" Mari ikut saya.."

Jake bawa Mastura ke dalam sebuah ruang dan bodyguard Jake tolak Mastura jatuh ke lantai. Ada seseorang lagi ditolak jatuh ke lantai bersama dia. Orang itu ialah Zul dengan luka teruk di tubuh. Mastura terkejut.

"Ouh, korang berdua rancang nak jatuhkan aku ya.. jangan harap! Kamu semua buatlah apa korang suka buat pada mereka, asalkan mereka tak mati..", Jake keluar.

"Baik tuan Jake..."

"Ninsaki!!!"

"Ninja? Apa? Karut betul perempuan ni", mereka makin dekat dengan Mastura. Terdengar bunyi kaca pecah.

"Aku dah tak tahan dah Mastura!!"

Semua orang Jake tengok Ninsaki dan tergelak.

"Ninja? Hahahaha, zaman apa ni???"

"Simpan gelak korang dulu..."

"A....apa tu...."

SHRINGGG!!, keluar banyak bilah. Banyak darah terpancut keluar dari tubuh orang Jake. Pelbagai jeritan keluar. Orang Jake di bahagian lain bergegas datang dan terkejut. Mereka keluarkan pistol dan tembak.

SLASH!!, mereka semua terus mati dibunuh. Ninsaki berjalan keluar dari ruang itu dan bunuh semua orang kecuali Jake. Zulkifli buat panggilan polis.

"Ninsaki, tangkap Jake dan bunuh yang lain, kalau polis tiba kau kembali"

"Baik,"

Mastura dan Zulkifli pura-pura pengsan sambil terkejut.

____________________________________________

"Selamat pagi Malaysia, pada semalam hari kita dikejutkan dengan insiden terletak di sebuah rumah agam tidak jauh dari universiti laporan kes pelajar hilang. Seorang kadet polis telah berjaya menumpaskan penjenayah. Ketua kumpulan, Jake berjaya ditangkap pihak polis manakala penjenayah lain telah dilaporkan dibunuh pembunuh upahan berbahaya. Penduduk setempat dikhuatiri berhati-hati dengan orang ini. Pihak kerajaan akan cuba sedaya-upaya menangkap pembunuh ini. Pelajar perempuan yang diculik telah dijumpai di bilik bawah tanah dengan keadaan lemah bersama dadah bernilai jutaan ringgit, selepas ini....", berita lain.

Zulkifli di hospital berasa tenang dengan berita itu. Dia pun tak tahu bila dia dapat bertemu Mastura nanti. Kalau dia dapat bertemu dengan Mastura lagi, dia akan menganggap dirinya bertemu jodoh.

avataravatar
Next chapter