5 --Jodoh--#Bahagian 1

Selepas beberapa hari kapal Komander Nina terhempas, setiap manusia di dalam kapal tersebut diterangi cahaya selama 2 saat menunjukkan umur mereka menjadi manusia bumi. Mereka semua berkumpul di luar kapal dan mencari jalan keluar dari hutan.

Mereka berjalan dan berkhemah sepanjang seminggu dalam hutan. Makhluk-makhluk buas dalam hutan tidak berani mereka kerana makhluk pelindung.

Selepas beberapa hari menjelajahi, mereka tiba di sebuah perkampungan. Beberapa orang kampung memanggil ketua kampung untuk mengenali orang baru. Nina menipu ketua kampung mengatakan mereka ialah pelarian dari kawasan lain. Ketua kampung menerima mereka dan membina kawasan perkampungan terbaru. Ketua kampung juga teruja dengan teknologi yang dibawa oleh Nina.

Kawasan perkampungan di situ terletak di sekitar kawasan pergunungan. Namun, selepas beberapa hari, penduduk mula mengetahui isu pelindung dan menakutkan mereka. Ketua kampung meminta penjelasan dari Nina supaya menerangkan siapa diri mereka dan apakah menakutkan penduduk kampung tersebut. Kemudian, Nina menerangkan secara berterus terang. Ketua kampung bangga dan terkejut kerana kampung mereka memiliki makhluk asing.

Dengan cara ini, keselamatan penduduk kampung dapat dipertingkatkan dan dijamin. Bangsa pelindung mempelajari bahasa di Bumi di tempat dinamakan sekolah. Mereka juga belajar cara membuat duit.

Kanak-kanak dihantar ke tadika dan sekolah rendah manakala remaja dihantarkan ke sekolah menengah termasuk Mastura. Walaupun begitu, Mastura turut dipanggil genius selepas beberapa hari di sekolah baharunya. Ramai pelajar lelaki cuba memikat Mastura namun tidak lepas kerana aura Mastura amat seram. Selepas peperiksaan tahun terakhir berakhir, pencapaian Mastura amat mengagumkan. Mereka yang tidak percaya (kawan sepelindung) Mastura tidak meniru kerana ketika peperiksaan, Ninsaki akan dikunci Taurus, pelindung Nina.

Mastura sambung pelajarannya ke peringkat universiti di kawasan luar juga dia mula tinggal di pusat bandar keseorangan. Pernah juga Mastura cuba diculik namun tidak lepas kerana kekuatan Mastura dan kemunculan Ninsaki.

"Ninsaki!"

"Baik Mastura!!"

Keluar Ninsaki dengan aura menakutkan. Penjahat yang takut dengan hantu melarikan diri. Penjahat dengan senjata api menembak Ninsaki. Dalam sekelip mata, peluru menjadi abu. Mereka ketakutan dan lari. CCTV terakam turut dimusnahkan Ninsaki. Mastura turut mendapat ramai kawan baharu dan merendahkan identiti dia. Sehingga satu hari, selepas kuliah, Mastura pergi makan di cafe bersama rakannya.

Mereka menikmati makanan bersama-sama sehingga 3 orang lelaki popular melintas di sebelah meja Mastura dan rakan-rakannya. Ketua 3 orang lelaki itu tertarik dengan kecantikan Mastura lalu mendekati mereka. Kawan-kawan Mastura terkejut melihat melihat lelaki itu mendekati mereka.

"Wow tengok tu! Jake datang sini!!"

"Tu Jake! Wahhh.."

"Mastura, itulah Jake yang kami cakapkan..."

"Huh?"

Mastura yang duduk di penjuru meja melihat seorang lelaki tampan mendekati mereka. Mastura buat muka tak tahu.

"Hello gadis cantik, boleh kita berkenalan?", tanya Jake.

"Mastura, Wahhh!!" Bagusnya..."

"Untungnya Mastura..."

"Huh? Berkenalan? Tak tahu, tak nak pun.."

"???"

Kawan-kawan Mastura dan Jake terpaku mendengar kata-kata Mastura. Mastura menjadi wanita pertama yang menolak pelawaan Jake.

"Ouh, begitu.... kita akan berjumpa semula nanti ya gadis cantik....", Jake kelip satu mata.

"Wow...hensemnya..."

Semua orang teruja.

________________________()_______________________

Pada petang berikut, Mastura sedang berjalan keseorangan ke perpustakaan. Dia terasa dirinya diintai dari jauh.

"Mastura, ada sesuatu mengintai kau...", bisik Ninsaki.

"Aku tahu, kita jalan saja..."

Ketika Mastura naik tangga, dia tidak beri perhatian ke sekeliling dan orang lalu-lalang.

DUMP!, Mastura terlanggar seseorang sampai jatuh. Orang yang dia langgar ialah seorang lelaki berkaca mata. Lelaki itu terlihat malu dan cepat-cepat mengemas buku jatuh.

"Mastura, perlu ke aku bunuh dia?", bisik Ninsaki.

"Jangan, tak perlu pun.."

Mastura menolong lelaki berkaca mata tersebut. Tiba-tiba, perasaan Mastura terhadap lelaki itu menjadi lain. Mastura dapat rasakan hatinya terbuka juga berubah. Padahal lelaki di hadapannya tidak mempunyai apa-apa kekuatan rahsia.

"Maafkan saya, saya tak nampak engkau tadi..", kata Mastura.

"Tak...tak...apa pun...saya o..okey saja..", terketar-ketar lelaki itu bercakap.

"Sebagai tanda maaf, ambillah nombor saya, kalau ada apa-apa, telefon saya..."

Mastura berikan satu nota kecil kepada lelaki itu dan berjalan masuk perpustakaan. Lelaki itu simpan nota ke dalam poket dan berjalan. Selepas itu, lelaki itu dikepung sekumpulan lelaki dengan Jake. Jake tolak lelaki itu ke tanah.

"Hei budak, berikan apa perempuan itu bagi pada kau atau...."

Kumpulan Jake tunjukkan ancaman emosi kepada lelaki berkaca mata tersebut. Dia terus keluarkan nota kecil dan berikan pada Jake.

"Bagus, aku suka cara kau layan aku..hmmm?"

Jake ternampak satu buku nota dipegang lelaki berkaca mata.

"Huh? Kau nak jadi polis? Jangan mimpilah. Badan lembik jadi polis? Pffft..., jom geng kita balik.."

"Hahahaha! Polis lembik?", kesemua kawan Jake ketawa bersama Jake.

Namun, Mastura sedang memerhatikan mereka dari dalam perpustakaan.

"Aku dah agak perkara ini akan berlaku..."

Tukaran bayang Ninsaki keluar.

"Mastura perlukan pertolongan?"

"Ya, tolong berikan nota kecil ini senyap-senyap kepada dia?"

"Tapi, kenapa Mastura? Dia nak mati ke?"

"Bukanlah Ninsaki, aduh....bagi saja lah.."

"Maaf Mastura..."

Mastura pergi berjumpa kawan-kawan dia manakala Ninsaki bergerak mengikut bayang objek ke lelaki itu. Sebelum lelaki itu bangun, Ninsaki cepat-cepat selit nota kecil di celah buku. Lelaki itu terkejut melihat bayang bergerak tanpa jasad lalu terus lari.

avataravatar
Next chapter