3 --BUMI--

Mereka telah bertahun-tahun lama mencari planet dengan kehidupan namun tidak berjaya.

Mastura sedang belajar cara mengawal Ninsaki tukaran pemusnah dengan bantuan ibunya, Nina juga pelindung Nina. Penduduk lain mula menunjukkan perasaan baik.

Selepas beberapa kajian, kemudian salah seorang pengemudi kapal datang bertemu Nina.

"Komander! Kami datang melaporkan sesuatu penting."

"Laporan? Laporan apa ini?"

"Kami dapat mengesan planet penuh dengan kehidupan...sila ikut saya..."

Nina mengikut mereka ke makmal kajian. Ketua saintis kapal itu, Prof. Mazhar menunjukkan imej, lokasi dan nama planet mengandungi kehidupan tersebut.

"Bumi?"

"Betul tu puan komander. Planet itu bernama Bumi. Planet ini telah memenuhi kesemua syarat namun..."

"Kenapa Prof?"

"Kalau kita tinggal di sana, makhluk mereka tertua mempunyai umur 150 tahun sahaja mengikut zaman kini....saya takut nanti...."

"Tak perlu risau Prof, planet ini sudah memadai untuk kita semua... hubungi Komander Jonardo sekarang. Saya perlu beritahu dia tentang berita gempar ini.."

"Baik komander"

Nina berjalan ke ruang kawalan kapal. Satu skrin besar cuba menghubungi kapal Komander Jonardo.

Selepas beberapa saat, muka Komander Jonardo muncul bersama pegawai di belakang.

"Komander Nina, kamu ada masalah ke?"

"Tidak Komander Jonardo. Kami ada berita gembira..."

"Jangan risau, berita ini berkaitan Planet Bumi itu kan? Awak dah fikir masak-masak ke Komander Nina? Planet itu mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek..."

"Ya, kami akan bergerak ke planet itu, bagaimana dengan penilaian Komander Jonardo? Tertarik?"

"Baiklah...Kami akan—"

Tiba-tiba, kedua-dua pegawai di belakang Komander Jonardo mengeluarkan senjata, Nina menjerit.

"Jonardo! Hati-hati!!"

BOOM!!, sesuatu meletup dan skrin terpadam. Signal kapal Komander Jonardo hilang.

"Cepat! Dapatkan semula signal kapal Komander Jonardo!!"

"Baik, puan."

Kumpulan penelitian cuba mendapatkan semula signal namun tiada apa-apa berlaku. Kapal Komander Jonardo juga terhenti. Kapal Komander Nina berhenti bersebelahan.

"Kumpulkan beberapa anggota dan pergi—"

"Komander, kami telah dapatkan signal semula..."

"Cepat!"

SSSSSSS..., bunyi siaran televisyen rosak. Skrin terpapar dengan satu percikan darah. Kesemua orang di situ mati dibunuh. Nina terdengar suara orang ketawa.

"Hahahaha....sudah lama kita tidak berjumpa ya, Nina."

"Suara ini, Hyrel!!"

"Tak sangka kau masih ingatkan aku..."

"Mana Jonardo?!!"

"Jonardo, mari...aku bawa kau jumpa dia..Hugo."

"Hugo? Kamu pengkhianat!"

Robot pelindung bersaiz besar menarik kepala Komander Jonardo dari jasadnya lalu berikan kepada Hyrel.

"Inilah Jonardo..."

Kru-kru kapal Komander Nina tidak dapat menahan lama memandang imej tersebut lalu ada di antara mereka termuntah.

"Nina, aku berharap kita dapat bekerjasama, serahkan kapal kau kepada aku dan bantu menakluki Bumi. Selepas itu, kita akan mewujudkan armada baru!"

"Jangan harap, Hyrel!!"

"Kau tetap nak melawan?!! Hugo, sediakan tentera, kita akan gunakan pelan B."

Skrin dipadamkan. Komander Nina seperti hendak menangis namun menahannya. Kesemua orang masih terngiang-ngiang.

"Cepat kumpulkan pasukan pertahanan dan tentera kita. Jangan beri orang Hyrel masuk ke dalam kapal kita.

"Baik Komander Nina."

Semua orang mula lakukan tugas mereka.

avataravatar
Next chapter