webnovel

Yu Fu Tidak Boleh Belajar Seni Masak-Memasak dengan Kamu Lagi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Bu Fang membuka pintu masuk restoran, sinaran cahaya yang hangat berpancar ke tubuhnya.

Si Hitam sedang baring di atas tanah sambil mengecilkan matanya. Anjing itu membuat tidak endah terhadap Bu Fang yang baru sahaja keluar dari restorannya itu.

Bu Fang menguap dan meregangkan tubuhnya apabila dia berjalan ke arah Si Hitam. Apabila Bu Fang menghulurkan tangannya ke hadapan untuk mengusap kepala Si Hitam, anjing itu terjaga dari tidurnya dan merenung tajam ke arahnya.

Jangan ganggu Tuan Segala Anjing ini kalau kamu tak bawa Tulang Rusuk Masam Manis!

"Bangun dan bersiap-siap. Misi kita akan bermula tak lama lagi." Bu Fang mengerutkan dahinya dan tidak mempedulikan renungan tajam Tuan Segala Anjing itu. Dia terus mengusap kepala Si Hitam apabila dia berkata dengan tenang kepadanya.

Apabila Si Hitam mendengar kata-katanya, anjing itu tergamam. Misi?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter