116 Wain Berkualiti, Nafas Naga

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Xiao Yue mengenali wanita ini. Atau, lebih tepat lagi, tak ramai orang di kalangan pakar tertinggi sepuluh sekta besar yang tak mengenali wanita yang teramat cantik ini.

"Ketua ketiga… Sekta Cakerawala Rahsia!" Mata Xiao Yue mengecil sambil dia memandang Ni Yan yang sedang makan dengan gelojoh. Dia menarik nafas panjang.

Selain tahap pertapa Ni Yan, identitinya sebagai ketua Sekta Cakerawala Rahsia sudah cukup menarik perhatian Xiao Yue. Walaupun Sekta Cakerawala Rahsia dianggap sebahagian sepuluh sekta besar, sebenarnya, mereka sudah melangkaui tahap kumpulan itu.

Sekta Cakerawala Rahsia memberi tumpuan kepada ramalan dan Astrologi. Setiap anak murid mereka sangat misteri dan mereka yang pergi merantau di dunia sekurang-kurangnya berada pada tahap Raja Pertempuran kelas kelima. Selain itu, kebolehan bertarung mereka kuat dan mereka pakar dalam mendirikan susunan magik untuk melawan musuh mereka. Kewujudan mereka menyebabkan sekta lain berjaga-jaga.

Warisan Sekta Cakerawala Rahsia sudah begitu lama. Selain itu, mereka jarang masuk campur dalam hal-hal keduniaan dan mereka langsung tak berinteraksi dengan kuasa empayar. Walaupun Maharaja Changfeng mempunyai matlamat menghancurkan sepuluh sekta besar itu, dia tak pernah menyatakan yang dia akan menghapuskan Sekta Cakerawala Rahsia.

Sekta itu bagaikan satu pantang larang yang dihormati ramai orang.

Tambahan pula, sebagai ketua ketiga Sekta Cakerawala Rahsia, tahap pertapa Ni Yan sudah mencapai Santo Pertempuran kelas ketujuh. Dia sama taraf dengan pengawal nombor satu Empayar Bayu, Xiao Meng.

'Perempuan ni… Kenapa dia muncul di bandar diraja pada masa yang sensitif macam ni?' Xiao Yue berasa sangat hairan. Kalau mengikut cara biasa Sekta Cakerawala Rahsia, mereka tak akan berminat dengan hal-hal keduniaan mahupun apa-apa yang berkaitan kuasa empayar...

"Apa yang kamu tengok-tengok! Tak pernah nampak orang cantik ke sebelum ni?!" Lu Xiaoxiao berkata dengan rasa tak puas hati sambil menjegilkan matanya dan merenung Xiao Yue.

Dia tahu mahaguru pelahapnya ini terlalu cantik, tapi lelaki yang agak tampan ini merenung dia secara terang-terangan. Tak tahu malu betul!

Bila Tang Yin memandang sekilas ke arah Xiao Yue, keningnya berkerut dan dia terus berjaga-jaga.

Ini ialah kebolehan pakar untuk mengecam sesama mereka. Tahap pertapa Xiao Yue juga sudah sampai ke puncak Maharaja Pertempuran dan Tang Yin juga adalah seorang Maharaja Pertempuran. Kebolehan bertarung mereka setanding dan kedua-dua mereka dapat mengesan aura berbahaya dari diri masing-masing.

"Hmm? Apa yang berlaku?" Ji Chengxue bertanya kehairanan bila dia merasakan aura pemusnah pada Xiao Yue. Lalu, dia menoleh dan memandang ke arah Ni Yan dan anak-anak muridnya.

"Mereka bertiga… bukan biasa-biasa." Xiao Yue berkata dengan tenang sambil aura daripada badannya hilang dengan tiba-tiba. Dalam restoran Bu Fang, dia tak mahu—dan tak berani—membuat masalah. Dia masih ingat kebolehan bertarung menakutkan boneka itu dan benda yang berbaring di pintu masuk… binatang semangat agung itu.

Tang Yin menghentikan auranya juga dan berpaling. Kedua-dua mereka sudah mencapai pemahaman tersirat dan menyelesaikan hal itu dalam diam.

Bu Fang kemudian berjalan keluar dari dapur sambil membawa dua balang Wain Jed Penyejuk Hati.

Wanita pelahap ini, Ni Yan, hanya berminat dengan makanan dan tidak memesan Wain Jed Penyejuk Hati.

"Ini wain kamu. Selamat menikmatinya." Bu Fang berkata sambil meletakkan balang-balang itu di atas meja.

Xiao Yue dan Ji Chengxue juga hampir capai had mereka. Mereka mencapai balang wain itu dan membuka penutup kainnya.

Bila aroma kaya wain itu memenuhi udara, Xiao Yue dan Ji Chengxue terus rasa mabuk dengan aroma mempesonanya dan mereka tak mampu mengawal diri sendiri.

Aroma wain ini… Ni Yan dan anak-anak muridnya tertarik dengan aroma wain itu juga. Mereka membeliakkan mata sambil memandang Wain Jed Penyejuk Hati.

Ni Yan menyuap Shumai Keemasan terakhir dan akhirnya selesai makan semua sajian di restoran Bu Fang. Dia rasa begitu seronok dapat makan di situ. Sekurang-kurangnya, dia rasa puas hati melihat meja itu penuh dengan pinggan porselin.

"Aroma wain agak bagus." Ni Yan bangun dan meregangkan badannya dengan malas. Dia mengusap perutnya sebelum berjalan ke meja Xiao Yue dan Ji Chengxue.

"Wain Jed Penyejuk Hati Tauke Bu ialah wain yang paling sedap yang saya pernah minum. Cik muda mahu rasa sedikit?" Ji Chengxue berkata dengan lembut sambil tersenyum.

Ni Yan mengerdipkan mata dan menerima pelawaan itu. Dia meminta satu cawan porselin daripada Bu Fang, dan meletakkannya di depan Ji Chengxue sambil berkata, "Tuang sampai penuh."

"Wain terbaik yang pernah kamu rasa. Hehe. Wain ni lagi sedap ke daripada 'Nafas Naga' yang dibru orang tua mabuk?" Ni Yan menggumam sambil tersenyum.

Cecair jernih seperti mata air dituang ke dalam cawan porselin itu sehingga penuh. Ni Yan mengangkat cawan porselin itu dan menghirupnya. Rasa pahit terus tersebar dalam mulutnya.

"Hmm? Tak sangka rasa dia agak sedap." Ni Yan mengecap bibirnya sambil mengangguk, "Namun, berbanding 'Nafas Naga' yang dibru orang tua mabuk, rasanya ada sedikit kekurangan."

Bu Fang agak terperanjat. Ini kali pertama seseorang mengatakan yang wain dia tak sehebat wain lain. Dia terus rasa ingin tahu.

"Adakah 'Nafas Naga' itu sejenis wain?" Bu Fang bertanya.

Ni Yan memandang Bu Fang dan mengangkat keningnya sambil berkata dalam hati, "Budak tak guna macam kamu pun ada soalan untuk ditanya." She mengangguk dengan gaya seorang tsundere dan mendengus, "Saya akui yang rasa hidangan di restoran kamu agak sedap, tapi… saya pernah makan sajian yang lebih hebat lagi. Disebabkan Benua Naga Tersembunyi ini terlalu luas, memang banyak perisa yang sedap. Ada perisa tiruan dan rasa semulajadi... Jadi, tak hairan ada yang lebih sedap daripada ini." Ni Yan berkata.

Bu Fang bersetuju dengan apa yang dikatakan. Walaupun dia berkeyakinan, dia tak sombong. Dia mengangguk dengan serius dan ekspresi wajahnya suram.

"Mari kita ambil contoh 'Nafas Naga'. Nafas Naga orang tua mabuk tu menggunakan beratus-ratus jenis herba semangat yang bernilai. Untuk membru wain itu, ia harus dilakukan dengan meletakkannya di bahagian bawah tasik kawah di Gunung Tiandang dan ditapai selama tiga tahun. Warna cecair itu seakan-akan api marak dan rupanya sangat cantik. Rasanya pahit dengan sedikit rasa matang. Selepas minum seteguk, kamu akan rasa seperti kamu duduk di bawah nafas berapi seekor naga dan badan serta minda kamu akan rasa baharu."

"Walaupun wain ini agak sedap, rasanya tak setanding 'Nafas Naga'." Ni Yan berkata dengan jujur.

Orang tua mabuk itu ialah seorang pakar misteri daripada Sekta Cakerawala Rahsia dan tahap pertapanya sukar difahami. Senang cerita, Ni Yan sendiri tak dapat menilai tahap pertapanya. Tapi, dia bernasib baik dapat minum secawan kecil 'Nafas Naga' itu. Wain itu memberi kesan yang mendalam kepadanya dan menyebabkan dia begitu memuji-mujinya.

"Sistem, wain kita sudah kalah." Bu Fang berkata kepada sistem.

Sistem tidak terus membalas dan hanya senyap membisu. Dia membisu terlalu lama sehinggakan Bu Fang hampir menyangka yang sistem tidak mahu memberi jawapan.

Misi mengejut: Tuan, sila kaji dan cipta wain sendiri yang lebih hebat daripada 'Nafas Naga' dan tundukkan orang tua mabuk itu.

(Anak muda, akan ada banyak halangan untuk mencapai kematangan! Musnahkan halangan itu! Lebarkan sayap dan terbang!)

Ganjaran misi: Beras Darah Naga dan sepuluh peratus peningkatan pertapaan daya tulen.

Suara sistem yang serius dan bersungguh-sungguh itu kedengaran di telinga Bu Fang dan menyebabkan dia melompat terkejut. Selepas itu, Bu Fang berasa agak keliru… Sistem baru sahaja memberi misi mengejut disebabkan komen Ni Yan.

Tambahan pula, misi kali ini agak menarik. Dia perlu mencipta wain yang lebih baik daripada 'Nafas Naga' yang diperkenalkan oleh Ni Yan. Tahap kesukarannya… lebih tinggi daripada biasa.

Sementara Bu Fang mengelamun, Ni Yan sudah pun menghabiskan secawan wain itu. Melihat gayanya, dia memang tak berminat dengan Wain Jed Penyejuk Hati.

"Burp..." Ni Yan sendawa sekali lagi dan gumpalan daya tulen keluar dari bibir merahnya yang lembut bak kelopak bunga.

Wajah cantiknya telah menjadi sedikit kemerah-merahan dan menjadikannya cantik yang tiada tandingan. Selepas menikmati makanan sedap yang penuh dengan tenaga semangat, nampaknya ada tanda-tanda penemuan baru bagi tahap pertapa Ni Yan yang sudah lama tak bergerak.

Disebabkan berlakunya tanda-tanda penemuan baru seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh, itu jelas menunjukkan betapa banyaknya tenaga semangat yang telah ditelan oleh Ni Yan sebentar tadi. Sosej Daging Lembu Naga Kelana kelas ketujuh terutamanya, mengandungi tenaga semangat yang paling banyak.

Walaupun Ni Yan seorang pelahap, dia sangat teliti tentang tahap pertapanya. Bila dia mendapati yang dia hampir mencapai penemuan baru, dia membayar bilnya dan terus bergegas keluar dari lorong itu. Dia turut menarik Tang Yin dan Lu Xiaoxiao bersamanya. Dalam sekelip mata, dia hilang dari pandangan.

Sementara Tang Yin dan Lu Xiaoxiao ditarik keluar oleh Ni Yan, mereka yang sedang keliru itu berkata dalam hati, "Mahaguru… Macam mana dengan tujuan kita datang ke bandar diraja?! Mahaguru dah lupa sekali lagi nampaknya!"

avataravatar
Next chapter