21 Tauke Busuk, Kamu Penipu!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Masa yang digunakan untuk memasak Sup Tauhu Kepala Ikan lebih banyak dibanding dengan Nasi Goreng Telur. Ini kerana proses pendidihan itu memakan masa. Itulah sebabnya mengapa Bu Fang juga menyiapkan Nasi Telur Goreng sementara Sup Tauhu Kepala Ikan itu sedang dimasak.

Di antara dapur dan ruang makan di dalam restoran itu, nampaknya satu tingkap baru telah dicipta oleh sistem. Bu Fang meletak Nasi Goreng Telur yang baru siap di atas tingkap itu dan memanggil budak loli yang berada tidak jauh dari situ.

"Ini Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi, hantar kepada pelanggan," kata Bu Fang dengan dingin. Kemudian dia mengabaikan budak loli yang kelihatan bingung dan kembali ke dalam dapur.

"Dia betul-betul... suruh saya hantar hidangan kepada pelanggan?!" Mata Ouyang Xiaoyi melebar besar dan mukanya terkejut. Dengan latar belakangnya, tiada seorang pun berani menyuruh dia melakukan kerja berat, apalagi menghidang makanan seperti pelayan.

Budak loli memandang Bu Fang dan mengelus hidungnya sambil berdengus.

Dengan kedua-dua tangannya memegang mangkuk, dia dapat mencium aroma kaya dari Nasi Goreng Telur itu. Budak loli masih belum sarapan pagi, berasa lapar dengan haruman itu.

"Kenapa bau ini begitu harum!" Ouyang Xiaoyi hampir gila dengan bau itu. Nasi Goreng Telur yang berwarna emas itu seperti memancarkan suatu godaan tanpa batas dan terus merangsang nafsu makannya.

"Perkerjaan sebagai pelayan memang tiada hati perut!" Ouyang Xiaoyi telus hatinya. Dia meletakkan Nasi Goreng Telur itu di hadapan Jin Gemuk dan mendengus marah. "Berani Gin Gemuk ini buat saya hidangkan makanan kepadanya!"

Apabila Gin Gemuk melihat Ouyang Xiaoyi yang menghidang makanan kepadanya, dia segera bangun untuk menerima hidangan itu dengan wajah yang sangat terkejut.

Ouyang Xiaoyi tidak menghiraukan dia dan segera kembali selepas Nasi Goreng Telur iu diletakkan. Dia takut dia tidak dapat menahan godaan dan makan hidangan itu.

Ketika Bu Fang meletakkan satu lagi Nasi Goreng Telur pada tingkap, dia terkejut melihat Ouyang Xiaoyi telah kembali.

Ouyang Xiaoyi telah mengikat sapu tangan ke atas kepalanya dengan satu simpulan menutupi hidungnya, seperti seorang pencuri.

"Apa telah berlaku kepada kamu?" Bu Fang bertanya tanpa ekspresi.

"Tauke Busuk! Tahu tak betapa sukarnya bagi pelayan menahan godaan makanan?!" Loli kecil itu berkata sambil menjeling matanya kepada Bu Fang.

Mulut Bu Fang melebar, tetapi dia tidak tersenyum.

Kira-kira lima belas minit kemudian, Sup Tauhu Ikan Kepala akhirnya siap. Haruman yang kaya dengan serta-merta hanyut keluar dari dapur dan meliputi seluruh kedai.

Si Gemuk Jin yang sedang makan Nasi Goreng Telur tiba-tiba berhenti. Dia mengangkat kepalanya dan mencium haruman di udara itu, seperti dia ingin menyedut semua wangian itu ke dalam hidungnya.

"Wanginya! Ia tidak berbau seperti Nasi Goreng Telur! Adakah wangian ini adalah hidangan baru!" Jin Gemuk bergumam kepada dirinya sendiri. Kemudian matanya bersinar ketika dia memandang ke dapur.

Mangkuk yang digunakan untuk menghidang Sup Tauhu Kepala Ikan lebih besar, jadi Bu Fang tidak memberi loli kecil menghidangnya. Sebaliknya, dengan perlahan-lahan dia keluar dari dapur dengan mangkuk di tangannya.

Sebaik sahaja dia keluar dari dapur, dia pun telah menarik perhatian semua orang. Mereka melihat mangkuk yang bersiaz raksasa di tangannya dengan hairan manakala Jin Gemuk pula tidak sabar-sabar melihat hidangan itu.

"Cepat, cepat!" Jin Gemuk tidak sabar-sabar memerhati Bu Fang, yang bergerak santai ke arahnya. Dia hampir tidak dapat mengawal dirinya untuk merasa hidangan itu.

Satu mangkuk Sup Tauhu Kepala Ikan diletakkan di hadapan Jin Gemuk, hidangan ini mengandungi: sup ikan berwarna susu putih; daging ikan yang lembut dan kelihatan seperti kristal jernih dan berlemak; tauhu putih seperti jed. Haruman kaya telah keluar dari hidangan itu dengan serta-merta..

"Inilah Sup Tauhu Kepala Ikan yang kamu pesan, jemput makan," kata Bu Fang.

Keadaan di dalam restoran itu riuh-rendah selepas semua orang tersedar dari haruman sup itu dan berkumpul ke sisi Si Gemuk Jin, menolak Bu Fang dan Xiaoyi ke tepi .

Bu Fang tidak ampil peduli dengan keadaan itu dan berundur ke pintu masuk lalu duduk di kerusi dengan muka tiada emosi. Sebaliknya, Ouyang Xiaoyi rasa sangat marah. "Kumpulan Si Gemuk! Berani mereka menolak saya ke tepi!"

Dia mengetap giginya sambil menjeling lelaki-lelaki gemuk itu, sambil berasa tidak berdaya. Kemudian dia mendengus dengan marah dan menyerah kalah.

Gulp!

Manakala lelaki-lelaki gemuk itu berasa iri hati ketika memerhati Si Gemuk Jin menikmati Sup Tofu Kapala Ikan itu dengan muka yang penuh bahagia. Bunyi perut berkeroncong kelaparan dan air liur ditelan juga dapat didengari.

"Jin Tua, adakah Sup Tauhu Kepala Ikan ini begitu sedap?!" Salah seorang lelaki gemuk itu bertanya dengan hairan. Dia sudah tergoda dengan hidangan itu dari tadi sehingga dia tidak dapat mengawal selera makan dirinya.

Jin Gemuk mengeluarkan tulang ikan dari mulutnya. Dengan wajah penuh nikmat sambil menutup matanya, dia menjawab, "Sup ikan ini amat lazat sehingga tidak dapat dijelaskan, memang sukar untuk dibayangkan ia adalah sup ikan yang dimasak dengan tauhu. Daging ikan itu lembut dan berlemak, tekstur daging ikan yang sesuai, ia seperti gigi saya telah mengalami satu sesi urutan ketika saya mengunyah daging itu. Tauhu itu pula lagi luar biasa, ia hilang sebaik sahaja memasuki mulut saya! Oh dan ada sensasi mencucuk ketika saya makan daging ikan, kemungkinan besar daging yang dipilih adalah daging semangat ikan yang ganas spesies guruh. Saya bahkan berasa ada peningkatan daya tulen di dalam badan saya selepas memakannya. Secara ringkas, sup ikan ini memang bernilai! "

Pujian daripada Si Gemuk Jin yang tidak henti-henti menyebabkan kumpulan lelaki ini bertambah rasa ingin untuk mencuba. Akhirnya, seorang lelaki gemuk kelihatan seperti telah membuat keputusan besar. Dia berpaling kepada Bu Fang dan berkata, "Tauke Bu, saya ingin pesan satu Sup Tauhu Kepala Ikan!"

Bu Fang dengan malas mengangkat kepala dan memandang lelaki gemuk itu seketika dan berkata dengan wajahnya yang masih tidak beremosi, "Tidak, tahap bertapa kamu terlalu rendah, kamu tidak boleh pesan."

Lelaki gemuk itu terkejut, dan dengan cemas berkata, "Tuan kedai, saya ada wang! Saya betul-betul ada wang!"

"Sekiranya tahap bertapa kamu tidak memenuhi syarat, kamu tidak boleh pesan. Ini peraturan, ia tidak ada kena mengena dengan wang," jawap Bu Fang. Aura sangat sejuk dapat dirasa, seperti dia tidak mempunyai minat pada wang sama sekali. Namun, sebenarnya Bu Fang berasa menderita dalam hatinya ...

Dua puluh kristal! Setiap satu kristal juga wang yang susah untuk dapat!

Penolakan keras Bu Fang tidak mengejutkan orang lain. Mereka tidak terus bertanya kepada Bu Fang kerana mereka sedar bahawa Kedai Kecil Fang Fang mementingkan peraturan.

Si Gemuk Jin berasa amat puas hati. Selepas membayar bil dengan gembira, dia pun melambai tangannya kepada Bu Fang dan berlalu pergi. Tetapi, sebelum dia keluar dari restoran, dia disekat oleh loli kecil dan kedua-dua mereka berbisik antara satu sama lain untuk seketika.

Kemudian, loli kecil itu kembali dengan senyuman di wajahnya, seperti baru saja terjumpa wang di atas lantai.

"Tauke Busuk, beri saya semangkuk Nasi Goreng Telur dan Sup Tauhu Kepala Ikan!" Loli kecil itu menjerit pada Bu Fang ketika dia melangkah masuk ke dapur.

Bu Fang menaikkan kening dan berkata dengan dingin, "Kamu mahu makan dan tidak bayar lagi?"

"Saya ada wang! Cepat masak untuk saya!" Loli kecil berkata dengan manja dan sombong.

"Tahap bertapa kamu tidak cukup tinggi, kamu tidak boleh memesan Sup Tauhu Kepala Ikan." Bu Fang berdiri. Jika loli kecil mempunyai wang, maka itu tidak menjadi masalah. Dari apa yang dilihatnya sebentar tadi, dia mungkin meminjam wang dari Jin Gemuk.

"Kamu bohong! Saya sudah minum Sup Tauhu Kepala Ikan semalam!" Loli kecil berasa tidak puas hati. Dia menggangap Bu Fang sengaja membuat perkara sukar untuknya.

Bu Fang berhenti sebentar, lalu menjawab, "Ini kerana semasa mencuba hidangan baru tiada sebarang sekatan seperti biasa. Kamu tidak perasan daya tulen kamu tidak meningkat walau sedikit pun walaupun kamu makan begitu banyak semalam? Itu kerana, saya telah menyingkirkan semua tenaga semangat dari hidangan sebelum kamu makan. "

Sebenarnya, tenaga semangat dalam sup ikan itu dikeluarkan oleh sistem. Memandangkan tahap bertapa Bu Fang terlalu rendah dan sangat bahaya untuk mencuba bersama tenaga semangatnya. Oleh itu, sistem akan mengeluarkan semua tenaga semangat apabila dia perlu mencuba sebarang hidangan baru. Bu Fang hanya perlu rasa tekstur hidangan sahaja.

Loli kecil ternganga seketika. Dia menyedari daya tulen Si Gemuk Jin telah meningkat dengan mendadak selepas makan Sup Tauhu Kepala Ikan itu, nampaknya peraturan itu mungkin benar.

"Kalau macam itu... berikan saya semangkuk Nasi Goreng Telur," Loli kecil itu berasa seperti dipermainkan dan menjawab dengan kecewa.

"Oh, tunggu sebentar," kata Bu Fang dan kembali ke dapur.

Selepas Bu Fang memasuki dapur, tiga orang muncul di pintu masuk kedai. Salah seorang daripada mereka adalah putera ketiga yang kelihatan elegan, bernama Ji Chengxue, manakala dua lagi ialah adik-beradik Xiao yang cantik.

Apabila ketiga-tiganya memasuki kedai, mereka terkejut melihat loli kecil dengan mulut yang muncung sedang duduk di kerusi.

"Xiaoyi? Kenapa kamu ada di sini? Jeneral Ouyang telah lama mencari kamu! Semua orang di dalam bandar diraja hampir gila mencari kamu! Seluruh kota hampir huru-hara" Xiao Yanyu terkejut melihat loli kecil.

Ouyang Xiaoyi baru sedar kehadiran mereka. Ketika dia berpaling dan melihat ketiga-tiga orang ini, ekspresinya segera berubah.

avataravatar
Next chapter