webnovel

Tauke Bu dengan Lidah Beracun

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bu Fang berkata dengan suara tenang. Dia tak menggunakan nada yang meninggikan diri sebagaimana orang yang baru mendapat kemenangan. Sebaliknya, nada suaranya bersahaja.

Ah Wei terkejut. Dia tak sangka Bu Fang akan menjawab sedemikian. Namun, dia memang teringin untuk menerima pelawaan itu. Dia faham ada sesuatu yang istimewa tentang Ladu Bulan Sabit Pelangi sehingga diminati begitu ramai tetamu.

"Baiklah, berikan saya semangkuk dan saya juga akan beri kamu rasa binatang semangat panggang saya ni!" Ah Wei berkata dengan serius sambil mengangguk. Inilah personalitinya. Dia tak suka mengambil kesempatan terhadap sesiapa. Lagipun, dia juga mahu melihat reaksi Bu Fang selepas merasa hidangannya.

Bu Fang mengangguk. Dia melambai tangannya dan satu aliran daya tulen bertiup sambil beberapa ketul ladu bulan sabit dilontarkan ke dalam air mendidih.

Ah Wei kembali ke dapurnya dan mula memanggang seekor binatang semangat dengan bersungguh-sungguh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter