50 Tak Mengapa Kalau Bibir Bersentuhan Sebab Kita Sama-sama Perempuan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Bau ini!"

Semua orang terkejut dan mereka secara tak sedar menggerak-gerakkan hidung cuba menghidu bau itu.

Bau wangi daging memenuhi restoran itu. Daging ayam beraroma itu menggeletar seperti jeli dan mengeluarkan haruman yang kaya. Warna sup ayam itu pun sangat cantik bercahaya.

Mata Xiao Meng terbuka sedikit dan anak matanya bersinar cerah. Dia merenung periuk tanah itu dan daging ayam berwarna merah darah yang ada di dalamnya.

"Padat betul tenaga semangatnya!" Xiao Meng terkejut sambil menarik nafas. Deria seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh dapat menafsir jumlah tenaga semangat yang ada dalam ayam berwarna merah darah itu. Sup ayam kuning jingga itu penuh dengan aura pelbagai bahan berubat yang berharga.

Bila dia melihat sup ayam itu, dia menelan air liur tanpa sedar.

"Ini ialah… semangat binatang kelas kelima, Ayam Phoenix Merah Darah?!" Putera mahkota menjilat bibirnya sambil merenung daging ayam dalam periuk tanah itu dan dia tiba-tiba teringat sesuatu yang mengejutkan saya.

"Ayam Phoenix Merah Darah?!" Xiao Meng bingung seketika sambil memandang Ji Chengan.

"Ayam Phoenix Merah Darah ialah semangat binatang kelas kelima yang tinggal di Zon Padang Rumput Segi Tiga di Tanah Belantara. Baka ayam ini mempunyai bulu, kulit dan daging berwarna merah darah tapi dagingnya penuh berisi tenaga semangat. Bila dimasak, kecergasan seseorang bertambah dan ia membantu menambah kembali darah dan tenaga. Sangat susah untuk dapatkan bahan ini." Ji Chengan menerangkan dengan jelas sambil dia memandang Bu Fang dengan penuh tanda tanya.

Bu Fang mengangguk dan membalas tanpa perasaan, "Betul tu. Ini ialah Ayam Phoenix Merah Darah."

"Beta pernah nampak ia disebut dalam catatan purba istana Diraja. Tak sangka binatang pelik ini tinggal di Zon Padang Rumput Segi Tiga di Tanah Liar." Ji Chengan meratap tapi cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.

"Sayangnya, walaupun Ayam Phoenix Merah Darah ini berharga, disebabkan kecederaan Yanyu ini berkaitan pengurangan tenaga hayatnya, Beta rasa ia tak mampu merawatnya."

Bu Fang memuncungkan mulutnya sambil memandang Ji Chengan yang menggelengkan kepala.

"Hidangan Ayam Phoenix Merah Darah itu bukan makanan biasa. Jangan cakap mengarut kalau belum merasainya."

Ji Chengan terperanjat sambil memandang Bu Fang dengan geram. Dia ialah putera mahkota. Berani orang biasa ini bercakap begitu dengannya?

Ji Chengxue dan lain-lain sudah terbiasa dengan perangai Bu Fang. Lelaki ini memang tak takut apa-apa. Walaupun dia berdepan putera mahkota, dia berani membangkangnya.

Xushi merasakan jantungnya terhenti seketika. Bagaimana seorang putera mahkota yang sudah biasa dengan layanan Diraja, bertolak ansur dengan kata-kata Bu Fang yang biadab itu? Bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk, dia cepat-cepat mencelah.

"Tauke Bu, kalau kamu betul-betul yakin dengan sup ayam ini, kamu patut beri Cik Yanyu minum cepat." Xushi berkata sambil memberi tabik genggam. 

Xiao Meng pun mengerutkan kening sambil berkata kepada Bu Fang, "Hei budak tak guna, aku harap sup ayam kau ni betul-betul berkesan. Kalau tak, kau tahulah apa nasib kau."

"Jangan risau. Sup ini memang berkesan." Balas Bu Fang.

Dia mengambil mangkuk porselin biru putih dan menuang sup ayam kuning jingga itu dengan sudu porselin. Minyak dalam sup ayam itu bergenang dengan cahaya dan warna yang terang.

"Sup ayam ini dinamakan Sup Ayam Phoenix Herba Sej. Bahan utamanya ialah Herba Sej Menakjubkan dan Ayam Phoenix Merah Darah. Lebih daripada sedozen bahan berubat yang berharga ditambah semasa proses memasak. Teknik kulinari daya tulen digunakan supaya esen Herba Sej meresap sepenuhnya ke dalam sup ayam. Ia kaya dengan tenaga semangat dan menambah darah dan tenaga."

Selepas Bu Fang memperkenalkannya, dia membawa sup ayam itu kepada Xiao Yanyu.

Xiao Yanyu sangat cantik. Walaupun kulitnya sudah hilang seri kerana kekurangan tenaga hayat, rupanya yang tiada tandingan itu masih kekal. Matanya yang malap itu seperti bunga yang layu pada musim luruh dan membuatkan orang rasa kasihan.

"Buka mulut dan kata ahh." Bu Fang berkata kepada Xiao Yanyu sambil menyuap sesudu sup ayam yang hangat itu.

Bulu mata Xiao Yanyu bergetar sambil matanya yang lemah memandang sup ayam itu. Bibirnya terbuka sedikit tapi disebabkan tenaga hayatnya kurang, dia rasa susah nak buka mulut.

"Ahh, tauke ni…" Fikir Ouyang Xiaoyi sambil hujung mulutnya tersentap. "Ada yang tak kena ke dengan otak tauke busuk ni? Dia tak nampak ke Kak Yanyu tak berdaya pun nak buka mulut?"

Bu fang menuang sup itu ke dalam mangkuk semula dan memandang Xiao Yanyu tanpa perasaan.

"Apa yang tak kena? Kenapa kau tak suapkan sup itu kepada Yanyu?" Xiao Meng memandang Bu Fang kehairanan. Yang lain-lain pun rasa pelik.

Bu Fang memandang mereka dan membalas, "Jangan paksa saya. Biar saya fikirkan cara nak beri dia makan."

"Eh… Ah?! Apa maksudnya tu?"

Semua orang terkesima bila mereka lihat Bu Fang minum sesudu sup ayam itu.

"Apa yang dia buat?""Bukankah dia kata nak suap sup itu kepada Yanyu? Kenapa dia yang minum sup tu sendiri?"

Kemudian, Bu Fang mendekatkan mukanya ke arah mulut Xiao Yanyu…

Xiao Meng merenungnya dan hidungnya hampir senget kerana marah. "Apa budak tak guna ni buat? Kenapa kau buat begitu? Kau cuba nak ambil kesempatan ke atas anak aku ke?"

Bila bibir Bu Fang dan Xiao Yanyu semakin dekat, Xiao Meng tak tahan lagi dan menarik Bu Fang.

"Apa kau cuba buat?!" Badan Xiao Meng menggeletar marah sambil dia memandang Bu Fang.

Alamak. Bu Fang memandang Xiao Meng tanpa perasaan dan menelan sup ayam dalam mulutnya. Dia mengetap bibir dan berkata, "Saya nak beri dia makan sup. Dia tak berdaya nak buka mulut."

"Kau bercakap seolah-olah kau memikirkan tentang anak aku…" Xiao Meng bingung.

"Kau tak pernah dengar ke yang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tak boleh bersentuhan? Xiaoyi, mari ke sini." Xiao Meng merenung tajam ke arah Bu Fang dan memanggil Ouyang Xiaoyi.

Ouyang Xiaoyi segera datang.

"Kamu suapkan sup ayam itu kepada Yanyu. Ikut saja… cara dia tadi." Xiao Meng mendengus bila teringat apa yang Bu Fang cuba buat tadi. Dia rasa marah bila memikirkannya.

Ouyang Xiaoyi mengangguk. Dia mengambil mangkuk sup yang diberikan Bu Fang dan menyuap sesudu.

"Oh!' Bila dia menyuap sup itu, Ouyang Xiaoyi menelannya tanpa sedar sambil matanya membulat.

Semua orang memandangnya tanpa perasaan.

"Saya cuma rasa untuk Kak Yanyu. Hmm, rasanya sedap." Ouyang Xiaoyi senyum tersipu-sipu sambil dia menyuap sesudu lagi.

Tak mengapa kalau bibir kita bersentuhan sebab kita sama-sama perempuan.

Sup ayam itu masuk ke dalam mulut Xiao Yanyu dan dengan perlahan, ia mengalir ke dalam tekaknya dan masuk ke dalam perut.

Mata Xiao Yanyu, yang bagaikan bunga layu pada musim luruh, bergerak sedikit. Pandangannya kini lebih bermaya dan bertenaga.

"Teruskan, jangan berhenti." Kata Bu Fang.

Dengan itu, Ouyang Xiaoyi menyuap lagi sup ayam ke dalam mulut Xiao Yanyu. Selepas kali ketiga, mata Xiao Yanyu akhirnya kembali segar dan dia boleh minum sup itu sendiri.

"Berjaya!" Mata Xiao Xiaolong bersinar sambil dia bersorak.

"Jangan terburu-buru. Teruskan suap sup ayam tu. Biar dia minum semangkuk lagi." Bu Fang berkata tanpa perasaan kepada Ouyang Xiaoyi dan menyuruhnya untuk terus menyuap.

Bila Xiao Yanyu meminum semangkuk lagi sup, Bu Fang menyuruh Ouyang Xiaoyi berhenti. Wajah comel Xiaoyi kemerah-merahan.

Dia telah minum sesudu sup ayam pada pencapaian tahap pertapanya. Nasib baik hidungnya tak berdarah.

Bu Fang menarik paha ayam dan kulitnya yang tegang seperti jeli itu meregang. Namun, Bu Fang tak mengambil kulit ayam itu dan memotong sedikit isi ayam menggunakan pisau. Dia kemudian memotong dadu isi ayam itu dan mencampurkannya ke dalam sup sebelum menyuap Xiao Yanyu.

Selepas menghabiskan daging paha ayam dan beberapa hirisan Herba Sej, wajah Xiao Yanyu menjadi cerah. Tenaga hayatnya sudah berhenti menurun dan tenaga dan darahnya semakin bertambah. Walaupun belum pulih sepenuhnya, dia nampak lebih segar.

"Semangkuk sup ayam… boleh merawat kecederaan yang tak mampu dirawat doktor Diraja! Sup ayam ini… begitu ajaib!" Orang-orang di sekeliling berbisik sesama mereka. Mereka tak lagi rasa syak wasangka terhadap Bu Fang.

Xiao Meng pun agak terkejut. Namun, dia lebih rasa teruja dan gembira.

Kulit Xiao Yanyu lebih segar berbanding sebelum ini. Walaupun dia masih pucat, sekurang-kurangnya dia nampak lebih bermaya. Selepas mendapat semula kekuatan, dia memanggil Xiao Meng, "Ayah… Saya lapar."

Dia sudah pulih! Xiao Yanyu pulih disebabkan semangkuk sup ayam!

Mata Ji Chengan bersinar seperti bintang di langit malam sambil dia memandang sup ayam itu dengan khusyuk.

Saat itu, kedua-dua putera mengidamkan sup itu. 

avataravatar
Next chapter