80 Siapa Guna Jarum Sulaman untuk Mencucuk Tuan Segala Anjing Ni?!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Boom boom!

Daya hitam yang bagaikan kabus hitam itu meresap keluar dari bawah tanah dan serta merta menyelubungi susunan sihir itu. Satu atmosfera sepi yang menakutkan memerangkap lorong itu.

Wajah lima Raja Pertempuran itu suram sambil mereka mengelilingi Xushi yang membawa Sup Ayam Phoenix Herba Sej. Misi mereka kali ini ialah melindungi Masakan Eliksir itu, jadi mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk melindungi Xushi.

Daya hitam yang menyelubungi udara itu membentuk satu simulakrum1 gergasi di atas mereka. Daya hitam itu dikawal dua susunan bulat magik berwarna hitam yang berputar di arah lawan jam. Simulakrum itu penuh dengan aura menakutkan.

"Ini Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka! Ia susunan magik rahsia Sekta Jiwa… Kenapa ia muncul di sini?!" Mata Xushi penuh rasa tak percaya.

Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu. Anak matanya mengecil sambil dia memanjang jauh di hadapannya. Di sana, dia nampak beberapa kelibat berjubah hitam muncul.

"Kamu dari Sekta Jiwa?! Adakah kamu datang untuk menghancurkan Masakan Eliksir?" Xushi menjerit dengan suara tegas.

"Lakukan saja. Jangan hiraukan dia. Ingat, jangan biarkan sesiapa hidup… Identiti kita tak boleh didedahkan." Kedengaran satu suara garau yang memeritkan telinga seperti bunyi batu kerikil dikisar.

Kelibat-kelibat berjubah hitam itu tak berkata apa-apa sambil mereka bergerak pantas ke setiap sudut susunan magik itu. Mereka mengelilingi Xushi dan Raja-raja Pertempuran lain.

Hun Qianyun, dengan mata yang kelihatan seperti api semangat yang meluap-luap, berjalan keluar daripada bayang-bayang hitam dengan membongkok.

Pada masa itu, Xushi sudah pun berputus asa. Walaupun dia berhati-hati, dia masih jatuh dalam perangkap Raja Yu.

Xushi sentiasa menganggap seteruk mana pun Raja Yu, dia mungkin hanya akan menghantar pembunuh upahan untuk memusnahkan Masakan Eliksir. Namun, dia tak menjangka yang Raja Yu akan berkomplot dengan pakar-pakar daripada sekta!

Sekta-sekta itu mampu melawan kerajaan diraja bertahun-tahun lamanya kerana kaedah misteri dan rahsia mereka. Disebabkan itu, mereka berjaya mempertahankan diri daripada serangan Maharaja Changfeng tahun demi tahun.

Setiap ahli pertapa dalam empayar sedar yang sekta-sekta ini sangat berkuasa dan tak boleh diperlekehkan.

Susunan magik ialah kaedah kepakaran sekta.

"Raja Yu berani berkomplot dengan pakar-pakar sekta… Dia tak takut ke kalau Maharaja dapat tahu?!" Xushi mengetap giginya dan berteriak dengan marah.

Hun Qianyun buat-buat terkejut sambil memandang ke arah Xushi. Dia mula tertawa sambil berkata, "Bagaimana Maharaja akan dapat tahu? Bila kami bunuh kau… tak ada sesiapa pun akan tahu."

Xushi mahu terus bercakap tapi pakar-pakar sekta sudah malas melayannya. Mereka serta merta mencetuskan daya tulen dan menyerang Xushi dan lain-lain dengan simulakrum hitam.

Satu tapak tangan gergasi terbentuk dengan daya hitam yang menuju ke arah Xushi. Tenaga itu naik turun dengan ganas.

"Halangnya!" Xushi menjerit marah dengan mata merah.

Seorang Raja Pertempuran menjerit dengan kuat sambil daya tulen dalam badannya menjelma. Dia melayang ke udara dan menyerang tapak tangan gergasi itu dengan seluruh kekuatannya.

Namun, serangan Raja Pertempuran ini bagaikan lalat yang cuba menggoyangkan pokok. Ia langsung tak memberi kesan kepada tapak tangan itu.

Bang!

Dengan bunyi yang kuat, Raja Pertempuran itu hancur dihempas ke tanah dengan kejam. Kesan hentaman itu menghasilkan gegaran yang kuat dan mengakibatkan rekahan di kawasan itu…

Daya tulen dalam badan Raja Pertempuran itu terus hilang. Dia dipukul sehingga mati dengan serangan tapak tangan itu!

Xushi terus berasa seram sejuk. Seperti dijangka, kuasa susunan magik itu memang sangat kuat.

Hun Qianyun tersenyum kecil sambil dia menunjuk ke arah Xushi dengan jarinya yang layu dan berkata, "Mereka… semua mesti mati."

Putera Mahkota duduk bersilang kaki di istananya. Matanya dipejamkan sambil dia menenangkan diri dan bertapa secara senyap. Namun, selepas bertapa untuk beberapa ketika, dia terpaksa membuka mata dan menghembuskan nafas dengan berat.

"Fuuu… Bagaimanakah keadaan Xushi? Kelopak mata Beta sudah agak lama berdenyut-denyut. Beta rasa tak senang hati." Putera Mahkota itu mengerutkan muka sambil dia bangun dan memandang ke luar tingkap.

Pada asalnya, dia rasa yang tindakan meminta Tauke Bu untuk memasak Sup Ayam Phoenix Herba Sej itu langkah yang bijak. Namun, dia tak sangka yang helah Raja Yu telah mensabotajnya.

Putera Mahkota rasa tak bermaya dan kesal. Dia rasa begitu tersepit dan hanya boleh berharap yang Xushi dapat membawa Sup Ayam Phoenix Herba Sej itu. Dengan itu, barulah dia dapat mengelak daripada jatuh ke dalam perangkapnya sendiri.

…...

Kediaman Raja Yu.

Raja Yu berdiri di depan kolam ikan sambil memberi ikan-ikannya makan dengan serbuk kristal. Sambil dia memerhatikan ikan-ikan dalam kolam itu berebut makanan, senyuman di wajahnya berubah menjadi dingin.

Bu Fang yang sedang berlingkar di atas kerusi, dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia mengerutkan muka sambil bangun dan berjalan ke pintu masuk restoran. Dia memandang ke arah jalan masuk lorong.

Apa yang dia saksikan ialah satu simulakrom robot manusia gergasi yang menghalang jalan masuk ke lorong itu.

"Apa yang mereka buat di situ? Mereka tak tahu ke yang itu boleh mengganggu perniagaan aku?" Bu Fang bermasam muka dan rasa tak puas hati.

Lokasi restoran itu sudah sememangnya jauh di pedalaman. Dalam banyak-banyak tempat mereka nak buat hal, kenapa mereka perlu pilih jalan masuk ke lorong itu? Mereka ni sengaja nak susahkan hidup dia ke?

Ouyang Xiaoyi pun menjenguk keluar dengan penuh rasa ingin tahu. Bila dia nampak simulakrum yang tinggi dan megah itu, wajah kemerah-merahannya rasa terpegun.

"Tauke busuk, apa yang mereka sedang buat?" Xiaoyi bertanya kehairanan.

"Mereka nak cari pasal." Bu Fang berkata dengan selamba sambil mengusap kepala Xiaoyi. Bila dia habis bersuara, matanya mengecil. Ini kerana simulakrum gergasi itu meletup dan satu kelibat menghala ke arah kedai.

"Tauke Bu, selamatkan saya!" Satu suara yang meruntun jiwa kedengaran.

Xushi berlari ke arah mereka dengan keadaan yang menyedihkan. Dia bermandi darah dan satu tangannya sudah patah. Sambil dia berlari ke arah mereka, darahnya mengalir tanpa henti. Namun, satu lagi tangannya memegang rapat periuk tanah yang panas itu.

Bang! Bila Xushi sampai di depan Bu Fang, dia sudah terlalu kepenatan. Sambil dia melutut, darah keluar dari mulut dan lengannya. Dia menggeletar sambil memegang periuk itu. Tak ada setitik pun sup ayam itu yang tumpah dari periuk.

Disebabkan rasa takut melihat keadaan Xushi, Ouyang Xiaoyi cepat-cepat menyorok di belakang Bu Fang sambil mengintai.

Bu Fang mengerutkan keningnya sambil dia memandang ke arah simulakrum yang menuju ke arahnya dan melihat Xushi yang bermandi darah. Entah kenapa, Bu Fang tiba-tiba berasa marah.

"Berani mereka pukul pelanggan aku macam ni?! Perbuatan ni memang mengundang rasa marah Restoran Kecil Fang Fang!" Bu Fang berkata tanpa eskpresi walaupun suaranya kedengaran begitu dingin.

"T… Tauke Bu… Sup Ayam Phoenix Herba Sej ini… tak boleh dimusnahkan!" Xushi menggeletar sambil dia cuba memberi periuk panas itu kepada Bu Fang. Matanya merayu dan tak berdaya.

Satu letusan daya hitam keluar dari badannya dan menyelubungi kulit Xushi. Asap hitam pula meresap keluar dari rongga-rongga kepalanya.

Mata Bu Fang tertumpu kepada Xushi. Dia dapat merasakan rayuan dalam mata Xushi dan menghulurkan tangan untuk mengambil periuk sup itu.

Namun begitu… satu lembing hitam menuju ke arah mereka dengan kelajuan supersonik dan menusuk periuk tanah itu.

Dengan bunyi rekahan kuat, periuk itu pecah berderai. Pada saat itu, masa bagaikan terhenti buat Bu Fang and Xushi.

Lembing yang menusuk periuk tanah itu menuju ke arah Si Hitam yang sedang tidur nyenyak, dan melanggar kepalanya.

Dengan bunyi yang kuat… lembing itu hancur berkecai dan Si Hitam membuka matanya dengan mamai.

'Tak guna… Siapa yang guna jarum sulaman untuk mencucuk tuan segala anjing ni?! Tunjukkan diri sekarang!'

Si Hitam memandang di sekelilingnya dengan rasa hairan sebelum pandangannya jatuh ke arah simulakrum di kejauhan.

Xushi memandang periuk tanah yang pecah itu dengan renungan kosong. Sup itu habis tumpah dan daging ayam yang jernih dan lembut seperti jeli itu bersepah-sepah di atas tanah…

Sambil mengeluh panjang, Xushi memejam matanya dengan rasa sedih dan asap keluar dari rongga wajahnya… Rohnya terbakar sepenuhnya.

"Sudah pasti kamu ni pemilik kedai misteri ini..." Satu kelibat berjubah hitam berjalan ke arahnya. Di belakangnya ialah simulakrum Raja Neraka yang dikawal susunan magik gergasi.

"Kau ke yang bunuh dia? Kau ke yang rosakkan sup tu?" Bu Fang menoleh dengan dingin sambil berkata kepada kelibat berjubah hitam itu dengan selamba.

Api semangat dalam mata Hun Qianyun meluap-luap perlahan sambil dia tergelak dan berkata dengan suara garau, "Mereka kata yang kedai kau ni penuh misteri. Santo Pertempuran kelas ketujuh seperti Xiao Meng pun boleh dihalau keluar. Kekuatan Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka ni lebih hebat daripada Santo Pertempuran. Aku mahu menguji kehebatan kedai kau… dan beri penghormatan kepada dua lelaki yang mati."

Bu Fang mengerutkan keningnya sambil memandang Hun Qianyun dan berkata dengan dingin, "Aku tanya, kau ke yang bunuh dia dan rosakkan sup tu… Jawab sajalah ya atau tak!"

"Kau memang cari pasal! Berani kau berlagak depan Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka aku ni! Kenapa kalau aku yang bunuh dia? Kenapa kalau aku yang rosakkan sup tu?" Hun Qianyun kedengaran agak berang juga. Daya tulen serta merta keluar dari badannya dan simulakrum Raja Neraka itu semakin kukuh.

Si Hitam bangun dengan malas. Dia memandang sekilas simulakrum Raja Neraka itu dan menjelingnya.

"Kalau Raja Neraka itu memang betul-betul datang dari neraka sekalipun, tuan segala anjing ni tak akan rasa takut. Apa yang benda tiruan macam kau ni cuba buat?" Satu suara lelaki maskulin yang lembut dan menyenangkan kedengaran dari mulut Si Hitam dan bergema di lorong itu.

avataravatar
Next chapter