96 Siapa Culik Budak Perempuan Itu?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di kediaman Xiao, Xiao Meng menatap surat rahsia di tangannya itu tanpa berkata apa-apa.

Selepas seketika, Xiao Meng mengeluh panjang. Dia mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Dewan Besar istana diraja. Matanya penuh rasa sedih dan hiba yang tak terkata.

"Ayah, apa yang berlaku?" Xiao Yanyu bertanya dengan risau melihat riak wajah ayahnya yang suram.

Xiao Xiaolong pun memandang ayahnya yang kuat itu dengan rasa pelik. Sejak pagi tadi, Xiao Meng melarang mereka daripada meninggalkan kediaman itu. Kedua-dua adik beradik yang kehairanan itu baru bercadang pergi ke Restoran Fang Fang untuk menikmati makanan sedap di sana.

Xiao Yanyu seorang yang bijak dan pemikirannya lebih tajam berbanding Ouyang Xiaoyi yang berjiwa bebas. Dia dapat meneka yang mereka dilarang keluar atas sebab-sebab keselamatan.

Kalau mereka memerlukan perlindungan semasa berada dalam bandar diraja, hanya ada satu maksudnya. Bandar diraja sudah tidak selamat, atau… bandar itu sudah tak selamat untuk orang berkepentingan seperti anak pegawai kerajaan.

"Bandar diraja sedang huru hara ke?" Suara Xiao Yanyu kedengaran seperti kicauan burung bila dia bertanya kepada Xiao Meng.

Xiao Meng merenung Xiao Yanyu. Wajahnya bergetar sedikit sebelum dia perlahan-lahan membuka mulutnya.

"Maharaja… sudah mangkat."

Bila Xiao Yanyu dan Xiao Xiaolong terdengar kata-kata itu, badan mereka menggeletar dan mata mereka terbeliak...

Bukan keluarga Xiao sahaja yang menerima berita itu. Keluarga yang kaya dan berpengaruh lain yang tinggal dalam bandar diraja itu turut mendapat makluman. Berita kemangkatan maharaja itu bagaikan tsunami yang menghancurkan bandar diraja dengan sekelip mata.

Pemerintah sebuah generasi, Maharaja Changfeng… telah mangkat.

Berita ini bagaikan gempa bumi yang menghuru-harakan seluruh Empayar Bayu.

Keadaan dalam bandar diraja sudah agak tidak menentu. Dengan kemangkatan Maharaja, bandar itu serta merta menjadi huru hara. Perebutan takhta antara putera mahkota dan putera kedua pun sudah diketahui umum.

Ini dapat dilihat bila orang-orang kaya dan ternama mengarahkan anak-anak mereka untuk tidak meninggalkan kediaman mereka.

Bila perebutan takhta itu berlaku, putera-putera itu perlu mendapatkan pertolongan. Mereka memerlukan sokongan pegawai kerajaan dan mereka perlu memenangi hati pegawai-pegawai ini sendiri. Untuk mendapat kesetiaan pegawai kerajaan, mereka perlu menggunakan taktik kotor seperti peras ugut, menculik… Mereka akan gunakan apa saja sekalipun untuk mencapai matlamat mereka.

Pada hari ini, berita kemangkatan Maharaja Changfeng telah tersebar. Putera Mahkota, Ji Chengan, dan juga Raja Yu segera memasuki istana diraja dan menuju ke arah Dewan Besar.

Selepas lebih kurang satu jam, mereka berdua meninggalkan istana. Kuda dan pedati disediakan dan mereka pergi melawat kediaman setiap pegawai kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Perbalahan antara Putera Mahkota dan Raja Yu akhirnya sampai ke kemuncak.

...

Kediaman Zhao, kediaman rasmi Menteri Kiri, Zhao Musheng.

Sebagai Menteri Kiri Empayar Bayu, kedudukan Zhao Musheng sangat hebat sehingga kedua-dua putera ini melayannya dengan sopan. Pangkatnya dalam Empayar Bayu dikatakan kedua tertinggi selepas Xiao Meng.

Zhao Musheng tidak begitu tua. Dia nampak sihat dari segi rupa parasnya. Namun, rambutnya yang hitam dan beruban membuatkan dia nampak agak berumur.

Dia sedang duduk di kerusi kayu dengan matanya sedikit mengecil sambil menepuk-nepuk perutnya dengan sebelah tangan.

Tiba-tiba, bunyi tapak kaki kedengaran di luar pintu dan satu kelibat masuk ke dalam bilik itu...

"Ayah! Anakmu sudah pulang." Zhao Ruge masuk ke bilik dengan jubah brokednya dan menyapa Zhao Musheng, yang sedang duduk di kerusi, dengan hormat.

"Dah selesai ke perkara tu?" Zhao Musheng mengecilkan matanya dan bertanya.

"Perkara itu selesai dengan mudah. Tapi… Kenapa Ayah hantar orang untuk culik Ouyang Xiaoyi? Ayah tak takut ke orang gila, Ouyang Qi, marah?" Zhao Ruge memandang Zhao Musheng kehairanan. Dia tak faham kenapa mereka perlu melibatkan diri dengan situasi yang rumit dalam keadaan sekarang ni.

"Ji Changfeng sudah mati. Disebabkan itu, periuk sup yang dipanggil bandar diraja ni akan menggelegak. Untuk bagi sup tu rasa sedap, kita kena tambah sedikit bahan perisa..." Zhao Musheng membuka matanya. Pandangannya nampak harmoni dan auranya menenangkan.

Rasa hormat Zhao Ruge terhadap ayahnya semakin kuat.

"Pergi sekarang dan pastikan budak perempuan tu dilayan baik. Kita hanya bawa dia ke sini untuk mencipta konflik."

"Kalau jadi apa-apa pada dia, Ouyang Qi akan cuba bunuh kita. Orang tua kolot tu memang sayang betul dengan cucu perempuan dia ni." Zhao Musheng berkata sambil tergelak.

"Kita tunggu dia buat masalah dengan Putera Mahkota dan Raja Yu. Biar dia kacau periuk sup tu dulu..."

Zhao Ruge terkejut seketika dan kemudian dia nampak seolah-olah dia faham sesuatu. Dia tersenyum kecil sambil mengangguk dan beredar.

Sambil Zhao Musheng melihat Zhao Ruge berlalu pergi, dia tertawa sekali lagi.

Selepas Zhao Ruge meninggalkan bilik itu, dia berjalan seketika dalam kediamannya sebelum sampai ke sebuah bilik yang dijaga oleh dua Raja Pertempuran.

"Jaga budak perempuan tu elok-elok. Dia tu licik. Jangan bagi dia peluang langsung untuk melarikan diri." Zhao Ruge berkata bersungguh-sungguh.

Dua orang Raja Pertempuran itu mengangguk dengan akur.

Bila Zhao Ruge merenung ke arah bilik yang senyap itu, dia tersenyum. "Aku rasa nak tahu sangat. Kalau Tauke Bu tahu budak perempuan ni kena culik… apa yang dia akan buat? Adakah dia akan datang ke sini dengan bongkah besi tu? Menarik kalau macam tu."

...

Dalam istana Putera Mahkota, dia memaksa dirinya untuk senyum sambil memandang Tok Ouyang yang menggerunkan itu. Dia tak boleh membuatkan lelaki tahap veteran itu naik angin.

"Tok, Beta bersumpah dengan hidup Beta yang Beta tak pernah sentuh pun Ouyang Xiaoyi walau seurat rambut!" Ekspresi Ji Chengan serius ambil dia mengangkat tangan bersumpah di hadapan Tok Ouyang.

"Bedebah! Siapa lagi kalau bukan kamu? Kalau Xiaoyi kesayangan aku tu hilang walau seurat rambut, aku akan runtuhkan istana kamu ni!" Angin Tok Ouyang tak baik. Dia menyumpah seranah sambil menuding jari ke hidung Putera Mahkota. Dia memarahi putera mahkota sehinggakan lelaki itu hampir hilang sabar.

Namun, Putera Mahkota tak ada pilihan lain. Dia hanya mampu memaksa dirinya untuk terus senyum sambil dia melihat Tok Ouyang beredar sambil berjalan mendada.

Selepas Tok Ouyang meninggalkan istana Putera Mahkota, dia terus menuju ke kediaman Raja Yu. Dia pun turut mengherdik Raja Yu tapi dia masih tak dapat apa-apa maklumat tentang Ouyang Xiaoyi.

Namun, selepas kedua-dua putera itu diserang oleh Tok Ouyang, mereka mengawal tindakan dan perbalahan mereka.

Selepas pulang ke kediaman Ouyang, Tok Ouyang sudah tidak berdaya sebagaimana gagahnya dia semasa memarahi Putera Mahkota dan Raja Yu. Ekspresinya nampak tak menyenangkan.

Kalau bukan Raja Yu dan Putera Mahkota yang menculik Xiaoyi, siapa yang berbuat begitu?

Dalam bandar diraja ni, siapa yang berani menculik cucu perempuan Ouyang Qi?

Tok Ouyang berfikir sejenak. Akhirnya, satu nama muncul di fikirannya… Zhao Musheng?!

...

Sepanjang tiga hari lepas, jumlah pelanggan di Restoran Kecil Fang Fang semakin berkurangan. Sampai satu tahap, Bu Fang berasa begitu bosan. Dia tak dapat mengesan apa yang berlaku di bandar diraja. Satu-satunya perkara yang dia tahu ialah kekurangan bilangan pelanggan.

Ouyang Xiaoyi pun sudah tiga hari tak datang ke restoran itu. Bu Fang hanya dapat tahu tentang situasi di bandar diraja daripada Si Gemuk Jin yang datang setiap hari, tepat pada masanya. Setiap keluarga berpengaruh sedang memilih dengan berhati-hati pihak mana yang mereka hendak sokong.

Dengan kemangkatan Maharaja, perebutan takhta antara Putera Mahkota dan Raja Yu pun bermula.

Bu Fang berasa bingung mendengar maklumat itu. Dia memang tak tahu-menahu tentang perebutan takhta yang disebut-sebut itu. Selepas mendengar tentang perkara itu, dia berlalu pergi dengan rasa kehairanan. Namun begitu, berita tentang kemangkatan Maharaja masih membuat dia meratap.

Tetapi, dia berasa teramat runsing tentang berita penculikan Ouyang Xiaoyi. Apatah lagi, budak perempuan itu bekerja sebagai pelayan di restoran Bu Fang. Disebabkan itu, dia tak akan benarkan Ouyang Xiaoyi dibuli dengan sebegitu mudah.

Bu Fang berlingkar di atas kerusinya sambil melihat salji turun. Salji yang putih dan suci itu sudah mula menyelimuti seluruh bandar diraja dengan lapisan berwarna perak. Pemandangannya sungguh indah.

"Tauke Bu, nampak macam tak sibuk je. Nampaknya saya datang pada masa yang tepat." Satu suara yang dikenali — yang agak lembut tapi sombong — kedengaran.

Zhao Ruge berdiri di pintu masuk restoran dan memandang Bu Fang sambil tersenyum.

avataravatar
Next chapter