76 Si Putih Bermata Ungu, Penghapusan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bila mereka mencecah lantai, mereka menutup tingkap tanpa membuat sebarang bunyi. Mereka berdua sudah banyak pengalaman melakukan pembunuhan. Disebabkan mereka pernah membunuh menteri-menteri kabinet daripada kerajaan diraja, mereka langsung tak beri perhatian kepada pemilik restoran kecil ini. Kalau tak kerana tuan mereka bersungguh-sungguh mengingatkan agar mereka berhati-hati sebelum bertindak, mereka tak akan bersusah payah sebegini kerana sasaran mereka terlalu lemah.

Lokasi Ah Long dan Ah Hu bukanlah di bilik tidur Bu Fang. Ruangan dalam bilik itu kosong dan luas. Tak ada sesiapa pun di dalamnya.

Mata Ah Long mengecil sedikit sambil dia menuju ke depan. Kelibat mereka bergerak ke arah pintu berdekatan. Bila mereka membuka pintu, langsung tak ada bunyi apa-apa. Semuanya dilakukan dengan senyap.

Kedua-dua mereka berjalan keluar dari bilik dan sampai ke satu penjuru. Penjuru kiri itu menuju ke tingkat bawah. Tangga itu terlalu menakutkan dan suram sehingga boleh membuatkan seseorang menjadi gila. Mereka terus berasa takut tak terhingga.

Ah Long menelan air liurnya dan memaksa dirinya memandang ke tempat lain. Pandangan mereka beralih ke arah pintu yang tertutup rapat di depan mereka.

Kedua-dua mereka berasa gembira sambil memandang diri masing-masing. Dalam bilik itu, mereka dapat dengar bunyi nafas yang tenang. Nampaknya, berkemungkinan pemilik kedai berada dalam bilik itu.

Mereka menolak sedikit pintu bilik itu tapi ia berkunci kerana langsung tak bergerak. Ah Long mengeluarkan wayar halus dari poketnya dengan perlahan-lahan. Daya tulen dalam badannya mengalir dan satu lapisan nipis daya tulen menyelubungi wayar logam itu.

Dia memasukkan wayar yang diselubungi daya tulen itu yang bertukar dan mengalir ke dalam lubang kunci. Dia memusingkan sedikit wayar itu dan bunyi kunci dibuka kedengaran.

"Hmm? Senangnya?" Ah Long terperanjat sekali lagi. Dia tak rasa perbuatan itu merbahaya seperti yang dijelaskan oleh tuannya.

Kedua-dua mereka menolak pintu sambil mengintai dan memerhati di dalam bilik itu. Kening mereka berkerut kerana mereka tak nampak apa-apa dalam gelap. Kerana tiada pilihan lain, mereka bercadang untuk menyerbu masuk ke dalam bilik dan terus menjalankan pembunuhan.

Namun, mereka tiba-tiba rasa seram sejuk di seluruh badan. Langkah kaki mereka pun terhenti.

Rasa seram sejuk ini datang daripada lubuk hati dan menguasai seluruh badan mereka, seperti angin sejuk yang bertiup dari Tanah Artik.

Mata mereka tiba-tiba terbeliak dan anak mata mereka membesar. Mereka langsung tak berani berbuat apa-apa.

Dua pancaran cahaya merah tiba-tiba muncul dari belakang mereka dan menuju tepat ke badan mereka.

"Si… Siapa di situ?!"

Keseluruhan badan Ah Long mula menggeletar sambil dia bersusah payah untuk menolehkan kepala. Bila dia memandang ke belakang, matanya bertemu pancaran cahaya itu…

Mata mekanikal Si Putih mengeluarkan pancaran merah sambil tangan mekanikalnya menggapai tengkuk dan mengangkat mereka berdua dengan mudah.

"Mengesan niat sasaran ini untuk membunuh Tauke. Mencari penyelesaian…"

"Penyelesaian sudah dipilih dan akan diaktifkan serta merta."

"Penyelesaian: Penghapusan."

Cahaya keluar memancar dari mata mekanikal Si Putih seolah-olah ia sedang mencari data. Selepas menemui penyelesaian, mata Si Putih bertukar menjadi ungu gelap.

Tangan mekanikalnya memperketatkan cengkaman.

Wajah Ah Long penuh rasa takut sambil dia bergelut untuk melepaskan diri daripada tangan mekanikal yang bagaikan playar keluli. Mereka cuba memanipulasi daya tulen dalam badan. Tapi bila ia mengalir ke tangan, ia akan hilang sebelum sempat digunakan...

Bila Ah Long merasakan yang cengkaman di tengkuknya semakin ketat, pergelutannya juga semakin sengit sehinggakan darah keluar dari mulutnya.

Si Putih langsung tak pedulikan pandangan mereka yang penuh ketakutan. Ia berkelakuan seperti malaikat maut yang memperlakukan semua makhluk dengan sama rata. Mata mekanikalnya yang berwarna ungu itu pula nampak berhantu dalam kegelapan.

"Krak!"

Dengan dua bunyi rapuh, Ah Long dan Ah Hu berhenti meronta. Kemudian, badan dan kepala mereka terkulai. Darah merah pekat mengalir dari mulut mereka dan menitik ke atas lantai lalu menghasilkan bunyi ngeri.

Si Putih dengan selamba membawa dua tubuh yang terkulai itu sambil meninggalkan bilik Bu Fang.

Bila pintu ditutup, kesan darah di atas lantai pun hilang secara tiba-tiba...

Bu Fang menghidu udara sambil dia menutup hidungnya dengan mamai. Dia kemudian mengecap bibirnya dan menyambung tidur.

Bang bang!

Dua mayat jatuh dari atas dan terhempas di atas lantai kuarzit di lorong itu. Darah mengalir...

Si Hitam mengangkat kepalanya dengan mamai. Bila ia nampak dua mayat itu, ia mengerutkan hidung dan mendengus. Kemudian, ia membuka mulutnya dan menghembuskan nafas perlahan. Kedua-dua mayat itu ditiup terbang dari lorong itu dan tercampak ke atas jalan.

Selepas itu, Si Hitam berbaring semula dengan rasa puas dan meneruskan tidurnya.

...

Dalam kediaman Raja Yu, api lilin bergetar sedikit.

Satu kelibat tua dan cengkung berbalut jubah hitam merenung tajam ke arah api lilin yang bergetar itu. Soket matanya dipenuhi dua gumpalan api semangat berwarna biru.

Tiba-tiba, api semangat dalam anak mata Hun Qianyun menjadi sedikit malap dan kedengaran bunyi sesuatu yang pecah.

Dia mengeluh. "Seperti dijangka… Kedai itu tak boleh dicabar. Ah Long, Ah Hu… mati begitu saja."

Dua kelibat muncul di hadapan Hun Qianyun dan mereka membuat tabik hormat.

"Ah Long dan Ah Hu sudah mati. Pergi ke lorong itu dan bawa balik mayat mereka…Kita telah gagal percubaan membunuh kali ini. Aku akan pergi memohon ampun daripada Raja Yu." Hun Qianyun berjalan terhuyung-hayang keluar dari bilik dengan badannya membongkok.

Dua orang Maharaja Pertempuran Sekta Jiwa berasa bingung. Sebelum Ah Long dan Ah Hu berlepas, mereka sudah diberi peringatan untuk berhati-hati. Namun, tak sampai beberapa lama… mereka berdua sudah mati?

Dua orang Raja Pertempuran tak boleh nak bergelut pun?

Kedua-dua mereka memandang ke arah masing-masing dan dapat merasakan ketakutan dalam diri mereka.

...

"Tuanku, misi pembunuhan kali ini gagal." Hun Qianyun berkata kepada Raja Yu sambil membongkok.

Raja Yu yang memakai jubah mewah dengan rambutnya yang dilepaskan itu nampak tenang. Bila dia memandang sekilas ke arah Hun Qianyun, mulutnya tersenyum lebar.

"Baiklah. Beta akan pastikan orang bawahan kamu dikebumikan dengan elok. Kamu boleh beredar." Raja Yu berkata perlahan.

Api semangat Hun Qianyun melonjak sedikit. Dia langsung tak berkata apa-apa sambil dia berpusing dan beredar. Tak ada langsung aura menakutkan atau tenaga yang datang dari badannya. Dia nampak seperti lelaki tua biasa yang tak akan hidup lama.

Namun, Raja Yu tak berani memandang rendah padanya. Hun Qianyun pakar nombor satu dalam Sekta Jiwa. Tahap pertapaannya begitu mendalam dan kepakarannya khusus dalam mengendalikan roh-roh. Dikhabarkan yang dia telah pun memasuki alam Santo Pertempuran kelas ketujuh. Namun, ada juga yang mengatakan dia hanya berada di puncak Maharaja Pertempuran kelas keenam.

Bila kelibat Hun Qianyun sudah tak kelihatan, mata Raja Yu dipenuhi dengan rasa minat.

"Musang tua ni memang kejam. Dia mempergunakan nyawa dua orang Raja Pertempuran untuk menyatakan keikhlasannya. Baiklah… Beta beri kepercayaan kepada kamu buat masa ini." Raja Yu nampak jahat tapi menawan sambil mulutnya tersenyum.

"Restoran Kecil Fang Fang… Apakah rahsia tersembunyi kedai yang tiba-tiba muncul ini?"

Berbanding Sekta Jiwa, Raja Yu kini lebih rasa ingin tahu tentang kedai itu.

Waktu malam berlalu dengan aman.

Keesokan paginya, Bu Fang bangun awal seperti biasa. Mula-mula dia pergi ke dapur dan berlatih teknik pemotongan. Dia memegang pisau berat sambil memotong lobak putih dengan laju. Selepas selesai berlatih, Bu Fang mula memasak Tulang Rusuk Masam Manis. Itu hidangan sarapan untuk Si Hitam yang nampak gayanya akan bertukar menjadi seekor khinzir.

Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya tiba dengan megah dengan penuh rasa tak sabar. Disebabkan Bu Fang tidak membuka restoran pada hari sebelumnya, mereka terpaksa menahan keinginan sepanjang hari. Kerana sudah terlalu biasa dengan sajian Bu Fang, hidangan daripada restoran lain tak rasa apa-apa.

"Tauke Bu! Akhirnya kamu buka restoran! Oh, ada sajian baru! Mari, hidangkan saya setiap sajian!" Si Gemuk Jin membuat pesanan dengan penuh berpengalaman.

Bu Fang mengangguk tanpa ekspresi dan menuju ke dapur. Perniagaannya sudah bermula.

Ouyang Xiaoyi tiba di restoran selepas mengharungi angin sejuk. Dia menggosok-gosok tangannya dan membuka kot luar bulu dan topinya. Kelihatan wajahnya yang kemerah-merahan. Kedai itu ada sistem pemanasan automatik jadi bahagian dalam restoran itu hangat dan selesa.

Bu Fang memasak sajian sementara Xiaoyi menghidangkannya. Kerjasama kedua-dua mereka bertambah baik.

Di jalan masuk lorong itu, Raja Yu, tiba dengan gaya mengagumkan dan perilaku yang agak pelik. Dia masuk ke restoran dan memerhatikan ruang di dalamnya.

Ini kali pertama Raja Yu dia datang ke restoran Bu Fang, jadi semuanya nampak baru. Harga mahal sajian-sajian itu pun dirasakan begitu menarik.

Selepas memesan Wain Jed Penyejuk Hati dan sepinggan Tulang Rusuk Masam Manis, Raja Yu mula mencuba rasa hidangan istimewa restoran Bu Fang.

Pada masa yang sama… dia menunggu putera mahkota tiba.

avataravatar
Next chapter