324 Salakan yang Memecahkan Pedang Agung Sekta Shura

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mahaguru Mulia Sekta Shura telah dibunuh selepas dia ditampar oleh seekor anjing. 

Mulut lelaki tua berbadan gempal itu ternganga luas kerana terkejut dan dia rasa seperti rohnya hampir tercabut keluar dari tubuhnya. Dia melihat Mahaguru Mulia yang telah dibunuh itu dengan rasa tidak percaya. 

Itulah Mahaguru Mulia Sekta Shura, seorang pahlawan yang bertahap Daulat Pertempuran, tulang belakang bagi Sekta Shura dan lelaki yang telah menzalimi rakyat di seluruh Wilayah Selatan. Bagaimana pahlawan yang kuat seperti itu boleh dibunuh... oleh seekor anjing yang tidak pernah diketahui oleh rakyat di Wilayah Selatan?

Mahaguru Mulia yang baru sahaja menewaskannya seminit lalu kini maut dihempap tapak kaki seekor anjing. Menakutkan betul!

Selepas dia sedar dari kejutannya, lelaki tua berbadan gempal itu melihat anjing hitam itu dengan takut. Seluruh tubuhnya menggeletar. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter