258 Pisau untuk Membunuh Ikan Hantu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Xiao Kecheng berada pada kedudukan ketiga dalam Keluarga Xiao. Statusnya tidaklah mempunyai nilai yang begitu tinggi dalam keluarga itu kerana adanya Xiao Meng dan Xiao Keyun… Statusnya sudah lama terhimpit menjadi sebesar seinci sahaja kerana dua orang itu terlalu bersinar.

Kepintarannya dalam perniagaan pun tidak dapat dibandingkan dengan Xiao Keyun manakala tahap pertapanya tidak setanding Xiao Meng. Dia memang sentiasa mendapati dirinya berada dalam keadaan yang janggal dalam Keluarga Xiao, tapi pada masa yang sama… dia juga menyimpan banyak cita-cita.

Bila dia terlihat yang cakar besar Ikan Hantu itu hampir melenyekkan Xiao Keyun, hatinya langsung tidak rasa sedih walau sedikit pun sebagaimana yang patut dirasa seorang saudara kandung. Sebaliknya, perasaan teruja berarus dalam badannya seperti air yang deras.

"Kalau Xiao Keyun mati… aku akan menjadi pewaris Keluarga Xiao Bandar Selatan!" Rasa teruja jelas kelihatan dalam mata Xiao Kecheng.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter