52 Penkek Tiram yang Boleh Dibeli Bawa Pulang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Putera mahkota memandang Bu Fang kehairanan sambil berkata dalam hati, 'Orang ni bodoh ke? Berani dia tegur seorang Santo Pertempuran kelas ketujuh dan ugut nak bogelkan untuk jadikan pengajaran pada orang lain? Dia tu cukup kuat dan layak ke untuk kata begitu?'

Daripada rupanya pun, Ji Chengan sudah boleh menilai pencapaian tahap pertapaan Bu Fang. Seorang Maniak Pertempuran kelas ketiga tak sampai tahap seekor semut pun bila berdepan Santo Pertempuran. Dari mana dia dapat keberanian untuk kata begitu?

Ji Chengan menyilang tangannya di dada dan memandang dengan penuh minat. Dia memang tak sabar melihat Bu Fang diajar. 

Selain daripada putera mahkota, ramai juga ahli keluarga Xiao lain yang ternanti-nantikannya. Pada pandangan mereka, budak tak guna ni bodoh dan tak berfikir panjang.

Pandangan Xiao Meng dan Xiao Yue terhadap Bu Fang tajam seperti pedang. Suasana dalam restoran itu menjadi dingin.

Bu Fang memegang balang Wain Jed Penyejuk Hati tanpa sebarang ekspresi sambil dia mengusap perut Si Putih. Si Putih muncul di sebelahnya tanpa disedari sesiapa dan mata mekanikalnya memancarkan cahaya merah.

Pandangan Xiao Yue dan Xiao Meng kini beralih ke arah badan Si Putih. "Boneka mekanikal ni…"

Suasana menjadi makin tegang. Semua orang menantikan Bu Fang menerima nasib malang tetapi Xiao Meng hanya mengeluh dan menuju ke arah pintu masuk restoran. 

"Aku nak beri muka pada Tauke Bu hari ni. Mari keluar. Kita selesaikan hal ni di luar."

Ekspresi Xiao Yue berubah menjadi lemah.

"Kenapa saya perlu ikut cakap Ayah? Jatuhlah air muka saya." Xiao Yue berjalan ke arah Bu Fang dan mengambil balang wain daripadanya.

Xiao Meng berhenti dan menoleh ke belakang. Dia mengangkat tangan dan memancarkan satu letusan daya tulen. Ia bertukar menjadi satu aliran yang bergulung dan mengelilingi balang wain pada tangan Xiao Yue.

Dengan mudah Xiao Meng menarik balang wain itu dan ia terbang ke arahnya.

Anak mata Xiao Yue mengecil sambil aura keluar dari badannya dan berubah. Dia memancarkan aliran tenaga untuk merampas balik balang itu.

"Saya dah kata kalau nak buat kecoh… tolong keluar." Bu Fang berkata tanpa perasaan bila dia melihat kedua-dua mereka hendak bergaduh semula.

Kedua-dua Xiao Yue dan Xiao Meng mendengus marah pada masa yang sama sambil mereka berlari keluar dari restoran dan muncul di lorong.

Menakutkan! Bila mereka keluar, suasana dalam restoran itu terus menjadi tenang. Semua orang tecungap-cungap dengan ekspresi ngeri pada wajah mereka.

Putera mahkota, Ji Chengan memandang Bu Fang dengan rasa tak percaya. Xiao Yue dan Xiao Meng mengikut kata dan pergi keluar untuk bertarung… Ini memang lari daripada jangkaannya.

"Dia… Dia ni dapat sokongan siapa?!" Ji Chengan menghela nafas dengan berat dan berkata dengan muka berkerut.

Xushi mengeluh. Putera mahkota tak tahu betapa menakutkan restoran ini. Dia langsung tak faham yang boneka besi itu menggerunkan.

Mereka yang lain memandang Bu Fang seolah-olah dia pun seorang yang menggerunkan. Pemilik restoran ini berani memaksa Santo Pertempuran untuk mengalah.

"Apa yang kamu pandang-pandang? Waktu perniagaan hari ini sudah tamat. Tolong beredar sekarang." Bu Fang memandang mereka dan memberi arahan untuk beredar tanpa perasaan. Dia langsung tak peduli renungan mereka itu.

"Tauke Bu, Beta…"

"Patik sudah kata.. Hidangan ini tak dijual. Kalau Tuanku nak makan, sediakan ramuannya dan bawa ke sini." Bu Fang mencelah sebelum putera mahkota itu habis bercakap.

Putera mahkota berasa berang tapi matanya bersinar selepas mendengar kata-kata Bu Fang. Kalau dia bawa ramuan itu sendiri, Bu Fang akan terima pesanan?

Selain Ji Chengan, mata Ji Chengxue dan lain-lain pun bersinar.

"Baiklah, Beta akan beredar." Selepas menerima pengesahan daripada Bu Fang, putera mahkota itu berasa seronok dan meninggalkan restoran bersama Xushi. Dia tak sabar melihat pertarungan di antara Xiao Meng dan Xiao Yue.

Mereka yang lain pun bergegas keluar. Pertarungan di antara Xiao Meng dan Xiao Yue sesuatu yang jarang berlaku dan mereka tak boleh melepaskan peluang.

Xiao Xiaolong mengarahkan orang-orang gajinya mengangkat Xiao Yanyu dan membawanya pulang. Walaupun kecederaannya sudah pulih, dia masih lagi letih.

Dengan sekelip mata, kebanyakan daripada mereka sudah beredar dan restoran itu menjadi lengang sekali lagi.

"Tauke busuk, saya pun nak minta diri dulu. Saya datang semula esok." Ouyang Xiaoyi tersenyum dan matanya menjadi sepet. Betul kata tauke busuk yang dia boleh selamatkan Kakak Yanyu.

Bu Fang tak mengendahkannya sambil dia berpusing dan masuk ke dapur. Ouyang Xiaoyi menjelirkan lidah kepada Bu Fang dan beredar sambil melompat-lompat.

Raja Pedang Pematah Hati telah muncul dalam bandar diraja dan bertarung sengit dengan Jeneral Besar Xiao.

Menurut kata saksi, kedua-dua pakar ini bertarung demi sebalang wain. Mereka berlawan dari bahagian timur bandar ke bahagian barat, dan kembali ke timur. Dari mula sampai akhir, mereka menemui jalan buntu sambil berebut sebalang wain.

Kehebatan bertarung Jeneral Besar Xiao tiada tandingannya, manakala Raja Pedang Pematah Hati mampu membelah langit dengan satu hayunan pedang. Pertarungan di antara mereka berdua menyebabkan kekecohan dalam bandar diraja yang sememangnya sudah bergolak.

Pertempuran ini menyebabkan pakar daripada sekta yang bersembunyi di ibu kota mula muncul. Bermulalah pertarungan kecil di lorong-lorong dalam bandar diraja. Letusan daya tulen kelihatan seperti pertunjukan bunga api.

Namun, tak ada satu pun pertarungan ini yang berkaitan dengan Bu Fang.

Selepas menutup restoran, Bu Fang masuk ke dapur. Walaupun keadaan di luar kacau bilau, bahagian dalam restoran itu sentiasa tenang. Dia hanya perlu mencuba hidangan baru.

"Tahniah tuan kerana menyelesaikan misi mendadak: Belajar cara menyediakan Masakan Eliksir, Sup Ayam Phoenix Herba Sej, dan menyelamatkan si cantik yang nazak. Ganjaran sistem akan diberikan."

Sambil suara bersungguh sistem kedengaran dalam minda Bu Fang, matanya bersinar dan fikirannya tenang.

"Ganjaran sistem: Penkek Tiram yang boleh dibeli bawa pulang."

'Penkek Tiram sudah pasti sejenis snek.' Bu Fang berkata dalam hati sambil sistem mengumumkan yang hidangan itu boleh dibawa pulang. Kalau diikutkan amalan biasa sistem, hidangan utama tak boleh dibawa pulang.

'Itu saja ke ganjarannya selepas berpenat lelah separuh hari…' Detik hati Bu Fang sambil berasa kasihan pada diri sendiri. 

"Penkek Tiram ialah snek yang istimewa. Ia dibuat menggunakan susu beras, lobak putih yang diracik, tiram, bawang yang dipotong, daging kisar dan pelbagai ramuan lain. Ia digoreng dengan cara istimewa. Rasanya sedap dan ia meninggalkan rasa kesan yang kaya dan harum dalam mulut."

Bu Fang tak pernah cuba masak Penkek Tiram di Bumi sebelum ini, jadi dia agak berminat dengan hidangan baru ini.

Dengan itu, sambil pertarungan di luar berterusan, Bu Fang dengan seronoknya cuba menyediakan hidangan baru.

Ramuan Penkek Tiram itu disediakan sistem dan disimpan dalam almari berasingan. Bu Fang mengambil lobak putih yang enak dan lebih berkualiti daripada apa yang digunakan untuk berlatih kemahiran memotong.

Dia sudah dapat merasakan jusnya dan tenaga semangat yang kaya dan hanya dengan memegang lobak putih itu.

Memotong lobak itu bukan satu masalah bagi Bu Fang. Selepas dia menghirisnya panjang-panjang, dia meletakkan bahan itu setempat. Dia mengambil seketul daging dan mencicangnya lalu ia dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Bawang pula dipotong dan tiram yang gemuk itu dibasuh bersih.

Tiram yang digunakan pun bukan tiram biasa. Menurut kata sistem, ia tiram bergred tinggi yang didapati dari perairan Tanah Tandus Selatan. Penuh dengan tenaga semangat, ia bahan yang hebat.

Selepas selesai menyediakan ramuan, Bu Fang mula menyediakan susu beras. Dia perlu beri perhatian kepada susu beras itu supaya ia tak terlalu cair atau pekat.

Kalau susu beras itu terlalu cair, Penkek Tiram akan mudah berderai. Tapi, kalau ia terlalu pekat, Penkek Tiram itu akan jadi keras dan rasanya kurang sedap.

Dia mengambil batu kisar dari almari. Selepas meregangkan badan, dia bersedia mengisar beras untuk membuat susu.

avataravatar
Next chapter