24 Orang Gasar Keluarga Ouyang... Tidak Boleh Dikalahkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tiga orang kasar keluarga Ouyang ialah tiga orang anak kepada ketua keluarga Ouyang kini, iaitu Ouyang Zongheng. Punggung mereka besar dan pinggang pula tebal, seperti binatang yang berwajah manusia. Kebolehan pertempuran mereka sangat hebat dan kekuatan mereka sangat unggul. Mereka dianggap sebagai pemusnah manusia di dalam bandar diraja dan diberi gelaran tiga orang gasar keluarga Ouyang.

Anak sulung adalah Ouyang Zhen, yang kedua adalah Ouyang Wu, dan yang paling muda pula adalah Ouyang Di. Apabila nama mereka digabungkan, ia terbentuk "memang tidak boleh dikalahkan". Mereka bertiga ialah kembar tiga, jadi penampilan mereka agak serupa. Tahap bertapa mereka juga berada di tahap yang hampir, pada Pertempuran Semangat Kelas Keempat. Mereka pernah mengikuti ayah mereka, Jeneral Ouyang Zongheng, keluar ke medan pertempuran dan berpengalaman dalam pertumpahan darah.

Walaupun mereka dipanggil tiga orang gasar keluarga Ouyang dan tidak menghormati sesiapa pun dalam bandar diraja ini, tetapi mereka sangat patuh kepada adik tunggal mereka, Ouyang Xiaoyi. Apabila mendengar adik yang amat mereka sayangi itu berada di dalam sebuah restoran kecil, mereka sangat marah dengan berita itu.

Seperti gunung berapi yang akan meletus, mereka menuju ke restoran.

Zhao Ruge dan Sun Qixiang, yang diam-diam memantau restoran kecil itu dari jauh, terus menyedari pergerakan mereka dan terus rasa bersemangat. Zhao Ruge berasa legai; dia memang mencari peluang untuk membalas dendam, tetapi nampaknya sekarang dia tidak perlu berbuat apa-apa.

Ada sebab mengapa ketiga-tiga orang gasar keluarga Ouyang dipanggil pemusnah manusia. Kehancuran mengikuti ke mana sahaja mereka pergi. Apabila tiba masanya nanti, dia hanya perlu memijak muka tuan kedai yang tiada perasaan itu sahaja.

Mengikuti jalan utama bandar diraja dan berjalan melepasi Restoran Pheonix Abadi, kemudian belok ke kiri dan berjalan sejauh beberapa meter akan ternampak satu lorong. Setelah melangkah masuk ke dalam, kedai kecil Bu Fang akan ditemui.

Bu Fang sedang berbaring di atas kerusi sambil berjemur di bawah sinar matahari. Cahaya matahari yang hangat bersinar membuatnya berasa hangat dan mengantuk.

Manakala Ouyang Xiaoyi pula dilihat sedang duduk berdekatan dengan bosan. Memandangkan dia bosan dan mahu makan Ikan Perap Bijian Wain Beras dan Sup Tauhu Kepala Ikan dengan lebih cepat, dia mula bertapa dengan gigih.

Ketika tiga orang gasar keluarga Ouyang melangkah masuk ke dalam lorong kecil, aura mereka terus tersebar luas dan menghasilkan satu angin kuat yang menaikkan debu di sekeliling mereka.

Boom boom boom!

Ketiga-tiga mereka seperti binatang liar berwajah manusia. Setiap langkah yang diambil membuat tanah sekeliling bergegar.

"Abang Sulung! Restoran kecil di hadapan kita ini yang menculik adik kita! Mari kita bunuh tauke berani itu!" Ouyang Wu berkata sambil merenung dengan marah.

Ouyang Di menepuk dada dan janggutnya beralun semasa dia menjerit, "Isk! Berani dia culik adik kesayangan kita, saya bersumpah jika kita tidak runtuhkan hari ini, saya akan menjauhkan diri dari wain selama tiga hari!"

"Mari kita lihat siapa yang akan berani buat begini." Ouyang Zhen yang paling tenang antara mereka. Namun, memandangkan ia melibatkan adiknya, dia masih lebih gelisah dari biasa. Apabila dia terfikir suara manja dan perwatakan adiknya itu, dan membayangkan bagaimana dia mungkin mengalami penyeksaan yang tidak dapat ditanggung pada masa itu, dia berasa seperti hatinya sedang dikoyak.

Anjing hitam besar yang berbaring di tanah tiba-tiba berasa satu siri gegaran. Dengan serta-merta ia membuka mata mengantuknya dan memandang tiga bayang-bayang besar ganas yang tiba-tiba muncul. Ia membuka mulutnya, menguap, dan meneruskan tidurnya.

Bu Fang juga terjaga kerana gegaran itu. Dengan bingung dia mendongak ke atas dan melihat tiga orang gasar keluarga Ouyang berdiri di luar.

"Siapa kamu semua? Adakah kamu mahu makan?" Bu Fang bertanya tanpa ekspresi.

"Bah! Penipu, siapa mahu makan di sini! Kami datang untuk adik perempuan kami!" Serta merta Ouyang Wu – yang paling panas baran – berteriak .

Bu Fang berkata, "Cari adik perempuan kamu? Ketiga-tiga lelaki yang nampak seperti Zhang Fei [1] mestilah disalah tafsir, kami restoran yang baik, bukan rumah pelacuran."

"Apa, adik kecil? Kami tidak ada benda itu di sini." Oleh kerana mereka datang bukan untuk makan, Bu Fang tidak mengendahkan mereka. Dia terus berbaring di atas kerusi.

"Berani kamu cuba menipu kami! Saya dapat rasak aura adik perempuan saya, betul-betul di dalam restoran kamu! Jika kamu tidak serahkan dia, kami akan ratakan restoran kecil ini!"

Ouyang Di menggenggam penumbuknya sambil melihat Bu Fang dengan niat tidak baik.

Bu Fang melirik mereka tanpa emosi. Dia akhirnya sedar siapa yang mereka cari: si loli kecil, Ouyang Xiaoyi.

Bu Fang berdiri dan berteriak kepada Ouyang Xiaoyi yang sedang bertapa berdekatan dengannya, "Hei budak, ada orang cari kamu."

Suara Bu Fang menyedarkan Ouyang Xiaoyi dan dia mula mengeluarkan diri daripada keadaan pertapaan. Dia menjeling Bu Fang dengan marah, lalu melihat ke luar kedai. Dia terus perasan kehadiran abang-abang dia yang seperti binatang ganas sedang berdiri di luar.

Ekspresi Ouyang Xiaoyi terus berubah. Dia tahu, sudah tentu Xiao Yanyu yang mendedahkan lokasinya.

"Tauke Busuk! Mereka abang saya dan mereka ke sini untuk membawa saya balik ke rumah. Tolong saya hentikan mereka ..." bisik Ouyang Xiaoyi kepada Bu Fang, kemudian dia berlari ke biliknya dan hilang.

Bu Fang termanggu seketika tanpa ekspresi, melihat Ouyang Xiaoyi dengan penuh ragu.

Dia sekali lagi melirik tiga lelaki yang berdiri di luar.

Dia berfikir, "Ouyang Xiaoyi yang comel dan tiga orang yang hodoh dan kasar ... Adakah mereka dari golongan gen yang sama? Ibu bapa mereka sama tetapi mengapa mereka kelihatan begitu berbeza?"

"Dia tidak mahu berjumpa dengan kamu," kata Bu Fang dengan jujur.

"Apa? Adakah kamu cuba menyekat kami? Isk! Berani kau menculik adik aku!" Ouyang Zhen berasa sangat marah. Fikirannya dipenuhi dengan imej adiknya yang disiksa.

Tidak boleh dimaafkan!

Boom!

Ouyang Di yang sedang marah mengambil langkah pertama dan mewujudkan satu angin letupan yang muncul di hadapan Bu Fang dengan segera; Wajahnya yang mengerikan hanya beberapa inci dari wajah Bu Fang. Angin itu meniup rambut Bu Fang, menyebabkannya beralun di tiup angin.

Bu Fang tanpa ekspresi bertanya, "Adakah kamu cuba menimbulkan masalah?"

"Jika saya jawab betul? Saya mahu runtuhkan kedai kamu!" Ouyang Di menjawab dengan suara yang kuat dan marah.

"Si Putih, ada orang mahu timbulkan masalah," laung Bu Fang dengan tenang.

"Pengacau, kamu akan dibogelkan untuk menjadi contoh kepada yang lain," suara mekanikal kedengaran, kemudian badan raksasa Si Putih muncul di belakang Bu Fang; mata mekaniknya berkedip.

Mata Ouyang Di mengecil dan tersenyum sambil berkata, "Nampaknya kamu juga ada pembantu! Abang, mari kita sama-sama hancurkan dia!"

Ouyang Wu dan Ouyang Zhen muncul di belakang Ouyang Di, dan aura mereka melonjak naik seperti ribut laut dan terus menyerang kedai kecil itu.

Dengan aura mereka, satu bangunan biasa akan runtuh serta-merta. Tetapi, Kedai Kecil Fang Fang tidak terjejas walau sedikit.

"Menarik, ada sesuatu yang pelik dengan kedai ini!" Abang sulung berfikir.

Ouyang Zhen mengerut keningnya sambil memerhati sekeliling. Selain daripada Gigolo kurus dan lemah berserta dengan robot besi itu, tiada benda lain di kawasan itu... Oh, ada satu anjing hitam besar yang tidur di hadapan pintu masuk.

"Ia kelihatan seperti sebuah kedai biasa, bagaimana kedai itu berani menculik adik?

"Adakah... tuan kedai ini menyembunyikan kebolehannya? Atau pun ahli dari sekta lain yang bersembunyi dalam kedai ini?"

Ouyang Zhen melihat Bu Fang dengan serius dan menjadi lebih keliru. Bu Fang hanya bertahap Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua, dan daya tulen dia lebih lemah daripada adiknya.

Ketika Ouyang Zhen berfikir.

Bang! Bang!

Dua bunyi besar kedengaran, dua bayang-bayang raksasa terbang keluar dan melanggar satu dinding.

Ouyang Zhen terkejut dengan bunyi. Apabila dia berpaling untuk melihat, anak matanya mengecil.

Dia menjadi saksi Ouyang Wu dan Ouyang Di dilempar ke dinding lorong dan terperangkap di situ ...

"Maaf, abang sulung! Ini satu kebetulan! kebetulan!" kata Ouyang Wu dan Ouyang Di sambil batuk untuk mengeluarkan debu ketika merangkak keluar dari dinding.

Keadaan ini sungguh memalukan: dua daripada tiga orang gasar keluarga Ouyang dilempar seperti bola.

[1] Zhang Fei adalah seorang jeneral yang berkhidmat di bawah Liu Bei semasa sejarah tempoh tiga kerajaan. Dia seorang lelaki yang berbulu dengan janggut yang besar.

avataravatar
Next chapter