2 Nasi Goreng Telur untuk Anjing Hitam Besar

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun jeritan terngiang-ngiang di telinga Bu Fang tetapi dia mengabaikannya. Dia masih berbaring di atas kerusi dengan pandangan yang kosong. Sebenarnya, dia sedang melihat panel sistem di dalam fikirannya.

Objektif Sistem: Membantu tuan saya untuk menjadi Tuhan Cef yang ingin berdiri di bahagian teratas rantai makanan di dunia fantasi ini.

Tuan: Bu Fang

Tahap Kekuasaan Daya Tulen: Tiada (Sebagai seorang Tuhan Cef di dunia fantasi, Daya Tulen diperlukan untuk memasak pada masa akan datang. Terus berusaha, anak muda.)

Bakat Memasak: Belum diketahui

Kemahiran: Belum diketahui

Peralatan: Belum didapati

Peringkat Keseluruhan Penilaian Tuhan Masakan: Rekrut (Perjalanan untuk menjadi Tuhan Masakan baru sahaja bermula. Ikut arahan daripada sistem dan jadi orang yang berada di bahagian teratas rantaian makanan di dalam dunia fantasi ini.)

...

"Eh, Kau dengar ke? Kau tuan restoran ini?" Pemuda tampan itu berteriak marah sambil memandang Bu Fang.

Bu Fang melihat pemuda tampan itu dengan tenang, dan dengan malas dia membangunkan diri sambil menguap.

"Harga hidangan di restoran aku memang macam itu, kalau kau tak dapat terima, kau boleh pergi. Perniagaan restoran aku ini ikhlas dan adil. Tak pernah paksa sesiapa pun untuk beli apa-apa."

Pemuda tampan itu bingung dengan sikap Bu Fang. Setelah terkesima seketika, wajahnya yang cerah semakin merah dan matanya berapi dengan kemarahan. Dia berfikir, "Adakah ini sikap kau sebagai seorang tuan restoran?"

"Kau ini. Lihatlah harga menu ini! Berani kau kata perniagaan kau ikhlas dan adil! Aku rasa kau berniaga seperti perampas! Jahat betul! Jangan bagi alasan! Aku sudah dedahkan muka palsu kau!"

"Muka aku macam si bodoh ke?" Bu Fang menjawab dengan sedikit marah. Sebagai cef yang bercita-cita tinggi dengan impian, dia benci jika orang lain memanggil dia sebagai orang jahat.

"Aku ada alasan tersendiri untuk tetapkan harga itu. Jika kau tak berminat untuk makan, kau boleh pergi, aku tak paksa."

Bu Fang berasa malang betul. Dia telah menunggu sejak pagi tadi, bukan sahaja pelanggan dia tidak muncul, dia pula terpaksa berhadapan dengan si pondan yang menyusahkan. Dia berfikir, "Mengapa begitu sukar untuk menjalankan perniagaan?"

Pemuda tampan berasa lagi bingung. Dia memandang Bu Fang sambil berpeluk tubuh. "Ish, kau nak menaikkan kemarahan aku? Kau ingat aku akan dipengaruhi dengan kemarahan ini dan pesan hidangan kau? Selepas itu, kau boleh keuntungan dengan senang? Kau fikir aku embap?"

Bu Fang tergamam dengan Si Pondan tampan di hadapannya. Dia terus menuju ke dalam dapur dengan tanpa emosi untuk memulakan latihan memasak hariannya.

"Terdiam!? Rasa bersalah? Niat jahat kau sudah aku dedahkan dan sekarang kau sudah terdiam? Biar aku beritahu kau, aku, Xiao Xiaolong, adalah seorang yang hebat dan paling benci dengan sebarang ketidakadilan."

Pemuda tampan itu terus berdiri di situ dan terus melemparkan penghinaan. Namun, selepas menunggu seketika, masih tiada sebarang balasan dari Bu Fang.

"Aku akan pastikan semua orang di bandar diraja tahu mengenai hal ini! Restoran kau akan ditutup! Oh, mungkin tidak perlu aku berbuat demikian, sesiapa sahaja yang nampak harga dalam menu ini pasti akan rasa kau ini bodoh! "

Xiao Xiaolong berasa marah kerana tidak diendahkan, jadi dia terus mengancam Bu Fang.

Sunyi ... Restoran yang kecil ini menjadi amat sunyi dan tidak lama kemudian terhidu satu aroma yang menerawang dari dapur.

Xiao Xiaolong berdiri di situ seketika sambil menatap harga di dalam menu. Akhirnya, dia menggeleng kepalanya dan memutuskan untuk pergi.

Satu pinggan Sayur Goreng dijual dengan harga seratus syiling emas, memang... gila betul!

Di dalam Empayar Bayu ini, unit mata wang terkecil adalah syilling tembaga. Syiling perak pula lebih bernilai daripada syiling tembaga, sementara syiling emas lebih bernilai daripada syiling perak. Satu syiling emas tunggal lebih dari cukup untuk perbelanjaan satu keluarga biasa di empayar ini selama sebulan. Seratus syiling emas... Itu mustahil untuk orang biasa untuk bayar!

Apa lagi, Nasi Goreng Telur pula memerlukan satu kristal! Apa itu kristal? Ia adalah keperluan untuk seorang pertapa, satu kristal bersamaan dengan seribu syiling emas!

Hanya orang gila sahaja yang akan menetapkan harga sebegitu!

Xiao Xiaolong berpaling dan berjalan ke pintu masuk restoran dengan marah. Tiba-tiba, hidungnya bau sesuatu.

"Wanginya!"

Satu aroma merebak dari dapur dan berlegar di kawasan hidung Xiao Xiaolong. Wangian itu seolah-olah menjadi semakin kuat dan membelai mukanya seperti sekeping sutera. Perasaan ini seperti sentuhan daripada seorang kekasih, menyebabkan seluruh tubuhnya asyik dalam keseronokan.

Akhirnya, Xiao Xiaolong mendapati dari mana datang wangian itu. Dia berpaling dan melihat ke belakang dapur dan terlihat satu tubuh langsing. Dia sedang memegang sebiji mangkuk tembikar dengan tangannya yang berkulit cerah sambil keluar dari dapur, aroma yang kaya keluar dari mangkuk itu.

"Kau cuba menggoda aku? Hmph! Aku tidak peduli betapa lazatnya masakan kau, aku tidak akan tertipu!"

Apabila Xiao Xiaolong melihat Bu Fang berjalan ke arahnya, dia mengangkat kepalanya dengan bangga dan mendengus dengan dingin. Sebenarnya, kalau tidak ternampak lubang hidung dia yang sedang menghidu tanpa henti, Bu Fang mungkin benar-benar berfikir dia tidak akan tergoda dengan makanannya yang enak.

Akhirnya, Xiao Xiaolong tidak dapat menahan godaan itu lagi dan perutnya mula berkeroncong.

"Aku tengok kau dengan ikhlas menawarkan kepada aku untuk merasa masakan kau, maka ... aku dengan berat hati akan mencuba sedikit."

Kata Xiao Xiaolong setelah berpaling kepada Bu Fang tetapi dia masih bercakap dengan nada sombong, seolah-olah memakan masakan ini merupakan penghormatan yang besar kepada Bu Fang.

Tanpa disangka, Xiao Xiaolong terkaku apabila Bu Fang tidak berhenti di hadapannya. Dia tidak menghiraukan dia dan terus berjalan ke arah pintu masuk.

Xiao Xiaolong berasa sangat marah dan keliru. Dia berpaling untuk melihat Bu Fang tetapi gambaran seterusnya lebih mengejutkan..

Bu Fang membongkok di sebelah anjing hitam besar di pintu masuk dan meletakkan mangkuk yang dipenuhi dengan masakan yang berbau lazat di hadapannya.

"Si Hitam, sudah tiba masanya untuk makan."

Bu Fang menggosok bulunya yang halus dan bersih itu dan tersenyum.

Apabila Bu Fang melihat anjing yang lesu itu tiba-tiba menjadi bertenaga dan makan masakan yang dibuatnya, senyumannya semakin meluas.

Xiao Xiaolong kaku di situ seperti di panah kilat, dia meraskaan Bu Fang telah menghinanya dengan cara yang paling melampau!

"Kau ... kau ..."

Bibir Xiao Xiaolong terkumat kamit sambil menunjuk jarinya seperti gadis ke arah Bu Fang.

"Ha? Kau masih di sini?" Bu Fang terkejut.

Mimik muka Bu Fang yang melampau itu membuatkan Xiao Xiaolong merasakan seolah-olah sebatang anak panah yang tidak kelihatan telah menusuk ke dadanya. "Aduh, sakit!" Dia fikir di dalam hati.

Bibir Xiao Xiaolong masih terkumat kamit, dia mendengus dan menghentak kakinya dengan marah, persis... seorang anak manja dan bergegas keluar dari restoran.

"Si Pondan itu.. sudah gila."

Xiao Xiaolong sampai ke pintu masuk dan bercadang untuk keluar, tetapi bau itu muncul sekali lagi. Secara tidak sedar dia paling kepalanya dan terlihat makanan di dalam mangkuk tembikar di hadapan anjing hitam besar. Biji-biji nasi seperti mutiara yang dibalut dengan telur goreng keemasan, kelihatan begitu indah sehingga ia seperti karya seni.

Tetapi, Nasi Goreng Telur yang begitu artistik sedang dimakan oleh anjing hitam besar ... Anjing hitam ... Anjing!

"Hmm?!" Anjing hitam besar yang sedang menikmati hidangannya itu tiba-tiba terhenti, seolah-olah ia merasakan sesuatu dan mengangkat kepalanya, memandang Si Pondan sedang menatap mangkuk makanannya. Matanya terus berwaspada dengan serta-merta.

Kemudian, Xiao Xiaolong melihat anjing hitam besar itu menutup mangkuknya dengan kaki dan menariknya lebih dekat ke tubuhnya. Anjing itu menonjolkan gigi dengan garang kepada Xiao Xiaolong. Di giginya, masih terdapat biji-bijian nasi seperti mutiara.

"Adakah aku dipandang rendah oleh seekor anjing ..."

Xiao Xiaolong terfikir untuk beberapa ketika dan meletup dengan kemarahan.

Da da da!

Wajah Xiao Xiaolong bertukar menjadi merah terang, dan matanya berapi dengan kemarahan ketika dia patah balik ke dalam kedai.

Bu Fang pula memandang Xiao Xiaolong dengan muka tanpa emosi.

"Berikan aku satu mangkuk Nasi Goreng Telur! Heh! Aku akan rasanya sendiri. Jika ia tidak sedap, aku akan laporkan kepada pihak berkuasa untuk menutup restoran kau!"

Xiao Xiaolong mengancam dengan muka yang berkerut.

avataravatar
Next chapter